Hujung minggu ini akan diketahui keseluruhan SKIM SBPA (saraan baru perkhidmatan awam). Ia cuba dirahsiakan oleh JPA dan hanya diketahui oleh sebilangan kecil pegawai atasan dan pelaksana. Malangnya apa yang cuba disembunyikan itu tidak dapat menahan ketidak puasan hati sebilangan kakitangan bawahan yang telah tahu mengenainya.
Buat waktu ini ramai yang bergembira, namun ia belum tentu berterusan minggu hadapan apabila semuanya telah terdedah. Jika tidak kena gaya, emas yang diharap, batu pula menghempap. Ini satu amaran untuk Najib yang telah berhempas pulas mencari populariti. Jangan sampai harapan cerah yang kelihatan sekarang beralih mendung kelabu. Kesilapan kecil sebegini mungkin memberi padah kepada BN.
1.3 juta kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji dan elaun yang dianggap terbesar pernah ditawarkan oleh kerajaan. Dari paparan luar ia kelihatan amat memberansangkan dan menarik. Dari jumlah 1.3 juta orang tersebut 75 peratus adalah kakitangan bawahan.
Kakitanga atasan terutamanya kumpulan "jusa" bakal menikmati emas runtuh, bukan lagi durian runtuh. Amat lumayan. Kakitangan bawahan pula dijangka hanya menikmati kenaikan kecil sahaja. Adakah ini memberi gambaran kerajaan pimpinan Najib bakal mendapat sokongan semula dari kakitangan kerajaan yang tidak berpuas hati ketika era Tun Abdullah?
Kakitangan awam lazimnya dilihat sebagai asas sokongan bagi Barisan Nasional (BN) tetapi telah berhadapan dengan prestasi buruk pada Mac 2008 meskipun Tun Abdullah mencatatkan penguasaan 91 peratus kerusi di Parlimen sebelum itu.
Ini amat membimbangkan Najib kerana terdapat tanda-tanda kakitangan awam sudah berani melahirkan rasa tidak puas hati terhadap majikannya. Untuk itu skim saraan baru diumumkan dalam belanjawan 2012 yang lalu. Pembangkang menggelarkannya belanjawan pilihanraya.
Najib berusaha untuk keluar daripada situasi 2008 tersebut dengan mengumumkan beberapa pembaharuan antaranya memansuhkan beberapa undang-undang penting termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri sebagaimana diumumkan. Apa yang dilaksanakan masih tidak mencukupi jika perlaksanaan program tidak laksana dengan baik. Kelemahan mengenainya pula wajar dikaji dengan teliti untuk diperbaiki.
Kita tahu mereka yang membuat draf dan meluluskan plan kenaikan gaji ini terdiri dari kakitangan peringkat tertinggi kerajaan khususnya pegawai peringkat "jusa" di JPA. Adakah ada badan pengawas ditugaskan memantau dan menilai sama ada plan tersebut bertepatan dengan hasrat pemerintah khususnya untuk mendapa kembali sokongan yang hilang? Lazimnya para pegawai atasan ini akan mengambil peluang untuk menjaga kepentingan mereka dengan itu terpaksa menekan golongan lain termasuk kakitangan peringkat rendah. Dalam lain perkataan, imbuhan dan kenaikan gaji mereka sendiri akan dipastikan yang terbaik. Berlakukah salah guna kuasa.
Diharap Najib ikhlas membantu meringankan beban rakyat bukan menambah kemewahan pegawai tinggi.
Jika ia berjaya dilaksanakan sebagaimana draf asal tersebut sebelum pilihan raya ini, ia bakal mencetuskan sesuatu yang sukar diduga. Keadaan ini tentu memberi impak serius jika diterjemahkan dalam konteks politik iaitu pilihanraya. Mampukah kerajaan yang ada terselamat dari bencana 2008? Kita tahu bilangan kakitangan sokongan dan rendah adalah yang teramai dan setiap satu mewakili satu undi. Tidak termasuk ahli keluarga yang layak mengundi. Tentu sahaja menakutkan Najib.
Difahamkan kakitangan peringkat atasan tidak termasuk para menteri, KSU, SU Negeri bakal menikmati kenaikan besar dalam lingkungan tidak kurang dari RM5 ribu sebulan. Sementara kakitanga rendah cuma menikmati RM80 sahaja. Ia berbeza dengan tawaran Tun Abdullah dulu di mana perbezaan antara pegawai atasan dan bawahan tidak terlalu besar. Itupun Tun Abdullah kehilangan sokongan, saya fikir ia berpunca dari faktor lain.
Kenaikan gaji kakitatangan untuk meraih sokongan (tujuan pilihanraya) haruslah dalam bentuk memberi kepuasan kepada golongan teramai bukan sebaliknya. Ini prinsip asas mengurangkan perbezaan antara yang kaya dan miskin.Sekiranya ia berlaku sebaliknya, ia bakal mencipta mala petaka. Sokongan yang diharapkan, penentangan yang diterima.
Jika mahu selamat kerajaan Najib harus menilai semula faktor ini dan memperbetulkannya. Ia berbeza jika kenaikan gaji diluar pengaruh pilihanraya. Pandangan saya jika Najib mahu meneruskan juga plan gaji ini, saya percaya sokongan untuknya akan semakin merosot. BN akan hilang sokongan kakitangan rendah terhadapnya. Kakitangan atas belum tentu akan turun mengundi.
Adakah CEUPECS dapat memperbaiki keadaan, kita tunggu hasil pertemuan exco CEUPECS dengan Perdana Menteri nanti.
Dalam perkembangan berkaitan, Cuepacs mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem SBPA dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri.
Apa yang lebih dipersoalkan, seramai 1.4 juta kakitangan awam diberi masa hanya dua minggu mulai 16 Disember untuk menerima SBPA.
Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata, "JPA tidak memberikan penerangan dan penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan SBPA, carta perubahan gaji tidak diberikan, tiada Link maklumat mengenai dasar pemisah atau exit policy".
“Kakitangan awam yang menghadiri taklimat diberi borang opsyen dan diminta tandatangan terus, walaupun tidak faham dan kurang maklumat,” katanya.
Menurut beliau, hasil taklimat Cuepacs dalam jelajahnya ke negeri-negeri, ramai anggota-anggotanya menyatakan mereka tidak memahami dengan jelas mengenai SBPA.
Antara perkara utama dibangkitkan mereka ialah prestasi bagi yang mendapat markah tinggi adakah benar akan mendapat apa yang dijanjikan dan kesannya kepada yang mendapat markah kurang dari 70, katanya.
- PEMERHATI
No comments:
Post a Comment