“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

18 January 2012

Resiko berani Najib - luar jangkaan

Percayakah jika saya katakan Najib berada dalam keadaan yang amat kritikal untuk menyelamatkan Malaysia dari huruhara? Percayakah anda jika saya katakan Najib terpaksa korbankankan sesuatu yang tidak akan dikorbankan oleh mana-mana pemerintah? Percayakah anda jika saya katakan Najib membantu menyelamatkan negara dari camput tangan asing? Mana mungkin... tidak munasabah langsung!



Pada pandangan saya terwujud beberapa keadaan ganjil di sepanjang perbicaraan Anwar. Mengapa Anwar lepas dari pertuduhan dan kini mendesak pula supaya mangsa tidak merayu. Kita lihat kembali keganjilan tersebut. Jika teori ini benar, saya menganggap Najib seorang PM yang cerdik, waspada dan mahir. 

Kemungkinan ini adalah satu strategi luar jangka, menerima yang buruk daripada menghadapi sesuatu yang lebih buruk.  Najib sanggup mengambil risiko besar dengan mencaturkan agar Anwar dilepaskan (bukan tidak bersalah) bagi merencatkan perancangan asal Anwar untuk mendapat kelebihan.  

Adakah Najib tidak tahu Anwar berdamping dengan orang besar USA dan beberapa pertubuhan berpengaruh di dunia? Jika kita yang kurang sumber juga bolah mendapat tahu, apakah seorang PM tidak mampu akses maklumat berkenaan? Apakah prisik Malaysia tidak dapat menghidu perkara sedemikian?

Apa yang saya faham, perisik Malaysia diantara yang paling baik dan mampu menghalang pelbagai kerja jahat musuh dengan baik. Namun mereka tidak terdedah dan sukar dikesan. Risikan tentera kita yang penuh pengalaman mengintai pergerakan pengganas komunis dahulu mempunyai teknik risik yang hebat. Tiada siapa yang tahu kerana ia amat tersusun dan rahsia. Special Branch kita juga hebat, bukan calang-calang. Mereka bijak menyembunyikan identiti sehingga ahli keluarga mereka pun tak tahu bahawa mereka adalah agen khas dan di mana mereka berada.

Jangan sangka mereka tidak tahu pergerakan Anwar dan rakan-rakannya. Semuanya ada dalam repot khas. Jadi saya cuba fahamkan anda bahawa pergerakan ahli politik semuanya ada dalam poket mereka, mereka cepat menghidu jika ada bahaya. Mereka semua professional, tidak memihak politik. Jangan salah sangka.

Apa yang mereka lakukan ialah memastikan keselamatan negara terjamin. Ketua tertinggi mereka ialah Yang Dipertuan agong.

Kerajaan boleh mendapat maklumat dari mereka melalui Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Pertahanan. Ok, sekarang kita kembali kepada tajuk asal. 

Kita lihat kronolologi perbicaraan Anwar. Penangguhan diminta berulang-ulang sehingga hampir kepada PRU. Ia disengajakan melalui perancangan tersusun. Matlamatnya mengabui orang ramai dari mengesan tujuan sebenar. Apa tujuannya?

Lihat lagi bagaimana peguam Anwar tidak bersungguh-sungguh dalam mempertikai atau menafikan setiap bukti yang dibawa oleh peguancara. Juga dia mendapat kelulusan untuk tidak memberi sampel DNA. Anwar memilih untuk tidak membela diri dan berucap panjang dikandang tertuduh. Dia rela dianggap sebagai pesalah dengan keadaan tiada seorang pun alibi, walaupun alibi palsu. Apakah ia disengajakan?

Dari sini, kita lihat Anwar cuba menguji mahkamah dengan memohon agar hakim menarik diri. Semua ini sengaja diadakan untuk satu keperluan. Keperluan itu ialah menghidupkan atau membenarkan "persepsi" bahawa mahkamah adalah alat kerajaan. Anwar di "fitnah" melalui "konspirasi" parti pemerintah di khaskan kepada UMNO dan PM. 

Seboleh-bolehnya PM akan dipancing atau dipaksa untuk mengesahkan bahawa ia memang dalam pengetahuan PM sebelum laporan dibuat oleh Saiful. Apa yang penting ialah Perdana Menteri. Kenapa pula?

Slogan "konspirasi BN dan UMNO" ini cukup penting bagi Anwar. Ia adalah senjata terbaik baginya sepanjang perjuangannya selepas keluar dari UMNO. Tentu ada sebabnya.

Niatnya ialah mengwujudkan satu keadaan yang dapat menunjukkan PM seorang pemimpin berniat jahat dan zalim terhadap musuhnya. Melakukan apa sahaja untuk menyekat karier politik Anwar, politikus terbaik Malaysia yang hebat dan bersih. Oleh yang demikian adalah wajar ditentang oleh seluruh rakyat Malaysia. Rakyat harus bangun untuk menentang pemerintah yang jahat. Ia satu tindakan yang amat wajar. Anda boleh nampak sesuatu di sini? 

Siapa yang berkonspirasi sekarang ini? Amat jarang orang yang mampu melakukan permainan ini kecuali Yahudi.

Kenapa pula Anwar meletakkan dirinya dalam keadaan lemah dan memungkinkan dia dipenjarakan? Bodoh ke apa manusia ini? 

PM pula nampaknya seperti sudah dapat menghidu sesuatu yang busuk di sebalik tirai wayang kulit Anwar? Apakah dia bau busuk tersebut? 

Seperti inilah  ... diidamkan oleh bossnya. Bagaimnapula kaitannya? 


Hah karutlah?

Hmmm... saya akan sambung kemudian.... hahaha bravo!




5 comments:

  1. Assalam sahabat Tok Misai.
    Terbaik...saya ingat saya je ingat macam tu.Mohon saya panjangkan artikel ini di blog saya.

    Salam perjuangan dari seorang pejuang celik kepada pejuang celik.Bravo

    ReplyDelete
  2. w.salam... ya sudah tentu sahabat.. terima kasih, selamat mencari kebenaran... bravo

    ReplyDelete
  3. Saya juga memang dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan perbicaraan Anwar. Kenapa dia tidak membela diri? Barangkali ada agenda yang lebih besar yang sedang dirancang dengan kuasa besar. Bagaimana jika mereka membawa masuk wang beratus juta dolar untuk menjatuhkan kerajaan? Bagaiman jika mereka membawa masuk senjata yang banyak? Mereka telah lakukan di beberapa negara Arab. Inilah yang amat saya bimbangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya juga merasakan perkara ini ada kaitan dengan USA, Najib tiada pilihan demi menjaga agar tidak menjadi Libya dan Syria.

      Delete
  4. Salam sahabat penyokongketuanan dan ZR

    Daripada beberapa kajian menunjukkan Anwar memang menjangka akan kalah dalam perbicaraan tersebut walau bagaimanapun dia mencuba. Bukti tidak memihak dia dan dia tiada alibi. Sebab itu dia cuba membuat penagguhan shinggalah dia dipaksa, dari sinilah bermulanya strategi baru untuk huruharakan negara.

    Dia telah melakukan tugas sejak ditendang dari UMNO dengan reformasi, bersih dsb. Bertepatan pula kekacauan bermula di negara Arab. Kebetulan? Tentu tidak.

    Anwar menjadi ejen Soros melalui dana NED. NED lah yang lumpuhkan negara Arab. Sehingga hari ini dia gagal dalam beberapa siri demo. Dengan izin Allah, kerajaan kita walaupun tidak kelihatan islamik, masih mampu mengesan strategi Anwar dan gagalkan percubaannya.

    Tun Dollah termakan tipudaya hampir tewas PRU12. Najib telah belajar dari peristiwa itu.

    901 dibenarkan permit. Satu kelainan... sebab? jika dihalang, lebih ramai yang akan berkumpul.

    Dia bekerja dengan NED dan mesti lakukan apa yang NED kehendaki. Rancangannya untuk tewas dalam perbicaraan dan dipenjarakan. Sudah siap merencana bantahan bertali arus melalui gerak saraf... mahasiswa adalah diantaranya. Dia yakin PRU sudah dekat dan yakin PR akan menang melalui undi simpati dan gerakan memburukkan kerajaan dan yakin akan keluar dari penjara. Sanggup jadi banduan sekejap demi kemenangan PR dalam PRU.

    Setakat ini dia masih gagal, Allah akan membuka pekungnya sendiri. nsyaAllah.. dia akan membuat kesilapan yang memakan diri... kjaan harus perhatikan gerak gerinya.. Ramai yakin lepas PRU, jika BN menang dia akan hadapi kesukaran.. kesnya akan dibangunkan semula, wallahuaklam.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive