“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

29 January 2012

Semakin PANAS: Dr Hasan vs Azmin (PKR ketakutan)


Cubaan menghalang kemaraan Dr Hasan oleh PKR bukannya PAS. Kenapa ya?
Hasan Ali Cabar Azmin... Lapor Polis Jika Ada Bukti



Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menggesa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mempunyai bukti penyelewengan dan salah laku melibatkan beliau.

Menurutnya, beliau sendiri tidak mengetahui bentuk penyelewengan yang didakwa Azmin sebagai rahsia yang kini berada dalam tangan Pakatan Rakyat (PR).

Sebaliknya, Hasan mendedahkan beliau juga mempunyai bukti-bukti kukuh berhubung salah laku pemimpin PR, menerusi pemberi maklumat dalam gabungan tersebut.

"Bukan niat saya untuk mengaibkan sesiapa, tetapi andainya saya ditolak ke dinding, barangkali maklumat-maklumat tersebut boleh dijadikan senjata ampuh mempertahankan diri.

"Ini kerana sesetengah daripada maklumat tersebut boleh mengundang keaiban kepada individu dan parti," kata beliau dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Azmin mempunyai rahsia berkaitannya dan akan dedahkan kepada rakyat sekiranya Hasan terus menyerang kepimpinan PR.

Hasan berkata, sebagai ahli politik, beliau tidak mampu mempetahankan diri daripada serangan dan fitnah kerana ia perkara biasa dalam dunia politik.

Menurutnya, beliau masih mempunyai rekod baik sepanjang 15 tahun berada dalam dunia politik termasuk dalam perkara fitnah-memfitnah.

"Mungkin ada yang mengatakan bahawa saya angkuh. Tetapi, inilah realitinya. Setakat yang saya ingat, belum ada laporan polis atau siasatan SPRM ke atas saya.

"Tetapi tidak tahulah waktu mendatang kerana saya bersama teman-teman dilihat terlibat dalam program dalaman dan bagi setengah golongan menganggapnya sebagai menentang arus," katanya yang memulakan siri jelajah penerangan selepas dipecat oleh Pas pada 8 Januari lalu.

Ekoran keputusan Pas itu, beliau digugurkan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.


Fitnah Murahan Dari Azmin Pakatan Kepada Dr Hassan

Mereka lakukan apa sahaja untuk menggagalkan perjuangan Dr Hasan membongkar kepalsuan perjuangan PR. Ia kelihatan semakin jelas, Anwar begitu takut dengan strategi Dr Hasan walaupun gagal dibaca oleh PAS. PAS hanya dipergunakan oleh Anwar dan PKR untuk melakukan sabotaj terhadap Dr Hasan Ali, bekas ahli mreka yang dipecat. 

Memang benarlah keupayaan PAS dalam permainan politik amat lemah dan tidak akan layak menjadi peneraju pemerintahan negara. Sesuatu yang amat malang bagi Muslimin Malaysia. Setelah menjadi sekutu (pengikut ?) Anwar, PAS menjadi semakin tidak relevan. Lemah dan kucar kacir. Mereka terjebak dengan virus yang dibawa oleh Anwar dan PKR dan najis bawaan DAP. Apa yang jelas mereka juga tidak mampu menjadi lebih baik dari DAP dalam permainan politik dan sering terpedaya.

Akhirnya PAS hanya layak menjadi kedai PKR dan penjilat Yahudi bernama Anwar Ibrahim.

Nampak jelas, pakatan ini semakin buruk perangainya. Memang busuk sekali. Apabila kelemahan dan kepincangan mereka akan didedahkan, mereka sangat terdesak hingga sanggup mengada-adakan cerita dan memfitnah orang yang pernah bersama dengan mereka suatu masa dahulu.

Tetapi itu memang permaian Anwar Ibrahim sejak dari dahulu kala lagi. Kaki putar terbaik di Malaysia. Manusia pura-pura dan penuh tipudaya. Masihkah PAS tertidur lena?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive