“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

06 June 2012

Melayu Semakin Dungu dikerjakan Nuar


Nak terima pun boleh nak bangkang pun boleh, silakanlah.



Anwar hanya sayangkan dirinya sahaja, bukan bangsanya apa lagi agamanya. Para manusia "jahil" diperkudakan mengikut kehendaknya, mengikut caranya dan mengikut seleranya. Baginya biarkan sahaja. Dia tak pernah ambil peduli kalau Melayu nak munafik, nak murtad atau nak hidup songsang. 

Setelah diangkat oleh Yahudi USA sebagai rakan(proksi), dia menjadi semakin angkuh. Dia enggan menghormati sesiapa pun termasuk Raja-raja Melayu. 

Samakah Anwar semasa jadi pemimpin ABIM dan semasa jadi TPM? Masih samakah dia dengan perilakunya sekarang? Anda boleh tanya siapa sahaja yang berakal waras, relevankah dia menjadi PM Malaysia? Tanya juga mereka adakah tuduhan seks yang berkoyan2terhadapnya itu tidak benar?  

Jangan tanya mereka yang telah tersedak akal akibat termakan sumpah seranahnya, juga jangan tanya mereka yang menghadapi masalah mental blockage.

Belum cukupkah bukti Anwar menjadi musuh agama Islam dan bangsa Melayu?

Rasuah, bukan sedikit dia terima dari Yahudi Amerika.

Islam Liberal yang dibawa dari Indonesia dan Turki untuk santapan kita semua.

LGBT yang dianjurkan oleh Yahudi amat disenanginya.

Memberi sokongan secara terbuka kepada keselamatan negara Israel. Untuk apa? Adakah dia benci Israel sebagaimana majoriti rakyat negara ini? Dia telah menjadi talibarut Israel.

Terikut2 rentak DAP yang bencikan Raja-raja Melayu dan Islam. 

Kes sodomi, pelacur dan zina telah dibangkitkan bertali arus dengan bukti sahih. Cuma bernasib baik terlepas dalam dakwaan sodomi ii, mungkin ada campur tangan CIA dan MOSSAD. Lihatlah bukti yang muncul kebelakangan ini. Kenapa pendakwa raya kes tersebut memihak kepadanya sekarang? 

Tak perlu lagi diperkatakan keburukan bawaannya, mengapa rakyat Malaysia masih DUNGU?




Rais dakwa Anwar ‘tak sayang orang Melayu’
AHMAD NORMAN ABU TALIB
5 Jun 2012

Rais Yatim bersalam dengan peserta yang hadir di konvensyen tersebut.

SHAH ALAM – Orang Melayu digesa untuk bersatu dan memilih Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum akan datang dalam memastikan kepentingan mereka dibela kerana Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa "tidak sayang Melayu,sistem beraja atau budaya Melayu".

Menteri Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mendakwa BN tidak mengabaikan tanggungjawabnya terhadap orang Melayu.

“Jangan ikut Anwar punya ‘sifir’ kerana dia tak sayang orang Melayu. Anwar tak pernah sebut pasal keistimewaan orang Melayu, raja-raja kita atau budaya.

“Pilih BN pemimpin-pemimpin yang sayangkan bangsa,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di Politeknik Shah Alam di sini, hari ini.

Menurutnya, beliau mendakwa orang Melayu di negeri ini perlu sedar Selangor akan dikuasai kuasa asing yang ‘penghulunya’ bukan sahaja Pulau Pinang tetapi dari luar.

“Mungkin negara lain yang akan mengajar bagaimana Selangor harus ditadbir.

“Orang Melayu mesti faham siapa mereka. Malangnya, sebahagian orang Melayu tak kenal diri mereka. Mereka lebih suka Pulau Pinang diberi kepada Lim Guan Eng. Jatuhnya Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Selangor sebab orang Melayu tak kenal diri mereka,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Rais menggesa pengguna media sosial seperti Facebook dan Twitter supaya menghindarkan diri daripada memfitnah sebaliknya mengkritik dan mengemukakan pandangan berasaskan fakta.

Katanya, media sosial baru itu perlu digunakan sebaik mungkin.

“Kebanyakannya sekarang berpolitik menggunakan rejaman hujah tanpa menentukan sesuatu haluan menyebabkan pihak sana tersinggung dan keluarga pun tersinggung,

“Facebook dan Twitter mesti digunakan sebaik mungkin dengan menhindarkan diri daripada memfitnah sesama sendiri dan orang lain. Kritik dan kemukakan pandangan berasaskan fakta,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...