“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

28 November 2009

QARIN *dua tafsiran*

Assalamualaikum

Qarin adalah jin
=======================
Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was2, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal2 kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat.

Walau bagaimanapun orang2 Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili.

Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia

======================================
salam noja... Kupasan pasal karin kau ni adalah untuk kefahaman awami... Betul...

cuma kupasan haqikatnya masih belum tepat.....
Aku nk kongsi pada yg tak jumut, kalau nk percaya pun boleh dan kalau tak nak percaya pun tak pe...

Kupasan aku ni umpama siang dengan malam atau umpama langit dengan bumi... Cukup berbeza sekali....

firman allah = "tidak aku jadikan manusia dan jin itu selain dari beribadah kepada ku"....

jadi siapakah jin dan siapakah manusia ni...
Karin adalah salah satu yg ghaib(jin) yg dikupaskan sebagai pendamping....

jika diusul semula dengan firman allah tu, maka tak kena sebab jin karin ni tak beribadat pun dengan allahsubahannawataala tu. Manusia pun ada juga tak beribadat....

jadi haqikat untuk jin dan manusia ni duduknya pada diri tu balik....
Jika kita tak ada jin maka tak sempurna manusia tu... Dan jin yg aku maksudkan ni bukanlah satu objek yg lain (tak kira samada jin islam atau bukan).... Jin itu adalah melengkapi manusia dan manusia juga melengkapi jin....

untuk mudah paham cam ni....
Manusia = dari ujung rambut sampai ujung kaki.
Jin = yg nyata tapi tak ada.dalam manusia tu
Contoh : rasa lapar, rasa dahaga, keinginan, suara, mengantuk dan banyak lg... Yg kenyataan nya adalah pada manusia tu sendiri....
Inilah yg kata Memang tak dapat dipisahkan tu dalam firman allah tentang "jin dan manusia"...

jika betul2 dapat kenal jin dan manusia ni barulah dapat...mengubah "karin" kepada "bidadari" seperti yg rabiatul adawiah kata kepada hamzah fansuri tu...
Lalu hamzah fansuri berasa cukup malu...
Lalu bermunajat pada allah subahanawataala tu dengan "zikir taubat" yg glamour sampai sekarang tu yg dinyanyikan oleh raihan....

buragas brunei forum
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERKINI Posts