“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

08 March 2012

SBPA - perancangan yang sia-sia, kenapa batal?

Tiba2 sahaja PM membuat keputusan membatalkan SBPA yang begitu heboh sejak akhir tahun lalu. Satu lagi keputusan luar jangka dari kerajaan Najib. Adakah ia akan membantu menambah sokongan kakitangan kerajaan kepada BN?

Pengumuman ini dilihat sebagai satu tanda kekecewaan PM dalam usahanya  untuk meningkatkan sokongan segera dari kakitangan kerajaan. Ia disebabkan kekecohan yang terhasil dari terdedahnya rahsia JPA/SPA yang menyembunyikan beberapa fakta penting. Peningkatan pendapatan kakitangan atasan yang tidak munasabah telah dibangunkan secara sembunyi meninggalkan jauh nilai tambahan yang bakal diterima oleh kakitangan sokongan yang menjadi golongan majoriti Perkhidmatan Awam negara.

Akibat dari kemelut perbezaan ketara pendapatan kumpulan premier/JUSA dengan kakitangan sokongan ini, CEUPACS membantah keras perlaksanaannya dan mendesak ia ditangguhkan.

Kerajaan mengambil pendekatan mudah dengan membatalkan terus perlaksanaan skim ini. Sesuatu yang tidak dijangkakan.

Apa yang pasti, saranan CEUPACS tidak diperkenankan untuk memberi kenaikan gaji yang baik kepada kakitangan bawahan gred 54 ke bawah. Keadaan yang muncul menceritakan pihak pengurusan atasan iaitu JPA dan SPA masih terus mempertahankan maruah mereka dengan mengambil pendekatan membatalkan SBPA ini. Tidak perlu melayan tuntutan CEUPACS.

Adakah ia menunjukkan kelemahan pentadbiran Najib? Bolehkah ia dikatakan flip-flop... ? Adakah Najib telah gagal mencipta peluang? 

Kita nantikan suara CEUPACS terhadap keputusan tersebut.



PM: SBPA dimansuh, kembali ke SSM
WARTAWAN SINAR HARIAN
8 Mac 2012




SHAH ALAM - Skim gaji kakitangan kerajaan, Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan untuk dilaksana berkuat kuasa 1 Januari lalu, akan dimansuhkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Sehubungan itu, 1.4 juta kakitangan awam akan tertakluk kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM), yang diguna pakai sebelum ini, dengan dilakukan penambahbaikan.

Perdana Menteri juga berkata, sebuah suruhanjaya khas yang terdiri daripada pelbagai pihak akan dibentuk bagi mengkaji sistem saraan perkhidmatan awam secara menyeluruh.

Beliau yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.

Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.

Perdana Menteri membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pagi ini.

Ekoran bantahan sebahagian besar kakitangan awam dan Cuepacs sendiri, kerajaan memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan SBPA awal Januari lalu.

Susulan penangguhan itu, kerajaan menubuhkan sebuah pasukan petugas bagi melaksanakan semakan semula SBPA dan diberi tempoh tiga bulan untuk membuat kajian dan penambahbaikan terhadap skim baru itu. SH



Pelarasan gaji berdasarkan jadual matriks SSM: PM


2012/03/08PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelarasan gaji berdasarkan jadual gaji matriks Sistem Saraan Malaysia (SSM) mengikut peratusan gred yang ditetapkan

Antaranya, pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54.

Bagi kumpulan Gred Utama C, B, A pelarasan gaji sebanyak sembilan peratus, manakala Gred Turus III dan II pelarasan gaji sebanyak lapan peratus.

Sementara itu, bagi Gred Turus I dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) pelarasan gaji sebanyak tujuh peratus. BH

2 comments:

  1. tu bijak namanya...dia dah ambil kira semua perkara yang perlu...PM ada kuasa Veto...

    kalau dia dah nampak mungkin ada gunting dalam lipatan, sebelum kena lipat, baik dia lipat balik...

    cuba kalau diteruskan juga, agak-agaknya, ape yang tuan punya blog nak tulis...

    kelemahan juga point yang digunakan...mungkin lagi banyak yang keburukan yang timbul...

    sekadar pandangan aku je...jangan marah yek...

    ReplyDelete
  2. hehe tq for comment..... malangnya ia tak kesampaian untuk merasa durian runtuh.. haha. Kalau diteruskan juga mesti dipinda, tak cukup masa kerana PRU dah dekat sangat. BN jatuh terlentang.. haha. Betul lah tu, kira Najib bijak menilai keadaan.

    Ujian kepantasan untuk Najib.. haha.. Baru kita boleh harapkan seorang PM yang benar2 layak memerintah. bravo... KSN bolehlah ambil option, berehat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...