“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

24 March 2012

agama syaitan bawaan anwar

Adakah ini wajah Pemimpin Islam yang wajar di sanjung? Apakah keistimewaannya?



Islam Liberal, Anwar adalah rakan baik Gus Dur dan Ulil Abshar Abdalla, watak utama Jaringan Islam Liberal di Indonesia..
 

Gusdur mengatakan sebaiknya Assalamualaikum diganti dengan Selamat Pagi, Selamat Siang atau Selamat Petang dan Quran pun banyak mengandungi ayat-ayat lucah (berkaitan dengan hubungan Suami dan isteri). Ada apabila beberapa geraja dibakar Gus Dur bukan main marah, tetapi apabila masjid dibakar dia hanya diam.

Dan paling menyedihkan adalah bila dia menyebut Tel Aviv adalah tanah perdamaian dan Israel adalah negara yang cinta damai.

Beberapa kali dia berkunjung ke Israel tanpa merasakan sensitivity umat islam, akhirnya diberi hadiah Shimon Perez Award, dan ada juga keinginan semasa menjadi Presiden Indonesia untuk membuka hubungan diplomatik antara Indonesia dengan Israel.


siapa mereka?

Ulil Abshar Abdalla dan Doktrin Freemason

Antara Ulil Abshar Abdalla dan gerombolan liberal lainnya dengan kelompok Freemason ada kesamaan tujuan dan cita-cita: Memasarkan doktrin humanisme. Karenanya bagi mereka, atas nama kemanusiaan universal, kelompok penoda Islam seperti Ahmadiyah pun harus dibiarkan, tak boleh diganggu gugat.

 

Paham humanisme adalah doktrin pokok kelompok Freemason. Dalam khoms qanun (lima kanun) yang dijadikan pegangan Freemason, humanisme adalah asas terpenting. Doktrin halus humanisme menyatakan, pengabdian terhadap kemanusiaan harus disertai dengan upaya membuang jauh-jauh sekat-sekat agama. Humanisme menjadi cita-cita tertinggi kelompok Freemason dalam memasarkan ide-idenya untuk tujuan merusak semua agama-agama, termasuk Islam.

Jargon-jargon humanisme seolah bagus dan memikat, seperti persaudaraan umat manusia, kemanusiaan universal, kecintaan terhadap prikemanusiaan, persamaan, kasih sayang, toleransi, perdamaian, dan lain sebagainya.Bagi kelompok Mason, sebuah tatanan dunia yang mengedepankan moralitas bisa terwujud tanpa peran agama. Mereka menyebutnya sebagai ”moralitas tanpa agama”. Bagi para pemuja humanisme, agama tak berhak mengatur urusan moral, dan aturan moralitas bisa terbangun berdasarkan kesepakatan manusia. Karena itu, tak ada yang bisa mengintervensi kehendak manusia dalam bersikap dan berperilaku, termasuk negara dan bahkan Tuhan sekalipun. Humanisme jelas mengabdi pada kemanusiaan.

Faham humanisme mengganggap manusia sebagai makhluk ”superior’ yang berhak menentukan hak-haknya sendiri, termasuk dalam menentukan hukum dalam kehidupan. Nilai-nilai kemanusiaan dalam doktrin Freemason menjadi ”superior” dibandingkan dengan ajaran-ajaran agama. Ajaran-ajaran dalam agama, jika bertentangan dengan nilai-nilai kemanusiaan, maka harus ditolak. Mereka yang mengusung paham humanisme menganggap tak ada hukum Tuhan, yang ada adalah kodrat alam.

http://forum.kompas.com/nasional/34913-ulil-abshar-abdalla-dan-doktrin-freemason.html

SESUAI DENGAN CARA PEMIKIRAN ANWAR NAMUN ANWAR MASIH TAKUT MENYATAKAN PENDIRIANNYA TERHADAP ISLAM LIBERAL. 

Demi keperluan sokongan dari anak buah Nik aziz dan haji Hadi, Anwar tidak berani membuka mulut dan mengakui dia seorang pejuang Islam Liberal. Bukti yang ada tidak dapat disangkal lagi bahawa Anwar adalah pendokong Islam Liberal dan mendapat habuan dari Asia Foundation. 

Sampai bila penyokong PAS mahu terus tertipu dan menjadi kuda tunggangan penganut agama syaitan ini?

Bencana akan muncul setelah dia menjadi Perdana Menteri kelak.






Islam Liberal di Sana dan di Sini
Mymassa

Di Tanah Seberang di mana lebih 202 juta umat Islam berdomisil, kapal gelap yang berlayarkan Islam Liberal semakin lancar menyusuri pemikiran anak-anak muda di sana. Sesuai dengan namanya, Jaringan Islam Liberal (JIL) yang bermula secara ‘ringan-ringan’ pada 2001 melalui perhubungan e-mail kini tangkas ‘menjaring’ jiwa-jiwa yang masih tercari-cari ilmu mentafsir Islam agar dilihat lebih ‘selari dengan kehendak semasa’ (baca: diredhai oleh golongan Yahudi dan Nasrani).


Pengasas majalah Tempo, Goenawan Mohamed adalah nakhoda kepada kapal yang terkutuk ini. Anda masih ingat Amina Wadud yang mengimamkan solat Jumaat di New York pada tahun 2005 lalu? Goenawanlah rakan karibnya di Indonesia! Malah beliau pernah menjemput Amina untuk berkongsi pengalaman beliau dengan anak-anak muda di Komunitas Salihara pada Julai 2009.

Komunitas Salihara adalah nama yang tidak asing lagi di Jakarta; di sebalik topeng ‘kesenian’ dan ‘kebebasan bersuara’ yang ditampilkan, ia sebenarnya me-rupakan pusat kegiatan yang ‘memperjuangkan’ hak golongan homoseksual, biseksual dan ‘trans-gender’. Mereka yang celik pasti dapat mengesan persamaannya dengan gerakan Seksualiti Merdeka yang berpangkalan di The Annexe, Pasar Seni sejak tahun 2008.

Jika Komunitas Salihara ibarat ‘rumah api’ yang menjadi panduan muda-mudi yang imannya kian goyah dilambung gelora modenisasi, maka Komunitas Teater Utan Kayu bolehlah disamakan sebagai ‘pelabuhan’ tempat sang nakhoda Goenawan mengangkat layar Islam Liberal pada kapalnya. Di sinilah Goenawan dan sahabat-sahabatnya seperti Luthfi Assyaukanie dan juga Ulil Abshar Abdalla merancang strategi halus untuk melunturkan akidah umat Islam melalui ceramah, seni persembahan dan penulisan yang dibaluti secara ‘intelektual’. Luthfi misalnya, pernah menyatakan bahawa:

“.....Setiap pemunculan agama selalu diiringi dengan ketegangan dan tuduhan yang sangat menyakitkan dan seringkali melukai rasa kemanusiaan kita. Ketika Rasulullah Muhammad SAW mengaku sebagai nabi, masyarakat Mekah tidak bisa menerimanya. Mereka menuduh nabi sebagai orang gila dan melempari beliau dengan kotoran unta. Para pengikut nabi dikejar-kejar, disiksa dan bahkan dibunuh seperti yang terjadi pada Bilal bin Robah dan keluarga Amar bin Yasir. Hal serupa juga terjadi pada Lia Aminuddin ketika dia mengaku sebagai nabi dan mengakui sebagai Jibril. Orang menganggapnya telah gila dan sebagian mendesak pemerintah untuk menangkap dan memenjarakannya. Kesalahan Lia Aminuddin persis sama dengan kesalahan Kanjeng Nabi Muhammad, meyakini suatu ajaran dan berusaha menyebarluaskannya.” (dipetik dari laman web suara-islam.com).



Sekarang mari kita teliti corak fahaman Islam Liberal yang dibawa oleh Ulil Abshar Abdalla. Beliau menganggotai Institut Studi Arus Informasi (ISAI) yang diasaskan oleh Goenawan, dan kini memegang jawatan sebagai Pengarah Indonesian Conference on Religion and Peace (ICRP), sebuah NGO yang mendepani isu-isu pluralisme agama. Berikut adalah kenyataan-kenyataan yang pernah dibuat oleh beliau melalui beberapa akhbar dan majalah di Indonesia:

“Agama tidak boleh memasuki bidang-bidang kesenian dan kebebasan berekspresi dan memaksa masyarakat mengikut standard-standardnya…agama harus tahu batas-batasnya”(Pengantar Buku ‘Mengebor Kemunafikan : Inul, Seks dan Kekuasaan’)

“Rasulullah Muhamad adalah tokoh sejarah yang perlu dikaji dengan kritis, bukannya hanya menjadi mitos yang dikagumi sahaja, tanpa memikirkan beliau juga seorang manusia biasa yang banyak kekurangannya” (Kompas, 18 November 2002)

“Bagi saya semua kitab suci (Buddha, Kristian, Hindu, Islam dan Yahudi) adalah mukjizat” (Jawa Pos, 11 Januari 2004).

“Semua agama sama. Semuanya menuju jalan kebenaran. Jadi, Islam bukan yang paling benar.” (Majalah Gatra, 21 Desember 2002)

Adakah Ulil masih layak digelar sebagai seorang Islam yang beriman kepada Allah s.w.t dan RasulNya setelah mengeluarkan kata-kata yang sedemikian rupa? Nauzubillah!

Pepatah lama ada menyebut, jika mahu mengenali seseorang, kita hanya perlu melihat siapa sahabat-sahabatnya. Kita sudah mengenali sahabat-sahabat karib Goenawan Mohamed di Indonesia, bagaimana pula dengan sahabatnya di Malaysia? Biarlah foto berikut berbicara sendiri kepada anda.


(dari kiri) Goenawan Mohamad, Anwar Ibrahim, Ulil Abshar Abdalla

Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) telah dijemput oleh Goenawan untuk berucap mengenai ‘Kebebasan dan Musuh-musuhnya’ semasa Festival Salihara yang diadakan pada September hingga Oktober 2010. Intipati ucapan beliau antara lain menyentuh kepentingan ‘kebebasan berekspresi’ dan ‘kebebasan beragama’ sebagai pra-syarat sebuah Negara Demokrasi yang tulen. Nadanya tidak banyak berubah dengan ucapan ‘Religion and Pluralisme in a Divided World’ (Agama dan Pluralisme Dalam Dua Dunia) yang dibentangkan beliau pada Mac 2010 di London School of Economics. 

Ternyata, pandangan beliau bahawa agama-agama lain selain Islam juga adalah benar dan boleh membawa pengikutnya ke syurga, disanggah keras oleh Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2005/1426H, sehingga memaksa DSAI membuang teks ucapan tersebut dari laman blog beliau!

Seperti kebiasaan, perjuangan pluralisme agama sentiasa bergerak seiring dengan kegiatan menghalalkan selera seksual di luar tabii. Berbalik kepada gerakan Seksualiti Merdeka yang bertapak di The Annexe Pasar Seni, adakah satu kebetulan ia bergerak aktif setelah ‘tsunami’ pakatan pembangkang yang diketuai oleh DSAI melanda Malaysia pada Mac 2008? Adakah satu kebetulan juga apabila banyak kelab-kelab urut untuk golongan homoseks ’bercambah’ ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan di negeri-negeri yang berjaya ditakluki oleh pakatan pembangkang?

Masihkah anda mahu menolak bahawa agama anutan Anwar Ibrahim adalah agama syaitan?


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...