“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

02 January 2012

Kanak-kanak terencat akal di UPSI dah mula pandai "spin"

Ramai mahasiswa bengang dengan budak-budak terencat akal kat depan UPSI semalam. PAS dan PKR mengambil kesempatan membela budak-budak ini untuk mendapat sedikit keuntungan. Peguan Liberty juga dikerah untuk membantu sambil buat sedikit promosi.


Kenyataannya memang budak-budak ini masuk U bukan nak belajar, tetapi berseronok (kononya) dengan agenda Anwar Ibrahim. Bila kena belantan reti pula sakit dan meroyan. Aku kesian tengok budak-budak ni dipergunakan oleh orang yang tak punya perasaan jauh sekali bertimbang rasa.

Mereka membuat kenyataan polis telah mendera mereka... padahal muka dia terkena kaca cermin. Harakah pun tumpang goreng cerita bohong.

Nama pun budak-budak mentah. Mereka berani buat onar tetapi takut kena tindakan. Mereka mahu jadi raja dalam ini negeri. Bebas buat apa sahaja. Siapa guru mereka, sendiri tahulah.

Ramai di kalangan mahasiswa melahirkan rasa marah dan kecewa dengan tindakan kanak-kanak ini.

Dibawah ini di lampirkan kenyatan sebahagian dari mereka. Kanak-kanak terencat akal juga memberi komen tetapi faham-faham sajalah orang terencat akal.. nak buat macam mana.


KOMEN MAHAWISWA DALAM SINAR HARIAN 

Siswa Makin Berani Melawan.

01 January 2012

tahun baru - Dr Hasan Ali gegar lagi bengangkan DAP

18 pelanggan minum arak ditahan Hasan Ali sertai operasi serbu pusat hiburan
Oleh Safeek Affendy Razali, Siti Sofia Md Nasir dan Mohd Azri Affendy Abd Samat





2012/01/01
SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan 41 pengunjung beragama Islam di dua pusat hiburan di Mutiara Damansara dan Petaling Jaya dalam ‘Ops Mungkar’ kerana melakukan kesalahan jenayah syariah, awal pagi semalam.

Mereka yang ditahan didapati melanggar Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 dan 18 termasuk enam wanita akan dihadapkan ke mahkamah kerana kesalahan meminum arak selain 23 lagi dikenakan kaunseling.

Operasi diketuai Ketua Pengarah JAIS, Marzuki Hussin dan turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.
Hasan berkata, mereka yang ditahan itu berusia antara 18 hingga 58 tahun dan mereka yang memerlukan kaunseling itu termasuk 13 wanita akan dipanggil memberi keterangan pada 11 dan 12 Januari ini sebelum diberikan tarikh yang sesuai untuk kaunseling.

Katanya, operasi yang dibantu polis Bukit Aman itu dilaksanakan selepas mendapat maklumat mengenai aktiviti bercanggah syariah dilakukan individu Islam di pusat hiburan terbabit termasuk di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya.

“Operasi ini tertumpu kepada orang Islam selari dengan peruntukan Enakmen Jenayah Syariah 1995. Kita dapat lihat dengan jelas ada hiburan dan ada minum-minum (arak). Hasilnya, Ops Mungkar itu setakat ini mendapati ada bukti kukuh mendakwa individu terbabit, ” katanya.

Hasan berkata, semua yang ditahan akan dimaklumkan kepada ahli keluarga mereka untuk diikat jamin.

Selain itu, Hasan menafikan pembabitannya dalam operasi itu ada kaitan dengan kontroversi membabitkan dirinya beberapa minggu kebelakangan ini, sebaliknya ia menunjukkan komitmen bersama khususnya penguatkuasaan JAIS.

“Selama ini saya memang serahkan semua operasi atas sebab keselamatan serta bagi memastikan kejayaan kepada semua operasi yang dilakukan. Saya terbabit secara langsung pada hari ini untuk melihat dan menentukan Prosedur Operasi Standard (SOP) kita dipatuhi, " katanya. ~ BH

habislah kau - tidak lagi relevan dalam politik dan akan berkubur




Peluang pembangkang takluk Putrajaya tipis: Raja Petra

SINGAPURA: Raja Petra Kamarudin berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berdepan tuduhan liwat, tidak lagi relevan dalam politik dan akan berkubur jika pembangkang gagal menakluk Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Semoga ia menjadi penamat terhadap kekacauan politik Malaysia yang semakin ganas. Berhentilah dari melakukan kerosakan yang menyebabkan anda bakal dihina anak cucu. Allah membuka aib anda kerana anda ingin musnahkan agama suci ini. Taubat segera!


Malaysia tidak boleh terima Perdana Menteri gay: Raja Petra






Saya ada bercakap dengan orang yang pernah bersamanya dalam kerajaan dulu. Mereka jelaskan bahawa Anwar ada skeleton in the closet. Namun begitu, anda masih sokong Pakatan?.

Jawapannya, apakah pilihan yang kita ada. Orang sokong Anwar kerana mereka kata Anwar sebagai alternatif kepada apa yang kita ada hari ini. Pakatan sangat kagum dalam ‘menunjukkan’ Anwar sebagai pemimpin yang berkebolehan. Saya ada menulis tentang ini sebulan yang lalu. Seramai 28 juta rakyat Malaysia hanya ada seorang Anwar Ibrahim. Siapa yang boleh mentadbir negara ini? Tak ada orang lain lagi ke? Ini bukan satu benda yang saya cakap hari ini tetapi saya dah tulis tentang ini lama dulu.

Pada pendapat saya, Pakatan sedang meningkatkan karisma Anwar. Dia penarik, ke mana sahaja dia pergi keluar negara dia menarik minat orang ramai. Bagus juga Pakatan gunakan kelebihan ini. Benarkah dia begitu? Ia hanya satu persepsi. Saya tahu ramai yang sokong Pakatan tetapi mereka tak berapa gembira dengan Anwar.

Isunya sebab kita hidup dalam masyarakat seperti Malaysia yang tidak boleh terima cara hidup begitu. Di Malaysia, masyarakat belum bersedia. Mungkin mereka tak akan bersedia kerana mereka ini masyarakat Islam yang konservatif.


Gay

Soalnya, jika anda nak jadi gay, teruskanlah. Anda tak boleh jadi pemimpin dan gay sekali gus. Di Australia, anda boleh. Anda boleh jadi menteri dan gay sekali gus. Di Malaysia, anda kena pilihlah. Anda nak jadi gay, teruskan. Saya tak ada masalah tapi anda nak jadi Perdana Menteri dan gay sekali gus, dah tentu di Malaysia tak boleh.

Walaupun bukan gay, tapi kalau anda tinggal dengan wanita lain bukan isteri, ia juga tidak diterima. Kalau nak jadi Perdana Menteri, anda tidak boleh begitu. Kena pilih salah satu.

Saya tidak pertahankan perbuatan yang tidak bermoral tapi itu pilihan anda. Kalau anda pilih itu, anda tak boleh dapat yang ini. Di UK anda boleh dapat kedua-duanya. Di Australia, anda boleh dapat kedua-duanya.

Saya tidak peduli. Kalau anda kata: “Adakah Anwar seorang gay?” Saya kata mungkin. Tapi tak boleh jadi Perdana Menteri. Itu realitinya.

Projek 901

Saya yang mulakan Kempen Bebaskan Anwar pada 2000. Ya, malah saya dapat panggilan daripada seseorang , adakah saya dah sedia untuk lancarkan yang baru. Saya kata, Anwar belum dijelkan. Kenapa kita mesti ada kempen bebaskan Anwar? Kata mereka ini persiapan untuk Anwar.

Ini mungkin sesuatu seperti pada 1999/2000. Dah 12 tahun pun. Kita tak boleh kembali kepada masa lalu. Kita tak boleh undur masa. Semua dah berubah. Hal seperti kempen bebaskan Anwar ini tak akan dapat pengikut seperti pada tahun 2000. seterusnya - Raja Petra Kamaruddin

SEMAKIN KASAR MELAYU DICABAR - 9 kepala babi di masjid JB




Sikap chauvinis DAP sudah berhasil membangkitkan semangat komunis kaum Cina untuk menghina Islam dan orang Melayu. Apakah ini yang PR hajatkan?

Sejauh mana bangsa Melayu boleh bersabar dengan sifat kurang ajar komunis Cina ini? Adakah kerana perpecahan Melayu semakin melebar, orang Cina berani melakukan provokasi?

Pasukan polis juga turut tercabar. Insiden ini akan mempersoalkan keupayaan polis menjaga keselamatan negara. Andai pelaku tidak dapat ditangkap, orang Melayu mungkin akan bertindak sendiri, ini tentu tidak baik kepada ketenteraman awam. Orang Cina pula akan membuat kesimpulan bahawa polis Malaysia terlalu lemah dan tidak mampu menghalang mereka dari mengulanginya.

Melayu dibuli dalam negara sendiri, peristiwa yang amat mengaibkan !

Siapa yang untung dalam insiden ini jika bukan DAP. Mungkin ada yang akan berkata "itu adalah KONSPIRASI UMNO". hahaha... 



SABTU, 31 DISEMBER 2011
Ada pihak yang ingin melihat keharmonian negara tergugat, dan buat macam-macam cara supaya rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini yang hidup aman damai 'terguris'.

Itu kesimpulan mudah yang dapat dibuat berikutan penemuan sembilan kepala babi di dua lokasi sebuah masjid sekitar Johor Bharu pada Khamis dan Jumaat. Berbagai-bagai pihak mewakili kaum-kaum yang berkepentingan meluahkan rasa kesal dan geram dengan perbuatan biadap tersebut.

Bahkan pihak polis menubuhkan satu pasukan khas yang diketuai oleh pegawai kanan polis Johor bagi menyiasat segera dan mencari dalang kejadian tersebut sampai dapat. Sementara itu orang ramai diminta bersabar dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

Kisahnya begini... Penduduk dalam kariah Masjid Al-Falah, Taman Desa Jaya gempar dengan penemuan sembilan kepala babi yang diletakkan di dua lokasi di masjid itu dalam tempoh 48 jam.

Pengerusinya, Kassim Darim, 62, berkata, dalam kejadian pertama kira-kira pukul 5 petang semalam, empat kepala babi ditemui di pagar belakang masjid itu oleh penduduk yang melalui kawasan tersebut.

Beliau berkata, dalam kejadian kedua kira-kira pukul 5 pagi tadi, lima lagi kepala haiwan berkenaan ditemui di pekarangan luar pintu masuk masjid oleh jemaah yang ingin menunaikan solat subuh.

"Kesemua kepala babi itu dibungkus dalam beg plastik disedari oleh jemaah yang curiga dengan bau busuk bungkusan tersebut.

"Ini merupakan kejadian pertama berlaku di masjid ini. Setakat ini, kami tidak tahu motif perbuatan ini dan pihak yang bertanggungjawab melakukannya," katanya.

Berikutan itu, menurut Kassim, pihaknya membuat laporan di Balai Polis Desa Cemerlang.

"Tindakan ini amat menyinggung perasaan umat Islam dan menyentuh sensitiviti agama. Saya sangat dukacita dengan kejadian seumpama ini," ujarnya.

Susulan kejadian itu, satu perhimpunan aman diadakan di pekarangan masjid berkenaan selepas solat Jumaat melibatkan kira-kira 100 orang termasuk badan bukan kerajaan (NGO) seperti Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM), Majlis Penyelaras Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Johor (Gabung), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan Pertubuhan Kebajikan Islamiah dan Dakwah (PEKIDA).

Menurut Presiden PPPMM, Abdul Rahman Mahadi, tindakan biadab dan kurang ajar itu menunjukkan masih ada segelintir pihak yang tidak sensitif terhadap masyarakat majmuk selepas beberapa siri perlakuan serupa di seluruh negara sebelum ini.

"Perbuatan ini mencabar kesucian Islam dan tidak boleh dipandang ringan pihak berkuasa. Kita minta Kementerian Dalam Negeri ambil tindakan supaya perbuatan menghina agama Islam ini tidak berterusan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, pihaknya sudah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat perkara tersebut secara menyeluruh.

"Pasukan khas sudahpun ditubuhkan dan kita akan cari mereka yang bertanggungjawab melakukan perkara tersebut sampai dapat. Semua pihak diharap bersabar dan jangan membuat andaian dan spekulasi serta bertindak di luar batas undang-undang," ujarnya.

Menurutnya lagi, pasukan khas yang diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Ismail Yatim akan mencari mereka yang bertanggungjawab melakukan perkara terbabit sampai dapat.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Tebrau, Teng Boon Soon menyifatkan perbuatan meletakkan sembilan kepala babi di masjid berkenaan sebagai biadab dan tidak bertanggungjawab yang sengaja mahu menimbulkan sensitiviti agama dan perkauman.

Beliau berkata, kepimpinan tertinggi masyarakat dan agama di negeri ini sepakat mengecam tindakan tersebut yang tidak dapat diterima langsung.

"Ketua Polis Johor, juga sudah mengambil perhatian dan akan mengambil tindakan sewajarnya. Kita juga akan mengatur pertemuan untuk mendapatkan penjelasan sebenar," katanya pada sesi pertemuan dengan media dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cina di Johor Bharu pada Jumaat.-30/12/2011 ~ AGENDA DAILY

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...