Inilah cara zion melantik proksi.
Proksi terpilih akan mendapat bantuan tanpa had.
Proksi yang cuba melepaskan diri akan diperangkap.
Diugut atau dibunuh (pelupusan).
Diperalat hingga akhir usia atau sehingga tidak diperlukan lagi.
Nasib PROKSI memang "malang" Rugi di dunia juga akhirat.
Melainkan mendapat rahmat Allah.
Doakanlah untuknya.
MINDA sebilangan rakyat Malaysia dikawal rapi oleh proksi The Hidden Hand (THH), itu adalah satu kenyataan. Proksi ini adalah tokoh politik yang paling berjaya dalam mengawal minda para pengikutnya walaupun tidak majoriti, dia juga berjaya menutup segala potensi yang boleh membawa pemikiran semua pengikutnya daripada titik wajar kepada titik yang tidak wajar.
Mind Game adalah kepakarannya sehingga membuatkan seluruh proksi lain menjadi takjub melihat kebolehannya mengemudi minda para pengikutnya yang semakin hilang kewarasan terhadap sebarang pertimbangan yang tidak menyebelahinya.
Dia faham pola pemikiran orang Melayu, dia faham mengenai segala kelemahan yang ada dalam kotak minda orang Melayu, dia juga faham paten persepsi yang memandu kewarasan pemikiran orang Melayu yang akan menjadi pembelanya yang paling tegar, dan dia juga faham mengenai pemikiran orang-orang yang mahu menentangnya.
Proksi Melayu ini mungkin adalah yang terbaik bagi sang THH. Proksi terbaik dari kalangan semua proksi yang berada di negara-negara sedang bergolak, cuma bezanya negara ini (Malaysia) masih belum bergolak sebagaimana negara-negara terbabit. Dikatakan terbaik itu ialah, dia tidak seperti proksi-proksi lain yang mengaku apabila tembelangnya terbongkar dan masih mampu mengawal kewarasan para pengikutnya walaupun tembelangnya jelas terbongkar. Dia mungkin sekali proksi terbaik.
Kewujudan proksi ini tidak lebih daripada menjerumuskan Tanah Melayu ke kancah neo-imperialism yang bersistem dunia baru. Neo-imperialism ini pula berselindung dalam wajah-wajah pertubuhan dunia, antaranya International Monetary Fund (IMF), National Endowment for Democracy (NED) dan beberapa lagi, sekadar menyebut beberapa nama yang mempunyai kaitan rapat dengan dana Zionis.
Pertubuhan-pertubuhan yang berada di bawah lidah George Soros itu mempunyai agenda besar. George Soros, pemusnah nilai mata wang dan penjahanam ekonomi dunia pada dekad akhir 1990-an itu mempunyai pertalian Yahudi Zionis dan mempunyai cita-cita besar dalam konteks yang hanya difahami oleh Zionis.
Selain Soros, banyak nama lain seperti William Cohen, Madeline Albright, James Wolfensohn yang mempunyai kaitan Zionis turut ada jaringan kerjasama dengan proksi ini. Untuk memetik banyak keterangan perkaitan proksi itu dengan nama-nama tersebut memerlukan banyak helaian yang berjela-jela panjangnya meskipun dokumen mengenainya tampil dengan pelbagai keterangan yang sukar dijawab oleh proksi itu sendiri. Untuk kali ini, kita hanya melihat perkaitan proksi ini dengan Soros. Manakala Soros pula jelas berpihak kepada keuntungan Zionis.
Pada akhir dekad 1990-an iaitu sekitar 1997 dan 1998, Soros bertindak menjahanamkan ekonomi beberapa buah blok negara melalui spekulasi mata wang. Akibatnya, blok-blok negara di seluruh dunia termasuk blok ASEAN mengalami kesan kejatuhan ekonomi yang teruk. Di blok ASEAN, Indonesia dan Malaysia mengalami kesan paling buruk.
“if you build a playground, the children will play. if you give them guns, they will shoot themselves”.
Keadaan menjadi lebih buruk apabila Indonesia menerima tawaran pinjaman daripada IMF bagi tujuan memulihkan ekonomi. Dalam dasar kapitalis, wang mampu melakukan segala-galanya termasuk memulihkan ekonomi. Namun, pinjaman wang daripada IMF menjadi kesilapan buat Indonesia apabila menanggung bebanan hutang beserta faedah dalam tempoh yang sangat lama. Selama menanggung hutang, Indonesia terpaksa akur kepada segala kehendak IMF yang mahu wangnya dikembalikan, IMF masuk campur dalam hal ehwal ekonomi kerana kononnya mahu memastikan hala tuju ekonomi republik itu dipandu dengan baik bagi membolehkan wangnya dikembalikan.
Malaysia juga mungkin terjerumus dalam bebanan hutang IMF. Badan tabung kewangan dunia itu bagaimanapun terpaksa akur dengan pendirian Malaysia untuk menangani krisis ekonomi dengan kaedah tersendiri tanpa campur tangan pihak asing. Dalam masa yang sama, IMF tetap mengintai peluang untuk menjadikan Malaysia sebagai subjek dalam senarai Receivable Accounts mereka. Malaysia juga ada ‘pencadang’ yang mencadangkan negara ini menerima tawaran pinjaman IMF.
Hasil kerja tangan Soros dalam menjahanamkan ekonomi dunia pada lewat 1990-an adalah sampel terbaik untuk kita menilai niat jahat seorang manusia berdarah Yahudi campuran itu. Contoh Soros ini diambil kerana ia mungkin contoh terbaik sebelum kita melihat kepada benang halus yang melingkari proksi terbaik ini.
Kejatuhan ekonomi dunia pada dekad itu adalah contoh terbaik untuk kita menilai niat sebenar Soros dalam memastikan seluruh dunia berada dalam belenggu hutang yang mengikat segala kemampuan perkembangan ekonomi sesebuah negara daripada terus berkembang, bebanan hutang terhadap IMF atau terhadap negara-negara lain akan membuat sesebuah negara penghutang (debtor) itu sukar untuk maju dan stabil secara ekonomi, malah terpaksa akur terhadap negara pemiutang dalam sebarang keputusan ekonomi. Lihatlah saudara kamu di Indonesia.
Negara penghutang terpaksa akur kepada negara pemiutang dalam membuat sebarang keputusan ekonomi kerana negara pemiutang itu mahu wang mereka dikembalikan. Keadaan yang tercipta adalah tidak berbeza dengan penjajahan, tetapi dalam bentuk skim baru. Andai ada di kalangan kita yang mengatakan Soros itu tidak sejahat yang disangka atau ada pula yang menganggap Soros sebagai wira ekonomi dunia, sila jelaskan.
Untuk melihat kewujudan proksi Melayu ini dalam kedunguan politik Malaysia, kita wajar melihat siapa Soros terlebih dahulu. Soros adalah penyangak yang menjahanamkan ekonomi banyak negara pada ketika itu. Selepas ekonomi banyak negara telah tumbang disebabkan oleh tangan Zionis itu, maka Soros menawarkan ubat iaitu pinjaman melalui IMF seperti dalam kisah kemelut ekonomi dunia pada 1997 dan 1998.
Soros juga adalah individu berhati Zionis yang menyumbangkan dana kepada golongan-golongan pelampau dan pemberontak di beberapa buah negara. Malah, NED yang dibayangi Soros juga secara rasmi membuat beberapa kenyataan umum mengenai peranannya menyediakan dana kepada beberapa siri pemberontakan di Asia Barat sehingga mencetuskan huru-hara yang bersistematik dan risiko pemberontakan itu cukup terhitung dengan kemas dan baik.
Semasa kemelut ekonomi dunia, Malaysia hampir diseret ke kancah hutang IMF.
Super Proksi tersebut mudah dihidu oleh mereka yang cintakan agama dan negara serta mengikuti dengan teliti perkembangan politik tanah air. Menjadi tanggung jawab semua untuk menghalang individu ini demi masa hadapan Umat Islam Malaysia khususnya Melayu.
Misi NED dalam mewujudkan huru-hara di beberapa buah negara di dunia adalah satu usaha yang serius. Ia adalah satu usaha untuk menjulang ‘demokrasi baru’ melalui ‘politik baru’ dalam ‘dunia baru’. Malaysia juga sedang menuju ke arah kehancuran itu kerana proksi itu mempunyai perancangan yang lebih dahsyat pada masa akan datang.
“Let them themselves pull the trigger.”
Kekacauan tidak menguntungkan sesiapa dalam sesebuah negara. Kesan dalam tempoh yang panjang akibat kekacauan itu pula lebih merugikan. Apabila sesebuah negara menghadapi kekacauan atau huru hara, maka pertumpahan darah akan berlaku kerana masing-masing mahu menjaga survival masing-masing. Itu adalah peraturan survival yang didasari kepentingan diri. Dalam konteks ini, proksi itu lebih mementingkan survival politiknya.
Untuk melihat proksi ini, kita harus melihat Soros, Cohen, Albright dan Wolfensohn kerana proksi itu berada di belakang mereka semua. Nama-nama itu sentiasa membayangi setiap tindak tanduk proksi Melayu itu. Apabila ada orang yang mahu menjahanamkan proksi itu, maka musuh proksi itu akan sentiasa dihimpit para ejen Zionis dan sebilangannya pula terpaksa lari ke luar negara.
Siapakah proksi terbaik itu. Teka-teki ini akan terjawab dengan sendiri apabila semua pengikut taksub mula menangis menyesali setiap perbuatan mereka dalam menjerumuskan negara sendiri ke tangan orang yang tidak sepatutnya.
Apabila timbul huru-hara akibat kedunguan pengikut taksub itu yang gagal berfikir dengan waras setelah pelbagai keterangan dan bukti datang daripada pelbagai sudut, aku tidak akan teragak-agak untuk kembali ke negara ini bersama orang-orangku dan memerangi pengikut-pengikut taksub itu sekiranya mereka gagal memperbetulkan setiap kesalahan mereka semasa bersama memperjuangkan perjuangan sia-sia sang proksi itu.
CRUDGEL
Siapakah proksi terbaik itu. Teka-teki ini akan terjawab dengan sendiri apabila semua pengikut taksub mula menangis menyesali setiap perbuatan mereka dalam menjerumuskan negara sendiri ke tangan orang yang tidak sepatutnya.
Apabila timbul huru-hara akibat kedunguan pengikut taksub itu yang gagal berfikir dengan waras setelah pelbagai keterangan dan bukti datang daripada pelbagai sudut, aku tidak akan teragak-agak untuk kembali ke negara ini bersama orang-orangku dan memerangi pengikut-pengikut taksub itu sekiranya mereka gagal memperbetulkan setiap kesalahan mereka semasa bersama memperjuangkan perjuangan sia-sia sang proksi itu.
CRUDGEL
pandangan saya, sebagai muslim proksi ini "wajib" diperangi habis habisan. berdosa jika terus memberi sokongan kepadanya. selain memusnah dirinya, juga memusnah bangsa dan agama.
ReplyDeletedia kaya raya dari duit penyangak. penyangak tentu takkan nak bela islam. semoga kita terselamat dari permainan musuh dalam selimut.