“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

15 August 2011

JIHAD - Hentikan Gerakan Memurtadkan Orang Melayu


  "Jika Tidak Dibendung, Ahli Keluarga Kita Bakal Murtad Kelak!" - Zulkifli Noordin



Assalammu’alaikum para jemaah sekelian.

Kita berkumpul hari ini bukan untuk kepentingan diri kita, bukan untuk kepentingan mana-mana pihak, tetapi demi agama kita, demi aqidah kita.

Saya terkejut bila hari ini, pagi tadi, membaca mengenai rintihan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Tantawi. Merintih bukan kerana beliau terpaksa berdepan dengan musuh-musuh Islam dikalangan al kafirun.

Merintih kerana dia terpaksa berdepan dengan pimpinan dia sendiri, ahli dia sendiri yang menentang dia untuk mempertahankan akidah umat Islam.

Apa nak jadi dengan umat Islam hari ini, kalau mereka yang mengaku hendak memperjuangkan Islam pun, akhirnya menjadi pengkhianat kepada agama sendiri.

Inilah harga yang terpaksa kita bayar untuk mempertahankan akidah kita.

Ada segelintir di kalangan orang Melayu yang sudah pekak, bisu dan buta mengatakan bahawa tidak ada bukti pihak gereja Kristian cuba memurtadkan orang Melayu.

Saya terlibat secara aktif dengan kes-kes murtad berbelas tahun dah.

Tuan-tuan masih ingat kes murtad Aisyah Bukhari, dimana penglibatan gereja, penglibatan mubaligh Kristian jelas dalam memurtadkan orang Melayu di negara ini sudah berlangsung begitu lama.

Kes pertama memurtadkan orang Melayu melibatkan gereja berlaku pada tahun 1987, bilamana seorang paderi berbangsa yang pertama dinegara ini dilantik, iaitu disebuah gereja di Petaling Jaya.

Nama Melayu paderi itu ialah Jamaluddin Osman.

Beliau telah dikristiankan, bermula dengan apa yang berlaku seperti di gereja Damansara Utama; memberi bantuan kepada beliau, menolong beliau, mendidik beliau akhirnya Jamaluddin Osman menjadi paderi Melayu pertama ditabalkan di gereja Petaling Jaya dengan nama Father Joshua Jamaluddin.

Sampai hari ini, beliau masih ada, dan kita tidak boleh bertindak terhadapnya. Kita lihat bagaimana pihak polis cuba mengambil tindakan dengan menahan beliau di bawah ISA, tapi kita lihat bagaimana pihak gereja dengan beberapa NGO termasuk Majlis Peguam yang hari ini di dokong oleh segelintir pimpinan PAS membantah dan mencabar kes berkenaan di mahkamah.

Hari ini, Father Joshua Jamaluddin, muka macam kita, warna kulit macam kita, mungkin bersongkok,berbaju Melayu, tapi kerjanya dok mengkristiankan anak-anak Melayu.

Pada tahun 1997, Nor Aisyah Bukhari sendiri dikristiankan dan bersembunyi disebuah gereja di Jalan Panchor Jaya, Rasah, Negeri Sembilan. Saya sendiri terlibat secara langsung dengan kes itu.

Keluarga Aishah mendapat maklumat bahawa dia bersembunyi di gereja itu, lalu mereka pergi hendak menyelamatkannya. Sekali lagi kita melihat para kafirun dan NGO-NGO kafir bersatu dan menghalang keluarga dari mengambil Nor Aisyah Bukhari. Namun berkat usaha yang bersungguh, keluarga Aishah berjaya mendapatkan Aishah semula, tetapi hanya sementara sahaja.

Pada bulan Ramadan 1997, pada hari pertama umat Islam berpuasa, sedang ayah Nor Aisyah, Haji Bukhari mengimamkan solat terawih di Masjid Taman Rimba Terjun, sekumpulan Kristian melancarkan operasi menculik Nor Aisyah dari rumah dia.

Mereka berjaya membawa Aishah lari ke Singapura sehelai sepinggang, menyeberang tanpa passport, kemudiannya terus terbang ke Australia, sehingga ke hari ini Aishah tetap murtad dan berada di Australia.

Pada tahun 1998, secara terbuka dan dengan penuh biadap kerana tidak ada tindakan dari kita, semakin lama semakin melampau, makin kurang ajar pihak kristian ini. Gereja Church of our Lady Fatima di Brickfield secara terang-terang memurtadkan seorang gadis Melayu bernama Azlina Jalani, yang akhirnya meletus menjadi kes Lina Joy.

Gereja itu masih ada di situ, orang-orang yang terlibat mengkristiankan Lina Joy masih ada di situ. Lina Joy masih ada dengan kita di Subang Jaya. Mereka dengan penuh berani mengeluarkan sijil baptism Azlina, dan kita tidak mampu bertindak apa-apa!

Melihat kedayusan dan kebaculan orang Melayu, mereka makin melampau. Apa yang berlaku di Damansara Utama Methodist Church sebenarnya adalah hanya tip of the iceberg, kita dah ada bukti jelas bahawa memang ada cubaan mendakyah orang Melayu.

Aktiviti ini sudah berlangsung lama, namun kerana ada salah seorang dari mereka, di buka pintu hati oleh Allah memberikan maklumat terhadap kegiatan-kegiatan yang berlaku, maka pihak JAIS berjaya mengambil tindakan menyiasat dan mengenal pasti agenda dakyah kristian itu.

Pihak JAIS sudah ada bukti-buktinya, dan insyallah pihak JAIS akan mengeluarkan laporan lengkap tentang dakyah yang dibuat.

Baru-baru ini, beberapa orang umat Islam yang sensitif telah pergi ke beberapa kawasan tumpuan awam saperti KLCC dan terjumpa risalah-risalah Kristian, berbundle-bundle, ditinggalkan di tempat strategik, supaya mudah orang ambil.

Saya pernah tanya anak-anak kecil apa risalah ini, mereka jawab dengan peniuh kepastian ianya komik kartun,. Ianya sebenarnya ialah Al-Kitab yang dikomikkan, penuh dengan penyalahgunaan kalimah ALLAH, dalam tu ada 72 perkataan Allah yang disalahgunakan.

Ianya penuh dakyah yang cuba memesongkan aqidah anak-anak Melayu, kerana komik itu berbahasa Melayu!

Digunakan bahasa, lakaran dan gambar yang anak-anak Melayu Muslim akan tertarik. Mereka makin biadap, makin kurang ajar,

Kita tidak ada masalah dengan orang Kristian tapi kita ada masalah dengan mereka yang cuba menentang kita, mencabar agama dan aqidah Islam.

Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan agama negara ini adalah agama Islam. Malahan diletakkan Islam sampai ke peringkat tidak boleh disentuh. Begitu istimewa dan tinggi agama Islam diletakkan di dalam Perlembagaan, sehinggakan kalau darurat diisytiharkan, Parlimen digantung dan undang-undang lain dimansuhkan, tetapi jelas disebut agama Islam tidak boleh disentuh!

Para jemaah sekelian, isu ini bukan isu politik, ia bukan isu kepartian, ia tidak ada kena mengena dengan UMNO atau PAS, tetapi ia ada kena mengena dengan kita orang Islam. Ini isu umat Islam, tak kira apa fahaman atau parti politik yang dianutinya.

Ini isu kita! Isu umat! Yakinlah, jika kita umat Islam tidak berbuat apa-apa hari ini, lima tahun ke depan, 10 tahun ke depan, kita semua akan membayar dengan harga yang mahal terhadap serangan aqidah dan cubaan memurtadkan umat Islam ini. Jangan terkejut kalau ahli keluarga, anak isteri saudara yang terbabit kelak!

Ayah Aishah, Haji Bukhari; ayah Azlina, Haji Jailani; ayah Jamaludin, Haji Osman, tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka satu hari nanti anak mereka akan murtad.

Tetapi hakikatnya anak-anak mereka telah murtad, keluar daripada agama Islam, dan memeluk Kristian. Ini adalah kerja terkutuk gerakan missionary Kristian la’natullah yang makin melampau akibat kedayusan dan kelesuan kita sendiri.

Ayah Aishah membayar harga yang mahal! Ayah Azlina membayar harga yang mahal! Ayah Jamaluddin membayar dengan harga yang mahal! Apakah saudara semua bersedia untuk membayar dengan harga yang sama!!!

Saudara para jemaah sekelian.

Kaum kafir ini sedang mengambil kesempatan atas perpecahan umat Islam dalam negara hari ini. Pernah satu pepatah kafir menyebut, “pecahkan mereka, dan kamu akan berkuasa dan menguasai!”.

Saudara para jemaah, kaum kafir ini tidak memahami bahasa diplomasi, mereka tidak mengerti bahasa tolak ansur. Mereka perlu diajar dengan bahasa yang mereka faham, bahasa yang mereka takut lagi kecut: bahasa jihad fi-sabilillah! Marilah kita bangkit berjihad. Mari kita jadikan diri kita tentera ALLAH. Dan kita mulakan dengan bersatu padu di atas tali ALLAH.

Sebab itu saudara-saudara, ambillah keberkatan bulan Ramadhan ini. Bulan Ramadan ini, bulan berlakunya Badar, bulan di mana umat Islam dulu sanggup berperang untuk mempertahankan aqidah. Marilah kita bersama-sama ketepikan sentimen politik, assobiyah kepartian. Marilah kita bersatu berjuang mempertahankan aqidah Islam.

Kita bangsa dan umat yang punya satu Tuhan, satu Nabi, satu Kitab, satu Qiblat; mengapa kita tidak boleh jadi satu bersatu dan berpadu menjadi Satu Umat.

ALLAH hu akbar! ALLAH hu akbar! ALLAH hu akbar!

Wallahua’lam & Wassalam.

# Ucapan YB Zulkifli Noordin, di Masjid Sultan Salhuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, 12 Ogos 2011




kredit untuk AIDC


BACUL

Kelesuan, kebaculan, dan kebisuan segelintir umat Islam terbukti bila isu murtad Nor Azman Beginda terbongkar baru-baru ini. Nor Azman Beginda, adalah saksi untuk Anwar Ibrahim dalam kes liwat Anwar . Beliau juga adalah calon PKR dalam PRN Negeri Sarawak. Kisah murtadnya Nor Azman terbongkar apabila timbul isu anaknya membawa sosej babi ke sekolah. Kalau murtadnya Aishah pada tahun 1997 menjadi isu besar sehingga ramai yang bertakbeer mahu berjihad, namun terbongkarnya isu murtad Azman dipandang sepi, malah ramai yang dahulunya mujahidin tiba-tiba menjadi syaitan PBB - pekak, bisu & buta.

Tiba-tiba, perancangan ALLAH pun bermula. Tanpa disangka-sangka, sedang umat Islam menjalani 'ibadah puasa tahun ini, tercetus isu Gereja Methodist Damansara Utama menjalankan kegiatan dakyah terhadap umat Islam pada hari ketiga Ramadhan. Kegiatan yang diselimuti dengan program bantuan kemanusiaan dan makan-makan, secara halus mereka memasukkan dakyah mereka. Tindakan JAIS melakukan siasatan terhadap kegiatan itu dihebohkan sebagai satu "serbuan keatas satu majlis muhibbah dan kemasyarakatan didalam sebuah gereja".

http://betoika.blogspot.com


Beginda Minda, bapa kepada pelajar 10 tahun yang dirotan baru-baru ini kerana membawa sosej babi ke sekolah mendakwa bahawa beliau bukan beragama Islam, lapor The Star.“Saya akui, saya pernah memeluk Islam sebelum ini. Tetapi pada 1999, saya sudah tukar agama. Sekarang saya bukan Islam,” kata Beginda, semalam.Status agama lelaki itu menjadi kontroversial apabila isu merotan anaknya timbul.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata Jakim telah diarahkan menentus status agama Beginda.“Hanya selepas itu, kesimpulan boleh dibuat mrengapa anaknya itu dirotan,” kata Nazri.


Perdebatan dan pertikaman lidah berlarut di Dewan Rakyat sejak dua hari lalu sama ada anaknya, Basil - yang dipelihara oleh ibunya yang beragama Kristian - adalah seorang Muslim.Namun menurut Beginda, anaknya itu bukan beragama Islam.

“Anak saya beragama Kristian. Dia dibesarkan mengikut agama ibunya,” katanya.Beginda berkata pada tahun 2004, apabila dia memohon MyKad, beliau telah menukar namanya semula kepada Beginda Anak Minda.Anaknya dilahirkan pada 8 Mei 2000.Di sijil kelahirannya, tiada agama dicatatkan untuk Beginda.
Semalam, ahli parlimen Bebas, Zulkifli Noordin menggesa Kementerian Dalam Negeri supaya menyiasat kemungkinan bapa kanak-kanak yang dirotan itu mempunyai dua identiti.


Kita jangan lupa peranan aktif yang dimainkan oleh Bar Council dalam isu murtad Aishah Bukhori. Malahan sebenarnya murtadnya Aishah Bukhori membabitkan penglibatan secara langsung seorang peguam kafir ahli Malaysian Bar iaitu Leornard Teoh Hooi Leong. Beliaulah orang yang membuat permohonan ke Mahkamah untuk perintah habeas corpus untuk membebaskan Aishah daripada jagaan keluarga beliau.

Dalam permohonan bertarikh 28.11.1997 itu, secara jelas Leornard Teoh menyebut pada perenggan 6, bahawa dia dilantik "untuk memberi nasihat kepada Aishah berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan elah menyediakan surat Akuan Sumpah untuk Aishah menolak dan meninggalkan agama Islam."

Pada perenggan 23 Leonard Teoh berkata bahawa "Aishah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Dan Leornard mendakwa tindakan ibubapa, abang dan bapa saudara Aishah telah melanggar hak kebebasan Aishah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik".

Dan inilah Majlis Peguam yang sama yang Ambeega Sreenavasan pernah menjadi Presidennya yang kemudiannya ditabal oleh PAS menjadi kalipah dalam himpunan haram 09.07.2011!!!

Begitu juga kita jangan lupa rekod pertama penglibatan gereja didalam kes murtad orang Melayu beragama Islam pada tahun 1987. Disebuah gereja di Petaling Jaya, seorang anak Melayu beragama Islam ditabalkan buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia sebagai paderi Melayu dibumi orang Islam ini. Jamaluddin Osman, mengikut rekod adalah anak Melayu pertama diisytihar sebagai paderi secara terbuka disebuah gereja di Petaling Jaya. Beliau juga terlibat secara langsung dan aktif untuk memurtadkan anak-anak Melayu ke agama kristian.

Jamaluddin Osman, atau nama kristiannya Padre Joshua Jamaluddin, telah ditahan oleh polis dibawah Akta Keselamatan Negeri kerana kegiatannya cuba mengkristiankan anak-anak orang Islam dianggap mengancam keselamatan dalam negara. Namun sekali lagi Majlis Peguam dan beberapa NGO memainkan peranan aktif mencabar penahanan Jamaluddin Osman dibawah ISA. Mahkamah Persekutuan tiada pilihan selain daripada membebaskan Jamaluddin Osman kerana peruntukkan ISA tidak membenarkan seseorang ditahan kerana memurtadkan orang Islam.

Inilah dia Majlis Peguam yang sama yang Ambeega Sreenavasan menjadi Presidennya, yang kemudian diangkat oleh PAS menajdi kalipah mereka dalam himpunan haram 09.07.2011!!!

Gerakan Gereja yang amat JAHAT dan kurang ajar

Kegiatan gereja yang terlibat secara langsung dalam kegiatan memurtadkan umat Islam di Malaysia paling jelas berlaku dalam kes murtadnya Azlina Jailani. Teman kemukakan bukti dokumen diatas, iaitu sijil membaptiskan (atau mengkristiankan) Azlina Jailani. Ini adalah dokumen Mahkamah, bukan rekaan. Pada masa itu, PAS terima dokumen ini sebagai bukti, dan antara yang terlibat secara langsung dengan saya membantah murtadnya Azlina Jailani. Tak tahulah sekarang, takut nanti Ustad Hadi mintak teman kemukakan 4 orang saksi. Ya lah, semenjak berukhwah dengan biaDAP ni, serban pun boleh longgar.

Baru-baru ini, beberapa orang umat Islam yang sensitif telah pergi ke beberapa kawasan tumpuan awam saperti KLCC dan terjumpa risalah-risalah Kristian, berbundle-bundle, ditinggalkan di tempat strategik, supaya mudah orang ambil.

Saya pernah tanya anak-anak kecil apa risalah ini, mereka jawab dengan peniuh kepastian ianya komik kartun,. Ianya sebenarnya ialah Al-Kitab yang dikomikkan, penuh dengan penyalahgunaan kalimah ALLAH, dalam tu ada 72 perkataan Allah yang disalahgunakan. Ianya penuh dakyah yang cuba memesongkan aqidah anak-anak Melayu, kerana komik itu berbahasa Melayu!

Di gunakan bahasa, lakaran dan gambar yang anak-anak Melayu Muslim akan tertarik. Mereka makin biaDAP, makin kurang ajar,

Kita tidak ada masalah dengan orang Kristian tapi kita ada masalah dengan mereka yang cuba menentang kita, mencabar agama dan aqidah Islam. - Zul

Masanya untuk kita ubah semua ini. Masanya kita berjihad. Masanya kita kembalikan kekuatan yang lesu akibat politik. Masanya kita hapuskan petualang. Masanya kita berperang ke jalan Allah. Tinggalkan, lupakan hipokrit politik yang hanya ingin memuaskan nafsu sendiri, mereka gagal dalam membendung "celaka" ini. Jauhi perpecahan, bersatu menghadapi kejahatan gereja dan tangan hitam yang licik ini. Toleransi bukan lagi jalan yang perlu diikuti. Demokrasai semakin membawa kekecewaan. Jika PAS rasakan mereka membawa wadah perjuangan Rasulullah SAW, tunjukkanlah kepimpinan Islam sebenar. Kita semua akan menyokong mereka, jika mereka benar-benar berada atas jalan Allah. Jika tidak, PAS wajar dilupakan kewujudannya. Tinggalkan mereka. Lenyapkan mereka yang bersubahat dalam permainan ini.

6 comments:

  1. bedosa kah kalau tubuh skuad cari dan hapuskan manusia keparat ni?

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Hanya undang2 islam yang boleh menjaga agama dan umat islam.

    Berjuanglah untuk menegakkan Khilafah Islam.

    Umat islam akan menikmati zaman keemasan dibawah naungan Daulah Islam.

    ReplyDelete
  3. salam ziarah dari kami...

    kenape ye agak2 dorang jadi macam ni...rasa macam nak usap2 sebab kesian kat semua Melayu2 yang murtad ni...nak tanya baik2 kenapa pegi murtad...dapat duit ke...dapat apa lagi...nak tanya kat dorang...nak tanya jugak,agak2 ingat lagi tak macammana nak syahadah...

    kesian rasanya...besar dugaan Tuhan bagi kat dorang...desakan hidupkah sampai dok murtad...

    kenapa ya...kenapa...sesiapa yang murtad tu,bole tak kongsi2 kat sini kenapa ya pegi murtad tu...
    berapa ribu dapat...apa lagi yang dorang bagi sampai dok murtad tu...

    haiii....

    ReplyDelete
  4. Terima kasih saudara, kita sekarang sedang dipermainkan, banyak bawa bersabar dan pohon rahmatNya.

    ReplyDelete
  5. love
    salam,sy sbg seorang yg bukan beragama islam sgt sedih mmbaca pernyataan yg dikeluarkan oleh saudara.sungguh kasar bunyinya,sy bukan mau mencari pergaduhan memandangkan kita duduk d bwh bumbung yg sama yakni negara kita malaysia.sedarkah kalian bahawa kurangnya didikan agama seseorg yg boleh menjerumuskan mrk kpd pertukaran agama.anda semua cuma lihat dr sisii agama anda sahaja.tidak tanya mengapa mrk yg beralih agama ini mengapa mrk boleh bertukar agama?walaupun pd pndangan kalian,selain drpd agama islam adlh murtad,krn sejak kecil anda semua telah didiik dgn ajaran tersebut dan bersyukurlah kalian krn dpt jd penganut agama yg baik.Sy jg punya bnyk ahli kluarga yg telah beralih kpd agama islam.kebanyakan melalui perkahwinan dan satu duanya melalui hidayah.kmi sbg penganut kristian mmg bersedih,namun kmi pasrah krn itu adlh pilihan mereka dan mndoakn yg terbaik buat mrk shj.lg pula kmi cuma penganut kristian minoriti walaupun sbg penganut agama ketiga terbesar d malaysia slps buddha,bercakap mengenai buddha.tidak kah kalian sedar bahawa terdapat ramai org melayu yg telah bertukar agama kpd buddha dan hindu?namun tidak pula dijelaskan di dlm artikel ini.yg sy lihat hanyalah kebencian dan fitnah yg dilemparkan kpd penganut kristian.mengenai artikel dlm bentuk kartun dan sbgnya yg ditingglkan,kita tnggal d malaysia dan bhs melayu merupakan bhs utama kita, mostly org kristian juga tdk bijak inggeris like my parents,krn itu perlunya dalam bahasa melayu spy difahami.klu artkel yg diterbitkan dlm bntuk kartun,tidak slah kerana semuanya mmg seperti itu.sama sahaja tidak kira dmana pun umat kristian tersebut,sy berasal dr sabah.kita tidak boleh menyalahkan kanak2 kerana mmg mereka tertarik akan krtun,kita sbg ibu bapa atau org yg lebih tua seharusnya mnddik anak dgn hal- ehwal agama sejak dr kecil agar akidah mereka kuat.

    sy ingin berkongsi cerita,sy ada seorang kawan muslim,dia mmg sahabat baik saya.dia seorang yg sgt baik.satu hari dia bertanyakan akan agama saya,sy cuma menjawab dan memberitahu about basic things saja.lalu dia berkata dia meminati agama sy.sy faham akan keadaan dia.namun sy tdk berkata apapun yg boleh mengajak dia agar terpengaruh kpd agama yg sy anuti krn sy paham dan sedar akan risiko yg bakal sy dan dia akan hadapi nnt...apa yg kita dpt pelajari dr sini adalh kebiasannya perkara ini telus dtg dr hati seseorg apb dia mula2 tertanya2 akan agama yg lain apb dia mula mempersoalkn kepercayaan pd agama yg sedang dianutinya.konsepnya sama pd semua agama.sy seorang yg berfikiran terbuka namun tuduhan yg dilemparkan ni sgt melampau bg sy.tidak ada sebarang percubaan org kristian utk mengkristiankan org melayu,yg adapun setelah didesak oleh mereka sendiri yg ingin mengubah agama mereka.bgmn kerjaan melepaskn semua yg ditahan?senang kerana tiada bukti yg kukuh.sy akui kita akan rasa sakit hati apb kaum kerabat seagama kita menukar agama.tp apa yg sy ingin jelaskan disini/kita perlu melihat dulu org kita sendiri sebelum kita menuduh dan menghakimi org lain.akidah penganut agama sendiri perlu dikuatkan lagi sblm menuding jari ke org lain.apa yg dikatakan perlu disertai dgn bukti dan fakta yg kukuh.

    masih ingat isu membakar gereja?kmi sbg masyrakat kristian amat terkejut dgn kejadian yg berlaku.namun kmi menyerahkan isu ini pada pihak yg berkuasa utk menentukannya.kita lihat siapa yg boleh bersabar dan siapa yg tidak...namun isu balasan spt mbakar masjid tdk pula berlaku krn jka berlaku akan menambhkan lagi perbalahan dan persengketaan antara kita.
    pls lihat pd kaum kerabat sendiri dulu sblm menuding jari menyalahkan org lain.sy sbg rakyat malaysia cuma mahukan keamanan dan kebahagiaan kita semua utk hidup secara harmoni.apa juga yg berlaku bole diselesaikan dgn cara yg baik,bukan melalui peperangan ataupun kata2 nista...ingatlah bahawa malaysia yg ada pd hari ini bukan dibngunkan atas tangan org melayu sahaja..melainkan penduduk berbilang bngsa dan agama yg hidup rukun dalam negara ini.
    again,maafkn sy jika luahan ini menyinggung mana2 pihak.thnks for your time
    salam perpaduan...

    ReplyDelete
  6. kahaq...ada skuad sbnarnya yg SEPATUTNYA menjaga kebajikan, dakwah org islam di malaysia ni...tapi perjuangan dah terpesong....tamak gila kuasa,bergaduh sesama sendiri...dinamakan skuad PEKIDOL!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...