Majid Aqsa
Huru Hara dalam Cawan yang memalukan
Amat memalukan jika seorang tua yang sekian lama di puji puja sebagai idola bangsa dan agama, malah ada yang mengangkatnya setaraf wali Allah melakukan pembohongan. Semoga berita ini tidak benar. Wawancara di TV3 jelas menunjukkan Nik Aziz memperakui Dr Hassan Ali sudah memohon maaf atas ketelanjurannya. Bagaimanapun disisi lain, Dr Hassan membuat kenyataan sebaliknya. Timbul pelbagai tanggapan, siapa sebenarnya yang berbohong? Nik Aziz atau Dr Hassan Ali?
Apa telah jadi dengan PAS sejak bersyarikat dengan Anwar Ibrahim? Adakah ia didorong oleh cara tindakan yang dipelopori Anwar, iaitu menghalalkan cara demi kemenangan? Jalan manakah yang mereka sedang lalui? Kemungkinan ini akan menggoncang keyakinan ahli terhadap pimpinan ulama PAS. Kita bakal mendengar penjelasan menarik berkaitan dengannya sedikit hari lagi.
Semakin bercelaru dan membingungkan pengikutnya. Ditokok pula salah faham segelintir pengikut PAS dan PKR terutama anak muda yang jahil dalam agama membuat tafsiran bahawa Anwar Ibrahim itu adalah Imam Mahadi. Salah faham ini berpangkal dari ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Badrul Amin. Video ceramah tersebut tersebar luas di internet.
Anak muda ini begitu taksub mengiyakan sangkaan tersebut kerana isi ceramah berkenaan menunjukkan seolah Anwar ini pejuang akhir zaman yang akan membebaskan Baitul Maqdis dari Yahudi. Tidak disebut di sana sama ada Anwar itu Imam Mahadi atau Pemuda Bani Tamim. Melalui ceramah yang disulam dengan riwayat yang berkaitan dengannya memberi satu tafsiran yang mengelirukan. Adakah ia disengajakan?
Melalui ketaksuban anak muda ini, ia akan memberi makna bahawa sesiapa yang mengikut Anwar, mereka adalah orang yang berada di jalan yang benar. Secara tidak langsung ia memuncakkan semangat para penyokongnya untuk mati syahid melawan pemerintah yang zalim. Adakah ia ada kaitan dengan muslihat propaganda 901? Nampak kewajarannya.
Sekiranya Anwar memberi pengakuan, pasti ia akan jatuh tersembam di arena politik. Walau bagaimanapun Ustaz Badrul sudah tersalah langkah. Bagaimanakah caranya jika dia mahu menarik balik hujahannya itu? Ini tentu memberi tamparan besar kepada beliau yang sudah diiktiraf sebagai seorang ulama PKR yang terkenal.
Dulu Nik Aziz diangkat setaraf nabi, kini Anwar pula dijulang sebagai pemimpin akhir zaman. Agama dipermainkan sesuka hati. Hanya untuk mendapat pengaruh disamping mengerah pejuang jalanan melakukan demonstrasi.
Sebagai orang Islam, tentunya ramai yang kecewa dengan tindakan mereka. Lim Kit Siang tentu ketawa berdekah dekah, Karpal Singh juga akan sakit perut terkekeh-kekeh bila mendengarnya. Dalam hati mereka berdua akan terlintas "Apasal bodoh sangat Melayu ini!".
1. Kes Nik Aziz dan Dr Hassan
Siapa yang berbohong? Nik Aziz atau Dr Hassan Ali.
Hasan Nafi Minta Maaf disiarlan oleh laman mstar
PETALING JAYA: Bekas Pesuruhajaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali pada Khamis menafikan beliau memohon maaf kepada pucuk pimpinan PAS mengenai kritikannya terhadap parti itu sebelum ini pada pertemuan di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR 10, Kota Baru, Kelantan, kelmarin.
Penafian tersebut sekaligus menolak kenyataan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa Hasan memohon maaf kepada pucuk pimpinan parti di atas keterlanjurannya.
Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia membidas laporan portal rasmi PAS, Harakahdaily mengenai perkara itu.
"Soal saya turun ke Kota Baru untuk memohon maaf kepada pucuk pimpinan seperti dilaporkan oleh Harakahdaily dan dipetik oleh kebanyakan saluran media adalah tidak benar sama sekali.
"Saya terkilan dengan laporan Harakahdaily itu walaupun lidah rasmi parti kerap kali diingatkan supaya tidak memutarbelit fakta yang boleh menimbulkan keraguan dan perpecahan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Menurut Hasan, beliau dan bekas Timbalan Naib Presiden, Nasharudin Mat Isa dijemput menghadiri satu majlis mahabbah bersama Nik Aziz, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.
Beliau berkata, majlis tersebut menyentuh hala tuju parti, persediaan Pilihan Raya Umum Ke-13 dan perjalanan harakah sebagai lidah rasmi parti.
"Kami memberikan penjelasan, pandangan dan input untuk diberikan perhatian oleh pucuk pimpinan parti demi mengukuhkan perjalanan parti dan sokongan rakyat terhadapnya," katanya.
Sementara itu, Hasan turut menzahirkan rasa terharu terhadap penghargaan yang ditunjukkan oleh pucuk pimpinan parti terhadap beliau dalam memperjuangkan Islam di negara ini.- mstar
2. Kes ceramah Ustaz Badrul
Transkrip ceramah Dr Badrul Amin mengenai Anwar itu:
"kalau ini berlaku sedara, kalau ini berlaku sedara bermakna pembebasan al aqsa sudah hampir"
"kita hanya perlukan satu lagi syarat untuk bebaskan al aqsa"
"apadia? perlu ada seorang pemimpin yang mampu menyatukan umat islam!! paling tidak menyatukan dunia arab"
"sudah adakah pemimpin itu tuan-tuan?"
"dimana agak agak?"
"apakah muamar gaddafi? tidak salah,...itu koboi tua sudah tak boleh pakai."
"apakah apakah ahmadinejab di iran? dia syiah tak boleh jugak"
"apakah turki yang akan lead, akan memimpin dunia islam waktu itu? tidak, zaman turki sudah terlepas sudah berlalu, ya akhi"
"saudara penah dgar tak hadis nabi saw tentang kebangkitan islam di akhir zaman nanti datang dari belah mana?"
"dari belah mana? timur.."
"timur itu dimana, bukan di timor leste!"
"timur itu our region, ini ini timur"
"tapi banyak negara di timur ini"
"apakah di indonesia? bukan"
"singapore? oo jauh"
"brunei? lambat sangat"
"aaa thailand, filipina atau kalau tanya saya?"
"saya kata dia ada di?di malaysia."
"sudah adakah pemimpin itu saudara?"
"tanya saya, saya kata dia sudah ada."
"pemimpin itu sedang disiapkan"
"dia sedang melalui series of trials ujian"
"dia sedang di uji"
"satu peringkat ke satu peringkat"
"ya kalau calang calang org menerima ujian itu sudah tentu lama binasa"
"tetapi, dia seorang yang kuat..makin di uji dia makin kuat!"
"dan sekarang ujianya peringkat akhir.."
"ujian kepada pemimpin itu di peringkat akhir, saudara"
"insyallah kalau lepas ujian ini dia akan bangkit memimpin umat"
"dan waktu itu insyallah kita akan meraikan pembebasan al aqsa..pemimpin itu sekarang ini menjadi penasihat kepada beberapa buah negara arab"
"leading arab countries bukan negara arab yang miskin miskin"
"negara arab kaya kaya saudi dubai emirates abu dhabi ya"
"dia menjadi penasihat kepada beberapa buah negara arab"
"dia juga dihormati dibarat dan ditimur"
"dia boleh bercakap soal islam di pentas antarabangsa"
"orang hormat pendirianya" "orang hormat ketegasannya''
"dan orang hormat prinsip agamanya"
"tidak lain tidak bukan" #
Bijak bermain dengan kata-kata. Apa tujuan sebenar Ustaz Badrul, tiada siapa yang tahu, Apa yang menghairankan beliau membuat penafian segera di dalam laman facebooknya:
"Saya menafikan sekeras-kerasnya kenyataan yang tersebar dalam beberapa laman web kononnya saya menamakan Anwar Ibrahim sbg Imam Mahdi. Saya tidak pernah sekalipun menyebut nama Imam Mahdi dalam ceramah-ceramah saya. Saya hanya menyebut potensi Anwar sebagai pemimpin dari Timur yang mampu menyatukan Dunia Arab sekaligus membebaskan Al-Aqsa."
Ia terjadi ekoran dari kritikan pedas dari Dr Asri, katanya "dulu pemimpin Al Arqam, Ashaari Muhamad pun pernah dakwa dia pemimpin yang dijanjikan tuhan menyebabkan fanatik dan merosakkan pengikut."
"Elakkan dakwaan seperti itu, banyak kesannya," kata beliau dalam akuan twitternya @realdrmaza.
Asri sebelum itu mengulas dakwaan Badrul Amin, katanya "Saya rasa pemujaan Dr Badrul Amin terhadap DSAI melebihi batas yang patut. Ia sudah ke peringkat yang bahaya. Harap dibetulkan, " tulisnya sambil tweet url video tersebut.
Kita tunggu apa pula reaksi JAKIM selepas ini.

Salam..
ReplyDeleteMengambil keberkatan Jumaat sebagai penghulu Hari dan bersempena Jumaat juga sebagai hari yg Afdal sebagai hari penebusan atau hari umat Islam bertaubat sehingga Jumaat yg serusnya,marilah kita sama-sama Bertaubat atas dosa-dosa kita..
Sesiapa yg yg merasakan dirinya baik,itulah org yg jahat,sesiapa yg merasakan dirinya tidak berdosa itulah Ahli Dosa,sesiapa yg merasakan dirinya Jahat itulah org yg sentiasa muhasabah dan menghisab kekurangan dirinya..
Sesiapa yg tidak memberi maaf itulah org yg tiada Rahmat dihatinya,sesiapa yg senantiasa memberi maaf itulah org yg dirahmati sesiapa yg bersangka baik,itulah org yg diredhai,sesiapa yg tiada sangka baik dlm dirinya,itulah org yg tidak akan diredhai...
Islam mengajar kita mensyukuri Nikmat dgn menggunakan nikmat yg diberi itu utk menyebarkannya keseluruh Alam ini..Menggunakan Nikmat yg diberi atas sebab nikmat itu diciptakan..
Tiadalah kita layak utk beriktilaf/Khilaf krn kita bukannya Ahli Mujtahid,sedangkan Ijtihad yg salah pun Allah tidak mentaqlidkannya sebagai berdosa..
Ramai moderat Islam yg kehilangan Ruh dlm berhikmah,bertajdid sambil salah-menyalahi,semua itu ditegah oleh penghulu segala Rasul ttp itulah yg paling digemari oleh Golongan Moderat Islam hari ini..
Sgtlah jauh kita disisi Allah ttp berhajat pula mengukur kedudukan org lain disisi Allah..Jgnlah kita menjadi sombong dan Takjub dgn atas ilmu yg kita ada krn kita tetap pelaku dosa..Jika kita merasakan kita tidak pernah berbuat salah maka kita sebenarnya org yg bermasalah disisi Allah..
Marilah kita muhasabah diri dan menyakan diri kita,dimanakah kita sebenarnya berada,dlm kelompok manakah kedudukan kita disisi Allah..
Hanya dialah shj yg maha mengetahui..Sedangkan org yg mensyukuri nikmat itu sgtlah sedikit ttp ramai yg merasakan dirinya mensyukuri nikmat..