“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

21 March 2012

main tipu - rakyat tertipu lagi?

Kerja tipu menipu memang kepakaran Nuar. Jangan heran kalau dia main wayang putar belit seolah dia tidak bersalah. Nalla berani cabar menunjukkan dia ada asas kukuh. 

Boleh runding kot?

Anwar Ibrahim Tidak Berani Saman Tennis Partner Beliau... Hanya guna helah menutup ruang dan memadam cerita. Sama macam kes Chinadoll.


penyimpan rahsia2 gelap (sleeping partner)

Benarkah Anwar Ibrahim telah menyahut cabaran untuk menyaman bekas rakan karib beliau, S Nallakaruppan?

Inilah persoalan dan persepsi yang dimain-mainkan oleh media alternatif hari ini.

Yang berlaku sekarang ialah, pihak Anwar Ibrahim hanya sekadar mengemukakan notis tuntutan bukannya saman.

Dalam isu ini, Anwar Ibrahim telah mengarahkan tindakan perundangan diambil. Menerusi pasukan guamannya, beliau telah mengemukakan notis kepada Utusan Melayu (Malaysia) Bhd. yang memiliki akhbar Utusan Malaysia serta editor akhbar tersebut supaya menarik balik laporan dan dakwaan yang dilemparkan serta mengemukakan permohonan maaf dan bayaran ganti rugi sebanyak RM 100 juta.

Notis sama turut dikemukakan kepada S Nallakaruppan.Sudah tentu di dalam tertib SOP perundangan, notis tuntutan akan dituruti dengan notis saman jika pihak dituduh tidak bersetuju dengan notis tuntutan tersebut.

MiM menjangkakan pihak Nallakaruppan tidak akan melengah-lengahkan masa untuk menjawab balik notis tuntutan tersebut kerana beliau yang mencabar Anwar Ibrahim.

Langkah seterusnya ialah untuk melihat sejauh mana Anwar Ibrahim benar-benar berani mahu menyaman S Nallakaruppan dan bersedia dengan satu lagicourt drama yang lebih sensasi dan mengejutkan jika di bandingkan dengan kes Anwar Ibrahim sebelum ini.

MiM sarankan agar Anwar Ibrahim tidak perlu menunggu dan siapkan sahaja notis saman terhadap S Nallakaruppan. Nallakaruppan tidak mungkin akan meminta maaf kerana beliau mendakwa mempunyai bukti-bukti.

Maka, sebaik sahaja pihak Anwar menerima surat balas daripada pihak Nallkaruppan, Anwar boleh hantar notis tersebut pada hari yang sama.

Pendekkan masa menyiap dan membalas surat. Kita fokus terus kepada aksi sebenar di dalam mahkamah. Itu yang dimahukan oleh rakyat.

Kita tidak mahu tindakan Anwar menghantar notis tuntutan tetapi melengah-lengahkan saman sebagai gimik murahan kononnya tidak bersalah dan dianiaya.

Dan bagi rakyat pula, kita sudah tentu mahu kes ini di bawa ke mahkamah supaya S Nallakaruppan dapat mendedahkan segala yang beliau tahu dan bukti yang beliau simpan selama ini.

Kita mahu tahu cerita yang selebihnya tentang Anwar Ibrahim kerana selama ini hanya 30% sahaja baru didedahkan.

Dalam masa yang sama, kita dapat juga mendengar hujah-hujah peguam Anwar Ibrahim. Let it be fair to everybody.

Tetapi satu kenyataan daripada peguam Anwar Ibrahim yang sangat kelakar iaitu :

Tindakan ini diambil demi kepentingan awam dan demi memastikan pelaporan media membabitkan isu awam dilakukan secara adil dan jujur.

Kita mahu tahu, sejak bila pula media lidah parti pembangkang 'adil dan jujur' ?

Dr MiM... klik

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...