“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

04 March 2012

Peperangan Ulama dan Parasit (kemelut kuasa di Kedah)

Semakin kalut - PAS Kedah bergoncang kuat. Hasil resapan pengaruh parasit menghentam gugusan kecil pemimpin Ulama dalam PAS. Mereka yang seiring dengan parasit (Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan dua Naib Presiden iaitu Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar) juga kelihatan bersama Presiden PAS Hj Hadi Awang dalam perbincangan "terkawal" malam ini di kediaman Menteri Bear Kedah. Dipercayai Phahrolrazi Zawawi juga sudah memasuki kem parasit dalam cubaan untuk menggulingkan Azizan.



Kita akan lihat dalam masa terdekat, siapa yang lebih berkuasa dalam PAS sama ada Ulama atau parasit. Nampaknya Menteri Besar Kedah sedang dihimpit kemas oleh Anwar melalui parasit dalam PAS ini. Kita nampak Azizan yang menyertai kumpulan Ulama telah dengan tegas sebelum ini memberi ingatan kepada Anwar agar tidak campuri urusan kerajaan PAS Kedah. Apa yang belaku Phahrolrazi tetap mempromosi dirinya sebagai saingan kepada Azizan.

Satu petunjuk akan kita perolehi sama ada Anwar akan berjaya atau Nik Aziz, kita akan lihat nanti. 

'Misi damai' Kedah bersidang, kawalan ketat
ROSLINDA HASHIM & ROSNANI SAAD
3 Mac 2012



ALOR SETAR - Pertemuan khas misi damai yang disertai barisan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dan Badan Perhubungan Negeri bagi menyelesaikan kemelut kepimpinan parti peringkat negeri Kedah sedang berlangsung di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon di sini.

Bagaimanapun pertemuan bersejarah ini, menurut pemerhati dan penganalisis tidak mungkin akan membawa kepada penyelesaian muktamad malam ini.

Antara pemimpin Pas Pusat yang dilihat hadir awal ialah Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan dua Naib Presiden iaitu Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Pertemuan malam ini dipengerusikan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang hanya tiba di kediaman Menteri Besar sekitar jam 9.45 malam.

Sinar Harian difahamkan perbincangan hanya bermula sekitar jam 10 malam, lewat sejam berbanding maklumat sebelum ini.

Keperluan mengadakan pertemuan malam ini diputuskan pada mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang diadakan di ibu negara, malam kelmarin susulan kunjungan misi khas oleh Salahuddin ke Kedah awal minggu ini.

Sementara pemimpin negeri yang kelihatan di kediaman rasmi Menteri Besar ialah Exco Abang Ghani Ahmad dan Datuk Ir Amiruddin Hamzah.

Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi yang menjadi fokus kontroversi semasa apabila menolak tawaran untuk dilantik semula sebagai Exco juga kelihatan di kediaman rasmi Menteri Besar.

Bagaimanapun seorang lagi Exco yang turut menolak tawaran pelantikan semula, Dr Ismail Salleh tidak kelihatan setakat 9 malam tadi.

Phahrolrazi dan Dr Ismail masing-masing merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri I dan II. Azizan adalah Pesuruhjaya Pas Negeri.

Pihak media tidak dibenarkan masuk ke premis kediaman rasmi Menteri Besar, sebaliknya hanya dibenarkan berkumpul di depan pintu masuk utama. Maklumat awal mengatakan tidak akan ada sidang media apabila pertemuan khas malam ini selesai, dijangka akan berlarutan sehingga tengah malam.

Tinjauan Sinar Harian mendapati setiap kenderaan yang masuk ke premis kediaman rasmi Menteri Besar diperiksa rapi dengan hanya mereka yang berkaitan sahaja dibenarkan masuk.

Sinar Harian juga difahamkan dua pemeriksaan perlu dilalui setiap kenderaan yang masuk ke pekarangan kediaman rasmi Menteri Besar.

Mereka sekali lagi diperiksa sebelum masuk ke dalam dewan mesyuarat.

Malah ada sumber memberitahu bahawa kesemua pemimpin tidak dibenarkan membawa masuk alat perakam termasuk telefon bimbit ke dalam bilik mesyuarat bagi mengelak perbincangan disebarkan kepada umum. SH



KEMELUT PAS KEDAH SEMAKIN MERUNCING, TIADA KEPUTUSAN DALAM MENSYUARAT SEBENTAR TADI



Pemimpin tertinggi PAS telah bermesyuarat di kediaman rasmi Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak di Mentaloon tanpa apa-apa keputusan.

Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu yang tiba pada pukul 8.25 malam menyifatkan keputusan yang dibuat oleh mesyuarat hari ini belum mampu mengakhiri kemelut ini.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula menyifatkan tumpuan media terhadap kemelut itu amat luar biasa berbanding ketika pilihan raya.

Pengawal keselamatan yang melakukan pemeriksaan rapi ke atas kira-kira 90 nama yang dibenarkan memasuki kediaman itu berkata, beberapa pemimpin dinasihatkan untuk meninggalkan telefon bimbit, kamera dan alat perakam sebelum memasuki bilik mesyuarat.

Pemimpin PAS yang memberontak, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, dia berharap untuk menang tetapi hampa dengan keputusan hari ini.

Seorang lagi exco yang turut menolak tawaran pelantikan semula, Dr Ismail Salleh turut hampa dengan keputusan yang dibuat

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempengerusikan mesyuarat itu juga gagal membuat keputusan yang positif.

Mesyuarat itu bermula pada pukul 10 malam dan dtamat pada jam 12.30 tengah malam


Petikan dari Sungai Rapat

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERKINI Posts