“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

23 October 2012

huruhara berdarah 2013?




Semakin hampir 13 Mei akan berulang lagi. Kata pakar kajian Konspirasi Zionis. Bila ia akan berlaku?

BERSIH 5.0


Kita renung pandangan seorang yang mahir dalam permasalahan ini iaitu sdr AFTERDARK....

AFTERDARK said:
Kawan saya dalam Watchers Group yang taksub numerologi memprofilkan sebegini:

Inilah faktanya, dalam setiap perhimpunan BERSIH yang dirancang oleh gabungan pembangkang pasti ada sekurang-kurangnya dua nombor Illuminati. Yang peliknya apabila dicampur nombor ini menurun (BERSIH 3.0 iaitu duduk bantah di Dataran Merdeka tak saya ambil kira sebab tidak dianjur sepenuhnya oleh Anwar & Co dan lebih kepada spin off kepada BERSIH 2.0):-

BERSIH 1.0 = 10 / 11 / 07 > campur jadi 28 = campur lagi jadi 10
BERSIH 2.0 = 09 / 07 / 11 > campur jadi 27 = campur lagi jadi 09
BERSIH 4.0 = 03 / 11 / 12 > campur jadi 26 = campur lagi jadi 08

Kalau perkara ini bukan kebetulan maka dijangkakan pada 09 March 2013 akan berlaku BERSIH 5.0 yang paling disaster antara semua perhimpunan BERSIH. Ini kerana mandat BN akan tamat pada bulan April 2013 dan oleh itu perkiraan paling cantek menggunakan numerologi ILLUMINATI adalah adalah seperti di bawah.

BERSIH 5.0 = 09 / 03 / 13 > campur jadi 25 = campur lagi jadi  07

9, 3, 7, 13 adalah semuanya canteek bagi penyembah Syaitan.

Moral of the story: Pastikan kalau nak pilihanraya tu sebaiknya sebelum 2013!


Berwaspadalah.... JANGAN KELUAR RUMAH, DUDUKLAH DIAM-DIAM DALAM RUMAH ANDA dan sentiasalah BERDOA PADA ALLAH. BACALAH SURAH AL KAHFI 1-10 supaya kita dan keluarga terlindung dari musibah permainan DAJJAL. 

Sekirannya kita nampak poster-poster risalah Bersih, cegahlah dengan tangan koyakkan dan musnahkan SEBELUM tarikh yang telah disihirkan 9-7-11, 7-9-11 -  Mesej penting dari AFTERDARK




Bersih 4.0 akan menjelma.... pada tanggal 11-3, November 3, Maka bersiap sedialah kita.... apa-apa pun boleh berlaku. Para Illuminati tidak akan senang selagi melihat negara islam di nusantara ini masih lagi aman dan semakin makmur.... 

Mengapa mereka memerangi kita? sebab utama adalah Islam.... sedangkan Iblis sudah berjanji dengan Allah akan menyesatkan anak cucu Nabi Adam sehingga kiamat....


dalangnya Anwar dan Soros


Adakah kita masih lagi terselamat sepertimana gagalnya Bersih 1.0, 2.0, 3.0? Kita sendiri akan mementukan....Sentiasa ingat pesanan Allah, orang yahudi dan nasrani tidak akan senang selagi umat islam tidak mengikut ajaran mereka....sekirannya Bersih 4.0 gagal, semoga GAGAL, maka, mereka akan sentiasa mencari alasan lain tuk terus tumbangkan negara Islam yang masih makmur di nunsantara ini....Kita seharusnya bersiap sedia dari segi mental, fizikal, segalanya mungkin berlaku...sebagaimana orang Iraq, Libya dahulunya hidup aman dan mewah, segalanya boleh hancur dengan sekelip mata...

9-11 Illuminati dan para freemason amat menekankan dengan sihir nombor seperti mana Allah juga mempunyai nombor-nombor yang misteri dalam Al Quran. Nombor-nombor mereka tidak banyak hanya 3, 7, 9,11,13, 33, 39. Manakala misteri nombor-nombor dalam Al Quran tidak terkira banyakknya. Nombor-nombor Iluminati adalah nombor-nombor yang dipilih dan dipuja dengan mentera supaya mendapat pertolongan syaitan, iblis, jin kafir dan Dajjal supaya mendapat pertolongan mereka. Maka, sekirannya masa itu telah tiba, akan datanglah laknatullah ini bagi menjayakan segala perancangan Iblis menyesatkan dan memusnahkan manusia tidak mengira Islam atau bukan Islam asalkan cucu cicit Adam dan Hawa.



Perancangan jahat Illuminati juga berkisar dalam nombor-nombor tersebut. Ia memudahkan kita sebagai umat nabi muhamad agar sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga dengan permainan Dajjal.

9-11 - Tragedi runtuhan World Trade Center telah memberikan impak yang amat besar pada umat islam sedunia. Sudah tentu masa itu telah disihirkan.

Tragedi World Trade Centre (WTC) 11 September 2001 mungkin tidak akan pernah dilupakan dalam sejarah dunia.Konon kabarnya kejadian ini sudah diramal ratusan tahun sebelumnya oleh peramal Nostradamus. Namun ternyata ada misteri lain di sebalik peristiwa ini, misteri angka 11. Mungkin bermula dari kedudukan menara kembar yang menyerupai dua buah angka satu (11) atau mungkin peristiwa ini terjadi di tanggal ke-11.Berikut alalah misterinya.......

Misteri yang menghubungkan tokoh/tempat dengan angka 11 :

1. New York City memiliki 11 huruf.
2. Afghanistan memiliki 11 huruf.
3. Ramsin Yuseb ( pengganas yang menyerang WTC ) memiliki 11 huruf.
4. George W Bush memiliki 11 huruf.
5. WTC membentuk angka 11.

1. New York adalah negara bagian ke 11.
2. Pesawat pertama yang melanggar WTC memiliki nombor penerbangan ke 11.
3. Pesawat itu mengangkut 92 orang penumpang, 9+2 = 11.
4. Pesawat kedua yang melanggar WTC mengangkut 65 orang penumpang,6+5= 11.
5. Tragedi itu terjadi pada 11 September, 9/11, 9+1+1 = 11
6. Tanggalnya sama dengan Nombor Kecemasan Amerika yaitu 911, 9+1+1 = 11.

Jika fakta yang umum diatas masih dianggap kebetulan belaka, maka mari kita cuba teliti lebih dalam lagi.

1. Kejadian ini merupakan kemalangan pesawat yang ke 254, 2+5+4 = 11.
2. September 11 adalah hari ke 254 dalam tahun itu, 2+5+4 = 11.
3. Pengeboman Madrid terjadi pada tanggal 3/11/2004, 3+1+1+2+4 = 11.

Bagaimana? masih penasaran? Sebagai analisis terakhir, mari kita lakukan bersama-sama dengan data yang ada. Pertama, sila buka Microsoft Word di laptop/PC anda. Kemudian ikuti petunjuk dibawah.

1. Taip Q33 NY, ini adalah nombor pesawat pertama yang melanggar WTC.
2. Tebalkan (bold) Q33 NY.
3. Ganti ukuran font menjadi lebih besar ( 48 atau 72 ).
4. Ganti jenis font menjadi WINGDINGS 1
5. Jika anda sudah mencuba pasti anda akan terkejut melihat apa yang terjadi.

jika malas nak buat biar saya bantu anda. Jawapannya ialah: 

KEBETULAN?????


Memang susah di percayai. Akan Tetapi nyatanya 11 Adalah Angka Yang Misteri



7-11 pula adalah rangkaian syarikat yahudi yang keramat. Nombor-nombor itu telah mendapat pertolongan dari Dajjal. Sebagaian dari keuntungan 7 Eleven telah banyak menyumbang pada pembinaan negara Israel dan penghancuran Palestine.


Perhimpunan Bersih 7-9-11 atau 9-7-11 adalah nombor misteri yang mempunyai sihir yang tersendiri. Pada waktu itu dijangkakan ramai yang akan terkorban, pertumpahan darah akan berlaku. Pertembuangan antara BERSIH (Pakatan) dan PATRIOT (UMNO). Kedua-duanya akan melakukan perarakan dan demonstrasi. Bersih akan berarak ramai-ramai memperjuangkan bersih SPRM (kononnya) manakala PATRIOT adalah pemuda-pemuda yang menghalang penyokong-penyokong Bersih, juga bodoh, kerana kita tidak perlu melawan api dengan api maka kesemuannya akan terbakar bersama syaitan.

Masanya semakin hampir, 13 Mei akan berulang, yang pasti ramai orang-orang melayu akan terbunuh akibat persengketaan sesama sendiri. Lebih malang akibat Bersih, ramai yang akan mati bersama dengan pejuangan kafirun Ambiga. Astaqfirullah.

Sekirannya anda ada berniat untuk pergi berdemonstrasi. Hentikan dan halanglahlah mereka semua. Orang-orang Islam adalah bersaudara. Damaikanlah antara dua puak yang saling bertelagah. Puak-puak Patriot, sekirannya anda semua sayangkan negara biarkan sahaja demonstrasi itu berjalan. Bukan bermakna kami menyokong, tapi demi keselamatan dan menyelamatkan insan-insan umat Nabi Muhamad. Bersabar adalah lebih baik dari melawan. Kami juga menjangkakan puak-puak PATRIOT ini juga salah satu mainan Illuminati bagi menaikkan api kemarahan pada BERSIH.

Akhirnya ketahuilah, umat Islam yang akan bertumpah darah!!! Jangan sesekali terpedaya dengan permainan DAJJAL. Tak cukupkah apa yang berlaku di Mesir? Tak cukupkah apa yang berlaku di Libya? Ambillah iktibar wahai orang Islam sekalian. Bersabar adalah lebih baik dari menentang!!!

Sekarang kita akan tengok nombor-nombor Dajjal yang lain 3, 7, 9,11,13, 33, 39 yang semestinya disebarkan dalam bentuk-bentuk perfileman US yang 99.9% dikuasi oleh yahudi dan syarikat multinasional pemilik asal yahudi laknatullah. Kebanyakan misteri-misteri nombor ini banyak difilemkan dengan cerita-cerita berbentuk seram yang memuja Iblis dan Syaitan atau penyiksaan manusia secara amat kejam.

Tragedi 13 Mei pembunuhan besar-besaran antara melayu dan cina berlaku di Malaysia. Nombor 13 itu sendiri adalah nombor yang telah disihirkan



FAKTA .. bukan lagi teori


Masih ramai yang buta huruf... opss buta akal... takkan tak dapat tangkap maksudnya? Akal tak sampai agaknya.

Memanglah ianya tidak dapat membuktikan siri BERSIH ini di sponsor secara terus oleh Illuminati, tapi secara matematiknya membuktikan bahawa semua tarikh perhimpunan BERSIH bukannya random tetapi dipilih mengikut 'pattern' yang spesifik.

Apa kebarangkalian ketiga-tiga tarikh tersebut boleh membentuk pattern menurun sebegitu? satu dalam 10 juta?


10, 9, 8, ...... 7

Now, apabila kita memilih hari tertentu berdasarkan "pattern spesifik" maka pasti ada sebabnya. Contohnya kita merayakan hari merdeka pada setiap 31 Ogos maka kita tahu sebabnya ialah kerana pada hari tersebut kita memperingati hari merdeka 1957.

So sekiranya BERSIH diadakan pada tarikh yang tetap setiap tahun (contoh 09/07/2011) maka bolehlah difaham tujuan pattern itu. Begitu juga hari raya tidak jatuh pada tanggal masihi yang sama setiap tahun tapi kita tahu bahawa pattern specifiknya adalah dikira mengikut tahun dalam Islam.

Tarikh perhimpunan terbesar BERSIH ternyata dipilih mengikut pattern di atas bertujuan merahsiakan tujuan tarikh tersebut dipilih (decoding). Pattern specifik memang ada tapi dikodkan supaya tidak ketara.

So persoalannya? Kenapa perlu dirahsiakan?

Itu pun tak nampak lagi ka?
BACA SELENGKAPNYA klik DI SINI

12 October 2012

POLITIK yang meletihkan

UMNO, PKR atau PAS berhempas pulas sesama sendiri melakukan hal yang tidak bermenfaat baik untuk dunia atau akhirat.



Masa kian dekat untuk kita semua melihat hasil kerja gila orang Melayu (politik bodoh) yang semakin hari semakin menjelakkan ini. Terhasil dari semua kerja bodoh ini negara akan dijual dengan harga yang paling murah. 

Makin kelihatan bodoh bila "Ulama" melalut berpolitik. Riuh memutar belit maksud hadis dan furqan sehingga manusia Melayu menjadi bingung dan hilang pedoman. 

Kata seorang sahabat, apa yang pasti kita semua sedang dilalaikan. Percayalah... Anda sedang dilalaikan

Oleh SIAPA?

### baca kenyataan berikut: 

SAMA ADA anda sedar atau tidak, anda sebenarnya sedang dipaksa untuk menjadi orang-orang yang sibuk. Erti kata lainnya, anda sedang sibuk atas perkara-perkara yang tidak sepatutnya anda menyibukkan diri.

Anda adalah penyibuk, busybody. Anda jadi begitu setelah anda dipaksa untuk menjadi sibuk. Terlalu sibuk terhadap perkara-perkara yang tidak sepatutnya pula akan menyebabkan anda menjadi orang-orang yang lalai sehingga mudah di-kambing-kan, mudah di-dungu-kan, mudah diperbodohkan dan mudah pula dipergunakan. Ia sebab anda lalai, terlalu lalai sehingga terlupa. Lalai terhadap apa?

Dalam artikel sebelum ini, diberitahu bahawa rancangan sulit Zionis membina negara haram Israel berjaya di-plot-kan pada ketika umat Islam di negara-negara mereka disibukkan dengan penjajahan oleh kuasa-kuasa Eropah.

Ketika era penjajahan, umat Islam (kita ambil negara Islam sahaja dalam konteks ini) disibukkan dengan usaha membebaskan diri mereka dari penjajahan di negara tumpah darah mereka. Sejak dijajah, umat Islam berjuang untuk membebaskan negara mereka daripada cengkaman kuasa asing. Cuba periksa, lihat berapa banyak negara Islam yang berada bawah kuasa penjajah semasa era kolonial dan imperial.

Disebabkan terlalu sibuk, mereka pula (sebilangan besar, bukan semua) hanya memikirkan mengenai cara memerdekakan negara mereka sendiri sahaja tanpa serius memikirkan cara untuk sama-sama membantu membebaskan negara-negara Islam yang berjiran dengan negara mereka. Bukan tidak ada yang mahu membantu negara jiran sesama Islam yang sama-sama dijajah, tetapi bantuan sesama itu kurang serius. Mereka mahu membebaskan diri mereka sahaja, tetapi kurang serius memikirkan nasib saudara mereka di negara jiran.

Ada pula yang cuba mengambil kesempatan untuk menjadikan negara jiran sebagai sebahagian daripada negara mereka walaupun jiran mereka itu tidak sudi kerana mahu mengembalikan kedaulatannya sendiri tanpa rela lagi kehilangan kedaulatan setelah dipaksa untuk bernaung dibawah sistem baharu (contoh: kes cubaan memasukkan Malaya ke dalam Indonesia yang mana boleh menyebabkan Malaya hilang kedaulatan raja-raja Melayu Islam di bawah sistem republik) . Bagaimanapun, mereka tetap sibuk akibat disibukkan atau dipaksa untuk sibuk oleh penjajah. Mereka terlalu sibuk berjuang. Mereka sibuk, kita juga sama-sama sibuk.

Pada ketika Perang Dunia Kedua (WW2) pula, umat Islam disibukkan dengan usaha menyelamatkan diri serta ahli keluarga masing-masing daripada bahaya peluru sesat dan bahaya bom-bom buta yang digugurkan dari pesawat. Sungguh sibuk kerana dipersibukkan untuk menjaga diri serta keluarga. Mahu duduk di kampung, tak selamat sebab ada tentera Jepun, Siam dan Jerman. Mahu lari ke hutan pun tak selamat sebab ada komunis. Sungguh sibuk jadinya, hanya ligat memikirkan keselamatan diri dan keluarga.

Selepas tamat WW2, disibukkan lagi dengan usaha membina negara yang merdeka. Di negara-negara lain pula, mereka disibukkan dengan perebutan kuasa sesama mereka kerana pihak kolonial belum kembali tiba untuk mentadbir semula negara mereka. Mereka jadi sibuk untuk mentadbir walaupun bercakaran sesama sendiri.

Di Malaya, umat Islam yang majoriti Melayu disibukkan pula dengan idea jahat British untuk mendirikan Malayan Union. Orang Melayu beragama Islam kemudian menjadi terlalu sibuk berjuang untuk melenyapkan sebarang usaha British untuk Malayan Union.

Orang Melayu disibukkan dengan perjuangan memerdekakan negara. Kemudian muncul pula kumpulan Melayu yang lain sehingga tercipta perpecahan di ambang kemerdekaan. Semakin sibuk jadinya. Sejak 1511 sehingga dekat nak merdeka pun, orang Melayu tidak habis-habis disibukkan dengan macam-macam dugaan. Itu yang berlaku di Malaya.

Di lain-lain negara yang turut dijajah, mereka juga dipaksa untuk sibuk. Selepas satu isu jadi reda, timbul pula isu baharu dan tidak habis-habis mereka disibukkan dengan macam-macam perkara.

Dalam keadaan sibuk di seluruh dunia yang tidak henti-henti selama beratus tahun itu, tiba-tiba Zionis sudah pun mendarat di Palestin dan membina negara haram pada pertengahan 1948. Umat Islam yang tidak sedar atau lalai dengan plot Zionis itu kemudian terlopong, ternganga dan terkejut apabila mendapat tahu Yahudi Zionis sudah membina negara haram di atas bumi Palestin. Sedang umat Islam masing-masing sibuk memerdekakan negara sendiri, tiba-tiba sahaja dapat satu berita tergempar iaitu tanah saudara kaum Muslimin di Palestin sudah diduduki Zionis.

Zionis berjaya mendarat, merodok dan merampas bumi Palestin pada ketika kita semua terlalu sibuk akibat disibukkan oleh penjajahan, perang dunia, persengketaan sesama sendiri dan sebagainya. Apabila kita sibuk, kita dengan sendirinya akan jadi lalai serta lupa.

baca selanjutnya di Umat Terakhir
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...