“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

12 October 2012

POLITIK yang meletihkan

UMNO, PKR atau PAS berhempas pulas sesama sendiri melakukan hal yang tidak bermenfaat baik untuk dunia atau akhirat.



Masa kian dekat untuk kita semua melihat hasil kerja gila orang Melayu (politik bodoh) yang semakin hari semakin menjelakkan ini. Terhasil dari semua kerja bodoh ini negara akan dijual dengan harga yang paling murah. 

Makin kelihatan bodoh bila "Ulama" melalut berpolitik. Riuh memutar belit maksud hadis dan furqan sehingga manusia Melayu menjadi bingung dan hilang pedoman. 

Kata seorang sahabat, apa yang pasti kita semua sedang dilalaikan. Percayalah... Anda sedang dilalaikan

Oleh SIAPA?

### baca kenyataan berikut: 

SAMA ADA anda sedar atau tidak, anda sebenarnya sedang dipaksa untuk menjadi orang-orang yang sibuk. Erti kata lainnya, anda sedang sibuk atas perkara-perkara yang tidak sepatutnya anda menyibukkan diri.

Anda adalah penyibuk, busybody. Anda jadi begitu setelah anda dipaksa untuk menjadi sibuk. Terlalu sibuk terhadap perkara-perkara yang tidak sepatutnya pula akan menyebabkan anda menjadi orang-orang yang lalai sehingga mudah di-kambing-kan, mudah di-dungu-kan, mudah diperbodohkan dan mudah pula dipergunakan. Ia sebab anda lalai, terlalu lalai sehingga terlupa. Lalai terhadap apa?

Dalam artikel sebelum ini, diberitahu bahawa rancangan sulit Zionis membina negara haram Israel berjaya di-plot-kan pada ketika umat Islam di negara-negara mereka disibukkan dengan penjajahan oleh kuasa-kuasa Eropah.

Ketika era penjajahan, umat Islam (kita ambil negara Islam sahaja dalam konteks ini) disibukkan dengan usaha membebaskan diri mereka dari penjajahan di negara tumpah darah mereka. Sejak dijajah, umat Islam berjuang untuk membebaskan negara mereka daripada cengkaman kuasa asing. Cuba periksa, lihat berapa banyak negara Islam yang berada bawah kuasa penjajah semasa era kolonial dan imperial.

Disebabkan terlalu sibuk, mereka pula (sebilangan besar, bukan semua) hanya memikirkan mengenai cara memerdekakan negara mereka sendiri sahaja tanpa serius memikirkan cara untuk sama-sama membantu membebaskan negara-negara Islam yang berjiran dengan negara mereka. Bukan tidak ada yang mahu membantu negara jiran sesama Islam yang sama-sama dijajah, tetapi bantuan sesama itu kurang serius. Mereka mahu membebaskan diri mereka sahaja, tetapi kurang serius memikirkan nasib saudara mereka di negara jiran.

Ada pula yang cuba mengambil kesempatan untuk menjadikan negara jiran sebagai sebahagian daripada negara mereka walaupun jiran mereka itu tidak sudi kerana mahu mengembalikan kedaulatannya sendiri tanpa rela lagi kehilangan kedaulatan setelah dipaksa untuk bernaung dibawah sistem baharu (contoh: kes cubaan memasukkan Malaya ke dalam Indonesia yang mana boleh menyebabkan Malaya hilang kedaulatan raja-raja Melayu Islam di bawah sistem republik) . Bagaimanapun, mereka tetap sibuk akibat disibukkan atau dipaksa untuk sibuk oleh penjajah. Mereka terlalu sibuk berjuang. Mereka sibuk, kita juga sama-sama sibuk.

Pada ketika Perang Dunia Kedua (WW2) pula, umat Islam disibukkan dengan usaha menyelamatkan diri serta ahli keluarga masing-masing daripada bahaya peluru sesat dan bahaya bom-bom buta yang digugurkan dari pesawat. Sungguh sibuk kerana dipersibukkan untuk menjaga diri serta keluarga. Mahu duduk di kampung, tak selamat sebab ada tentera Jepun, Siam dan Jerman. Mahu lari ke hutan pun tak selamat sebab ada komunis. Sungguh sibuk jadinya, hanya ligat memikirkan keselamatan diri dan keluarga.

Selepas tamat WW2, disibukkan lagi dengan usaha membina negara yang merdeka. Di negara-negara lain pula, mereka disibukkan dengan perebutan kuasa sesama mereka kerana pihak kolonial belum kembali tiba untuk mentadbir semula negara mereka. Mereka jadi sibuk untuk mentadbir walaupun bercakaran sesama sendiri.

Di Malaya, umat Islam yang majoriti Melayu disibukkan pula dengan idea jahat British untuk mendirikan Malayan Union. Orang Melayu beragama Islam kemudian menjadi terlalu sibuk berjuang untuk melenyapkan sebarang usaha British untuk Malayan Union.

Orang Melayu disibukkan dengan perjuangan memerdekakan negara. Kemudian muncul pula kumpulan Melayu yang lain sehingga tercipta perpecahan di ambang kemerdekaan. Semakin sibuk jadinya. Sejak 1511 sehingga dekat nak merdeka pun, orang Melayu tidak habis-habis disibukkan dengan macam-macam dugaan. Itu yang berlaku di Malaya.

Di lain-lain negara yang turut dijajah, mereka juga dipaksa untuk sibuk. Selepas satu isu jadi reda, timbul pula isu baharu dan tidak habis-habis mereka disibukkan dengan macam-macam perkara.

Dalam keadaan sibuk di seluruh dunia yang tidak henti-henti selama beratus tahun itu, tiba-tiba Zionis sudah pun mendarat di Palestin dan membina negara haram pada pertengahan 1948. Umat Islam yang tidak sedar atau lalai dengan plot Zionis itu kemudian terlopong, ternganga dan terkejut apabila mendapat tahu Yahudi Zionis sudah membina negara haram di atas bumi Palestin. Sedang umat Islam masing-masing sibuk memerdekakan negara sendiri, tiba-tiba sahaja dapat satu berita tergempar iaitu tanah saudara kaum Muslimin di Palestin sudah diduduki Zionis.

Zionis berjaya mendarat, merodok dan merampas bumi Palestin pada ketika kita semua terlalu sibuk akibat disibukkan oleh penjajahan, perang dunia, persengketaan sesama sendiri dan sebagainya. Apabila kita sibuk, kita dengan sendirinya akan jadi lalai serta lupa.

baca selanjutnya di Umat Terakhir

2 comments:

  1. wahai melayu yg ujarnya beragama Islam kamu x malukah berkelahi diwaktu yg sama mengucap 2 kalimah syahadah yg sama ,Nabisaw yg sama, kitab Quran yg sama tidakah langsung sikap maaf bermaafan diantara kalian, kalian menjadi batu api pemecah belah masyarakat Islam ini bukan kesibukan kita sebenarnya wahai manusia2 yg bangang tak kiralah umno,pas atau pkr yg melayunya susah sangatkah utk berbaik2 buangkan sombong dan dendam kesumat kalian kita mempunyai agenda yg lebih besar dari agenda kalian......hoooi pemimpin parti melayu tak kira atas cabang parti apa sudah2 lah tu anda menjengkelkan kami

    ReplyDelete
  2. BANGSA MELAYU DI TANAH MELAYU ADALAH BANGSA BODOH... MEREKA ADALAH ETNIK MAJORITI YANG TERBAHAGI KEPADA 4 KUMPULAN BESAR UMNO, PKR, PAS DAN PERKASA... MEREKA MEMPUNYAI AGENDA YANG SAMA IAITU INGIN MERAMPAS TANAH MELAYU DITANGAN ORANG MELAYU... KETAKSUBAN MEREKA INI TELAH MENAMPAKKAN KEBODOHAN MEREKA... HANG TUAH PERNAH BERKATA... TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA... KEKUATAN MEREKA SEBAGAI SATU BANGSA TELAH MENGHILANGKAN IDENTITI MEREKA SEBAGAI ORANG MELAYU... MENYEBABKAN MEREKA TIDAK LAGI BERKUASA DITANAH MELAYU... SATU HARI NANTI ORANG AKAN BERKATA BAHAWA.... HAMBA ITU ADALAH ORANG MELAYU YANG DULUNYA MEMILIKI TANAH BERTUAH INI. TAPI, DISEBABKAN KEBODOHAN MEREKA... KAMI KUMPULAN ETNIK MENORITI MENJADI TUAN TANAH DITANAH MELAYU... DAN ORANG MELAYU AKAN TERUS MENJADI HAMBA SELEPAS KEMERDEKAAN TANAH MELAYU 1957.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...