“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

11 December 2011

Penghujung riwayat MCA GERAKAN gugat BN?


PEMIKIRAN KAUM CINA

Sesekali kita perlu menoleh ke arah berlainan supaya kita tahu rupa bentuk sebenar muka bumi ini. Kita perlu mengenali mereka dan mengetahui bagaimana cara pemikiran mereka terhadap kita. Dari apa yang kita baca, fahamlah kita bahawa majoriti masyarakat Cina Malaysia sudah mengenepikan Gerakan dan MCA dan hanya berminat kepada perkembangan serta halangan yang dilalui DAP.

Akhbar-akhbar mereka cukup berpengaruh mencorak pemikiran kaum Cina. Kini tumpuan mereka ialah UMNO satu parti tradisi Melayu yang masih kuat walaupun tidak mendapat bantuan MCA dab Gerakan. Mereka menuding jari kepada UMNO dan menganggap UMNO itu mewakili Melayu. UMNO dianggap parti ultra Melayu. PKR dan PAS juga parti Melayu, namun dianggap bukan lagi masalah bagi mereka. PKR dan PAS sudah selaluan dengan mereka. Dalam lain perkataan ia telah dapat dibeli.

Rata-rata mereka bersatu memberi semangat kepada DAP selaku parti Cina (walaupun kepimpinan DAP menafikan DAP parti rasis) menyerang Melayu yang di wakili UMNO. Rata-rata mereka mengulas dalam nada yang sama mempertikai isu-isu yang dibangkitkan dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. Begitulah cara mereka memberi inspirasi untuk membangkitkan kebimbangan (permusuhan) dan memberi gambaran bangsa Cina sentiasa terancam. Siapakah yang mengamcam mereka? Polemik sedemikian memang sengaja disebarkan sejak dahulu lagi oleh beberapa pemimpin Cina yang berkepentingan (persatuan-persatuan Cina di Malaysia). Sekolah-sekolah Cina menjadi tempat ditaburkan dakyah ini dikalangan jenerasi muda supaya mempunyai jiwa kecinaan sepenuhnya.

Tiada satupun ulasan yang dibuat memberi penghormatan kepada orang Melayu yang telah berkorban membenarkan mereka menjadi rakyat negara ini. Jauh sekali memberi pujian. Orang Melayu telah sanggup hidup miskin demi menjaga hati kaum lain yang memonoli perniagaan dan perusahaan. Melayu yang realitinya jauh ketinggalan jika dibanding dengan kaum Cina tidak pernah membuat tuntutan melebihi batas kemanusiaan. Demi menjaga keharmonian segalanya dikorbankan.

Kebaikan hati orang Melayu sengaja ditafsirkan sebagai lemah dan malas. Kelebihan yang sedikit tercatat dalam perlembagaan itu untuk menjaga kepentingan pribumi kini dipertikaikan pula. Dianggap tidak adil  kepada mereka serta berbau rasis. Sesuatu yang amat mendukacitakan. Kontrak sosial dan toleransi semulia ini tidak dihargai. Malah dituntut supaya dikebumikan terus. Dimansuhkan supaya kaum Cina akan lebih selamat (adakah mereka selama ini tidak selamat?) Sebenarnya ia menggambarkan ketamakan tanpa had. Tidak cukup lagi apa yang telah mereka perolehi dan ingin merampas kesemuanya.

Mereka menggambarkan seolah mereka dianaktirikan, dikatakan sebagai rakyat kelas 2 atau 3. Hakikat sebenar adalah sebaliknya. Kaum Melayu dan Bumiputra lah sebenarnya berada di tahap tersebut jika dibandingkan pencapaian ekonomi dan sosial. Ia sengaja diputarkan sedemikian. Kebijakan kaum Cina menanipulasi keadaan supaya sentiasa dilihat sebagai defensif. Ia sebenarnya adalah hasil dari sikap rasis itu sendiri.

Bagi mereka, mereka adalah mangsa yang teraniaya bukannya rasis, sebaliknya yang rasis ialah Melayu tajaan UMNO.

Lihatlah 2 contoh: artikel dalam akhbar China Press dilampirkan untuk bacaan semua. Artikel ini dikira agak lembut berbanding lain-lain akhbar bebahasa Cina. Petikan ini diterjemah dan disiarkan oleh Kritisonline.com. Penghargaan untuk editor Kritisonline.


1.



Akhbar: China Press
Ruangan: kedai kopi orang ramai m/s C15
Tarikh: 2 Disember 2011 (Jumaat)

Written by Que Chow Sing Chii
Thursday, 08 December 2011 22:51


Tajuk:

Ayam Sabung Terpijak Paku
Ditulis oleh: Yun Li Yin (nama samaran bermaksud helang dalam tompokan awan)

DAP ada dua orang bermulut lantang, yang pertama Teng Chang Khim, yang kedua Nga Kor Ming, mereka berdua ada persamaannya, mereka berdua itu semuanya peguam, bagi mereka tiada sebarang masalah bijak berbicara, mereka semuanya dilahirkan dari (kilang) pemuda DAP.

Tetapi setelah dihakis masa sejak sekian lama, semakin hari semakin kelihatan watak kedua-dua manusia ini agak ada perbezaannya. Dimana Teng Chang Khim suka mengumpat dan mengejek, tidak kira sama ada ejekkan itu dihalakan keluar ataupun dihalakan ke dalam parti, biasanya boleh menusuk hingga ke kalbu kita, boleh diumpama pandai menyimpan jarum dalam lipatan kain; Nga Kor Ming juga seperti ayam sabung, kuku dan mulut yang tajam, selalu belasah musuhnya sehingga berdarah seluruh anggota badan, sebaliknya diri sendiri juga banyak luka-luka.

Yang jauh kita tidak perlu sebut, baru -baru ini Nga Kor Ming umpama tercucuk paku di kakinya, beliau sangkakan tapak kasut beliau begitu keras, cuba memijak orang lain tanpa ihsan, rupa-rupanya terpijak sebatang paku, yang pertama semasa beliau bertelagah dengan Hee Yit Foong, beliau tidak dapat menahan perasaan sebaliknya melangkah keluar tinggalkan tempat.

Dendam ‘rampasan’ kuasa kerajaan negeri masih menebal di hatinya, sentiasa mahu balas dendam, sebenarnya Nga Kor Ming mahu marahkan Hee Yit Foong, kenapa tidak marah secara senyap, masalahnya sekarang ini, mengeluarkan kata-kata seperti “pelacur politik” dan “katak”, ia terlalu merendahkan martabat diri sendiri, seperti kelakuan kanak-kanak kecil, seperti kelakuan yang tidak bermaruah. pada masa itu Hee Yit Foong menangis sebaliknya bukankah pada masa itu martabat Nga Kor Ming juga menjunam jatuh?

Jika beliau mengikut landasan yang betul iaitu dengan membuka pekung mana-mana penyelewengan dalam politik, supaya Hee Yit Foong rasa serba salah, bukan kah itu satu langkah terbaik!

Mengumpat Zambry Menteri Besar Perak menggunakan perkataan ‘Black Matelic’, itu sepatutnya tidak boleh berlaku dan tidak boleh disebut. Jika pihak penentang punyai ilmu luas dalam politik, mereka akan pergunakan pantang larang isu dalam perkauman, yang selalu digunakan itu, walaupun mendakwa beliau tidak berniat untuk mengejek kaum lain, isu itu akan diperbesarkan dan dipergunakan oleh pihak musuh. Nga Kor Ming tidak tahu bahawa menggunakan perkataan hitam untuk umpamakan seseorang itu boleh berlaku sesuatu risiko yang tinggi di belakang hari?

Tidak kira apa cara sekalipun beliau cuba menafikan dan menggunakan perkataan-perkataan khas dalam “politik”, tetap tidak akan dapat hapuskan tanggapan negatif orang lain terhadap beliau dengan cara beliau menyumpah seranah orang lain, semakin beliau mahu perjelaskan isu itu, ia tetap semakin kusut.

Mungkin apa yang berlaku kepada Hee Yit Foong itu boleh dimaafkan, tetapi secara khas mengutuk peribadi Zamry Menteri Besar Perak umpama Nga Kor Ming seperti sudah lupa diri, beliau perlu tahu selepas Zamry pegang jawatan itu, prestasi Zamry agak cemerlang, selalunya Zamry memperlihatkan dirinya stabil dan berdiam diri, buat masa ini beliau juga tidak menunjukkan reaksi melawan Nga Kor Ming, menunjukkan Zamry lebih bersikap terbuka dan boleh menerima kritikan orang lain, apabila Nga Kor Ming menyerang Zamry, ia hanya memperlihatkan bahawa Nga Kor Ming sendiri bersifat keanak-anakan, menyebabkan orang rasa marah terhadap Nga Kor Ming.

Jika Nga Kor Ming punyai fikiran yang waras dan luas, sebagai seorang ahli politik itu perlu lihat secara luas dan jauh, sudah tentu tidak berlaku pertengkaran mulut yang teruk itu. Sekarang ini bukan lagi di zaman komunis dan bukan caranya menggunakan perdebatan untuk menyerang pihak lawan supaya kemenangan memihak kepada kita lagi. Bila pula masanya untuk kita sekolahkan semula Teng Chang Khim?

- terjemahan: AH/ STA/ Q -

2.




Akhbar: China Press
Ruangan: kedai kopi orang ramai m/s C13
Tarikh: 28 November 2011 (Isnin)

Tajuk:

“Kenapa Orang-Orang Melayu Berpecah-belah”
Ditulis oleh: Lor Hon Chew

Bekas Perdana Menteri kita Tun Mahathir Mohamad berkata orang-orang Melayu telah berpecah-belah tidak lagi sokong UMNO, menyebabkan BN kini lemah, disebabkan kerana permintaan yang bukan-bukan dari kumpulan fanatik kaum Cina.

Rupa-rupanya tujuan Mahathir mahu kaum Melayu bersatu dengan itu tidak membenarkan permintaan kaum Cina, mahu orang-orang Cina selesa dengan rakyat kasta kedua di Negara ini. Sebagai salah satu kaum yang pemangkin di Negara ini, orang-orang Cina tetap mempunyai kuasa untuk ajukan permintaan, apakah yang orang-orang Cina mahukan? Adakah kita mahukan keistemewaan? Mahukan tanah simpanan? Mahukan tongkat? Apa yang orang-orang Cina mahukan ialah melengkapkan dan peluang untuk belajar bahasa Ibunda sendiri, beri peluang peniaga Cina untuk berkembang, ambil bahagian dalam projek kerajaan sahaja, Mahathir tidak membenarkan orang-orang Cina kemukakan permintaan-permintaan asas seperti ini, telah terbukti semasa beliau memerintah kerajaan ini, asyik memberi layanan kepada semua kaum, bukankah itu semua satu pembohongan besar.

Kefahaman Politik Telah Meningkat

Apabila sentuh tentang perpecahan orang-orang Melayu, orang-orang Melayu sudah tidak sokong UMNO, beliau persalahkan Pak Lah, kata-kata ini juga tidak tepat.

Sebenarnya di dunia ini tiada disebabkan kerana politik sesuatu kaum itu bersatu, orang-orang Melayu juga tidak terkecuali. Boleh dilihat dari mulanya kemerdekaan, ada orang-orang Melayu sokong UMNO, sokong Pas, sokong parti Buruh. Ada yang sokong parti bebas (Onn Jaafar), kerana hanya yang menyokong UMNO dari kalangan orang-orang Melayu itu lebih ramai, menyebabkan UMNO menjadi parti pemerintah, UMNO memang menjaga rapi kepentingan orang-orang Melayu, sebab itu UMNO dapat sokongan dari orang-orang Melayu.

Berikutan peningkatan dari segi pelajaran, orang-orang Melayu yang belajar ke luar Negara, kefahaman tentang politik mereka semakin tinggi, permintaan mereka terhadap kerajaan juga semakin tinggi, mereka mahukan sebuah Negara yang kuat dan makmur, mereka rasa kecewa terhadap rasuah, penyelewengan kuasa, bersekongkong, kroni-kroni, dan keadaan keamanan masyarakat yang kucar-kacir ini. Mereka tahu tidak kira mana-mana parti yang boleh memerintah sepatutnya boleh menjaga orang-orang Melayu dengan sebaik-baiknya, jika tidak, jika tidak mereka akan digulingkan.

Sebaliknya jika menjaga kepentingan orang-orang Melayu dan pertahankan kepentingan orang-orang Melayu, itu sudah bukan lagi royalti kepada UMNO, ia adalah untuk PKR, DAP dan Pas jika mereka dapat memerintah Negara ini, Pakatan Rakyat juga akan lihat kepentingan-kepentingan untuk orang-orang Melayu, orang-orang Melayu tidak akan seperti cara lama mereka seperti dahulu itu, mereka menyokong UMNO mungkin kerana ditakut-takutkan ataupun kerana terlalu berhati-hati.

- terjemahan: AH/ DNA/ Q -

www.kritis-online.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive