“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

21 May 2012

"ANJING" kini "Ahli Syurga" mulakan kejutan menyakiti Anwar?


Sebuah lagi kejutan yang tentu ada sebabnya. 

Anwar Ibrahim terlalu berang selepas mendengar ucapan Datuk Fauzi yang sentiasa menyebut Haji Hadi sebagai Perdana Menteri Malaysia seolah-olah menidakkan Anwar Ibrahim sebagai PM ke -7.

Kini dia sedang diangkat melambung-lambung, tapi sampai bila? Kita semua tahu najis yang begitu busuk dalam PAS lebih-lebih lagi dalam PKR tentunya akan merimaskan ahli syurga baru ini. Kita tahu dia seorang yang banyak pengalaman dan tahu segala selok belok permainan samaada wayang ataupun lakonan politikus. Bila tiba masanyamat diyakini dia juga akan menjadi mangsa kepada para parasit yang sedang mendominasi PAS.


Sinetron baru sedang membangunkan sandiwara pelik Pakatan Rakyat. Hak Anwar dinafikan oleh individu yang baru diangkat sebagai "Ahli Syurga Milik PAS". Dahulu dia seorang/ekor "anjing" yang sentiasa dihina dan nista. Kini dijulang sebagai hero.

Malangnya, hero ini tidak sudi bersetia dengan Anwar apa lagi Lim Kit Siang. Haji Hadi dimomokkan sebagai bakal PM bukannya Anwar. Tentu sekali perkara ini akan jadi lebih menarik selepas ini. Sama-samalah kita nantikan.

Itu yang tersurat.............. cuba fikir pula apa yang tersirat...???

Bakal pemimpin PAS?

Dalam keseronokan penyokong dan pemimpin Pas terguling-guling atas padang dalam menerima ahli syurga yang baru yang terdiri dari seorang yang mereka gelar anjing sebelum ini akhirnya mengundang padah yang amat sangat.

Jika kita perhatikan sewaktu ceramah malam tadi di Ulu Sepetang cuma ada seorang sahaja pemimpin PKR dan manakala pemimpin DAP langsung tidak hadir....kenapa?


Difahamkan melalui sumber PKR, Maharaja Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim terlalu berang selepas mendengar ucapan Datuk Fauzi yang sentiasa menyebut Haji Hadi sebagai Perdana Menteri Malaysia seolah-olah menidakkan Anwar Ibrahim sebagai PM ke -7.

Beberapa penyokong PKR yang turut hadir menjadi gelisah apabila Fauzi secara terbuka tidak menginginkan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin mereka.

Malah beliau langsung tidak menyebut nama Anwar Ibrahim sepanjang ucapannya apatah lagi sebagai Perdana Menteri.

Dalam keadaan orang Pas berpusu-pusu ke Ulu Sepetang penyokong PKR pula berpusu-pusu meninggalkan tempat ceramah.

Difahamkan hanya pemimpin dan penyokong Pas sahaja yang menunggu sehingga selesai program manakala penyokong PKR dan DAP meninggalkan program sebaik sahaja tamat ucapan Fauzi yang langsung tidak memihak kepada pakatan rakyat.

Pemimpin PKR yang hadir hanya Ketua PKR Perak, Dr Mohd Nur Manuty sahaja dan tidak kelihatan langsung pemimpin DAP bersama mereka.

Rata-rata penyokong Pas sudah menarik balik gelaran anjing kepada Fauzi kerana Fauzi dikatakan sudah masuk mazhab mereka. Lepas ini Fauzi akan diarak ke seluruh ceruk rantau bagi mengikut telunjuk Pas yang bertunjangkan Pakatan Rakyat.

Dalam ucapannya fauzi mengharap agar Pas membawa syiar Islam dan seterusnya membina negara Islam. Menurut Fauzi tidak ada maknanya sebuah parti yang bernama Islam hanya menggunakan Islam untuk mencari pengaruh sahaja.

Cakap Fauzi seolah-olah Pas tidak mempunyai Ketua, ketua Pas bukan Nik Aziz, bukan Haji Hadi tetapi Anwar dan lim Kit Siang.

Apakah Fauzi akan menerima nasib yang sama seperti Datuk Dr Hassan Ali. Apa yang pastinya Fauzi belum mengenali secara mendalam tentang parti PAS kini.

Antara jawatan yang disandang sebelum menyertai Pas adalah

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM (CID)
Timbalan Pengarah Logistik PDRM
Ketua Polis Selangor.
Ketua Polis Sarawak.
Timbalan Ketua Polis Selangor.
Ketua Polis daerah Pasir Putih Kelantan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi.

sumber: sg rapat.



CATATAN WARTAWAN

Datuk Fauzi Shaari, Pas dan kes pembunuhan Inspektor Saderi…



semalam akhbar melaporkan yang bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari mengambil keputusan untuk menyertai parti Pas

aku hanya tersenyum sendiri, bagi aku yang pernah mengenali beliau, ia bukanlah sesuatu yang memeranjatkan, jangan ditanya mengapa hehehee

apapun yang pasti, terus terang aku katakan beliau adalah di antara pegawai tinggi PDRM yang cukup disenangi oleh banyak pihak, tetapi pada masa yang sama cukup dibenci penjenayah

aku ingat lagi, masa beliau jadi Ketua Polis Dang Wangi dulu, habis diredahnya sarang pelacuran di Kuala Lumpur ni terutama dekat kawasan Bukit Bintang, Kompleks Sun yang dulu cukup terkenal dengan ‘kupu-kupu malam’ digempurnya hampir setiap hari sampai lunyai bapa-bapa ayam dikerjakannya!

dengan media ni, beliau tidak pernah meninggikan suara, aku diberitahu dengan pegawai dan anggotanya juga begitu

masa beliau jadi Ketua Polis Selangor, telefonlah masa bila pun, jarang beliau memberikan jawapan NO KOMEN kepada wartawan yang menghubunginya, andai kata RAHSIA sangat pun, Fauzi akan kata – tunggu dululah kami siasat, kalau ada perkembangan saya akan maklumkan

nampak tak betapa berhemahnya beliau, bukan macam sesetengah pegawai polis yang aku pernah berurusan, pangkat takdelah tinggi mana tapi ‘meroyannya’ Ya Rabbi!

dan masa di Utusan Malaysia dulu, aku pernah mewawancara beliau untuk ruangan personaliti, masa tu Fauzi masih Ketua Polis Selangor (kalau beliau masih ingatlah)

antara perbualan menarik yang sempat aku ingat ialah Fauzi rupa-rupanya antara pegawai yang terlibat secara langsung dalam siasatan kes pembunuhan seorang wanita, Salbiah Yeop Abdul Rahman di Pulau Pinang

kes ini cukup menggemparkan negara satu ketika dulu, ia berlaku pada 15 November 1980…ini kerana suspek kes itu adalah pegawai polis sendiri, Inspektor Saderi Abdul Samat yang ketika itu baru berusia 24 tahun

Inspektor Saderi Samat (kiri)

menurut Fauzi, mayat Salbiah yang juga seorang pekerja kilang ditemui dalam keadaan hampir reput dan setelah disiasat, pihaknya mendapat tahu arwah adalah kekasih Saderi

tetapi ketika itu Saderi sudah pun bertunang dengan seorang wanita lain, Rubiah Tijan

setelah soal siasat dibuat ke atas Saderi, pegawai polis itu mengaku telah menghamilkan Salbiah namun suspek berkata, bukan dia yang membunuh mangsa sebaliknya mangsa yang membunuh diri kerana malu dengan keadaan dirinya yang telah berbadan dua

menurut Saderi, dia terkejut bila balik ke rumahnya di Mes Pegawai Polis apabila menemui mangsa yang telah tergantung dengan leher yang terjerut

kerana bimbang dituduh membunuh Salbiah, Saderi telah menggunakan sebilah gunting untuk memotong tali nylon yang menjerut leher Salbiah untuk menurunkan mayat kekasihnya itu

Saderi kemudian membawa mayat itu dan diletakkan di tempat duduk penumpang depan kereta yang dipinjam daripada rakannya, Inspektor Che Ibrahim Che Muda sebelum membuang mangsa di sebuah lurah bukit

tetapi semasa perbicaraan di mahkamah, ahli kimia, Hoong Seng Hong, dalam keterangannya pula menyatakan adalah mustahil untuk tubuh manusia seberat lebih 45 kilogram boleh tergantung pada paku yang patah pada alang dalam bilik air berkenaan

katanya, ujian yang dijalankan mendapati paku terbabit patah akibat ketukan biasa dan membengkok dan bukannya akibat menggantungkan objek seberat 45 kilogram

menurutnya, ujian yang dilakukan mendapati paku yang diketuk pada alang terbabit tidak berupaya menahan beban dan menjadi bengkok serta merta sebaik diletakkan beban seguni pasir seberat 45 kilogram

ujian itu membabitkan penggunaan tiga batang paku sepanjang lima sentimeter setiap satu dengan ketebalan 2.7 milimeter

kayu pada alang itu juga keras dan memerlukan kekuatan untuk memakunya ketika dia memaku kira-kira dua sentimeter

“Daripada ujian yang saya lakukan, ianya tidak boleh berlaku. Ia tidak mungkin,” kata ahli kimia itu

akhir sekali bicara punya bicara, Saderi didapati bersalah dan mahkamah berpendapat teori bunuh diri itu hanya helah Saderi untuk mengelak daripada tuduhan membunuh tersebut


Saderi akhirnya digantung sampai mati pada tahun 1984


menariknya kes ini, sampai ke sudah tiada saksi yang boleh dikaitkan dengan pembunuhan tersebut, tali yang dikatakan menjerut leher Salbiah juga sampai ke sudah tidak ditemui

mahkamah hanya menjatuhkan hukuman itu berdasarkan circumstantial evidence (bukti situasi) dan keterangan post mortem yang mengatakan Salbiah mati disebabkan “strangulation and not hanging.”

berbalik kepada Fauzi, beliau mengatakan yang sampai saat akhir pun, Saderi masih tak mengaku membunuh Salbiah, dia tetap mengatakan yang Salbiah sendiri yang membunuh diri!
itulah sebab sedikit mengenai kes pembunuhan Salbiah ini

fuh misteri sungguh kes pembunuhan tu, yang pasti keputusan Fauzi menyertai Pas pun tidak kurang ‘misterinya’ hahahaha

apapun kepada Datuk Fauzi yang aku kenali ini, pesan aku satu saja, buatlah apa yang difikirkannya terbaik untuk Islam dan bangsa kita ini

selamat berjuang pula di arena politik…yang adakalanya lebih ‘ganas’ dan ‘kejam’ dari jenayah itu sendiri, Wallahualam.
Syahril A Kadir


support for hudud law 

SELAMA, Malaysia - Former Federal Criminal Investigations Department (CID) director Datuk Fauzi Shaari has joined PAS.

Fauzi, 62, handed over his membership application form to PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang during a ceramah at Taman Kota Wira, Batu Kurau, last night.

The Larut-born Fauzi said he has always been attracted to PAS since he was in his teens, saying: "The party's struggles have always been for Islam. It's only now that I am officially a party supporter," he said in his speech.

Fauzi, who retired from the police force in 2006, said that he would reveal wrongdoings of "things" that he had followed and investigated.

"I'm a responsible man. Things that can be revealed will be revealed," he said, adding that he understood his responsibility that official secrets should not be exposed.

Fauzi also expressed his support for hudud law propagated by PAS.

"However, we are living in a multiracial country. We need to make the people understand about Islam and hudud before implementing it," he said, adding that the party's allies PKR and DAP were understanding about the religion.


PERSOALAN YANG MUNGKIN TIMBUL SELEPAS INI, ADAKAH FAUZI JUGA MENGANGKAT PKR DAN DAP YANG MENOLAK HUDUD? APAKAH DIA JUGA SETUJU DENGAN NASIB ORANG ISLAM SEKARANG SEDANG DIBELENGGU OLEH RANCANGAN KRISTIANISASI JESUIT? ADAKAH DIA AKAN MENYOKONG KERJA-KERJA DAN SOKONGAN PKR TERHADAP LGBT

KITA NANTIKAN PERSEMBAHAN SELANJUTNYA.... SEPERTI ADA SESUATU YANG TERSIRAT JIKA DILIHAT DARI APA YANG BERLAKU...

2 comments:

  1. hahaha....datuk fauzi jadi ahli pas??????

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...