“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

26 April 2011

LUBANG BIAWAK... Yahuda wa Nasara

Itulah Demokrasi... yang dipaksakan kepada Muslimin. Induk kepada MALAPETAKA yang telah DI LUPAKAN


"Demokrasi melalui tangan-tangan rakus para munafiqnya telah mengorbankan satu jenis alam yang paling cocok untuk dijadikan wadah kehidupan suatu kemanusiaan yang benar-benar berbakti kepada keTuhanan Allah subhanahu wa ta’ala. 

Dari berbakti kepada Tuhan Rabbul ‘alamiin mereka menjadi berbakti kepada makhluk yang dipertuhankan yang berbangga dengan kebijakan akal mereka yang setara dengan kelicikan syahwat syaitaniyyah".
Salah seorang dari mereka yang terlibat dalam Revolusi Othmaniyyah menjatuhkan Khilafah, Anwar Pasya menyesali dengan mengaku kepada temannya Jamal Pasya bahawa dosa besar yang ditanggung kaum Revolusi Turki Muda adalah kegagalan mereka, “mengenal secara betul akan Sultan Abdul Hamid rahmatuLlaah ‘alaih. Akibatnya kami jatuh dalam jerat orang-orang Yahudi, tatkala kita melakukan apa yang menjadi keinginan orang-orang Yahudi melalui Freemasonry dengan mereka membiaya pergerakan mereka dengan beberapa keping wang emas. Padahal di ketika yang sama Sulthan (rahmatuLlah ‘alaih) mahu disogok dengan 30 juta keping wang emas tetapi Baginda (rahmatuLlah ‘alaih) menolak mentah-mentah akan keinginan mereka.”


Pada hari Selasa, tanggal 27hb April 1909 Masehi bersamaan 7 Rabi’ul Akhir 1327 Hijriyyah berlakulah peristiwa Ibu Segala Bencana Kemanusiaan itu di Istanbul, Turki Uthmaniyyah. Benteng terakhir Ummat Muhammadi sallAllahu ‘alaihi wassalam, Institusi Syura’ Ahlul Halli wa Al-Aqdi sudah dijajah sepenuhnya oleh kaum Turki Muda Revolusi Uthmaniyyah persatuan dan pembangunan.

Fatwa Syeikhul Islam disahkan oleh Majlis Senat Dewan Revolusi Demokrasi Turki yang bertindak sebagai dajjal Yakjuj Makjuj Imperialis untuk menghukum Sulthan Abdul Hamid rahmatuLlah ‘alaih sebagai penyopot harta rakyat, pengkhianat Agama, pembunuh beramai-ramai, penderhaka, agen imperialis dan lain-lain istilah yang selayak dengan itu.

Hukumannya ialah, “Ya !”, bahawa Sulthan Abdul Hamid rahmatuLlah ‘alaih wajib mengundurkan diri atau mesti diturunkan !.

Tidakkah sejarah telah membuktikan yang disebaliknya bahawa kaum Revolusi inilah sebenarnya yang merupakan kaum munafiqin yang berselindung di sebalik wajah-wajah manis janji-janji demokratik yang menunggang kaum Agamawan yang bingung dan dibengongkan untuk melengkapkan agenda halatuju Yakjuj Makjuj yang di’BERHALA’kan oleh mereka ?.

Masih adalah makhluk bodoh dan dungu yang mahu dijatuhkan oleh demokrasi ke dalam lubang muslihat yang sama.

Jawapannya ialah, “Ya !, mereka itu masih terlalu ramai lagi dan berada di mana-mana di atas mukabumi ini !”.


kredit untuk TokFakirKD
Baca artikel penuh di sini

1 comment:

  1. saya setuju dgn apa yg anda katakan rasanya susah nak diperbetulkan.Negara yg menjalankan syariat islam akan dihapuskan dan difitnah
    ok saya follow

    http://orderbookonline.blogspot.com/2011/05/mengumpat-harus.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...