“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

16 April 2012

kayanya depa, mana mai duit tu?

Kayanya depa. Mana mai duit berlambak-lambak tu? Kerja S/U Politik boleh beli saham juta-juta? Bini pun ikut kaya sama. Ohhh... Integriti Azmin... Integriti Anwar.. Azmin pernah diura-urakan menjadi Menteri Kewangan Kerajaan Anwar nanti. Berapa banyak lagi wang negara akan masuk kocek mereka lepas ini?

hipokrit

Masa depan negara akan menjadi muram durja bila PR memenangi PRU nanti. Melayu yang paling teruk terjejas kerana selain kelebihan Bangsa Melayu sebagai pribumi terhapus, agama Islam juga ikut dipermainkan. Paling ditakuti Institusi Raja-raja akan menjadi korban mereka. Apa lagi yang tinggal kepada Melayu?

Nah kita lihat bagaimana mereka memanipulasi peluang. Kenapa pula diam bila diminta perjelaskan? Ahli PKR yang buka mulut mempertanyakan soalan ini, akan dipecat serta merta. Integriti jenis apakah mereka ini?

Kerajaan PR yang telus bakal terbina? Hanya mimpi di siang hari.

PAS semakin berani menjilat ludah sendiri... opps bukannya ludah tetapi kahak hijau. Apa tidaknya, dulu Harakah pernah menulis: "Undi Anwar Ibarat Tempah pintu Neraka" Maka akan ramailah orang PAS akan ke neraka jika ikutkan "fatwa" PAS tersebut.

Ini lagi satu kes hebat. Manusia yang tidak pernah serik menipu. Akhirnya rahsianya sendiri terburai lepas satu, satu. Kenapa diam?

 

Pemilik Ferrari F430 Scuderia yang bernilai RM1.3 juta yang juga wakil rakyat Gombak dan Adun Bukit Antarabangsa mendedahkan bagaimana Dr. Hasan Ali melakukan pengagihan KONTRAK JKR jutaan ringgit kepada KRONI-KRONI. 

Dimaklumkan katilnya sahaja bernilai... hmmm malu nak sebutkan. Kayanya dia!

Pemilikan Saham : Mengapa Azmin Tutup Mulut ?

Published by AIDC on April 14, 2012


AIDCNews – 14/04/12 – Isu kekayaan Azmin Ali yang luar biasa mula dibangkitkan pada tahun 13 November 2009, apabila Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia, S.A. Vickneswaran mengadakan sidang mendia mendakwa memiliki dokumen berkaitan pembelian saham melibatkan bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim itu yang mencecah RM8.5 juta pada awal 1990-an.

S. A Vickneswaran berkata selain Azmin sebagai penama pemilikan saham-saham itu, dua lagi penama turut disebut, iaitu isteri Azmin, Shamshida Tahrin dan iparnya, Jamal Tahrin.

Jamal adalah adik Shamsida yang berasal dari Perak.

Lima hari selepas pendedahan S. A Vickneswaran, tampil seorang lagi individu membuat laporan polis berkenaan pemilikan saham Azmin.

Pada 17 November 2009, Anuar Shaari, bekas Setiausaha Sulit Anwar membuat laporan polis berhubung isu pemilikan saham bernilai RM2 juta.

Anuar mendesak Azmin menjelaskan dari mana beliau mendapat wang untuk membeli saham-saham pada waktu itu.

Anuar pada 2004 pernah menjadi Ketua Bahagian PKR Permatang Pauh juga pernah bertugas sebagai Setiausaha politik kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum mengumumkan keluar parti PKR pada Mei 2007.

Difahamkan dokumen pemilikan saham yang didedahkan Anuar adalah susulan daripada pendedahan S. A Vickneswaran yang jika dicampur kesemuanya berjumlah RM10.5 juta.

Dokumen pembelian saham itu bertarikh di antara tahun 1992-1994, iaitu ketika Azmin menjadi Setiausaha Sulit kepada Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim yang ketika itu gaji Azmin sekitar RM3,000 sebulan.

Isu pemilikan saham Azmin kembali disebut-sebut, apabila pada 26 Mac 2012, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mencabar Azmin memberi penjelasan berkenaan isu pemilikan saham tersebut.

Cabaran Hassan disambut oleh Ketua Penerangan PKR Ampang, Mohd. Isa Mohd. Saidi dan Naib Ketua PKR Ampang, H.M Tan serta 10 ahli jawatankuasa cabang tersebut.

Mohd Isa yang menjadi jurucakap dalam sidang media pada 4 April 2012 berkata Azmin tidak sepatutnya membisu dan berdiam diri jika beliau tidak bersalah.

Katanya, Azmin perlu tampil menjawab segala tuduhan tersebut dan sekaligus mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang membuat tuduhan tersebut sekiranya tuduhan itu tidak benar.

Katanya lagi, jika Azmin terus berdiam diri, perbuatan itu akan mengesahkan bahawa dakwaan-dakwaa itu benar dan dibimbangi akan menjejaskan imej parti.

“Kami juga amat khuatir, jika tidak ada penjelasan yang konkrit daripada YB Azmin terhadap isu-isu ini, isu yang boleh menjejaskan kewibawaan yang berat kepada PKR.

“Kami bimbang pada pilihanraya yang akan datang, rakyat tidak akan menyokong PKR lagi”, katanya.

Namun, selepas sidang media itu, Mohd Isa dipecat jawatan Ketua Penerangan PKR dengan notis serta merta.

“Saya berasa sangat kesal dengan jawapan Azmin sedangkan ahli-ahli akar umbi dan rakyat keseluruhannya ingin tahu dan mahukan penjelasan. Kalau kita di pihak benar, apa masalahnya buat penjelasan berulang kali ?

“Kalau Azmin kata dia sudah jelaskan, kami mahu dia tampil jelaskan lagi, sebab kami tidak pernah tahu ada penjelasan terhadap segala dakwaan yang dibangkit, ini soal kepercayaan rakyat dan soal intergriti”, katanya.

Setakat hari ini, Azmin masih berdiam diri, tidak memberi sebarang penjelasan atau menyaman pihak-pihak yang mendakwanya itu.


Rakyat Mahu Tahu Hasil Siasatan Pemilikan Saham Luar Biasa Azmin-Shamsidar

Anuar Shaari : Bukan Hanya 3 Dokumen, Banyak Lagi Yang Lain..
Berapa Harga Katil, Mattress, Sofa Rumah Shamsidar ?

Makin banyak pembohongan yang terdedah. Siapakah penyokong para munafik ini? arr... PAS?

Apa yang PAS dapat dari siri demi siri penipuan PKR dari Anwar hinggalah kepada Azmin, diselimuti pendustaan tak habis-habis. Bersubahat mempertahankan "Perkara Mungkar" menjadi dasar baru Parti PAS?

Layakkah mereka menjadi Menteri dalam kerajaan akan datang? Tepuklah dahi sendiri.

Bravo Azmin..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...