“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi
21 February 2010
Terlepas Pandang
"Lalu saya pada petang Jumaat yang lalu – 19/2/2010 pergi semula kerumahnya.Beliau dikenali dengan nama Pok Teh Enggong saja. Dia tidak terkenal dikampung tersebut, dia adalah orang biasa, berkebun getah macam orang lain juga.
Dia pernah dianggap gila suatu masa dahulu oleh orang-orang kampungnya kerana dia selalu memberitakan hal-hal yang pelik, boleh menyebut ayat suci Al-Quran beserta dengan tafsir dan huraian sekali walaupun tidak pernah bersekolah apa lagi membaca atau menulis rumi atau jawi. Beliau tidak pernah mengamalkan mana-mana Tareqat,
Cuma amalan diperingkat awalnya ialah banyak membaca surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas sahaja. Selepas itu beliau lebih sebati dengan zikir khafi membunyikan sebutan Allah di dalam hati sehingga kini."
(SANGTAWAL)
Saya petikkan apa yang di tulis oleh rakan saya Sangtawal Sakranta, seorang bloger yang konsisten serta rajin menukilkan hal berkaitan agama bangsa dan negara... juga aspek aspek sains moden. Ucapan tahniah kepada beliau.
Apa yang cuba saya paparkan disini ialah sesuatu yang luar biasa dianugerahkah Allah swt kepada "guru" beliau iaitu Pok Teh.
Pokoknya, tiada mustahil bagi Allah untuk menganugerahkan sesuatu yang istimewa kepada hambaNya. Walaupun hanya seorang petani atau penoreh gerah yang tidak pernah bersekolah.
Kita dapat lihat disini ada satu pelajaran yang boleh kita ambil dari penceritaan pengalaman saudara Sangtawal Sakranta tersebut. Bagi saya walaupun bersahaja dan kelihatan mudah, namun itulah satu rahsia yang ramai manusia terlepas pandang.
Ramai yang bersangka hanya dengan belajar agama hingga ke negara Arab seperti Mesir, Syria atau Arab Saudi ataupun berguru thariqat dengan guru-guru terkenal baharu akan mendapat "Ilmu Luar Biasa". Disini wujud kekeliruan. Tidak salah belajar tinggi-tinggi, ia memang dituntut oleh agama. Mencari ilmu itu fardhu ain. Cuma yang hendak diperkatakan ialah pendekatannya.
Pertamanya, saya tandakan ialah perenggan satu diatas, iaitu perkataan TERKENAL. Inilah sesuatu kata kunci yang terpenting untuk mencapai keredhaan Allah atau pun akan terus menerus kehilangan arah. Sifat suka popular atau terkenal inilah menjadi penyebab kenapa sesaorang itu gagal dalam perjalanan agamanya, walaupun tinggi pengajiannya dan ramai anak muridnya.
Kenapa sifat ini (suka dikenal orang) dianggap menyesatkan? Ia adalah jelmaan sifat angkuh sombong, membesarkan diri, suka dipuji, riak, ujub , sam'ah, dan inilah yang diajar oleh Iblis laknatullah kepada manusia. Nampak tak perkaitan antara sifat ini dengan tipudaya Iblis dan Syaitan. Sebenarnya sifat ini amat buruk pada pandangan Allah kerana ia boleh menyebabkan manusia itu jatuh "syirik" serta merosakkan amal. Keikhlasannya akan terhakis. Walau banyak mana amal dilakukan, ia akan jadi sia-sia.
Amal yang ikhlas sahaja akan sampai kepangkuan Allah swt. Bersesuaian pula dengan amalan memperbanyak membaca surah alIkhlas. Saya tandakan pada perenggan ke 3 di atas. Surah alFatihah pula adalah ummulQuran. Banyak rahsia alFatihah ini dan ia juga adalah kunci kepada rahsia manusia itu sendiri. Kita boleh rujuk dalam banyak kitab dan buku yang khusus mengenai kelebihan surah alFatihah ini.
Akhirnya dengan sifat tidak mahu terkenal, amalan berterusan walaupun sedikit telah menaikkan martabat sesaorang itu di sisi Allah. Maka Allah menganugerahkan kejernihan hati dan nur kalbun sehingga ia terus hidup di dalam diri (zikir khafi). Itulah yang dimaksudkan sebagai "rezeki yang tidak terhingga (bi ghairi hisab)".
Seterusnya wujudlah karomah, boleh menyebut dan mentafsir ayat suci dengan fasih dan tepat. Ia adalah perkara yang mencarik adat.
Kelihatan amat mudah dan ringkas. Bukankah Islam itu "mudah", kenapa perlu kita payahkan? Masalahnya sukar benar kita hendak membuang sifat sombong dan suka membesarkan diri itu. Telah menjadi kebiasaan kita pula, seringkali menafikan bahawa kita ini "sombong" dengan berbagai alasan. Nah disini sudah jelas, kita tahu kenapa kita gagal dalam perjalanan hakiki menuju kepada Allah swt. Cuba saudara renungkan dengan ikhlas hati adakah saudara termasuk golongan manusia yang menyombong diri?
Semoga kita dapat mengambil iktibar dan pedoman daripada peristiwa ini.
sila baca artikel penuh beliau..... klik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam ziarah,
ReplyDeleteterima kasih kerana menyampaikan yang Haq, tuan amat faham apa yang cuba saya sampaikan.
Allah Hu, Allah Haq,
*utk makluman tuan, dlm blog list tuan di sebelah itu, ada blog Pemuda Ahli Sunnah, rasanya dia ada kaitan dengan MQTK juga. jadi , ambillah ilmu yang terbaik dari mana-mana sumber, tetapi cernakanlah dulu sebelum menghadamnya! tuan lebih arif dlm bab ini :)
wassalam!