“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

05 March 2012

PARASIT GAGAL GIGIT ZIZAN


Bang Nuar mesti tak suka dengar cerita PAS ni. Orang harapan dia untuk hapuskan kuasa ulama di Kedah telah gagal. Kemelut ini masih belum beakhir, dan pastinya dendam dua timbalan Zizan akan terus membara. Zizan mesti hilang sedikit kuasanya kerana takut kepada penyingkiran.. Nampak macam Zizan menang dalam peperangan ini. Mungkin untuk sementara sahaja. Phahrol pasti aturkan strategi baru atas bimbingan Bang Nuar kesayangan para parasit ini.

PAS tetap akan dikuasai parasit bagi membantu PKR yang tak seberapa pengaruhnya. Itulah hajat Bang Nuar.


Azizan kekal, 2 Exco diminta terima tawaran
ROBIATULADAWIYAH ABD RASHID
5 Mac 2012



KUALA LUMPUR - Misi damai yang diusahakan Pas Pusat telah mencapai tiga langkah penyelesaian dengan mengekalkan Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai Menteri Besar Kedah selain meminta dua Exco, yang sebelum ini menolak tawaran dilantik semula bagi penggal 2012/2013, akan terus kekal dalam barisan pentadbiran kerajaan negeri.

Difahamkan, ekoran keputusan itu, Azizan akan kekal sebagai Menteri Besar sehingga Pilihan Raya Umum ke-13, yang dijangka diadakan dalam waktu terdekat meskipun mandat semasa hanya akan berakhir suku kedua tahun depan.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, berikutan pertemuan khas bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Alor Setar, yang hanya berakhir jam 3 pagi semalam, Azizan telah diminta meneruskan tugasnya seperti biasa.

"Selain itu, Pas Pusat juga sebulat suara mahu Datuk Ir Phahrolrazi (Zawawi) dan Dr Ismail Salleh kembali sebagai Exco dalam pentadbiran negeri Kedah," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.

Selain dua langkah itu, Pas Pusat akan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemandu untuk sama-sama bertanggungjawab memantau dan memberi pandangan kepada negeri-negeri yang diterajui Pas dan juga negeri-negeri yang Pas adalah sebahagian daripada pentadbiran negeri tersebut.

Pakatan Rakyat yang dianggotai Pas, PKR dan DAP menerajui kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Azizan merupakan Menteri Besar penggal pertama dan menerajui kerajaan negeri Kedah sejak Mac 2008. Selain Kedah, wakil Pas juga merupakan Menteri Besar bagi Kelantan iaitu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang menyandang jawatan itu sejak 1990.

Pada pertemuan khas misi damai yang berlarutan lebih lima jam, Dr Ismail tidak hadir tetapi keputusan sebulat suara itu telah dimaklumkan kepada beliau.

"Kedua-dua Exco sudah tahu keputusan ini, dan itu yang kami putuskan," kata Mustafa lagi.

Ketika ditanya sama ada kedua-dua Exco telah memberi jawapan atau tidak, Mustafa berkata, pihaknya optimis yang kedua-dua mereka akan kembali menerima tawaran pelantikan semula.

Kemelut kepimpinan Pas Kedah tercetus apabila Phahrolrazi dan Dr Ismail meminta untuk tidak dilantik semula kerana dikatakan tidak selari dengan Azizan sehingga memaksa campur tangan kepimpinan Pas Pusat.

Selepas kedua-dua mereka menolak tawaran pelantikan semula, hanya lapan orang mengangkat sumpah pada Selasa lalu. Mandat sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah akan berakhir Rabu ini.

Susulan perkembangan itu, Pas Pusat menghantar Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub sebagai 'duta khas' bagi mencari jalan penyelesaian dan satu pertemuan diatur antara barisan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dan Badan Perhububungan Negeri Kedah.

Di Kedah, Azizan merupakan Pesuruhjaya Pas Negeri manakala Phahrolrazi dan Dr Ismail masing-masing adalah timbalannya. SH


AZIZAN akan tersingkir selepas PRU, itu adalah hasil keputusan yang telah dibuat oleh PAS pusat

Azizan: Saya patuh arahan Pas Pusat
ROSLINDA HASHIM
5 Mac 2012



ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akur pada keputusan muktamad pimpinan Pas Pusat berhubung kemelut pelantikan Exco Pas, yang menetapkan kedua-dua Exco terlibat, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh yang sebelum ini menolak tawaran dilantik semula bagi penggal 2012/2013.

Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, selaku pemimpin tertinggi Pas Kedah dan negeri, beliau perlu mematuhi arahan yang diputuskan oleh Pas Pusat.

“Saya ikut sahaja apa jua keputusan dalam mesyuarat yang diputuskan Pas Pusat, termasuk arahan yang dikeluarkan. Pada awal lagi, bukan saya yang buang mereka, tetapi mereka yang tidak mahu,” katanya, ketika dihubungi, semalam.

Berdasarkan keputusan yang dicapai selepas pertemuan melibatkan semua pihak di kediaman rasmi Menteri Besar, di Seri Mentaloon, malam kelmarin, Pas Pusat memutuskan Azizan kekal sebagai Menteri Besar sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Phahrolrazi dan Ismail kembali sebagai Exco dalam pentadbiran negeri selain menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemandu Pas Pusat untuk memantau dan memberi pandangan kepada negeri-negeri diterajui Pas dan negeri-negeri di mana Pas adalah sebahagian daripada pentadbiran negeri tersebut.

Azizan turut menyerahkan sepenuhnya kepada Pas Pusat untuk berbincang dengan kedua-dua Exco berkenaan sekiranya, selepas arahan dikeluarkan, timbul masalah lain membabitkan mereka.

“Jika selepas ini pun, mereka masih enggan ikut arahan yang ditetapkan Pas Pusat, saya nak buat macam mana. Selepas ini, saya serah pada Pusat untuk uruskan, lagipun isu ini sudah diambil sepenuhnya oleh Pusat dan mereka akan pantau apa yang berlaku,” katanya.

Dengan nada sedih, Azizan berkata, “Saya tak kelahi dengan sesiapa pun, tetapi orang yang cari gaduh dengan saya.”

Azizan bagaimana pun berkata, buat masa ini beliau belum berhasrat untuk mengadakan sidang media khas berhubung isu ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...