platform penyebaran faham libertarianisme di Nusantara
Siapa sebenarnya berada di belakang IDEAS?
Berjayakah Mereka?
AIDCNews – 08/11/11 – Prof Dr Abdul Aziz sudah sampai peringkat meniru stail Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendiamkan diri tentang isu yang diperkatakan kepadanya, tetapi menganggap dirinya serba pandai mengalahkan semua bijak pandai di negara ini.
Dari awal lagi, penglibatannya bersama satu badan yang dinamakan ‘Institute for Democracy & Economic Affair‘ atau IDEAS dicurigai.
Badannya beroperasi di Malaysia, namun, selain Aziz, dua felo kanan IDEAS bukan warganegara Malaysia.
Selain itu, terdapat 4 orang warga negara asing yang turut menjadi penasihat antarabangsa badan tersebut.
Walaupun pada zahirnya beroperasi di Malaysia, dengan menonjolkan Wan Saiful Wan Jan dan Aziz Bari, tetapi hakikatnya dinasihati oleh aktivis-aktivis pihak luar dan dibiayai oleh dana asing, bolehkah organisasi itu dipercayai yang konon mahu mendidik dan menukar rupa bentuk baru negara Malaysia ?
Aziz juga berkepentingan dalam organisasi itu. Mungkin beliau mendapat elaun tertentu apabila dilantik sebagai felo kanan IDEAS, tetapi dalam masa sama badan itu juga turut menerbitkan bukunya bertajuk ‘Perspektif Perlembagaan’.
Buku yang hampir sama pernah diterbitkan oleh badan pemikir Anwar, IKD (Institut Kajian Dasar).
Pendedahan blog macamoranggila.blogspot.com amat mengejutkan, di mana penulis blog itu mendakwa Aziz menerima bayaran royalti yang tinggi daripada IKD melebihi daripada harga jualan buku yang sebenar di pasaran.
Apakah penerbitan buku Aziz di IDEAS juga menerima royalti yang tinggi hampir sama seperti di IKD ?
Daripada laporan itu membuktikan IDEAS mendapat suntikan dana daripada enam badan asing iaitu AkademiMerdeka.org Atlas Economic Research Foundation (USA), Friedrich Naumman Foundation (Germany), Grivelle Trust (UK), International Policy Network (UK) dan International Property Right Index (USA).
Daripada enam badan asing itu, akademimerdeka.org beroperasi khusus di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.
“AkademiMerdeka.org ialah projek pendidikan ide-ide libertarianisme yang diusahakan oleh Atlas Global Initiative for Free Trade, Peace and Prosperity.
“Misi Akademi Merdeka.org ialah untuk menjadi platform penyebaran faham libertarianisme di Nusantara, terutama di negara Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei”, lapor laman akademimerdeka.org.
Dalam ruangan buku, buku-buku berkaitan dengan liberalisme dan ‘pencerahan’ terbitan IDEAS, IKD dan MEGC (Middle-Eastern Graduates Centre) turut dipromosi bersama yang menunjukkan hala tuju organisasi tersebut.
Berdasarkan kombinasi akademimerdeka.org mempromosi jualan buku-buku itu, seolah-olah menggambarkan kepada kita bahawa 4 badan, IDEAS, IKD, MEGC dan akademimerdeka.org bergabung tenaga memperjuangkan satu matlamat yang sama.
Dalam pertemuan tertutup sahabat-sahabat Anwar awal tahun ini, Dr Yusri Mohamad dan Ustaz Ismail Mina mengkritik tindakan Ketua Umum PKR itu yang sengaja mendiamkan diri yang bermakna merestui penerbitan buku-buku pro murtad oleh IKD dan MEGC yang sedang berkembang pesat di Malaysia.
Bacaan lanjut berkenaan pertikaman lidah antara Anwar, Yusri dan Ismail berkenaan buku-buku terbitan IKD dan MEGC, sila klik di sini, sini, sini dan sini
Di Akademi Merdeka.org, Aziz dilantik sebagai ‘pengendali utama‘ dalam satu unit khas yang dinamakan ‘Akademi Merdeka’.
Berikut disertakan pendapatan badan yang dianggotai Aziz dari 1 Januari 2010 hingga 31 Disember 2010
Akademi Merdeka ( Malaysia) dan Freedom Institute (Indonesia)
Akademi Merdeka adalah nama lain kepada Freedom Institute di Indonesia yang digerakkan oleh pendokong-pendokong Islam Liberal, termasuklah; Ulil Abshar Abdalla dan Luthfi Assyaukanie.
“Program akan dipimpin oleh Professor Abdul Aziz Bari, Felo Kanan Institute for Democracy & Economic Affairs (IDEAS) yang merupakan pakar undang-undang daripada Universiti Islam Antarabangsa, berdasarkan modul yang beliau hasilkan khas untuk Akademi ini.
“Topik-topik yang akan dibincangkan secara kritikal termasuklah; Demokrasi, keperlembagaan, dan perlembagaan; Pengasingan kuasa berdasarkan Perlembagaan Malaysia; Hak asasi manusia dan perlembagaan; Kedudukan istimewa Islam dan Melayu; Federalisme dalam Perlembagaan Malaysia dan Mendepani cabaran keperlembagaan.
“Akademi Merdeka.org menawarkan biasiswa untuk membolehkan seramai mungkin peserta menyertai Akademi Merdeka. Semua yang berminat digalakkan memohon biasiswa yang kami tawarkan untuk membiayai sebahagian atau keseluruhan yuran penyertaan dan kos penginapan”, lapor laman itu.
Pada 5 November lalu, The Malaysian Insider memetik kata-kata daripada Wan Saiful Wan Jan berkaitan dengan kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) tentang NGO Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).
“Perbincangan semalam sangat penting, membawa hasil perbincangan yang sungguh baik. Kami telah menggariskan banyak isu, ia akan dilaksanakan selepas ini, kata Naib Presiden Amanah, Wan Saiful Wan Jan yang turut mengakui perkembangan menjelang pilihan raya umum ke-13 akan digunakan dengan baik untuk menggerakkan aktiviti dan matlamat penubuhan Amanah.
Tengku Razaleigh Hamzah yang juga Ahli Parlimen Gua Musang telah melancarkan Amanah, sebuah badan bukan kerajaan bagi membawa suara rakyat menuntut kebenaran dan keadilan dalam menangani masalah rasuah, kronisme dan perpaduan antara kaum di Malaysia pada 29 Julai lalu.
Enam Timbalan Presiden Amanah terdiri daripada bekas menteri penerangan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dan bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat, bekas timbalan presiden MIC Datuk S Subramaniam, Datuk Seri Wilfred Bumburing, Datuk Seri Bujang Ulis dan Datuk Seri Daniel Tajem.
Selain Wan Saiful, naib-naib presiden Amanah terdiri daripada Datuk Mohd Azmi Razak, Tan Sri Simon Sipaun, Ragunath Kesavan, Mohd Lukhman Ghani, Ong Hock Siew dan Dr Patau Rubis.
Menteri Pengajian Tinggi Bodoh Macam Kangkung kerana mencabar Aziz ?
KUALA LUMPUR, 6 Nov — Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan Menteri Pengajian Tinggi seolah-olah bertindak bias sambil menegaskan, beliau juga sanggup untuk muncul di pentas Umno jika parti itu bersedia mendengar pandangannya.
Malah tegas Aziz, apa yang diperkatakan beliau selama ini masih “dalam kerangka dan idea” yang sering dibawa timbalannya Datuk Saifuddin Abdullah, yang mengetengahkan pandangan progresif berkenaan pembaharuan politik tetapi tidak diterima banyak pihak dalam Umno sendiri.
Dalam satu kenyataan semalam, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menasihatkan Aziz meletakkan jawatan sebagai ahli akademik jika benar-benar mahu bercakap di atas pentas politik.
Khaled berkata, Aziz, yang sedang disiasat oleh tiga pihak termasuk UIA sendiri, tidak perlu menunggu tindakan universiti tersebut.
Tambah Khaled, universiti adalah institusi yang mengutamakan pencapaian akademik dan perlu berada dalam keadaan neutral demi mencapai matlamat menjayakan bidang pendidikan.
Sehubungan itu, Aziz menyoal apa sikap menteri berkenaan dalam kes-kes ada profesor yang menyediakan ucapan dasar presiden Umno.
“Apa sikap menteri ke atas profesor yang secara terbuka menuduh DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) meliwat? Apa sikap menteri kepada profesor yang menjadi penceramah BTN (Biro Tata Negara) dan Islam Hadhari yang kesemuanya adalah dasar dan politik Umno,” kata Aziz dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini.
Malah Aziz juga berkata, “tidakkah Umno memberi beberapa orang profesor anugerah parti, tidakkah itu bermakna telah mempolitikkan akademik?”
Tambah Aziz, beliau hanya bercakap mengenai dasar-dasar dan politik yang selaras dengan ideal dan tuntutan Perlembagaan Persekutuan.
“Kalau ini dituduh berpolitik, saya fikir kita buang saja Perlembagaan ini dan jadikan negara ini negara diktator atau negara satu parti,” kata pakar perlembagaan ini sambil menegaskan, “saya fikir apa yang saya lakukan masih dalam kerangka dan idea yang sering dibawa oleh timbalan Khaled.”
Aziz menambah, Saifuddin yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno sudah lama membawa idea seumpama.
Dengan merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan awal minggu lalu dalam kes bekas pelajar berkaitan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, Aziz berkata, beliau fikir Khaled sedia mengetahui bahawa di sisi undang-undang berpolitik, sebagaimana yang diputuskan oleh mahkamah pada 31 Oktober lalu, dibenarkan dan peruntukan AUKU yang melarang diisytihar tidak sah.
“Kalau mahasiswa boleh berpolitik, takkan pensyarah tidak?” katanya lagi.
Aziz juga berkata, beliau bukan berpolitik secara aktif, sebaliknya hanya memberi pendapat yang kebetulan ada orang mahu dengar dan bersedia untuk muncul di pentas Umno jika sanggup mengaturkan kemudahan sedemikian.
“Saya alu-alukan jika orang Umno mahu dengar,” katanya lagi.
“Walaupun menteri tidak setuju dengan apa yang saya dan mungkin timbalannya Saifuddin, saya rasa apa yang saya kata dibenarkan oleh Perlembagaan dan tidak menyalahi Akta Hasutan,” kata Aziz lagi.
Dalam kenyataannya semalam, Khaled yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang menambah, beliau sedar Aziz memasuki kawasannya dan menyampaikan ceramah di Taman Saujana dekat Johor Baru kelmarin, tetapi yakin penduduk tidak akan termakan dengan perkara yang disampaikan.
Aziz pula menjawab, “saya pun tidak tahu itu adalah kawasan Khaled.”
Aziz berucap pada ceramah anjuran Parti Keadilan Rakyat, komponen Pakatan Rakyat.
Ia bukan kali pertama Aziz menghadiri ceramah dan forum anjuran parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan.
Tambah Khaled, antara yang hadir adalah ahli Umno Pasir Gudang sendiri yang mahu mendengar hujah profesor itu yang kini dalam siasatan UIA berikutan kenyataannya mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor ke atas sebuah gereja awal Ogos lalu.
Aziz juga disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Siasatan polis dan UIA dilaporkan sudah selesai.
- Malaysian Insider
Mahukah Aziz meletak jawatan untuk memberi ruang kepadanya menyertai kepimpinan PKR? Dalam pelbagai kecamukan dan rentangan, Aziz bakal menerima tekanan dari pelbagai sudud akibat keceluparan dan keberaniannya yang melebihi batas.

Tidak mungkin Aziz berbuat demikian sebaliknya menggunakan flatfom ini sebauknya untuk membantu idolanya atau rakan kongsi dari luar. Perancangan IDEAS lebih penting dari berpolitik secara langsung. Memang begitulah ianya di aturkan, Anwar pasti akan mempertahankan agar Aziz terus berperanan umpama pengalas melalui jawatannya sebagai pensyarah, demi strategi politiknya.
Jika Aziz tidak lagi bekhidmat sebagai ahli akademik, matlamat IDEAS pasti terjejas.
No comments:
Post a Comment