“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

26 October 2011

Pengkhianat Agama dan Nasib Lebai Malang



Superhuman


Dengan Izin Allah, doa para Mukhlisin dan  sekelumit (sisa) iman Muslimin di akhir zaman ini, akan berlakulah sesuatu yang kita tidak terfikir selama ini. Panorama semasa menunjukkan Islam tidak lagi mempunyai kekuatan. Gambaran yang amat jelas Islam semakin lentur disebabkan oleh sebilangan manusia yang mengaku Islam tetapi mempunyai nafsu keduniaan yang amat rakus.

Allah akan membuka rahsia dan keaiban mereka yang mengkhianati risalahNya. Para pengkhianat agama yang berselindung di sebalik jubah dan kealiman serta kewarakan penuh kepuraan ini akan ditunjukkan satu persatu.

HIMPUN walau tidak mendapat sambutan hebat sebagaimana BERSIH, akan tetap menjadi petunjuk yang baik kepada pemerhati bahawa wujud pelbagai "Penipuam" dan "Kemunafikan" di dalam negara. Para pengkhianat agama ini akan menjadi mangsa atas kebodohan sendiri. Mengapa mereka rela berbohong kepada Allah bahawa mereka adalah pejuang agama?

Ia bakal dirujuk oleh sebahagian besar rakyat negara ini sebagai satu peristiwa yang amat dikesali. Pemimpin Islam yang begitu petah berhujah mengenai "keagamaan" dan lancar membaca ayat alQuran dan Hadis, hanyalah merupakan manusia yang memiliki sifat "dusta". Mendustai agama dan Allah Subhana wa Taala. Saya pasti mulai hari peristiwa ini, mereka tidak lagi akan tidur lena malah diganggu mimpi ngeri kemurkaan Allah terhadap tindakan mereka. 

HIMPUN, walaupun tidak hebat seperti dijangka, ia satu permulaan yang baik ketika Islam semakin muram dalam negara yang majorotinya Islam ini. Bermula dengan 10,000 orang dan momentum akan berubah apabila ia mula bergerak ke seluruh negara nanti. Parti Islam SeMalaysia melakukan kesilapan besar apabila menolak kerjasama dengan orang Islam dan menerima kafir harbi sebagai rakan. Mereka bersemangat untuk jatuhkan kerajaan tetapi membiarkan agama diperkosa. Hal yang tidak dapat dimaafkan.

DAP adalah sah kumpulan chauvinis ultrakiasu yang berstatus kafir harbi kerana memusuhi Islam secara total, amat membenci Islam dan menolak sebarang perkara yang dibawa Islam. Mereka pula secara terang membawa agenda kristianisasi memurtadkan orang Melayu. Orang yang ikhlas berjuang untuk Islam tidak akan mengambil kafir harbi sebagai rakan kongsi untuk memerintah negara.

Dari sudud yang lain dapat dilihat peranan kaum munafikin moden mengambil usaha menghalang kejayaan HIMPUN ini dan mengaitkannya dengan pemerinyah (musuhnya), alasan yang sengaja dibuat-buat demi mengembirakan DAP. Kerana ingin mendapat pengaruh dari kaum kafir, ketua munafikin ini menghalang rakannya yang jelas begitu hampir dengan Islam ikut serta malah bertindak menghalang kejayaan penganjuran menyatukan kaum Muslimin memerangi usaha mutad ini.

Apa yang jelas hasil tersirat dari peristiwa 22 Oktober ini, pekung yang cuba ditutup selama ini semakin semerbak bau busuknya. Itu adalah kekuasaan Allah yang tiada siapa dapat halangi. Pemimpin inilah satu-satunya penjenayah agama dan pemusnah jemaah. Tidak sewajarnya diangkat sebagai pemimpin.

Masihkah mereka yang taksub tetap menutup mata dari melihat kemungkaran peminpin mereka? Orang Melayu menjadi semakin gila kerana hilang kewarasan. 

Fenomena lain yang dapat dilihat ialah wujudnya kumpulan Wahhabi dan Liberal (kedua-duanya amat merbahaya) dalam Parti Islam tersebut sehingga mengecewakan Timbalan Mursyidul Am nya. Kumpulan Ulama dalam PAS kian dipinggirkan dan kuasa mereka dikurangkan sedikit demi sedikit. Pengikut Wahhabi dan penjilat Islam Liberal mula menguasai parti ini dan membawa agenda lain yang lebih kepada memdapat kuasa.

Ulama Melayu dalam kumpulan apa juga masih lagi bertunjangkan Ahlussunah Wal Jamaah, itu satu perkara yang pasti. Manakala pemimpin bawahan rata-rata dipengaruhi cara pemikiran Wahhabi dan kini sedang diubah menjiwai gerakan Islam Liberal pula.

Kemusnahan agama bakal terjadi dengan dahsyat jika tiada usaha membendung gejala ini. Semoga HIMPUN tidak akan berhenti di sini dan akan meneruskan agenda memberi kefahaman kepada kaum Muslimin semua, berjuang sehingga nafas terakhir tanpa mengharapkan habuan dunia. Umat Islam mesti diselamatkan dengan apa cara juga walaupun darah terpaksa tumpah ke bumi. Syahadah perlu ditegakkan.

Satu perkara yang harus diambil ingatan, peristiwa HIMPUN ini bakal merungkai satu rahsia mengenai komplot zion ke atas bangsa ini. Siapa sebenarnya pemain utama dalam kemelut politik negara dan dalang di sebalik semua peristiwa sejak keluarnya seorang pemimpin dari penjara sedikit waktu dulu. Kita akan lihat permainan dan sandiwara yang berterusan.

Lihat fakta yang wujud. Anwar Ibrahim menjadi penggerak utama "demonstarsi" di mana sahaja dia berada. Bermula demostrasi pelajar hinggalah peristiwa BERSIH. Semuanya dibawah kepimpinannya. Malangnya tiada satupun demonstrasi anjurannya bertujuan untuk mendaulatkan agama dan bangsa. Setelah dia dikeluarkan dari penjara atas satu kesilapan mantan PM, TAAB, bermulalah episod demi episod yang menggoncang kesetabilan negara. Akhirnya satu kumpulan manusia (kafir harbi) yang amat bencikan Islam telah diangkat oleh orang Islam sendiri menjadi dominan dan ketua dalam siri perjuangan mereka.

Sebahagian dari mereka (pengikut) tidak memperakuinya malah menganggap keakraban parti mereka dengan DAP yang diterajui Karpal dan Lim Kit Siang hanyalah sebagai satu helah untuk menundukkan UMNO dan rakan BN nya. Perhati dengan teliti siapa yang mengawal siapa. Segala yang berlaku sejak akhir ini menunjukkan keadaan PKR dan PAS menjadi mangsa mereka dan terpaksa akur tunduk setiap arahan DAP. Itulah niat sebenar kenapa DAP menyertai PR dan sanggup mengangkat Anwar sebagai ketua PR walaupun mereka mempunyai lebih kerusi di parlimen. Pengikut PAS dan PKR masih lemah untuk menilai senario ini.

Melalui kebolehannya memanipulasi keadaan, DAP telah berjaya menipu PAS dan PKR untuk mengikut setiap kehendak mereka. Akhirnya PAS juga sudah pandai berdusta dan bercakap berbelit-belit. DAP lah yang sebenarnya menjadi pengatur setiap tindakan. PAS sehingga kini sudah terdiam tak berkutik terutama hasrat untuk membela agama sebagaimana perinsip asas perjuangannya.

Perkara yang lebih menyedihkan ialah ahli-ahli PAS yang ikhlas dalam memperjuangkan agama dan para penyokong setia mereka di kampung-kampung perdalaman juga ikut sama terpalit nista ini dan menerima hasil  "kebodohan" yang dilakukan oleh pemimpin mereka.

Satu artikel yang menarik saya sisipkan. Ia telah dapat mengupas apa yang sebenarnya berlaku. Ia adalah satu pandangan seorang bloger yang menilai dengan baik permasalahan semasa.

Ketika Anwar didakwa meliwat Saiful Bukhari Azlan pada Jun 2008, tidak seorang pun dari kalangan bekas peguam kes liwat I pada tahun 1998 dahulu yang tampil menawarkan diri sebagai peguambelanya untuk kes liwat II tersebut. Sebagai contoh, peguam berpengalaman, Allahryarham Raja Aziz Addruse yang membela Anwar pada tahun 1998 sampai detik kematiannya, enggan mewakili Anwar lagi. Begitu juga dengan peguam-peguam lain.

Meskipun Sulaiman Abdullah mula mengetuai barisan pembelaan, peguam berserban itu akhirnya menarik diri dari kes tersebut dengan memberi alasan “masalah kesihatan”, satu alasan “popular” untuk “melepaskan diri” dari terus menipu kebenaran di depan mata ramai peguam muslim!

Sebagaimana semua maklum, ketika itulah Anwar meletakkan (memperjudi?) nasib masa depan dan kariernya kepada Karpal Singh, musuh politik Anwar pada suatu ketika dahulu. Pucuk dicita ulam mendatang kepada manusia Karpal dan partinya DAP ini.

Memandangkan perkara ini dapat memberi peluang untuknya mencapai cita-cita merosakkan perpaduan Melayu, sudah tentu Karpal yang terkenal dengan prinsip “putar alam” itu mempergunakan kesempatan keemasan tersebut sambil "membuli" Anwar secukupnya. Anwar tahu kedudukannya semakin parah dan juga tahu bakal menjadi bulian Karpal, keadaan tidak memberi banyak pilihan untuknya melepaskan diri. Kini dia hanya jadi jurucakap Karpal dan sekutunya. Malangnya rakyat yang buta politik telah dijadikan mangsa. Islam dilelong dengan harga murah.

Kita tahu Karpal sangat marah pada Anwar sebelum ini sehingga pernah melabelkan Anwar sebagai pencetus pelbagai masalah di negara ini dan pernah juga menggesa agar Ketua Umum PKR itu "bertaubat" - kita tidak tahu apa jenis "taubat" yang dimaksudkan.

Memang jelas kemarahannya kepada Anwar. Namun seperti kebiasaannya, musuh politik boleh bertukar menjadi rakan sekiranya ia member ikeuntungan. Sebagai pemuka politik yang bijak bermain wayang, Karpal menggunakan helah yang licik untuk menjadikan Anwar sebagai proksi (kuli?) untuk menjayakan agenda mereka.

Melalui kesempatan ini juga, DAP telah berjaya memaksa Anwar menurut segala tuntutannya. Jadi, tidak mengejutkan jika kita melihat dasar DAP banyak dilaksanakan di negeri-negeri pemerintahan Pakatan Rakyat seperti di Selangor, Pulau Pinang dan juga bekas kerajaan PR di Perak.

Meskipun DAP tidak secara langsung mampu menguasai kerajaan Kedah dan Kelantan kerana kedua negeri tersebut di bawah PAS, DAP mahir menggunakan “proksi”nya PKR (Anwar) untuk membuat PAS melutut di hadapan mereka, terutama di peringkat Pusat. Hebat betul permainan parti chauvinis ini.

Hasilnya, melalui Anwar Ibrahim, DAP berjaya menghapuskan perjuangan asas PAS untuk menubuhkan sebuah Daulah Islamiyyah dan menamatkan kontroversi pelaksanaan undang-undang hudud!

Hanya dengan menjadi Peguambela Anwar untuk kes Liwat II, maka DAP boleh tundukkan Ketua Umum PKR itu dan sekaligus mengkeldaikan PAS melalui proksinya itu. Ternyata, DAP adalah parti yang menguasai Pakatan Jahat pada masa ini. Puncanya hanya satu, kes liwat II Anwar.

Malangnya, tanpa di sedari kelicikan pengaruh DAP ini turut berjaya memecah belahkan umat Islam di negara ini dan mengangkat beberapa cerdik pandai Melayu diketuai Aziz Bari menghina titah Sultan. Titah Raja-Raja Melayu yang meng”aula”kan Islam dikritik dan dipertikaikan oleh pemimpin beragama Islam sendiri semata-mata hendak menjaga hati DAP yang memegang “nyawa” Anwar.

Malah bangsa Melayu sendiri berpecah belah dan terbahagi kepada tiga kumpulan, hanya kerana gilakan kuasa dan untuk menyelamatkan Anwar dari menerima hukuman atas jenayah yang dilakukan sendiri. Memang menyedihkan. Ia merebak begitu kompleks dan sukar untuk disedari oleh umat Islam sendiri.

Mungkin sebab itulah, mantan PM TDM yang juga seorang pemikir Melayu menjangkakan bahawa Melayu akan tenggelam dan hilang kuasa dalam tempoh 10 tahun lagi sekiranya keadaan ini masih berterusan.

Datuk Seri Najib Tun Razak yang sememangnya menyedari hakikat ini bertungkus lumus menyedarkan rakyat, khususnya bangsa Melayu, tentang muslihat pembangkang ini agar tidak terpedaya dengan helah mereka. Namun, sejauhmanakah rakyat dan bangsa Melayu akan sedar?

Sedar atau tidak, itulah realiti yang berlaku di dalam Pakatan Pembangkang sekarang. PAS berada di dalam genggaman Anwar dan Anwar pula berada di dalam genggaman DAP. Siapa “raja”nya?, anda semua maklum bukan? Cuma tinggal masa saja yang akan membuktikan kebenaran ini…

Jika walaupun Anwar didapati bersalah dan dimasukkan ke penjara nanti, ia akan tetap disensasikan, isu ini akan dipentaskan sebagai "kezaliman" pemerintah untuk menagih undi Melayu. Anwar akan dipergunakan sebaiknya oleh DAP walaupun hidup dipenjara.

Siapakah Perdana Menteri  jika pembangkang menang PRU nanti? Sudah pasti Lim Kit Siang bukan Hj Hadi Awag dan jauh sekali Azmin Ali. Di manakah bersilanya Melayu ketika itu? Hanya layak sebagi Pak Turut atau Pak Kaduk ataupun sesuai dengan dongeng tersohor, Lebai Malang.

BERSEDIALAH MENGHALANGI PARA SYAITAN INI DARI MENJADI "RAJA".

Welcome to limkitsiang.com


Sila baca pendedahan Umat Terahir  penjelasan terhadap campur tangan musuh Islam dalam negara -  Plan B ke arah New Politics of the New World Order  




selitan: dari AIDC

Mereka terus menghambat dan mengucar kacirkan Orang Melayu yang semakin lemah iman ini.

1. penyelamatnegara says:

Satu perhimpunan besar-besaran dirancang sebagai tindak balas terhadap Himpun Sejuta Umat (HIMPUN) yang berakhir di Stadium Shah Alam, Selangor Sabtu lalu.

Memang biadap dan kurang ajar! Agen DAP yang pro kepada gerakan kristianisasi telah bermesyuarat untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran sebagai respons jahat mereka sekali gus mahu mencabar kedaulatan undang-undang negara.

Agenda perhimpunan jahat itu meletakan PLURALISMA dan LIBERALISMA sebagai motif ianya diadakan. Tokoh Pluralisma Malaysia, Anwar Ibrahim setan + dajjal lakhnatullah akan berpidato sebagai tarikan untuk membawa umat Islam yang sudah ‘buta tuli’ ke perhimpunan jahat itu.

2. CT.Kudin says:

Isu percubaan kristianisasi orang Melayu Islam ini adalah realiti yg tidak dapat disangkal oleh sesiapapun termasuk Anwar. Jangan percaya cakap dia lagi, cukuplah kerosakan yg dia bawa setakat ini. Sama ada dia jahil atau pura-pura tidak tahu realiti dan sejarah. 

Pada zaman perdagangan rempah beratus tahun dulu atas kepentingan geopolitik kuasa Barat cuba mengkristiankan Melayu seantereo Nusantara. Usaha itu dikendurkan apabila ternyata mereka boleh mencapai matlamat dunia tanpa mengusik agama kita. 

Globalisisasi kemudian membuat mereka lebih selesa kerana budaya konsumsi tetap boleh bercambah di seluruh dunia tanpa perlu merubah struktur kepercayaan agama masyarakat yang disasarkan sebagai pasaran produk-produk dan services mereka. 

Tapi awas sekarang, atas kepentingan kuasa politik juga, pihak-pihak tertentu di Malaysia juga menyertai dan menyokong usaha segilintir neo-evangelists yang bangkit di US dan Eropah mutakhir ini nak mengkristiankan Melayu Islam. 

Sebab apa? 

Adakah golongan ini bertindak membantu mubaligh-mubaligh atas keyakinan agama mereka anuti untuk turut “menyelamatkan” orang Melayu?. 

BUKAN 

Sebab mereka sendiri pun sebenarnya tidak beriman kepada Allah tetapi beriman kepada kepentingan dunia.

Kata kuncinya adalah memecahkan benteng dominasi politik orang Melayu dalam kesatuan Islam. Orang Melayu majoriti penduduk Malaysia, selagi mereka bersatu dalam kesatuan Islam, dominasi politik mereka sukar dihancurkan. Hanya apabila sebahagian sudah berfahaman liberal apa lagi menganut agama barat (bukan ajaran Nabi Isa) barulah mudah kuasa politik Melayu dilemahkan. 

Melayu yang kini sudah berpecah kepada lima enam kelompok dan fahaman politik akan lebih mudah didominasi daripada segi politiknya apabila berlainan kepercayaan agama. Maka serentak dengan itu juga disemai bibit perpecahan antara harakah-harakah Islam menerusi ideologi politik asing; fahaman berbeza-beza, fitnah dan hasutan, mengadu domba masyarakat Islam pada setiap ruang dan kesempatan. 

Bangsa-bangsa lain kukuh bersatu berpadu dalam kesatuan latar belakang budaya nenek moyang yang dikongsi penuh bangga tanpa mengira agama. Sebab bagi mereka agama bukan yang terpenting tetapi hanya sebagai pemudah cara mencari kesenangan hidup di dunia dan bukan sebagai suatu akidah terhadap hakiki kebenaran dan kehidupan. 

Orang Melayu itu sinonim dengan Islam. Pencabar dan opponent mereka sudah melihat, melalui pengalaman Belanda dan British, bagaimana Acheh dan Minangkabau, Jawa, Sulawesi Selatan sukar didominasi secara total kerana Islam sebagai wadah kesatuan. 

Tanah Melayu juga kekal bertahan setakat ini sebagai negara daulah Melayu kerana pegangan dan kesatuan Islam. Pendek kata kalau mereka nak makan sup kura-kura kenalah pecahkan cangkerangnya, kalau nak ambil alih kuasa politik dari tangan Melayu kenalah nyahkan dulu iman mereka terhadap Islamnya terlebih dulu. Kalau perlu 100 tahun lagi, 100 tahun lalu mereka sanggup merobek perlahan-perlahan, biar lambat asal tetap dapat.

3. warisatuliman2011 says:

Bagi Anwar, setiap yang tidak memihak atau berpihak kpdnya adalah salah. Tetapi, dlm soal aqidah. Anwar langsung tidak memihak kpd Islam. Malahan, dia banyak merugikan Islam termasuk konsep pluralisme dan liberalisme agamanya yg hanya menguntungkan musuh2 Islam. Kalau manusia munafik jenis ini tidak diperangi, yg akan rugi ialah anak2 bangsa dan generasi muda kita. Dan kalau Anwar dan konco2nya dibiatkan merajalela mempropagandakan kepentingan musuh2 Islam, kita semua akan dipertanggungjawabkan di dunia dan akhirat kerana bersikap ‘bacul’. 

Anwar sudah keterlaluan bukan saja kerana cita2nya nak kuasai politik M’sia tetapi juga mahu ubah wajah Islam di negara tercinta ini. Apa pun, Anwar hanya boleh merancang, dia tiada kuasa langsung menentang ketentuan Ilahi. Kalau dia berani memusuhi agama, bangsa dan negara kerana memenuhi cita2 musuh2 Islam, kita sbg umat Muhammad s.a.w. harus berani mempertahankan dan jika perlu memerangi Anwar demi menegakkan terus kalimah Syahadat di negara ini. Usah sampai Allah s.w.t. turunkan bala kpd kita kerana membiarkan agama dihina dan dicela. 

Dlm soal HIMPUN yg angka kehadirannya agak kecil drp yg diharapkan, kitapun tak perlu berdukacita, kerana kehadiran tentera malaikat yg kita tidak dpt melihat dgn mata kasar hanya Allah s.w.t. yg mengetahuinya. Ingatlah kita kpd pesanan Sayidina Umar Ibn Abdul Aziz, jika ada seribu pejuang pembela agama Allah, aku salah seorang drpnya. Jika ada 100 org pejuang pembela agama Allah, aku juga salah seorang drpnya. Dan jika hanya seorang pejuang pembela agama Allah, akulah yg seorang itu! Sebenarnya, Anwar semakin gerun dan gentar dgn kebangkitan semula para ulama dan pejuang pewaris Nabi s.a.w. kerana merekalah yg boleh menghalang cita2nya dan cita2 penajanya termasuk Dajjal Laknatullah. Salam.

1 comment:

  1. hrmm..apa motif perhimpunan himpun ni?nk cergah murtad?haha..tapi baguih laa sekali sekala nk berhimpun org islam ramai2 habaq kata km nk cergah murtad..memang murni usaha tu tapi kalau babitkan politik daah tak payah nk sembang laa...kalau kerajaan kita bijak..sejak bila agenda murtad ni berlaku?sebelum merdeka?selepas merdeka?atau 3 4 bulan lepas?hukum murtad dah ada dlm al quran mcm mana nk laksanakan..contoh perangi murtad pon ada dalam sirah abu bakar assiddiq ra....mana ulama2 kerajaan nk menasihat bab murtad ni?berhimpun ramai2 d masjid masing2 wat solat sunat hajat khas ka khutbah khas kuliah khas ka bab murtad ni lagi elok rasanya..gimik saja HIMPUN ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...