“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

15 November 2011

Mengapa masih DEGIL? Tangan Dajjal sudah sampai di sini.



Jika anda masih berdegil untuk tidak melihat realiti kejahatan musuh Islam, tiada siapa yang boleh melarang anda. Anda sendiri sedang menzalimi diri anda. Saya bukan fokus kepada gerakan "BERSIH" yang lalu, sebaliknya mengangkat perhatian semua kepada konspirasi terancang oleh zionis.

Jika anda sayangkan PKR atau PAS, ia tidak jadi isu di sini, teruskanlah cuma perlu bertindak bijak mempertahankan agama bangsa dan agama. Kita wajar segera matang dalam caturan politik. Jangan tutup minda anda dari kebenaran. Hapuskan prejudis.

Bukan bencikan sesiapa. sebaliknya sayangkan semua rakan taulan. Sayangkan bangsa seagama yang sedang dipermainkan. Paling menyedihkan umat Islam negara ini telah dikelirukan dengan dahsyat sekali terutama yang tidak tahu apa-apa dikampung pendalaman .

Orang Islam keluar dengan rasa bangga menjaja agenda zionis ini atas dasar Islam. anda boleh lihat susun atur perjudian zionis ini.

Ia dimulakan dengan kemenangan PR dalam PRU12 menafikan dua pertiga kerusi parlimen pemerintah.

DAP mengorbankan jawatan Ketua Pembangkang untuk DS Anwar Ibrahim walaupun DAP mempunyai lebih kerusi. Anwar terus diterima sebagai ketua PR sekaligus mengetuai parti-parti pembangkang. DAP ada muslihat terselindung terhadap tindakan tersebut.

Kita susuri lagi beberapa peristiwa. Melalui keputusan mahkamah nama Allah dibenar digunakan oleh pihak kristian. Orang Islam membantah, PKR dan PAS senada dengan DAP mempertahankannya. Islam mula tewas di sini.

Ia satu kejayaan besar bagi zionis merosakkan ketuanan Islam di Malysia yang sekian lama mereka gagal lakukan. Kesah Lina Joy menggemparkan Malaysia. Islam tewas lagi.

Selepas mendapat respon yang baik dari rakyat terutamanya umat Islam beramai-ramai menyertai demonstrasi "Bersih 2", usaha dilanjutkan untuk menguji sejauh mana umat Islam akan mempertahankan agama mereka. Dilakukan pelbagai provokasi dan gerak kerja bagi meremehkan Islam yang berstatus "Agama Pesekutuan" di dalam Perlembagaan.

Provokasi dilancarkan dengan mencadang kristian dijadikan agama resmi Malaysia, matlamatnya memecah belahkan penduduk Sabah dan Sarawak supaya bangun memberi sokongan kepada mereka (kita tahu sebahagian besar pemimpin DAP adalah kristian dan menjadi dalang usaha kristianisasi di Malaysia). Kita bernasib baik, kerajaan dan Majlis Raja-Raja segera bertindak menghentikannya.

Trajedii 1 Ramadhan, pihak gereja Damansara disiasat dan didapati terdapat usaha memurtadkan sebilangan orang Melayu. Isu ini berpanjangan sehingga Sultan Selangor masuk campur untuk menghalang kerja jahat gereja ini. PKR dan PAS sekali lagi terperangkap antara agama dan politik. Apabila PKR dan PAS memboikot HIMPUN, maka terpahatlah satu sejarah kelam umat Islam di Malaysia. PAS dan PKR lebih sayangkan politik dari agama. Islam tewas lagi.

Pesta dan kempen LBGT pula dianjurkan oleh kumpulan yang seangkatan penganjur Bersih 2. Kali ini ia menjadi semakin sinis dan semua pihak berhati-hati membuat kenyataan, namun DS Anwar Ibrahim sama ada secara sengaja atau sebaliknya telah menyatakan pendirian menyokong usaha ini.

Semua ini dilakarkan oleh arkitek antarabangsa dan dibina oleh jurutera tempatan. Tujuannya? Runtuhkan Islam.

Lim Guan Eng dan bapanya Lim Kit Siang menegaskan bahawa DS Anwar tetap akan dilantik PM walaupun telah dipenjarakan jika PR menang PRU13 nanti. Belum pasti Anwar akan bertanding dalam pilihanraya dan belum pasti berapa kerusi akan dimenangi PKR tetapi dia telah dinobatkan sebagai bakal PM. Muslihat ini tentu mudah dibaca oleh mereka yang berfikir.

Pertama menafikan peluang Haji Hadi sebagai PM jika PAS memperolehi lebih kerusi, keduanya mempergunakan Anwar sebagai PM atas nama sahaja. Segala dasar ditentukan oleh DAP sebagaimana Perak satu masa dahulu. Ketiga memaksa orang Melayu memangkah "roket".

Apabila DAP memerintah negara melalui DS Anwar Ibrahim. Zionis akan mudah melaksanakan agenda seterusnya merosakkan apa sahaja yang mereka mahu. Akhirnya Islam akan tinggal nama sahaja kerana Islam Liberal yang tiada "nur Islam" menggantikan pegangan Ahlussunah WalJamaah di Malaysia. Usaha mengkristian orang Melayu tiada lagi halangan.

Maksiat dihalalkan, judi arak dan zina malah liwat (sodom) akan menjadi sebahagian dari cara hidup Malaysia Baru.

Dari sini mereka semua akan disogokkan dengan teori yang telah lama mereka ketengahkan iaitu "kebangktan Nabi Isa" yang sebenarnya dia adalah palsu. Itulah Dajjal.

Saya mengambil maklumat ini dari AIDC yang pada saya ia amat penting untuk dianalisa oleh segenap lapisan masyarakat. Fakta keterlibatan zionis secara langsung dalam persekitaran kehidupan rakyat Malaysia. Telah disusun dengan kemas. Usah melatah hanya kerana laman tersebut memihak kepada kumpulan bertentangan. Jadilah manusia bijak.

Mereka (zionis) tidak perlu datang ke sini. Sebaliknya kita sendiri yang menguruskan apa yang telah mereka rancangkan sama ada kita sedar atau tidak. Semua bertititik tolak dari segi "dana/wang" yang amat diperlukan oleh sesaorang terutama ahli politik. Perkataan kurang ajar yang boleh disebutkan ialah ""menjadi hamba/balaci" zionis menusnah negara bangsa dan paling sadisnya agama sendiri.

.......................................



Apakah Sekarang Era NGO Feminism & Islam Renaissance ? Meneliti terhadap carta aliran dan huraiannya, timbul satu persoalan apakah sekarang ini Era Kebangkitan NGO Feminisme dan Islam Renaissance yang akhirnya dikenalpasti dibiayai oleh OSI (Open Soceity Institute), milik penyangak matawang Yahudi, George Soros ?

Berdasarkan carta di atas, pemain utama NGO feminisme adalah Maria Chin Abdullah (rujuk nombor 1 dalam carta di atas) yang menaungi dan menerajui sekurang-kurang tiga NGO, iaitu EMPOWER (Pusat Jana Daya), WDC (Women’s Development Collective) dan NIEI (National Institute for Democracy and Electoral Integrity).

NGO feminisme bermaksud satu kumpulan yang memperjuangkan kesamaan gender (jantina) di antara perempuan dan lelaki serta kesamaan gender harus dipraktikkan dalam semua bidang sosial, politik, ekonomi dan agama.

Bermakna hukum Islam yang mengatakan lelaki adalah ketua kepada perempuan ditolak, kerana menurut hukum feminisme, lelaki dan perempuan adalah sama taraf.

Para aktivis politik feminisme biasanya berkempen memperjuangkan hak asasi manusia untuk kaum wanita yang merangkumi keutuhan badan serta kebebasan hak pembiakan, termasuk hak pengguguran yang sah di sisi undang-undang, pencegahan hamil, mutu jagaan pranatal, perlindungan daripada keganasan dalam perkongsian rumah tangga, penganiayaan seks, penganiayaan di jalan raya, diskriminasi dan rogol, serta juga hak tempat kerja untuk cuti bersalin dengan gaji yang sama.

Tema-tema yang biasa diangkat dalam feminisme adalah pengobjekan seks dan penindasan serta monopoli lelaki.

Berdasarkan video di sebelah, kita akan dapat lebih memahami perkaitan antara NGO dengan NGO yang lain (EMPOWER,WDC & NIEI), tetapi matlamatnya satu iaitu ke arah mendemokrasikan Malaysia serta mencabut akar-akar agama yang menjadi penghalang kepada pembangunan kebebasan dan demokrasi di negara ini.

Dua yayasan dana Yahudi yang bertopeng demokrasi iaitu NED (National Endowment for Democarcy) dan OSI saling bekerjasama mendanai NIEI, EMPOWER dan WDC untuk melakukan gerak kerja demokrasi di Malaysia. Klik di sini

Dalam video itu Yunus Lebai Ali (arwah) dan isterinya Maria Chin Abdullah memainkan peranan penting dalam penubuhan NGO feminisme dengan dibantu oleh tiga individu lain yang bermain di belakang tabir iaitu Dr Rohana Ariffin (aktivis PKR & kawan rapat Yunus/Marina), Hishamuddin (Isham) Rais (pro PKR & kawan rapat Yunus/Marina) dan Amin Iskandar @ Black (pro PKR & anak didik Yunus/Isham).

“Okay..okay..okay..pengalaman saya pergi ke rumah pelacur di Thailand..(disambut jeritan dan gelak ketawa lagi)..okay..dengar..dengar..dengar..saya pergi rumah pelacur di Thailand, adakah saya, (masa) saya nak pergi ‘menutuh’ (berzina) tu saya bawa kawan saya, kawan saya masuk bilik yang sama..tak masuk akal dah..” kata Isham Rais, ketika berceramah kepada AMK PKR di Shah Alam pada 18 Jun 2011, yang memberi isyarat dalam perjuangan kebebasan dan demokrasi menghalalkan aktiviti berzina yang sebelum ini diharamkan Islam. Klik di sini

Kerana gerakan LGGT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) tidak begitu sesuai dengan iklim budaya ketimuran maka, gerakan LGBT lebih banyak menumpang kepada NGO feminisme.

Selain LGBT menumpang NGO EMPOWER dan WTC, satu lagi yang lantang memperjuangkan hak asasi LGBT Malaysia adalah SUARAM yang diketuai oleh Cynthia Gabriel (rujuk nombor 2 dalam carta di atas).

Elizabeth Wong sebelum bertanding menjadi calon PKR merupakan aktivis belakang tabir yang mengerakkan SUARAM bersama Tian Chua.

Menurut Lokman Nor Adam, bekas Penolong Setiausaha Pemuda Keadilan, semasa beliau ditahan bersama-sama Tian Chua di penjara Kamunting, Tian Chua mengakui pembiayaan kehidupannya dibayar oleh Soros. Klik di sini

Maklumat Lokman disokong oleh Senator Ezam Mohd Nor yang mengesahkan Elizabeth Wong adalah ejen Soros di Malaysia yang mengatur penyaluran dana kepada PKR dan NGO. Klik di sini

Maka tidak hairan apabila skandal kegiatan gelap Elizabeth Wong yang suka bertukar-tukar pasangan seks tanpa kahwin disebarkan, bekas aktivis SUARAM itu tidak meletakkan jawatannya sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor. Klik di sini


Inner Circle Anwar - Dari kiri, Lee Khai Loong (Ketua Koodinator Youth For Change), Elizabert Wong, Yap Swee Seng (Pengarah Eksekutif SUARAM), Cynthia Gabriel (Aktivis SUARAM), Murphy Pakiam (Ketua Biskop Kristian) dan Tian Chua. Mereka berkunjung ke rumah terbuka Anwar pada tahun 2007.


Juga tidak menghairankan apabila Cynthia Gabriel, Pengarah SUARAM menjemput William Bourdon, seorang peguam yang turut dibiayai Soros untuk memalukan Malaysia dengan isu pembelian kapal selam Scorpene. Klik di sini



Kerana Cynthia Gabriel, Elizabeth Wong, Tian Chua bernaung di bawah ketua yang sama iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dianggap sebagai blue eyed boy Soros di Malaysia. Klikdi sini,, sini, sini dan sini

Maka apabila peguam PAS, Mohamed Hanipa Maidin mendakwa pelacur di Lorong Haji Taib juga turut mengambil cuti untuk menyertai perhimpunan haram BERSIH 2.0 pada 9 Julai, tidak lagi menjadi satu kejutan kepada masyarakat umum. Klik di sini

Islam Renaissance

Maria Chin Abdullah juga terlibat dalam NGO Islam Renaissance iaitu dilantik sebagai Pengurus Kanan SIS (Sister In Islam). Kliksini

PAS pernah mencadangkan agar SIS membuang perkataan Islam dalam nama NGOnya kerana tindak tanduknya menjurus kepada melakukan aktiviti yang bertentangan dengan ajaran Islam.

“Orang yang membuat cadangan itu kita anggap sebagai tidak relevan, dan cadangan itu juga tidak relevan,” kata Maria Chin Abdullah, Pengurus Kanan SIS. Klik di sini

SIS ditubuhkan pada tahun 1988, sekumpulan peguam, aktivis, ahli akademik dan wartawan wanita termasuk Zainah Anwar dan Marina Mahathir untuk menyelesaikan masalah wanita Islam di Mahkamah Syariah.

Pada tahun 1993, gerakan ini secara rasmi didaftarkan sebagai pertubuhan bukan kerajaan di bawah nama SIS Forum (Malaysia) Berhad dan sehingga kini dikenali sebagai Sisters in Islam atau ringkasnya SIS.

Tumpuannya adalah untuk mencabar undang-undang dan dasar atas nama Islam yang mendiskriminasikan wanita yang kemudiannya diperluaskan kepada isu lebih besar seperti demokrasi, hak asasi manusia dan perlembagaan.

Pada 7 Jun 2009, dalam Muktamar PAS 2009 ke-55 di Stadium Malawati Shah Alam, Muslimat PAS Shah Alam meluluskan usul mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal dan seterusnya mengharamkannya sekiranya terbukti menyeleweng dari akidah Islam.

Menyusul selepas itu, Dewan Pemuda PAS mencadangkan agar SIS menukar nama kepada Sisters In Malaysia jika mereka mahu meneruskan tingkah mereka yang memperjuangkan hak asasi yang subjektif dan tidak lagi membawa nama Islam tetapi dalam masa yang sama mempersoalkan hukum-hukum Islam yang telah termaktub dalam al-Quran dan hadis. Klik di sini

Beberapa hari selepas itu, pada 11 Jun 2009, Khalid Samad, Yang Dipertua PAS Shah Alam menarik balik usul pengharaman SIS dengan alasan usul dibuat secara silap.

“Usul itu datang dari Muslimat kawasan. Kerana kesuntukan masa dan dibuat tergesa-gesa, ia tidak dibahaskan dalam mesyuarat kawasan dan ia terus dihantar kepada jawatankuasa usul pusat”, kata Khalid.

Justeru itu Khalid juga menarik balik usul ‘mengharamkan’ SIS dan mengantikan dengan usul baru iaitu “berbincang’ dengan SIS.Klik di sini

Berkenaan penglibatan Zaid Kamaruddin, Presiden JIM (Jemaah Islah Malaysia) dalam jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, blogger mahaguru 58 sifatkan sebagai ‘ular berkepala dua’ dalam NGO Islam.

“Orang yang saya maksudkan adalah tidak lain dari Hj Zaid Kamarudin, Presiden Jamaah Islah Malaysia, salah sebuah NGO Muslim yang bersama dengan ACCIN dan PEMBELA, Gabungan Pertubuhan pertubuhan dan Persatuan persatuan serta NGO Muslim yang sekian lama ini gigih memperjuangkan kedaulatan Islam dan senantiasa berusaha di dalam segala cara untuk memastikan bahawa hak hak umat Islam seMalaysia tidak terhakis dan terjejas di dalam apa cara sekalipun di dalam negara kita Malaysia ini.

“Di dalam ia bersama sama dengan ACCIN mempertahankan kedudukan dan kedaulatan Islam melawan puak puak penganjur IFC dan rakan sekutu mereka di dalam MCCBHST, Zaid Kamarudin boleh pula menyokong penuh agenda BERSIH 2.0 yang dikepalai Ambiga Sreenevasan sendiri di atas platform berbeza dengan memegang jawatan sebagai Setiausaha Agong IKRAM! Apa cerita ini?”, katanya. Klik di sini


Renaissance merupakan kalimah sering dicanang oleh Anwar sejak dari akhir tahun 1990-an.

Anwar juga pernah menerbitkan buku bertajuk “The Asian Renaissance”, yang diterbitkan oleh Times Editions, Singapore (1996).

Buku itu melambangkan visinya yang membawa pemikiran liberal dan semangat pluralisme agama antara bangsa-bangsa di Asia.

Istilah Renaissance dipinjam dari bahasa Perancis yang bermaksud pemulihan atau menghidupkan semula aspek kebudayaan dengan memberi penekanan terhadap pemulihan budaya meliputi aspek ilmu pengetahuan seperti sains, sastera dan seni klasik yang pernah menjulang Eropah sebagai pusat peradaban dunia pada ketika itu.

Zaman Renaissance merujuk kepada perkembangan Eropah selama dua abad dari pertengahan abad ke 14 sehingga pertengahan abad ke 16. Bermula di Itali kemudian telah merebak ke seluruh Eropah melalui perkembangan intelektual dan pemikiran manusia.

Hasil daripada Renaissance telah membuka jalan kepada kelahiran pelbagai aliran baru Eropah hingga abad ke 18 seperti Humanisme, rasionalisme, nasionalisme dan absolutisme.

Dalam konteks Malaysia pula pada tahun 2009, muncul pula satu NGO yang dinamakan Islamic Renaissance Front (IRF) yang dipimpin oleh Dr Ahmad Farouk Musa. (Rujuk nombor 3 carta di atas)

Dr Ahmad Farouk dan IRF salah seorang daripada 11 doktor Tung Shin dan beliau dan organisasinya merupakan salah seorang daripada Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 yang dipimpin oleh Ambiga.

Yang lebih menarik lagi, Dr Ahmad Farouk dikatakan salah seorang kenalan rapat Anwar dan organisasinya itu, IRF juga turut mendapat sumbangan daripada Geoge Soros. Klik di sini


Angela says:
Islam hanya tinggal pada nama – ini sudah lama diperkatakan dan dibayangkan dalam Hadith mengenai umat di akhir zaman. Dan begitu juga pada JENAMA, di mana label-label atau jenama “Islam” digunakan untuk mengelirukan umat Islam. Tak usah cakap pasal nama dan jenama “Islam” sebab kalau mereka sudah terlebih dahulu merampas nama “Allah” untuk terus menghancurkan Islam. Dan umat Islam tidak tahu mekanisme yang digunakan oleh kaum kuffar untuk menyusup ke dalam organizasi-organizasi Islam, kerana ada yang berpura-pura Islam sedangkan mereka adalah agen nasrani. Mereka tinggal bersama-sama kita, makan bersama-sama kita, ikut sembahyang bersama-sama kita, puasa bersama-sama kita. Ini sudah lama berlaku! Umat Islam sudah terlalu ketinggalan dalam organizasi INTELLIGENCE, dan terlalu lurus bendul, sebab itu mereka mudah ditipu. Hanya dengan ilmu dan COUNTER-INTELLIGENCE sahaja umat Islam dapat menepis kegiatan subversif agama yang telah berlaku sekian lama dalam dunia Islam. Khidmat intelligence ini adalah khidmat yang dibayar dengan harga yang mahal, jadi tidak hairanlah ada orang yang suka berkhidmat dalam bahagian ini. Antara organizasi yang paling licik dalam kegiatan ini adalah MI5 dan MI6 dalam British Intelligence.
Kita hanya kemaruk dengan Yahudi, Yahudi, Yahudi… kerana umat Islam TELAH TERMAKAN PROPAGANDA ANTI-SEMITIC PUAK NASRANI. Propaganda ini sangat berpengaruh dan sangat meluas, dan rata-rata umat Islam melalui golongan terpelajar sudah termakan pengaruh ini. Propaganda Nasrani yang kononnya anti-Yahudi dan anti-Freemason ini sudah berlarutan berabad-abad sejak zaman Inquisition lagi, dan propaganda inilah yang sekarang bersepah di Internet, dan propaganda inilah yang dikutip oleh pelajar-pelajar Islam yang tidak tahu hujung pangkal sejarah.
Sekarang lihatlah sendiri, siapa yang sudah mula menyerang dan memurtadkan umat Islam di Malasysia? Kini satu demi satu negara Islam telah dikuasai, dan terkini – Libya! Lepas ini Syria dan Pakistan, sebelum Iran diserang. Ramai orang Islam sudah termakan propaganda Nasrani sehingga Ikhwan Muslimun (yang ditubuhkan oleh Jesuit pada tahun 1928 melalui Freemason Hassan al Bannah dan Syed Qutb) akan berjaya menghimpunkan satu bala tentera yang besar (dengan bantuan Western Intelligence) untuk berperang dengan Israel – sedangkan ini adalah satu gerakan SUICIDE bagi umat Islam. Di atas kebodohan umat Islam itu, yang mengikut telunjuk Western Intelligence, akhirnya umat Islam akan terjerat dengan perancangan untuk hancurkan Islam melalui peperangan dengan Yahudi (di mana Yahudi juga akan dihancurkan sama).
Allah Maha Kuasa, walaupun perancangan rapi ke arah itu akan tercapai, tetapi ianya tidak akan berpihak kepada pihak Barat (Nasrani) kerana:
“And when those who disbelieve plot against thee (O Muhammad) to wound thee fatally, or to kill thee or to drive thee forth; they plot, but Allah (also) plotteth; and Allah is the best of plotters.”
- Qur’an: Surah Al-A’raaf, verse 8. Pickthal’s Quran Translation.
Dalam konteks yang sama, perancangan untuk menghancurkan Islam (agama yang dibawa oleh Muhammad), Allah juga akan menyelamatkan Islam.
Kesimpulan: walau bagaimana licik perancangan kuffar termasuk dengan menganjurkan pelbagai organizasi NGO dan sebagainya untuk menghancurkan Islam, namun Allah akan menyelamatkan agama suci ini.

7 comments:

  1. jadi nak pangkah pakatan kan BN?

    ReplyDelete
  2. Sy tidak menyertai mana2 pertubuhan Politik dan mana2 NGO..
    Jika anda mengatakan DAP dan anak beranaknya itu wakil Dajjal,org akan kata YG sama pd MCA dan MIC,GERAKAN,PPP dan sekutu2nya..
    Terutama MCA yg terang2 anti Islam melalui kenyataan Presidennya yg menghina amalan hidup mengikut sunnah calon PAS sewaktu di tenang dahulu..
    MIC dan PPP pd sy langsung tiada sumbangan pd negara ttp paling mengada-ngada meminta jawatan dan mengugut UMNO akan kehilangan sokongan komuniti India jika suara mereka dipinggirkan..
    Mereka pd sy jelas dan terang tiada sumbangan pd kemakmuran dan kestabilan,ttp berlagak lebih sudu dari kuah seolah-olah mereka penentu sokongan org2 India terhadap BN..Mereka ini yg naik tocang sebenarnya pd penilaian sy..
    MIC pd sy adalah parti yg diwakili oleh gangster2 yg sering bertelagah tentang kedududkan mereka spt kisah2 gangster Hong Kong..
    Mana sumbangan mereka kpd kestabilan hidup amalan masyarakat majmuk???
    Langsung tidak ada sumbangan mereka ttp mereka inilah yg lantang mendesak-desak pemimpin2 UMNO..
    UMNO telah lama menzalimi diri sendiri dan mempertaruhkan masa depan org2 Melayu dimana sehingga kini matalamat 30 peratus pegangan saham kpd Bumiputera masih x tercapai krn terlalu melayan karenah komponen2 dlm gabungan BN mereka..
    Skandal PKFZ pun apa kurangnya..
    Mana perginya laporan audit Syarikat pertolium negara spt PETRONAS sehingga kini rakyat tidak tahu akan untung rugi perniagaan syarikat milik negara ini..
    MAS sudah dimakan oleh Tony Frenandez(adik-beradik Freddie Frenandez)..
    Adakah ASTRO(Bkn syarikat milik Bumiputera)ambil peduli dgn rungutan menteri tantang keluhan rakyat mengenai kerenah mereka menaikkan bil sesuka hati?
    Itulah DAJJAL2 dlm negara yg kita sengaja pejamkan mata terhadap kerakusannya..
    Sy tidak berniat utk menambahkan kebimbangan anda ttp sy ingin meneroka ruang yg jarang2 kita fikirkan krn jika kita mengatakan sayap kiri itu mempunyai ancaman terhadap hidup matinya org2 Islam,pd sy kita dijamah dari setiap penjuru..Jika kita mengabaikan sayap kanan yg lg satu ini,kelak kita akan mati roh dlm keadaan kuasa berada ditangan org2 yg kita percaya akan menjaga kita..
    Pd sy kita harus berhati-hati pd semua yg ada disekeliling kita tidak kira dari sudut mana pun ia bersembunyi..
    Pd sy apabila kita menumpukan pd sebelah pihak,kita akan tertipu dgn persepsi sebelah sisi krn mengabaikan sisi yg satu lg krn setiap kebimbangan itu haruslah berdasarkan pandangan ilmiah dan berdiri atas hujah Ilmiah..
    Pd sy musuh sebenar kita adalah Sistem DEMOKRASI itu itu sendiri krn ia sama sekali tidak berdiri atas sistem Syura yg diajarkan oleh Islam..Kita sendiri mengikut amalan politik bawaan Yahudi dan Nasara sehingga kita ikut masuk ke dlm lubang biawak..Lihatlah wajah hodoh kita sendiri krn ikut mengambil model mereka sehingga kita bercakaran x sudah2..
    Kita sudah tidak lg memuliakan saudara seagama yg berlainan Ijtihad ttp cela-mencela sesama kita..Inilah wajah hodoh milik kita akibat memakai solekan Yahudi dan Nasara dan ikut sama mendukung sistem yg merugikan umat Islam itu sendiri..
    Semoga kita masih sempat memohon supaya Allah mengampunkan kita dan mereka (yg berlainan Ijtihad)krn kita sebenarnya satu ttp kita tidak dpt mengingkari Doa Rasulullah s.a.w yg tidak dimakbulkan Allah iaitu umat Muhammad ini akan berpecah dan bermusuhan spt mana kehendak Allah sehinggakan Doa Rasulullah s.a.w yg meminta Allah elakkan fitnah ini dari berlaku tetap ditolak oleh Allah S.w.t..
    Pd sy jika doa Rasulullah ini dimakbulkan itu bermakna maka Allah akan mengingkari apa yg sudah dituliskannya di Lauh Mahfuz..
    Hikamahnya perpecahan ini adalah utk mengasingkan yg Haq dgn yg Batil atas kehendak Allah dan kita sebagai hambanya yg lemah wajib sentiasa memohon perlindungan dari diperdayakan oleh ujian hebat yg Allah beri ini..Sesungguhnya Allah akan menguji manusia sesuai dgn kemampuannya..
    Maka laksanakanlah Sunnah dan pisahkan diri kita dari Bid'ah,baharulah jalan2 kita akan diterangi oleh Allah s.w.t pentadbir seluruh Alam ini..

    ReplyDelete
  3. Salam, maafkan saya tuan blogger, menurut komentar yg bernama Angela ini, sy ingin tahu mengapakah hassan al banna dan syed qutb perintis ikhwanul muslimin dikatakan hasil gerakan Jesuit. Bolehkah tuan aliffmy mempunyai pendapat atau pengetahuan mengenai gerakan Jesuit dalam penubuhan ikhwanul muslimin.
    Jazakallah.

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Berhijrahlah dari
    1. sistem kewangan fractional banking kuffar yang berasaskan matawang fiat riba yang bernilai hanya tisu tandas dan beralih kepada emas/perak
    2. sistem perundangan sekular kuffar yang tidak berasaskan kepada tauhid/ehsan/rahmatNya dan beralih kepada dalil-dalil kitabNya dan sunnah kekasihNya
    3. sistem pemerintahan demokrasi kuffar yang sangat bersangkutan dengan dua elemen kuffar di atas yang seterusnya bersangkutan dengan bank dunia dan pertubuhan bangsa bersatu sebagai khalifah ciptaan/toghut/dajjal beralih kepada Khalifah pilihanNya.

    Anony 3.28am

    ReplyDelete
  5. Anuarlah manusia paling jahat.. dialah tangan dajjal.. dialah yang balun duit negara juta2.. tak caya.. dialah yg bg Singapore secara percuma. Dialah yang bg pulau batu putih.... dialah yg bg genting.. dialah yg bg bukit tinggi.. dialah yg bg air 3 sen pd singapore.. dialah yg bg Mas pd Airasia.. dialah yg bg lesen Astro.. Dialah yg bg kotrak IPP.. dialah ajen zionis, Amerika, Singapore.. dlm kata lain Anuarlah yg paling jahat kat Malaysia.. Hanya UMNO lah yang paling suci... Orang dalam parti UMNo tak pernah amik walau seposen pun duit negara... Hanya UMNO memperjuangkan nasib melayu.. tengok betapa kayanya orang melayu.. Orang Melayu banyak buat Bisnes.. sampaikan bangsa asing terpaksa keje dgn orang melayu.. bak kata2 SAKTI pemimpin tercinta saya.. HANYA KERAJAAN UMNO DAN BN SAHAJA YANG MAMPU MENTADBIR NEGARA...Saya tetap Cintakan UMNO...

    ReplyDelete
  6. salam, tq for info yg bernas.. kot mana pun islam tetap perlu dipertahankan..dasar orientalis zionis amat licik.. tidak mustahil kita akan kecundang...berpeganglah pada yg hak..Apa pun saya salute pendapat dan kajian bro..tq..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...