tangan keramat
Masa berlalu. Semua itu telah mula melupus. Seolah roda sedang berpusing ke arah bertentangan. Satu persatu pula perlakuan buruknya dibongkar oleh penganalisis asing dan juga dari anak watan. Namun menerusi kebijakannya dia berjaya menutup setiap ruang yang boleh menyebarkan berita negatif ini. Adalah aneh bila para penyokongnya bermatian menolak apa sahaja bukti diketengahkan.
Anwar pintar memutar isu, segalanya di halakan kepada UMNO. Semua itu fitnah dari UMNO. Sering dikatakan UMNO takut kepadanya dan sedang berusaha dengan apa sahaja cara untuk meranapkan peluangnya memerintah negara. Bijak sungguh dia merekayasa sehingga para penyokongnya terpaku terpesona menerima rekayasa itu sebagai realiti.
Dia mampu mengalih setiap isu besar yang boleh menggugat reputasinya. Targetnya menjatuhkan maruah UMNO hampir berjaya. Setiap keburukan mengenai dirinya jika muncul dengan sendirinya dianggap "konspirsi tajaan UMNO". Mudah. Para penyokong kuatnya hanya perlu sapukan sedikit bedak di sana siri. Terlihatlah keburukan UMNO setiap kali terbongkar rahsia buruknya. Mind set pengikutnya telah disiapkan dengan sempurna.
Benarkah dia seorang genius politik Melayu? Kita lihat pula bagaiman dia berjaya menyalurkan pengaruh ke dalam parti Islam PAS. Hari ini sebahagian besar dari ahli PAS mula menjadikan Anwar sebagai pahlawan dalam perjuangan menjatuhkan UMNO, yang juga musuh PAS sejak zaman berzaman.
Perkara yang paling aneh ialah bagaimana dia berjaya mengubah PAS dari sebuah parti bertunjang Islam beralih arah menuju sekular. Bagaimana cara dia mengaturkan orang-orangnya yang mana sebahagian besarnya dari ABIM menyerap masuk untuk menguasai PAS. Golongan professional juga mengambil kesempatan menjadi wakil rakyat PAS, kini mereka semakin menonjol mengatasi kumpulan ulama. Orang Anwar dan golongan professional ini mula mempengaruhi peminpin PAS liberal bersekutu dalam satu kelompok baru untuk menghadapi kumpulan ulama.
Inilah kumpulan yang digelar "ardogan" iaitu kumpulan Islam sekular mencontohi pemimpin Turki. Mereka bergerak aktif memecah belahkan PAS dari dalam. Apabila ahli kumpulan ini menguasai kepimpinan, berlakulah sesuatu yang tidak dijangka. Kumpulan yang digelar kumpulan pro Anwar ini menentang sesiapa sahaja yang cuba berbaik dengan musuh Anwar. Hari ini pemimpin tertinggi PAS terpaksa mengikut rentak dan kehendak kumpulan ini.
Perbezaan perjuangan dan pandangan kedua kumpulan iaitu pro ulama dan pro Anwar semakin ketara. Kes terbaru ialah pertelingkahan Dr Hassan dan Mustafa bermula dari kes murtad di DUMC. Itu adalah gambaran tenatnya sengketa dalaman PAS walau cuba disembunyikan.
Kita kembali kepada kisah sebelumnya. Siapa yang mampu membuatkan Haji Hadi berpelukan dengan Lim Kit Siang selain dari Anwar Ibrahim? Satu perkara yang amat mustahil satu masa dahulu.
Hebatnya Anwar dalam memecahkan Melayu. UMNO berpecah kepada PKR dan kemudian PKR berpecah lagi mewujudkan KITA dan sekumpulan kecil BEBAS. PAS juga bakal mengalaminya sedikit hari lagi. Melayu akan berpecah menjadi kumpulan-kumpulan kecil bersaing sesama sendiri. Berperang sesama sendiri. Kerosakan akan berlaku di mana sahaja dia (Anwar) berada. Malangnya ia mengakibatkan kemusnahan Islam di Malaysia.
Lebih aneh lagi, ketika Melayu berpecah belah, kaum pendatang pula semakin bersatu di bawah DAP. Penyokong PKR dan PAS masih tegar menolak fakta ini walaupun buktinya amat nyata. Kenapa sukar sangat orang Melayu mahu percaya?
Tiada siapa percaya kemelut yang terjadi dalam PAS sekarang ini juga adalah dari sentuhan tangan Anwar Ibrahim.
Apa makna Revolusi Kambing?
Talkin untuk PAS!PAS sedang menunggu masa untuk diltalkinkan. Islam yang mereka lacurkan untuk kepentingan politik dan menipu rakyat selama ini bakal menjadi senjata makan tuan. Bala Tuhan sedang menimpa parti ini. Selama ini mereka permainkan ayat-ayat suci Al Qur`an sebagai slogan mereka menipu rakyat, mereka persenda dosa dan pahala, mereka permainkan syurga dan neraka dan akhirnya hari ini dosa mereka terhadap agama, bangsa dan Negara sedang dihitung satu persatu.
Sebagai parti PAS trerlalu banyak dosanya pada rakyat negara ini dan sebagai pemimpin, kepimpinan PAS terlalu banyak menjadi punca masyarakat Melayui Islam berpecah belah. Kepimpinan PAS terlalu banyak memperlekehkan agama, menganjurkan sembahyang dua imam, pernah mencerca UMNO yang berkongsi kuasa dengan MCA serta MIC diibaratkan seperti memasak daging kawah dan di dalamnya ada dua ketul daging babi dan menuduh sesiapa sahaja yang tidak menyokong PAS mereka adalah kafir dan tidak mencium bau syurga. Ungkapan ini tidak mudah dilupakan.
Kegilaan PAS ini memakan diri. Dulu mereka tuduh UMNO tapi hari ini mereka turut bersepakat dengan DAP, Cina yang lebih laknat daripada MCA. Dulu mereka menuduh BN secular dan hanya mereka sahaja yang berjuang untuk mendaulatkan Islam tapi hari ini mereka buang dasar perjuangan Islam mereka, buang hudud mereka dan hanya muncul dt saat hampir pilihanraya semata-mata, Membangun Bersama Islam akhirnya menjadi kosmetik yang sepatutnya cantik tetapi menjadikan perjuangan PAS lebih buruk dan hodoh dari sebelumnya. - BACA SETERUSNYA
No comments:
Post a Comment