DAP mempunyai Nafsu Serakah yang sukar dibayangkan. Mereka pasti akan mencabar Anwar untuk rampas jawatan PM jika PR berjaya menjadi kerajaan. Mungkin benar ramalan Dr Hasan Ali dalam ceramahnya satu waktu dahulu. DAP memperkuda Melayu yang terlalai (berangan2) untuk capai apa yang mereka rancang sekian lama.
R E F O R M A S I.. menghasilkan sesuatu yang cukup mengerikan bagi bangsa ini.
DAP (90) PKR (66) PAS (66) pastinya mengecewakan penyokong PAS. Dengan agihan ini, jika mereka menang semua kerusi sekali pun, PAS akan tetap kalah dan akan berada dibawah penguasaan DAP. Tidak sesekali akan diangkat menjadi tuan, DAP pastinya tidak akan memberi laluan.
Malang sungguh nasib PAS kerana gagal laksanakan hudud sepertimana yang dilaungkan. Sekarang apa yang PAS mampu buat? Mungkinkah PAS akan minta tolong UMNO pula?
Dengan kedudukan terbaru memberi banyak persoalan. Antaranya menunjukkan DAP adalah TUAN sebenar kepada PR. Dimana pula kedudukan Anwar yang selama ini berhujah bagaikan Raja kepada PR? Siapakah yang lebih banyak kerusi akan menjadi peneraju kerajaan, ia diamalkan di mana sahaja dalam dunia demokrasi. Mampukah Anwar serahkan jawatan yang amat diidamkannya itu?
Apabila PAS tidak dominan, hasratnya ingin membawa wajah Islam hanya tinggal kata-kata. Apa pula hujah alim ulama PAS selepas ini? Akan adakah pula FATWA baru? Juak2 PAS yang selama ini tidak jemu berkokok lantang menghina UMNO kini akan terpaksa sujud patuh kepada DAP. Tidak dapat disangkal lagi. Begitu juga para imam mereka. Akan benar terjadi "kisah Lebai Malang". Kisah malang ini benar2 menginsafkan mereka yang berakal.
Tanah Melayu bakal diperintah oleh Cina DAP? Apa jadi kepada Melayu yang dijaga rapi UMNO sebelum ini? Bakal diratah hidup2 dan dihalau masuk hutan (DAP kata Melayu adalah Sakai -rujuk peristiwa 13 mei).
Semoga Allah memakbulkan doa kaum Muslimin menghalang gerakan "penjahanam" ini memerintah negara. Makbulkan juga niat Anwar hendak bersara (boleh percaya ke cakap dia?).
DAP Sah 90 Kerusi, Hudud Sah Tak Dilaksanakan
PENULIS sedikit terkejut bila menerima salinan mesyuarat yang membincangkan soal pembahagian kerusi oleh parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang diadakan baru-baru ini.
Daripada dokumen tersebut, sudah sah bahawa DAP akan bertanding di 90 kerusi parlimen, PKR 66 kerusi manakala kerusi selebihnya akan ditandingi oleh PAS!!
Pada penulis, ini adalah satu kejutan terbesar kerana ia meletakkan DAP dalam kedudukkan yang sangat selesa untuk melantik seorang Perdana Menteri dari kalangan pemimpin partinya.
Dengan syarat, momentum kemenangan parti tersebut pada 2008 berlanjutan dan menjadi lebih baik dalam kempen kali ini.
Semasa pilihanraya umum 2008, DAP memperolehi 28 kerusi dari 47 kerusi yang ditandingi mereka atau bersamaan dengan 59.57% menang dibanding dengan yang kalah.
Mengikut perkiraan penulis, kalau peratusan sama dapat dikekalkan dalam pilihanraya umum akan datang, DAP akan memperolehi 54 kerusi dari keseluruhan 90 kerusi yang ditandingi mereka.
Dari segi logik, tidak dinafikan peruntukkan kerusi ini memang masuk akal kerana DAP diketahui mendapat hampir 100% sokongan dari kalangan orang cina dan separuh sokongan orang India.
Dengan undi orang Melayu berpecah kepada 2 atau 3 bahagian, parti tersebut dengan mudah boleh menang di kawasan Parlimen yang mempunyai populasi separuh pengundi melayu dan separuh lagi bukan melayu.
Tapi dalam masa yang sama, penulis bimbang keadaan ini akan mencetus persepsi yang tidak baik di kalangan orang Melayu yang mungkin bimbang negara ini akan diperintah oleh bukan Melayu dikala mereka masih lagi membentuk majoriti di negara ini.
Keadaan ini dengan mudah akan digunakan oleh parti seperti UMNO untuk membangkitkan sentimen perkauman menebal, dimana diakhirnya nanti akan memberi kelebihan kepada mereka.
Orang Melayu tidak boleh sama sekali dibenarkan bersatu kerana ia hanya akan menguntungkan UMNO dan merugikan pembangkang. Sejarah telah membuktikan itu. Maka itu penting imej Anwar sebagai bakal Perdana Menteri dikekalkan pada setiap masa.
Itu baru bercakap tentang DAP.
Penulis juga sedikit hairan dengan jumlah kerusi yang diperuntukkan kepada PKR. Dari 97 kerusi yang ditandingi mereka pada 2008, jumlah itu merosot menjadi 66 kerusi sahaja pada pilihanraya kali ini. Separuh dari calon yang dipertandingkan itupun terdiri dari bukan Melayu.
Yang anehnya, nama Anwar diletakkan sebagai calon di 2 kawasan parlimen di Pulau Pinang iaitu di Nibong Tebal dan Permatang Pauh sendiri. Apa motif disebalik ini, penulis tidak dapat menafsirkannya buat masa sekarang sehingga maklumat lengkap diperolehi.
Penulis juga mendapati, ramai dari kalangan penyandang jawatan sekarang akan digugurkan, antaranya Azan Ismail (Indera Mahkota), Datuk Rashid Din (Merbuk) dan Loh Gwo Burne (Kelana Jaya) – sekadar menyebut beberapa.
Persoalannya disini, apa sudah jadi dengan PKR? Apakah mereka sudah hilang keyakinan untuk menang? Amat sukar untuk mempertahankan kedudukkan Anwar sebagai Perdana Menteri jika partinya tidak dominan di dalam Parlimen.
Perlu diingat, persefahaman yang wujud dalam Pakatan Rakyat adalah dalam bentuk persefahaman dan persepakatan tidak rasmi sahaja dek kerana kegagalan Zaid Ibrahim mendaftarkan nama Pakatan Rakyat dengan pendaftar pertubuhan.
Penulis tidak mahu mengulas panjang tentang jumlah kerusi yang ditandingi PAS kerana apa yang diperuntukkan itu pada penulis memang padan dengan kemampuan parti tersebut.
Lagipun, memberi jumlah kerusi yang besar kepada PAS untuk ditandingi, hanya akan menimbulkan keresahan berpanjangan di kalangan orang cina mengenai perlaksanaan hukum hudud.
Dengan jumlah kerusi yang ditandingi pun hampir menyamai jumlah kerusi pada 2008, penulis tidak rasa PAS mampu memberi ancaman yang membawa ketakutan kepada pengundi bukan melayu. Bertanding 66 kerusi, tidak semestinya menang semua
http://suarapakatanrakyat.com/2012/07/dap-sah-90-kerusi-hudud-sah-tak-dilaksanakan/
tak pasti pula web ini meleret ke mana.