“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

04 January 2012

Selangor taja pengganas? Ini buktinya. Kemana nak disembunyikan?

Kemana nak disembunyikan rahsia penglibatan Anwar dan suku sakatnya membiayai pertubuhan subersif ini? MoU? Hah hahaha. Siapakah yang bengap dan cacat akal untuk mempercayainya.

muka sabun bakal menghuruharakan negara

nilah dia tokey subersif anak buah Anwar


Yang metrai perjanjian adalah exco yang tidak ada kaitan dengan pelajaran Dr Xavier Jayakumar. Makin ganjil, dia seorang PKR bukan Melayu menandatangani MoU bagi pihak kerajaan negeri. Pelajar tersebut pula dari UiTM lubuk mahasiswa Melayu....  Dapat agak tak motif di sebaliknya?

Kita terpinggir dari maklumat benar sekeliling menyebabkan kita tersalah membuat tafsiran bahawa para pelajar Malaysia kini ditindas. Ditindas dan dizalimi. Adakah ada buktinya? Tiada. Ya tiada sebarang bukti bahawa pelajar kita ditindas oleh AUKU atau sebarang peraturan di Universiti. Kenapa masih pertikaikannya? Tentu ada penghasut. Gerakan komunis dalam PR.

Memandangkan pelajar kumpulan agresif telah pun terbina melalui rangkaian AMK, sekarang masanya untuk perkuatkan mereka. Hasil segera diperlukan mencipta kejutan 9hb Jan nanti. Dengan apa? Wang. Dana yang mencukupi bagi merangsang momentum pemberontakan menjelang 9hb Januari ini. Dana menjadi sumber inspirasi pelajar2 ini sehingga jika boleh, sanggup membunuh diri (macam di Tunisia dan Indonesia) demi menjayakan niat mereka, PKR terutamanya dan Anwar khasnya.

Masih belum yakin? Jika begitu anda juga antara yang terbiul bagaikan budak berhingus tersebut. 

Pelajar akan diatur supaya meneruskan fenomena penentangan sehinggalah saat 100,000 ahli (atau kumpulan lembu) PKR berhimpun di KL pada 9 hb Jan nanti. Untuk apa ini semua? Harapnya dari 100 ribu itu ada dua tiga ekor kana sembelih... cetuskan revolusi.... hehehe... kalau tak pun kenalah ada stun berlakun mati...

Kerajaan Selangor Salur Dana Demonstrasi Pelajar ?
Published by AIDC on January 4, 2012 

Terima kasih AIDC


AIDCNews – 4/01/12 – Satu berita menarik tetapi mengelirukan yang dilaporkan FMT bertajuk “S’gor tandatangani MoU dengan UiTM“.

Berita menarik kerana ia membawa mesej yang amat besar, tetapi mengelirukan kerana benarkah Khalid Mohd Ismath mewakili pengurusan tertinggi UiTM untuk menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan kerajaan negeri Selangor ?

Laporan menyebut Khalid Mohd Ismath dari sebuah pertubuhan pelajar haram, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) mewakili UiTM telah menandatangani MoU dengan Exco kerajaan negeri, Dr Xavier Jayakumar di Shah Alam hari ini (semalam).

“Ini adalah komitmen kerajaan negeri dalam membantu warga universiti dalam menjayakan aktiviti-aktiviti mereka. Ia membuka jalan bagi hubungan erat antara persatuan mahasiswa universiti tersebut dengan kerajaan negeri di masa-masa yang akan datang.

“Sebelum ini kerajaan negeri melalui beberapa Exco negeri turut memberikan bantuan kepada beberapa buah universiti lain,” kata Dr Xavier yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin dalam satu kenyataan media.

Kenyataan Dr Xavier ini bermaksud tugas memberi bantuan kepada mahasiswa itu tidak semestinya dipertanggungjawabkan kepada Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan yang dipengerusikan oleh YB Dr Halimah Ali tetapi beliau yang menjawat exco bukan pendidikan pun turut memberi perhatian kepada bantuan kebajikan mahasiswa.

Persoalannya, kenapa MoU dan bantuan diberikan kepada Khalid Mohd Ismath mewakili sebuah pertubuhan haram yang sering turut serta dalam pelbagai demonstrasi pelajar di ibu kota ?

Malah nama Khalid Mohd Ismath termasuk dalam salah seorang dalang mahasiswa yang aktif terlibat dalam demonstrasi jalanan sejak akhir-akhir ini.

Sekiranya benar kerajaan Selangor sangat prihatin dengan kebajikan mahasiswa, kenapakah tidak disalurkan bantuan kepada pertubuhan pelajar yang sah di UiTM seperti Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) supaya dapat diagihkan kepada pelajar-pelajar lain yang benar-benar memerlukannya ? - AIDC



Dr. Xavier Jayakumar Songlap Dana Sekolah Tamil?
Posted by Sahabat-Gunung



Dr Xavier Jayakumar (ADUN Sri Andalas) bakal ditolak pada PRU13, bukan sahaja di kalangan pengundi dan penyokong BN, malah bakal ditolak oleh kepimpinan PKR di DUN Sri Andalas sendiri ...

Ini bukan lagi lakonan, malah sudah terang dan nyata, apabila Hanafiah Hussin sendiri akan bertanding di DUN Sri Andalas pada PRU13 nanti. Sila baca di sini.

Lupakan dulu soal pergolakan yang berlaku dalam PKR, sekarang kita lihat plak apa yang Dr Xavier Jayakumar (ADUN Sri Andalas) dah perjuangkan di sana.

Ini bukan dibuat oleh UMNO (Sebab kalau masalah dan isu sebegini, puak-puak haram jadah ini akan tuduh UMNO yang lakukan) sebaliknya ia dinyatakan sendiri dalam blog Hanafiah Hussin, bakal calon DUN Sri Andalas....

1. Isu Dana Sekolah Tamil

Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Daerah Klang meminta polis menyiasat Dr. Xavier A. Jayakumar yang didakwa menyalah guna kuasa dalam pengagihan Tabung Dana Sekolah-Sekolah Tamil Selangor berjumlah RM1.67 juta.

Laporan dibuat oleh anggota jawatankuasa PIBG Daerah Klang, G. Jeganathan, 44, di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang. Xavier merupakan Exco Kerajaan Selangor didakwa mengagihkan wang tabung tersebut yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri kepada tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Tiga NGO yang didakwa menerima peruntukan itu adalah Pusat Pembangunan, Pembelajaran dan Maklumat Kanak-Kanak (CHILD),

Yayasan Penyelidikan, Kebajikan dan Pendidikan (EWRF) serta Yayasan Tamil.

“Sepatutnya wang peruntukan itu diberikan terus kepada lebih 90 sekolah Tamil atau PIBG di Selangor,” kata Jeganathan. Laporan itu dibuat kerana pihaknya tidak berpuas hati dengan tindakan Xavier menyalurkan wang RM1.67 juta itu kepada tiga NGO dan bukannya kepada pihak PIBG atau sekolah-sekolah Tamil Selangor seperti yang sepatutnya.

“Saya tidak berpuas hati dan saya mahu polis menyiasat perkara ini. “Mengapa kerajaan negeri tidak menyerahkan terus wang tersebut kepada pihak sekolah atau PIBG seperti yang dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang?

“Kenapa wang itu perlu diberikan kepada NGO dan kemudian memberi alasan ia akan disalurkan semula kepada pihak sekolah?” katanya.

Beliau mendakwa, jika wang tersebut disalurkan kepada NGO, dibimbangi ia tidak akan digunakan untuk membangun dan menaik taraf sekolah-sekolah Tamil di Selangor yang kebanyakannya daif.

Dakwanya, ini terbukti kerana tiada wang diserahkan oleh pihak NGO terlibat kepada sekolah-sekolah Tamil setakat ini.

Kata Jeganathan, beliau telah menghantar surat kepada Xavier untuk mendapatkan penjelasan mengapa peruntukan itu disalurkan kepada NGO tetapi masih belum mendapat jawapan.

Sahabat-Gunung: Adakah ini ketelusan atau urus tadbir yang baik oleh kerajaan negeri PR di Selangor sebagaimana yang dicanangkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen .... Tepuk dada, tanyalah hati sendiri, adakah ini pemimpin atau parti yang berjuang untuk rakyat.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive