“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

04 October 2011

Kenapa Jadi Begini?


Sekali lalu kita dapat rasakan kewujudan keadaan tidak normal bilamana seorang tertuduh memilih untuk tidak membela diri di kandang saksi sesuatu diluar lelaziman.  Mengelak diri untuk disoal balas oleh barisan peguam cara serta mencuba untuk mengalih perhatian pemerhati bahawa dia sedang dianiaya (mangsa). Dalam pada itu berlaku pula perkara sebaliknya dengan memaksa orang lain yang tiada kaitan secara lansung terhadap pertuduhan untuk dikerah menjadi saksi bagi dirinya.

Jika dia tidak bersalah kenapa ragu untuk membela diri sebagaimana diamalkan dalam mahkamah? Malah muncul pula satu permainan dengan menggambarkan dia memperakui wujud "kejadian" tersebut tetapi bukan dengan paksaan. Apa maksud sebenar permainannya masih menjadi teka teki tetapi sebilangan telah dapat meneka bahawa dia hanya mengambil kesempatan untuk menyelamatkan maruahnya dan memperkuatkan kepercayaan para penyokongnya bahawa sememangnya dia telah dizalimi oleh musuhnya.

Secara sedarnya, AI telah tersepit dan samaada sengaja atau tidak telah mengaku melakukan perbuatan ini. Sesuatu yang sungguh aneh. Selama ini beliau berjaya mempragakan dirinya sebagai mangsa politik pemerintah yang zalim dan tektik ini telah banyak membantu menjulang kredibilitinya sebagai "pejuang keadilan". Kesekian kalinya AI masih mahu menggunakan taktik mustajab ini walaupun keadaan sudah tidak memihak kepadanya serta pasti gagal membantu melepaskan dirinya dari dimalukan "kehilangan maruah" dan akan dikenang sebagai seorang peliwat dan aktif dalam dunia aktiviti gays.

Kisah ini merupakan satu hikayat melayu baru yang bakal menjadi kenangan jenerasi berikutnya. Pertamanya, keseluruhan dunia Melayu telah digemparkan dengan kes liwat pemimpin tersohor yang mempunyai imej yang sangat mulia di dunia Islam. Bekas pemimpin belia Islam. Keduanya perkataan "liwat" kini sudah acap kali terpacul dalam dunia Melayu yang suatu masa dahulu tidak ada yang sanggup ucapkan, sehingga anak kecil sudah mampu menyebutnya. Dunia "LUT" yang menjijikkan itu terpalit di batang hidung orang Melayu.

Tempelak terhebat kepada pejuang bangsa yang disanjung tinggi sekian lama. Ia adalah satu sejarah hitam yang sukar dipadam. Akhiran yang sangat trajis bagi seorang manusia yang pernah dijulang tinggi oleh masyarakat. Kini ramai pula telah mengelepar untuk melepas diri darinya. Tidak lagi sanggup dianggap sahabat kepada "peliwat" ini.

Secara peribadi saya amat kasihan dan bersimpati terhadap manusia ini, semoga ada ruang untuknya berubah kepada keadaan yang lebih baik setelah melaku kesilapan  yang mana turut memalitkan najis kepada para sahabat dan teman seperjuangannya khususnya pejuang Islam Malaysia (ABIM & PAS). Manusia yang satu masa dulu dianggap "alim" dan bersih ini telah bertukar rupa menjadi seorang "munafik" dan penjenayah agama yang memalukan.  Sejarah bangsa Melayu turut tercomot dan Islam di Malaysia akan di persenda, dimana umat Islam di sini amat mudah ditipudaya dan mengangkat individu sedemikian sebagai ketua mereka.

Rahmat Allah tetap wujud di sebalik setiap kejadian. Ingatlah ayat yang sering di sebut "... Allah Khairul Makirin." 

Walau bagaimanapun, masih belum terlambat untuk berubah.



03/10/11 – Karpal Singh, Ketua Peguam Bela Kes Liwat II, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui hari ini bahawa anak guamnya sudah tidak lagi peluang untuk memenangi kes itu jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ditolak mahkamah untuk menjadi saksi.

“Justeru, Rosmah mesti tampil ke mahkamah kerana itu sahaja peluang yang tinggal bagi Anwar"

“Kami berdoa Yang Arif menolak permohonan yang dibuat oleh Najib dan isterinya,” kata Karpal seperti dilaporkan portal pro Anwar, Malaysiakini, hari ini.

Karpal dilaporkan membuat kenyataan di atas, ketika mendengar permohonan peguam yang mewakili Najib dan Rosmah untuk mengenepikan sapina menjadi saksi yang dikenakan ke atas mereka hari ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai alibi yakni individu-individu yang boleh menjadi saksi untuk mengesahkan bahawa Ketua Umum PKR itu tiada di tempat kejadian pada tarikh, masa dan tempat yang didakwa di mahkamah.

Anwar Ibrahim, Penasihat Parti Keadilan Rakyat selaku majikan, dituduh melakukan seks luar tabie (liwat) ke atas pembantunya, Mohd Saiful Azlan di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara,Kuala Lumpur antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Perbicaran di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Pihak pendakwa sebelum ini berjaya membuktikan kes tersebut telah ‘melampaui keraguan yang munasabah’ apabila berjaya membuktikan kehadiran pengadu, Mohd Saiful bersama Anwar ke Unit 1151, kondominium itu dan berjaya membuktikan kewujudan air mani milik ‘Lelaki Y’, yakni milik Anwar Ibrahim dalam lubang dubur pengadu.

kewujudan air mani milik Anwar itu dikesan di lokasi B7 (rektal atas), B8 (rektal atas) dan B9 (rektal bawah) dalam dubur dan rektum pengadu semasa pemeriksaan para doktor Hospital Besar, Kuala Lumpur pada 28 Jun 2008.

kerana pihak pendakwa berjaya membuktikan kes ini ada ‘prima facie’, maka mahkamah memutuskan agar Anwar membela dirinya.

Dalam pembelaan diri,

Anwar bersetuju dengan keterangan pengadu bahawa beliau dan Mohd Saiful berada bersama-sama di Unit 1151, kondominium itu, berbincang urusan kerja, melakukan seks luar tabie ke atas pekerjanya dan minum bersama selepas kejadian tersebut. Cuma, Anwar tidak bersetuju kejadian seks luar tabie itu berlaku tidak secara sukarela, sebaliknya berlaku secara sukarela. 
Sebagaimana tuduhan Anwar meliwat Azizan Abu Bakar dalam kes liwat I.

Pada peringkat pembelaan kes liwat II, sekali lagi Anwar cuba bermain dengan teknikal ‘suka sama suka’, sebagaimana beliau dibebaskan dalam kes liwat I.

Namun begitu, sebelum Anwar diperintah membela diri, beliau bermati-matian mempertahankan hujah bahawa beliau tidak mengenali Mohd Saiful, tidak berada di tempat kejadian sepertimana yang didakwa serta menamakan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai alibi pertamanya.

Keadaan mula berubah apabila pihak pendakwa berjaya membuktikan kehadiran Anwar dan Mohd Saiful di kondominium itu dengan bukti CCTV, dan pada ketika ini, pihak Anwar mula membuat pengakuan bahawa memang benar Anwar berada di kondo itu tetapi unit yang berbeza iaitu 1152 dan bukannya Unit 1151 seperti didakwa di mahkamah.

Pada peringkat ini, pihak Anwar menamakan empat individu yang menjadi alibinya. Mereka adalah Profesor Datuk Dr. Mohamad Ariff Abdul Kareem (bekas Pengarah Eksekutif MIER), Raymond Yeoh Cheng Seong (pegawai bank Deutsche Bank (M) Bhd), Omar Malek Ali Merican (bekas Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia) dan Nik Mahmood Nik Hassan (Aktivis PKR).

Menurut pihak Anwar, pada hari kejadian, Ketua Umum PKR itu bermesyuarat bersama keempat-empat individu itu, di Unit 1152, Kondominium Desa Damansara.

Pihak pendakwa kemudiannya berjaya membukti bahawa keempat-empat individu yang bermesyuarat dengan Anwar di Unit 1152, bermula pada jam 12 tengahari dan selesai selewat-lewatnya pada jam 2.30 petang.

Bukti rakaman CCTV berkenaan masuk dan keluar kenderaan pada hari kejadian sertapengecaman nombor kereta oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dikemukakan di mahkamah.

Menyedari hujah alibi bersandar empat individu itu tidak relevan, pihak Anwar menamakan empat lagi alibi baru iaitu pasangan suami isteri pemilik kondominium itu bersama dua pembantu mereka.

Empat alibi baru yang dinamakan pihak Anwar adalah Hassanuddin Abd. Hamid bersama isterinya, Noor Sham Abdul Hamid dan dua orang pembantu rumah mereka yang dipercayaiwarganegara Indonesia iaitu Suliati dan Fitria Dipan.

Pihak Anwar mendakwa Ketua Umum PKR itu berada bersama-sama dengan keempat-empat individu itu di Unit 1152 pada hari kejadian.

Namun hujah ini tidak kukuh kerana sebelum ini, Ketua Peguam bela Anwar, Karpal Singh pada bulan Jun tahun lepas menuduh Hassanuddin dan isterinya telah ‘dibeli oleh polis’ yang memberi isyarat bahawa pasangan suami isteri itu menafikan dakwaan Anwar yang mengatakan mereka berada bersama-sama Anwar pada tarikh, masa dan tempat seperti yang didakwa di mahkamah.

Pertelingkahan di antara pihak Anwar dengan pihak pemilik kondominium mula dikesan sejak tahun lepas, semasa lawatan barisan pendakwa dan penguam bela ke tempat kejadian.

Apabila mahkamah memutuskan untuk melawat tempat kejadian, pemilik kondominium, Hassanuddin membuka pintu Unit 1151 yang memberi isyarat pemilik kondominium itu sendiri bersetuju pada tarikh dan masa yang didakwa di mahkamah, Anwar berada di unit itu dan bukannya unit 1152 seperti yang didakwa Anwar.

Pihak Anwar marah dengan tindakan pemilik kondominium itu hanya membenarkan lawatan mahkamah ke Unit 1151 dan bukannya Unit 1152 sepertimana yang mereka dakwa sebelum ini.

Mahkamah berpendapat, keputusan pihak Anwar mahu melawat Unit 1152, di luar bidang kuasa mahkamah kerana pertuduhan di mahkamah adalah Unit 1151 dan sekiranya pihak Anwar mahu juga melawat 1152, mereka perlulah berunding sendiri dengan pihak pemilik kondominium.

Hassanuddin menyerahkan urusan perundingan itu dilakukan dengan peguam peribadinya yang menunjukkan beliau sendiri tidak mahu dikambinghitamkan semata-mata untuk menyelamatkan Anwar. Klik di sini dan sini

Akhirnya keempat-empat individu itu juga turut digugurkan sebagai alibi oleh pihak Anwar apabila Ketua Umum PKR tampil membela dari kandang tertuduh dengan mengaku berada bersama-sama pengadu di Unit 1151 pada tarikh, masa dan tempat seperti didakwa.

Pengakuan Anwar itu mengecewakan pemerhati Barat kerana mengesahkan dakwaan Wikileaks sebelum ini yang mendakwa maklumat perisikan dari Singapura dan Australia mempercayai kejadian liwat itu benar-benar berlaku.

Sepanjang proses pembelaan, pihak Anwar lebih banyak menumpukan kepada ‘meragukan bukti air mani’ yang ditemui dalam lubang dubur pengadu dan bukannya menumpukan kepada bukti alibi.

Namun begitu, penampilan dua saksi yang dikatakan ‘pakar dari luar negara’, juga masih gagal ‘meragukan pembuktian air mani’, malah pendapat kedua-dua saksi yang diupah Anwar itu saling bercanggah di antara satu sama lain

Episod pembelaan seterusnya, selain dari Dr. Thomas Hoogland, kesemua saksi-saksi lain kesemuanya tidak berpihak kepada Anwar.

Mereka yang tidak berpihak kepada Anwar tetapi disapina menjadi saksi bagi pihak Anwar adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof dan Ketua Seksyen DNA Forensik, Jabatan Kimia Malaysia, Lim Kong Boon.

Adakah Karpal dan kru DAP sedang memasang jerat untuk melumpuhkan Anwar selepas mempergunakannya meraih sokongan pengundi dan juga Anwar kini dilihat sudah semakin pudar kekuatannya? Keenakan kuih PR sudah semakin hilang seleranya. Atau DAP ada strategi lain dalam memperkuat cengkaman politik dalam kem pembangkang? Sekurang-kurangnya Pulau Pinang sudah dalam genggaman mereka walaupun PR berpecah belah.


Mungkinkah senyuman mesra dan keakraban sebegini bakal bertukar kepada kemarahan dan permusuhan pula? Inilah yang bakal tercetus jika Anwar gagal dalam pembelaannya di mahkamah nanti. Bagaimana  nasib PAS pula, mahukah mereka bermanja dengan DAP jika PKR hilang pengaruh? Sudikah ahli PAS pimpinan Mat Sabu bertuankan Karpal Singh yang selama ini membenci Islam dan menolak mentah-mentah hukum Hudud tajaan mereka?

Segalanya terletak di atas percaturan politik yang semakin berkecamuk. 

sumber asal AIDCNews

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...