“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

20 February 2012

UMNO JAHAT

"UMNO Johor bimbang karisma DSAI" kata blogger PR.

Apa ni main tuduh tuduh Umno pulak dah...Ada bukti ke Umno yang buat ?? Setakat cakap jer mana boleh beb..



Juak-juak Anwar Ibrahim cuba mencetuskan kemarahan massa untuk menenangkan perasaan Ketua Umum PKR itu yang sekarang ini cukup gelisah melihat reaksi orang ramai yang ditunjukkan terhadap kehadirannya. Air muka Anwar Ibrahim ketika membonceng motosikal salah seorang yang bersimpati kepadanya setelah dihalau oleh orang ramai di Endau dua hari lepas sudah cukup mencerminkan betapa Anwar sebenarnya sedang keliru dengan perubahan yang tidak disangka-sangkanya.

Mereka cuba menggunakan faktor UMNO untuk memenangi emosi orang ramai namun nampaknya reaksi tidak seperti yang diharapkan. Dengan semakin dekatnya PRU13, reaksi negatif yang ditunjukkan benar-benar tidak memberikan indikasi yang bersifat positif atau setidak-tidaknya mampu menyekat penguasaan kembali dua pertiga oleh UMNO-BN.

Anwar cuba berceramah di Sembrong, kubu salah seorang Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Dalam Negeri. Namun sambutan yang diberikan kepada Anwar menunjukkan dia adalah orang yang paling dibenci.

Maka melalaklah bebudak Anwar, UMNO telah menghantar samseng untuk menyekat Anwar daripada berceramah. Samseng-samseng itu pula telah merosakkan, memecahkan cermin kereta dan menendang pintu kereta Anwar sampai kemek.

Ini bukan kejadian pertama yang menimpa Anwar Ibrahim. Pada Pilihanraya Kecil Kerdau, dalam satu kejadian di Jengka 2, Anwar yang perasan anak muda di tepi jalan ingin menyambutnya, telah mengarahkan pemandunya memperlahankan kereta yang dinaikinya. Dia menurunkan cermin tingkap dan pada ketika keretanya berada di hadapan anak muda itu, TIGA KILO BUNTUT AYAM DICAMPAKKAN ke muka Anwar Ibrahim yang tersengih sebelum itu mengalahkan kambing jantan tengah berahi.

Justeru juak Anwar Ibrahim tak sepatutnya buat dan mereka cerita tentang samsengnya UMNO kepada ANWAR. Mereka perlu menerima kenyataan bahawa Anwar Ibrahim, kini adalah musuh rakyat Malaysia yang paling dibenci.

Laporan hangat pro Anwar:


JOHOR: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor, Mohd Nazri Ismail cedera di tangan dan bajunya koyak ketika cuba menghalang samseng Umno dari menghampiri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Cabang KEADILAN Batu Pahat, Syed Hamid Ali, berkata kejadian itu berlaku sebaik sahaja Ketua Pembangkang itu tiba di lokasi ceramah berhampiran pejabat KEADILAN Cabang Sembrong.

Beliau berkata, mangsa cedera ketika membuat perisai manusia berikutan kira-kira 100 samseng itu cuba menghampiri Anwar yang menuju ke pentas ceramah.

“Ketika itulah, Nazri dikeronyok kumpulan samseng sampai terjatuh. Mujur sempat diselamatkan beberapa ahli AMK lain.

“Seorang lelaki tua bertongkat juga rebah berikutan suasana kacau bilau itu. Seorang lain pula cedera di dahi akibat terkena mercun,” katanya kepada KeadilanDaily, hari ini.

Syed Hamid kesal kerana beberapa anggota polis bertugas hanya membiarkan kejadian itu berlaku tanpa sebarang tindakan tegas.

Berikutan itu, beliau berkata, laporan polis dibuat di Balai Polis Batu Pahat, sekitar jam 2 pagi semalam oleh Ketua Cabang KEADILAN Kluang.

“Samseng-samseng ini menggunakan kayu bendera dan membakar mercun, sehingga ada yang dilempar menghampiri khemah pimpinan”, ujarnya lagi.

Dalam kejadin itu, cermin kereta Datuk Seri Anwar Ibrahim retak dibaling batu manakala bahagian sisi kenderaan kemek akibat ditendang.

Kumpulan samseng itu juga melontar kayu, batu, bendera selain berteriak kata-kata kesat.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=26853




Kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan kemek dan rosak akibat terkenan balingan batu dan didakwa ditendang sekumpulan lelaki yang didakwa sebagai penyokong Umno semasa ceramahnya di kawasan Parlimen Sembrong, Johor malam semalam.

Menurut Keadilan Daily Online, ceramah Anwar yang dijadualkan itu juga diganggu dengan penyokong Pakatan dilempar dengan mercun, telur, botol, Mereka juga dilontarkan dengan kata-kata kesat.

“Saya saksi di tempat kejadian,” kata seorang penyokong Pakatan, Julailey Jemadi melalui twitternya yang dipetik akhbar rasmi PKR itu.

Namun laporan itu tidak menyebut dengan jelas, jumlah mereka yang terbabit dan di mana Anwar berada semasa kejadian. Bagaimanapun ketua umum PKR itu dilaporkan tidak cedera.
Ia menyebut pimpinan PKR Johor akan membuat laporan polis dalam tempoh terdekat.


Parlimen Sembrong sebelum ini kenalpasti antara kubu kuat Umno dan ia diwakili oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Sejak kebelakangan ini, ceramah-ceramah pembangkang dan juga pro-Pakatan seringkali diganggu dan ia dipercayai sebahagian daripada taktik menakut-nakutkan masyarakat terutama dalam usaha menguasai sokongan orang Melayu.

Pada 21 Januari lalu, perhimpunan NGO Asalkan Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun, Klang terpaksa dibatalkan apabila sekumpulan belia bermotosikal menyerbu majlis itu sehingga menyebabkan seorang peserta cedera.

Pada 11 Februari lalu pula, seramai 15 aktivis pelajar terpaksa diiringi polis bagi meninggalkan Kampung Idaman, juga di Klang apabila sekali lagi kumpulan remaja bermotosikal menggangu majlis mereka yang mahu menuntut kebebasan akademik.


Selain dewan tempat ceramah diselerakkan dan kerusi dipecahkan, kumpulan samseng itu juga membaling batu dan merosakkan sebuah kereta.

Ceramah Anwar di Felda Tun Ghafar di Alor Gajah, Melaka, pada petang 13 Februari lalu pula dicemari oleh kekecohan di antara penyokong PKR dan BN.

Pada kejadian itu, penyokong BN dikatakan tiba-tiba muncul dengan kira-kira 20 hingga 30 motosikal serta puluhan lagi kereta bagi mengganggu ceramah tersebut.

Malah, sejurus sebelum ceramah bermula, sekumpulan penyokong Umno didakwa tellah menampar seorang lelaki ahli PKR yang cuba meletakkan bendera parti sebagai persiapan ceramah.

Jumaat lalu, Anwar terpaksa membonceng motosikal berikutan banyak sekatan polis bagi menghalang rakyat mengikuti ceramahnya di Parlimen Pekan yang diwakili Najib.

5000 orang hadir? Biar btol...
"Akibat dari ceramah yang hebat di Semberong Johor. Seramai lebih dari 5000 warga Semberong telah datang mendengar ceramah anwar ibrahim. Pemimpin pakatan rakyat, syed hamid ali, hasan karim, yb mike dari Kapar juga telah berceramah sama. Semberong ialah tempat Hishamudin Husein, sokongan hebat dari warga semberong ini semakin ramai hasil dari peneroka felda di wilayah Semberong telah menakutkan Menteri Dalam Negeri ini yang kini dikatakan akan berpindah ke Pengerang. Sebenarnya, Anwar Ibrahim semakin bahaya atau UMNO/BN yang semakin takut ye?"

SAMSENG

Samseng UMNO? Sejak bila UMNO pelihara samseng? Masa dulu sebelum Anwar jadi sahabat Israel ada tak samseng ini? Fikirlah semula sebelum menuduh yang bukan-bukan. Rakyat dah jemu dengan alasan "kerja UMNO", "Fitnah UMNO" dan lain lain lagi slogan yang diulang-ulang. Muncul pula  "Samseng UMNO". Kalau UMNO ada samseng kat Johor, 2008 dulu PR takkan menang walau satu kerusi pun. 

Dah terdesak, nak salahkan siapa?

Masih tak mahu terima kenyataan bahawa rakyat dah mula bosan? Rakyat terasa malu dan meluat setelah mengetahui mereka ditipu berulang kali. Walaupun pandai memutar fakta, pembohongan akhirnya akan dapat dikesan juga. Ibu kepada pembohongan ialah merestui kerajaan haram Yahudi Israel serta menyokong amalan seks songsang. Hanya orang bodoh sahaja yang masih mempercayai dustanya.

APA KATA PISAU?
Saifudin Upah Samseng Pecahkan Kereta Anwar?
Filed Under ( berita pisau ) by pisau on 20.2.12


Saifudin yang terkenal dengan kerja putar belit dan membuat provokasi sudah kehabisan modal.Kita pernah dengar bagaimana para penyokong pakatan berlakon kononnya mereka dicederakan yang akhirnya berjaya dibuktikan hanya satu lakonan .

Apabila laporan polis dibuat,mangsa juga tiba tiba hilang dan gagal dikesan oleh pihak polis.Begitu juga dengan kes mengedarkan risalah dan beberapa bahan kempen semasa pilihanraya yang penuh dengan provokasi.

Ketika itu mereka mahu menunjukkan bahawa Umno sebuah parti yang samseng dan melakukan kerja jahat,malangnya rakyat tidak mudah percaya kerana Umno tidak akan sesekali melakukan perkara yang merugikan mereka sendiri.

Terkini apabila kereta Anwar dirosakkan,tidak menghairankan jika insiden tersebut juga sebagai satu skrip drama untuk meraih simpati rakyat. Pecahkan cermin kereta dan melontarkan mercun,satu tindakan yang merugikan Umno.

Tidak mungkin sama sekali tindakan sebegini diamalkan oleh Umno sedangkan sejak dari dulu lagi Umno dan BN tidak seekstrim didalam segala tindakan,malah jauh sekali untuk melakukan provokasi.Untuk rekod yang terkenal membuat provokasi adalah datangnya daripada PKR dan PAS sendiri.

Ds Najib dan Umno sendiri mendidik ahlinya mengamalkan kesederhanaan ,jika difikirkan yang terdesak untuk mendapatkan sokongan dan undi di Johor adalah PKR, Umno sudah pasti tidak akan melakukan perkara bodoh hingga sanggup merosakkan reputasi dan kehilangan sokongan hanya tindakan kurang matang ini.

Rakyat bukan bodoh,yang mendapat untung dengan melakukan perkara provokasi ini sudah tentu adalah PKR dan Pakatan.Jika ini caranya percayalah satu hari nanti akan berlaku sesuatu yang lebih besar semata mata mahu meraih simpati dan membangkitkan kemarahan orang ramai.

Pisau kata " Saifudin dah recycle skrip drama"

Read more: http://www.pisau.net/2012/02

2 comments:

  1. Salam Perjuangan,

    mohon dipautkan blog saya di sini
    www.riziqin.blogspot.com

    terima kasih ;)

    ReplyDelete
  2. TokMisaiGondrong20 February, 2012 20:58

    salam rezqeen hill

    saya telah linkkan... selamat berjuang

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive