“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

09 August 2011

Singkir Anwar?

Baru baru ini Yb Zahrin telah mendedahkan usaha beberapa pemimpin PR untuk mengambil Ku Li menjadi ketua pembangkang. Beberapa orang dari PAS telah mengesahkan bahawa memang wujud perancangan itu.


Perkembangan ini amat menarik dan sedang diteliti oleh beberapa penganalisis politik tanah air.

Tidak mustahil pula pucuk pimpinan PAS melihat kedudukan PR semakin terancam akibat kes demi kes yang melibatkan Anwar muncul dipersada berita. Kepimpinan PAS juga bimbang mereka akan turut kehilangan peluang mempertahankan kekuasaan di dua buah negeri akibat kehilangan pengundi Melayu yang selama ini berpaut kukuh di bahu Anwar. 

Dalam satu keadaan lain pucuk pimpinan PAS ini terutamanya kumpulan ulama sudah mengetahui dan percaya bahawa sebahagian besar kes Anwar ada asasnya. Sokongan mereka yang tidak berbelah bagi kepada PKR yang diterajui Anwar adalah sesuatu yang memalukan. Untuk melepaskan diri dari menanggung akibat dari kesilapan tersebut disamping tidak merasa aib, alternatif baru terpaksa dicari.

DAP juga dijangka ada campur tangan dalam perkiraan ini. Karpal sebagai ketua DAP tentunya lebih maklum kedudukan kes Anwar di mahkamah memandangkan dia tahu segala rahsia sebenar Anwar. Peluang Anwar untuk terlepas dari hukuman menjadi semakin tipis. DAP tahu jika Anwar tidak lagi menjadi peneraju PR, ia menjejaskan harapan mereka mentadbir Perak dan yang lebih utama ialah harapan menjadi TPM pertama daripada bukan Melayu.

Anwar terpaksa mencari jalan menghalang perancangan ini. Reputasinya akan merudum dan dia tidak lagi akan diangkat sebagai PM jika PR berjaya kelak. Satu hal yang amat ditakutinya. Sekian lama dia berusaha dengan pelbagai helah dan muslihat untuk menjayakan cita-citanya menjadi PM pertama dari parti pembangkang.

Apabila Nik Aziz bersama beberapa orang pemimpin PAS menafikan perancangan itu, ini terbukti bahawa Anwar sudah mengetahui siapakah dalang disebalik tindakan itu. Proksi Anwar di dalam PAS tentu akan  menyalurkan maklumat terperinci siapa,dimana dan bila mesyuarat itu diadakan. Ramai yang sudah tahu bahawa orang Anwar sudah menjadi kuasa baru dalam PAS antaranya ialah Timbalan Presiden baru PAS, WP Shah Alam dan ramai lagi yang digelar kumpulan ardogan. 

Pemimpin di kalangan ulama sudah diketepikan walaupun cuba dihalang oleh Mursyidul Am dan Timbalannya. Dengan kehilangan tokoh ulama dalam barisan baru pemimpin PAS menjadikan parti itu bergerak atas landasan sekularisma seumpama PKR juga tetapi hanya berlandscape agama sahaja.

Seperti mana biasa, sanggahan dan bantahan akan dilakukan oleh proksi Anwar dan pertelingkahan dalaman akan tercetus. Selepas ini kita akan lihat bagaimana orang Anwar dalam PAS akan bertindak. Orang didalam PAS sendiri akan mendedahkan keburukan-keburukan dalang ini apabila sudah ada arahan untuk menyerang peribadi pemimpin PAS atas arahan Anwar.

Saifudin bakal diberi tugas khas ini untuk mencuci sebarang anasir yang mahukan Anwar disingkir dari menerajui Pakatan.Rakyat.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...