“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

13 August 2011

radikal - Cina PP


Malangnya nasibku, agama dipersenda semahunya oleh Kuffar dan Munafikuuun! Apa pula lepas ini? Jumaat diharamkan pula? .... Bila PR menguasai Malaysia, kerana DAP lah yang menjadi "tuan" kepada PR! Bukannya PAS atau PKR!

Nasib kau lah wahai melayu... hik hik hik... Sangkanya lebih baik, rupanya padah yang datang... Syabas !

Radikal habis puak dan juak DAP nie. Selepas menghuruharakan Selangor, kini giliran P.Pinang pula digasak. PAS sudi membisu seribu bahasa? Yea tentu mereka amat kagum dengan kelebihan Khalifah Umar Abd Aziz ciptaan mereka ini!

PULAU PINANG MEMANG HEBAT LAH ...!!! CUBA BACA NI...!!!


PEKELILING dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, JHEAIPP yang melarang bacaan Al-Quran dengan menggunakan pembesar suara daripada masjid dan surau pada waktu Subuh, telah dikeluarkan kepada semua ahli jawatankuasa masjid dan surau.

Jabatan Hal Ehwan Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh kerana amalan itu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.

Arahan itu selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lalu dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu dan diedarkan kepada semua jawatankuasa kariah masjid.

Hebatkan Pulau Pinang sehingga arahan sebegini harus dipatuh oleh orang Melayu dinegaranya sendiri. Hebat jugalah Pakatan PR Pulau Pinang kerana tidak membantah isu sebegini.

Orang Melayu Penang sanggup mengalah kerana apa ni..?? Apa yang orang Melayu Pulau Pinang fikirkan sehingga perkara sebegini boleh berlaku. Buat baik pun berpadalah, takada lah sehingga perkara sebegini harus dipatuhi, tergamak juga orang Melayu Penang membiarkan isu ini berleluasa.

Memang aniaya orang Melayu dibuatnya, ini pun kalau tak sedar lagi tak tahulah..!!!

Perjuangan PAS berkaitan murtad tidak lagi sehebat dulu, malah pemimpin PAS yang menentang isu tidak sealiran dengan dasar pembangkang dilabel dan dituduh sebagai ejen UMNO.

Perkara itu jelas apabila insiden pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor di Gereja Methodist Damansara Utama minggu lalu kerana ada maklumat wujud agenda memurtadkan umat Islam dipertikai banyak pihak termasuklah kalangan pemimpin PAS.

Ada pihak cuba menafikan pembabitan gereja dalam gejala memurtadkan umat Islam sedangkan ada bukti boleh mengaitkan mereka malah ia sudah berlaku sejak sekian lama. PAS yang dulu berjihad menentang murtad kini bertukar kiblat. Hari ini mereka akan tumbuk meja dan marah kalau ada orang ganggu gereja yang nak memurtadkan umat Islam.

Pejuang tulen seperti (Datuk) Dr Hasan Ali yang ikhlas mencegah murtad dituduh ejen UMNO yang dibayar Perdana Menteri untuk merosakkan perpaduan PAS dengan DAP. Dulu mereka maki-hamun UMNO kerana kononnya membiarkan gejala murtad, hari ini mereka maki-hamun UMNO konon membayar Hasan Ali untuk mencegah murtad.

PAS semakin hebat gadaikan maruah agama Islam..!!!

PAS telah merelakan diri menjadi alat DAP untuk memusnahkan Islam dari dalam. Itulah kenyataannya. Masihkah PAS meingkarinya? Daripada beberapa keadaan dapat disimpulkan PAS mula didominasi kumpulan Wahabbi dan kumpulan Islam Liberal yang menjadi dokongan PKR. Kekuasaan ulama semakin terhakis. Itulah wajah Islam yang bakal diperjuang oleh PAS sekarang.


YusoffAbdullah says:
PAS tetap mahu bersekongkol dgn DAP konon kononnya nanti bila mereka berjaya menawan PutraJaya baru lah dasar Islam di tonjolkan semula.. apa mereka ingat Cina DAP akan berdiam diri.. yg akan musnah ialah kita dan anak cucu kita nanti…. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...