“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

29 April 2012

388 peserta himpunan Bersih ditahan


WARTAWAN SINAR HARIAN
28 April 2012


Antara peserta Bersih 3.0 yang ditahan di persimpang menuju ke Dataran Merdeka


Situasi jam 9.55 pagi - penyokong Bersih berkumpul di kawasan Jalan Petaling, 

Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR - Polis Bukit Aman mengesahkan seramai 388 orang yang berada di perhimpunan Bersih 3.0 telah ditahan setakat 8 malam tadi dan mereka telah dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini.

Setakat 7 petang tadi, seramai 222 peserta telah ditahan dan ia meningkat sejam kemudian.

Dalam pada itu, laporanBernama menyebut bahawa Hospital Kuala Lumpur (HKL) menerima 63 pesakit yang menjadi peserta perhimpunan hari ini.

Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL, Prof Datuk Seri Abu Hassan Ashaari Abdullah berkata, pihaknya juga merawat dua anggota polis yang cedera ringan ketika bertugas pada perhimpunan itu setelah cedera di kepala dan patah gigi.

Daripada jumlah 65 orang itu, seramai 40 lelaki dan 25 wanita, kebanyakan menerima rawatan akibat kecederaan dan kepenatan ketika menghadiri perhimpunan berkenaan.

"Kesemua mereka berumur antara 15 tahun dan 74 tahun. Daripada 65 orang itu, tujuh dimasukkan ke dalam wad masalah pernafasan dan kepenatan. Selebihnya menerima rawatan pesakit luar," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, pihak hospital menyediakan 160 kakitangan dan pegawai serta pelbagai kemudahan termasuk makanan kepada pesakit berkenaan.

Di Melaka, beberapa anggota Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengalami kecederaan ringan ketika menjalankan tugas di Perhimpunan anjuran NGO yang sama di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir.

Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lyle berkata,kejadian tersebut berlaku ketika petugas MBMB dan polis menghalang peserta perhimpunan itu yang dikhuatiri mengganggu pertandingan
pancaragam di dataran tersebut.

Bernama melaporkan bahawa polis berjaya menghalang percubaan peserta perhimpunan haram untuk menceroboh Dataran Merdeka hari ini dengan merempuh pengadang dan kawat berduri dipasang selepas Mahkamah Majistet mengisytiharkan dataran itu sebagai kawasan larangan.

Sebelum bertindak, polis yang berada di belakang pagar penghalang itu telah mengeluarkan amaran sebanyak tiga kali kepada peserta perhimpunan agar tidak memasuki kawasan larangan itu.

Namun peserta tetap berdegil lalu merempuh serta cuba melepasi pagar halangan tersebut menyebabkan polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan air mengandungi bahan kimia untuk menyurai dan mententeramkan keadaan dalam insiden kira-kira jam 3 petang.

Tindakan polis itu mengakibatkan peserta perhimpunan melarikan diri ke arah kawasan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut.

Peserta perhimpunan bertindak balas membaling botol air plastik, botol air kaca dan kayu ke arah polis.

Pengerusi Bernama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreenevasan dan pemimpin pembangkang lain turut beredar dari tempat perhimpunan tersebut setengah jam kemudian serta turut meminta peserta untuk beredar.
Peserta perhimpunan sehingga kini masih berada berhampiran kawasan dataran dan kompleks membeli belah Sogo.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini melarang penganjur mengadakan perhimpunan tersebut di Dataran Merdeka kerana tempat itu hanya dibenarkan untuk acara-acara rasmi bertaraf nasional.

Polis semalam mendapat perintah daripada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang melarang pihak berkenaan daripada berkumpul di Dataran Merdeka mulai tengah malam tadi hingga 1 Mei.

Tindakan boleh diambil terhadap mereka yang melanggar perintah itu, mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Polis dijadual mengadakan sidang media dalam waktu terdekat.

Bersih membuat perancangan untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka antara 2 dan 4 petang. Bagaimanapun usaha itu tidak diluluskan oleh polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kelmarin, polis memperoleh perintah mahkamah mengisytiharkan Dataran Merdeka sebagai kawasan larangan kepada penganjur Bersih 3.0 dan publik.

Ekoran rempuhan dan kekecohan itu, Anwar dan pemimpin lain dipercayai dibawa ke lokasi selamat sebaik penyokong merempuh pagar.

1 comment:

  1. Anuar Ibrahim keturunan babi, patut seluruh keluarga nya dihalau dari Malaysia. Banyak pemimpin politik nak jadi PM tapi takmacam dia.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...