“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

14 January 2012

bayikan Anwar benamkan Dr Hasan



Dua strategi terbaru kumpulan propaganda subersif PR.

Tindakan pertama ialah membersihkan Anwar sehingga seperti bayi baru lahir.

Propanganda ini dianjurkan oleh Karpal pusing-pusing yang memang tahu reputasi Anwar berada pada tahap terendah buat masa ini. Bagi mengelak Anwar menjadi beban Pakatan (huruharakan) Rakyat, Karpal mahu Anwar di"taubatkan" oleh semua ahli Pakatan.

Semangat pengikut tegar harus dipulihkan memandangkan keyakinan terhadap Anwar semakin mengecil. Ini mungkin tercetus akibat pandangan rakyat bahawa Anwar dianggap masih berdaki dan tidak 100 peratus bersih. Keputusan perbicaraan mahkamah pada isnin lepas hanya melepaskan Anwar atas sebab pencemaran bukti dan kurang saksi. Ini tidak dapat melepaskan Anwar dari "tanggungan" bahawa dia bersih dari segi moral. Dia tidak diputuskan sebagai "tidak bersalah" sebagaimana sepatutnya.

Karpal pusing-pusing mahu anak guamnya berada dalam keadaan yang kukuh kerana masih ada lagi kes mahkamah yang terpaksa ditempuh Anwar selepas ini, termasuklah jika ada rayuan dipihak Saiful. Jelas reputasi Anwar yang terpalit masalah moral bakal menguncupkan sokongan rakyat kepada DAP, PAS dan PKR.

Karpal mengarahkan semua pimpinan PR melakukan tugas "TUTUP MULUT". Diam membisu agar reputasi Anwar dapat dipulihkan segera. Sejauh mana taktik si pusing-pusing ini berjaya terpaksalah kita tunggu. Soal pusing sana pusing sini memang menjadi kehandalan situa ini. Kali ini ia tak ada kaitan dengan BN.

Adakah benar pembebasan Anwar 901 menjadikan Anwar lebih lemah? Mampukah Anwar anjurkan demonstasi lagi selepas ini? Persoalan2 ini menjadi tandatanya ramai pihak.

Apa yang dapat kita perhatikan, sokongan terhadap Anwar merosot dengan drastik jika dilihat jumlah penyertaan pengikutnya pada piket 901 lalu. Hanya 5000 penyokong sahaja yang hadir pada perhimpunan tersebut walaupun berbagai kempen intensif dan gerak saraf (termasuk ceramah2 Anwar) dilakukan sama ada secara terbuka atau rahsia.

Penganjur (Azmin) begitu yakin sekurang-kurangnya 100 ribu akan ikut serta. Kehadiran tidak sampai 10 peratus dari yang dijangka menjadikan penanda aras merosotnya sokongan terhadap Anwar. Ini amat mengecewakan pemimpin pakatan.

Kebimbangan ini tidak didedahkan secara terbuka. Anwar dan Azmin juga tidak membuat sebarang komen kenapa hanya 5 ribu sahaja yang sudi hadir di perhimpunan 901.

Tindakan kedua meranapkan reputasi Dr Hasan Ali supaya menjadi hitam pekat.

Faktor Dr Hasan Ali juga menjadi salah satu sebab mengapa kurangnya sambutan 901. Penyokong PAS yang sememangnya bersemangat tinggi melebihi penyokong PKR dalam hal demonstrasi ini (jika dilihat pada bersih 2.0) seolah menarik diri. Tidak mustahil penyokong PAS terutama di Selangor masih trauma dan terperanjat mendengar perkhabaran pemecatan Dr Hasan yang dianggap sebagai hero PAS. Sebahagian ahli PAS masih terasa pedih dan terluka akibat penyingkiran Dr Hasan oleh PAS sehari sebelum 901.

akan dicalarkan

Inilah antara kemelut PR dalam mengatur strategi baru untuk hadapi PRU jika ianya dilaksanakan dalam masa terdekat. Jentera siber PAS diberi tugas memburuk-burukkan Dr Hasan dengan pelbagai persepsi negatif supaya namanya dapat dibenamkan.  Antara strategi yang bakal dilakukan ialah memberi gambaran bahawa Dr Hasan ialah seorang yang tamak dan tak berguna. Antara fitnah yang paling besar sedang disebarkan ialah tohmahan bahawa Dr Hasan telah dibeli oleh UMNO dan memang bercita-cita masuk UMNO. Kaedah ini amat berkesan menjatuhkan pemimpin-pemimpin PAS dari kem pro Ulama dalam PAS.

Dengan cara ini seluruh ahli PAS diharap akan membenci Dr Hasan dan penyokong Dr Hasan akan kembali ke pangkuan PAS. PAS kini yang sedang dikuasai oleh kumpulan anti Ulama (ardogan). Teknik fitnah ini adalah senonim dengan cara kerja kumpulan ardogan selama ini, ia amat serasi dengan taktik PKR.

Jika gagal, PR akan berada dalam kedudukan defensif dan tertekan.

Kita lihat juga nanti sejauh mana pula kumpulan propaganda BN mengesan strategi PR ini dan membuat hadangan kukuh untuk menggagalkannya.


Bravo!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive