“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

16 January 2012

Hot News: Perang saudara dalam PAS akan bermula? (update)

SENSASI dan PANAS:

Cetusan dari kesilapan Hj Hadi mengikut kehendak PKR memecat Dr Hassan Ali tanpa bicara bakal memusnahkan nama baik PAS di mata umum. Parasit dalam PAS akan didedahkan?

Sudah terdengar pula bisik-bisik, Anwarinas-erdogan sedang berusaha menyingkirkan Ahli Syura untuk digantikan oleh orang-orang mereka. Ada juga disebut bahawa PKR akan menelan PAS sebagaimana mereka lakukan kepada parti sosialis (Parti Rakyat) dahulu. Tidak dapat dipastikan sama ada ia diaturkan oleh Anwar atau atas keinginan bekas ahli JIM-IRC yang dinamakan "parasit" ini.

Memandangkan mereka orang Anwar, sentuhan Anwar tidak dapat dinafikan. Anwar memang bijak mengatur konspirasi.

Kini kita bakal dihidangkan dengan perang saudara dalam parti PAS. Kelompok yang masih sayangkan kepimpinan ulama mula menyisih diri dari kumpulan penyokong Anwarinas-ergogan yang digelar sebagai parasit dalam PAS itu.

Kita boleh kenal antara dua kelompok ini dengan jelas. Biasanya kelompok penyokong ulama ini (penyokong asli) jauh berbeza dengan kerenah kelopok yang mewakili Anwarinas. Kelompok pertama sentiasa menjaga adab dan mengelak melakukan perlanggaran akhlak. Sebaliknya kaum Anwarinas ini pula amat celupar dan kasar membahasakan orang lain termasuklah sesama ahli PAS. Pengaruh PKR telah berjaya menyusup kedalam PAS, mencemar ketatasusilaan penyokong asli PAS dan menabur najis kepada PAS.

Inilah antara peristiwa malang menimpa PAS selepas terpedaya dengan tipuhelah Anwar.

Api peperangan ini semakin jelas. Bahangnya sedang merebak dengan pantas dan tentunya kenyataan Dr Hassan pada jam 11 pagi ini akan mencetuskannya secara terbuka.

Buktinya pemimpin PAS Selangor mula bersuara dan menuntut ditunjukkan "bukti" bahawa gejala "parasit" ini benar-benar wujud dan bukan hanya persepsi dan fitnah. Mereka juga dengan bijak membuat twist seolah mereka tidak tahu menahu mengenainya padahal merekalah yang dimaksudkan sebagai "parasit" tersebut.

Keupayaan mereka bermain sandiwara memang hebat sehebat guru mereka Anwar Bin Ibrahim. Kini mereka cuba menyembunyikan diri dari tuduhan untuk kelirukan penyokong. Dapatkah mereka melepaskan diri atau mengelak dari paparan umum bahawa merekalah yang dimaksudkan sebagai:"parasit" ini.



Bergantung kebijaksanaan Dr Hassan Ali membuktikannya. Jika ianya berjaya dibuktikan dengan baik, akan berlakulah huru hara dalam PAS yang bakal memuncak menjadi perang besar antara golongan professional dan ulama. Semoga Allah memenangkan "kebenaran" melawan "kepalsuan".... Kisah menarik ini akan diteruskan .....


maklumat terkini
KENYATAAN DR HASSN ALI 16.01.2012
mstar

 1. Tidak Sekali-Kali Sertai Umno 
(tuduhan konspirasi UMNO, bekerja untuk UMNO dan bersetuju dengan "UG" tidak berasas dan tertolak). Kenyataan Dr Hasan tersebut dengan sendirinya menafikan dia terperangkap dalam jerat UMNO seperti dakwaan Setia Usaha PAS Usat Mustafa Ali.

Berita terbaru:
Datuk Dr Hasan Ali pada Isnin menegaskan bahawa beliau tidak akan sekali-kali menyertai Umno sebaliknya selesa dengan statusnya kini dalam misi meneruskan agenda mendaulatkan Islam.

Malah jelas Hasan, beliau masih sayangkan PAS walaupun parti itu mengambil keputusan drastik memecatnya daripada parti itu baru-baru ini.

"Masuk Umno? Not at all (tidak sama sekali).

"Hati besar, hati kecil (saya) bersama dengan PAS. Kalau ditakdirkan suatu hari nanti ada jodoh dan pertemuan kita...bila parasit-parasit ini tidak ada dan bila PAS balik kepada pengkalan asalnya, Hasan Aliakan mengisi borang baru menyertai PAS," katanya pada sidang media di kediamannya di sini, Isnin.

 2. Ada Yang Tak Sabar Gantikan Saya 
(Seperti telah dirancang, Dr Hasan ditamatkan tugas sebagai exco walaupun dia masih ada masa bertenang 3 minggu menunjukkan ia sengaja diatur untuk mengenepikannya oleh parasit atas bantuan PKR) Adakah parasit sendiri berusaha untuk mengambil alih jawatan ini?


Berita terbaru:
Datuk Dr Hasan Mohamed Ali pada Isnin mempersoalkan keputusan kerajaan negeri menggugurkan beliau sebagai Exco Selangor yang disifatkan dibuat secara terburu-buru serta bermotif demi kepentingan pihak tertentu.

Menurut Hasan, penggugurannya sebagai exco yang berkuat-kuasa hari ini bercanggah dengan tarikh akhir tempoh rayuan beliau sebagai ahli PAS yang hanya akan tamat pada minggu pertama Februari depan.

Jelas beliau, secara teknikal pelucutan jawatannya sebagai exco berlaku dalam tempoh jangka hayat keahliannya dalam PAS masih sah sehingga proses rayuan berakhir.

"Mungkin Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terlepas pandang menasihatkan Sultan Selangor mengenai perkara ini. Namun saya tidak ada masalah diatas pengguguran sebagai ahli exco. Malah saya telah bersedia secara mental dan fizikal untuk menghadapinya.

"Hanya saya tertanya-tanya apa di sebalik tindakan yang begitu tergesa-gesa untuk memecat dan menggugurkan saya. Tindakan ini seolah-oleh menampakkan ada pihak yang begitu tidak sabar untuk mengeluarkan dan menggantikan tempat saya.

"Walhal dari segi pengguguran ahli exco, saya sepatutnya masih ada tiga minggu tempoh bertenang untuk membuat keputusan terbaik," katanya pada sidang media di kediamannya di sini.

Dalam pada itu Hasan turut memberitahu bahawa beliau sudah menerima surat rasmi daripada pihak istana memaklumkan mengenai penggugurannya sebagai exco awal pagi tadi.

Pada 8 Januari lalu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan pemecatan Hasan berikutan tindakannya yang didakwa menyalahi dan merugikan parti berdasarkankepada Fasal 82(9) perlembagaan parti.

Hasan sebelum ini dianggap sebagai ‘ancaman’ kepada PAS berikutan kenyataannya secara terbuka mengkritik perjuangan parti itu yang dianggap tersasar daripada landasan perjuangan asal parti, iaitu mendaulatkan Islam.


3. Ada Parasit Dalam PAS - Hasan Ali
(Pengesahan memang wujud parasit dalam PAS) Ia akan menjadi tekanan kepada kumpulan parasit walaupun Dr Hasan tidak mendedahkannya pada masa ini.


Berita terbaru:

Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat daripada PAS akan mendedahkan mengenai kewujudan kumpulan parasit yang semakin menular hingga merosakkan asas dan perjuangan parti itu.

Dakwa beliau, kumpulan parasit berkenaan kini semakin menguasai hala tuju PAS termasuk dalam isu pemecatannya.

"Golongan parasit dalam PAS begitu kuat sehingga pucuk pimpinan terpaksa tunduk kepada mereka. Inilah yang sedang berlaku dalam PAS.

"Golongan parasit yang jumlahnya lebih besar dan menggunakan strategi yang licik telah berjaya mengubah hala tuju PAS," katanya pada sidang media di kediamannya di sini, Isnin.

Jelas Hasan, beliau akan mendedahkan pemimpin PAS yang bertindak sebagai parasit dalam parti itu menerusi siri ceramah kecilnya di seluruh negara dalam masa terdekat. 



Ditanya sejauh mana kumpulan parasit yang didakwanya itu berjaya mempengaruhi PAS, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata, perubahan agenda parti Islam berkenaan pada masa kini merupakan bukti paling ketara.

Jelasnya, PAS sebagai sebuah parti yang berteraskan Islam juga gagal memainkan peranan asalnya untuk menjaga akidah umat Islam.

"PAS yang sepatutnya menjadi juara untuk mengangkat martabat Islam. Tapi sehingga kini oleh kerana parasit itu, PAS saya masukkan dalam kategori gagal.

"Parasit ini ada kumpulan, pertemuan, gagasan, matlamat, misi, visi dan sebahagiannya sudah bergerak cergas sejak mereka berada di luar negara sebagai pelajar.

"Penyusupan kumpulan parasit ini paling berjaya dalam PAS. inilah situasi yang berlaku dan saya terlalu yakin bahawa mereka telah memegang jawatan-jawatan penting dalam PAS," katanya.

Isu itu dibangkitkan Hasan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia sebelum ini apabila mendakwa terdapat sekumpulan parasit di dalam parti itu yang lebih rela menghargai dan meraikan perjuangan orang lain, serta tidak suka isu arak dan murtad diperjuangkan di Selangor.

Semalam Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman mencabar beliau mendedahkan senarai nama sekumpulan parasit yang didakwanya wujud dalam PAS bagi memastikan dakwaan terbabit bukan fitnah.


Nantikan pendedahan selanjutnya......


t

6 comments:

  1. ITULAH KEKUASAAN ALLAH UNTUK MEMBERI PETUNJUK SIAPA YANG MENEGAKKAN ISLAM DAN SIAPA YANG MUNAFIK BERTOPENGKAN ISLAM UNTUK MENYOKONG PELIWAT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita mahu orang yang mengusul pemecatan dr hassan ali di pecat terus daripada pas kerana mereka yang mengusul pemecatan dr hassan ali adalah musuh-musuh islam yang sebenar.

      Delete
    2. SAMA-SAMA KITA BERJUANG UNTUK MENYUCIKAN SEMULA PERJUANGAN PAS YANG TELAH TERSASAR. MARILAH SAMA-SAMA KITA BEBASKAN MINDA KITA DARIPADA CENGKAMAN IDEOLOGI ANWARINAS YANG NYATA SESAT.

      Delete
    3. mengapa untuk perjuangkan kebenaran perlu bersekongkol dengan kemungkaran? kalau kebenaran dicampur aduk dengan kemungkaran akan menjadi kebatilan. jangan sampai jadi munafik. perjuangkanlah kebenaran dengan yang sebenar-benarnya. Insya Allah akan mendapat keberkatan daripada Allah. semoga Allah beri kekuatan kepada dr. hassan ali di dalam menghadapi cabaran-cabaran daripada golongan orang-orang yang kufur & kafir.

      Delete
    4. ada berita mengatakan yg mengusulkan dr hassan ali dipecat drpd pas ialah naib presiden pas sallehuddin ayub & disokong mr bean pas. kalau begitu ayuh kita pecat dua setan ini drpd pas.

      Delete
  2. Kita harus berani menggesa agar masyarakat tahu apa sebenar yang mereka sedang buat. PAS telah diikat kemas oleh Anwar Ibrahim. Amat Jelas. Hapus Anwar -bukan bunuh, Islam akan kembali bersinar.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive