“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

18 May 2012

Tangan Hitam Mula Merayap


Mampukah PAS dan UMNO berkorban demi Islam? Kesudian bermuzakarah "secata tiba-tiba" amat menghairankan. Apa tujuannya?

Ramai umat Islam bersetuju agar orang Melayu kembali bersatu menghalang kerja jahat DAP yang dibantu oleh Anwar. Anwar adalah musuh utama orang Melayu bila dia sanggup berbuat apa sahaja demi menjadi PM walaupun menjual negara dan bangsa ini kepada kaum Cina.

Apabila Karpal menghentak Hj Hadi, reputasi PAS ikut merudum kerana dilihat tak lagi mampu untuk menjawab persoalan "dayus" dari ahli PAS sendiri. PAS tenggelam punca. Namun segala keinginan PAS untuk berada dalam PR masih kuat kerana desakan wakil Anwar yang ramai dalam pimpinan PAS. Dalam pada itu sebahagian lagi mula rasa hilang kepercayaan, hanya kata2 Nik Aziz dan Hj Hadi akan jadi penentu sama ada akan berlaku kerjasama atau sebaliknya.

Mungkinkah PAS (Nik Aziz) telah benar2 berubah hati? Atau ada sentuhan Dr Harun Din?

Apa pula tindakan Anwar yang pasti akan menyinga dengan perkembangan ini? Tangan hitam bakal merayap bagi gagalkan persefahaman UMNO PAS. Itu yang kita nampak.

  

MUZAKARAH? ADA UDANG DISEBALIK MEE? atau SEBALIK BATU?.
by : Desperado

Adakah ianya tercetus akibat SERGAHAN Karpal Singh atau kritikan Harun Sani atau isu Majlis Fatwa Kebangsaan.

Baru2 ini Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat membuat satu kenyataan media yang menjelaskan bahawa parti pimpinannya sedia untuk bermuzakarah dengan UMNO, Majlis Fatwa Kebangsaan atau siapa saja berkenaan sesuatu yang melibatkan PAS.

2. Kenyataan itu dibuat oleh Nik Aziz ekoran kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang mendakwa PAS sekian lama mempergunakan nama Islam demi kepentingan kuasa politik dan meminta Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bermuzakarah bagi membincangkan kedudukan perkataan “Islam” yang ada pada nama parti itu.

3. Maksdunya, dalam cadangan Mufti Perak itu, beliau hanya meminta Majlis Fatwa bermuzakarah sesama jawatankuasanya dan tidak ada pun timbul soal PAS diajak bermuzakarah bersama.

4. Jadi, apahalnya pula Nik Aziz tiba2 memberikan kenyataan PAS bersedia untuk bermuzakarah dengan UMNO atau mana2 pihak? Kenapa tiba2 keluar nama UMNO? Tan Sri Harussani ada sebut nama UMNO, kah?

5. Latah Nik Aziz yang tiba2 menyebut nama UMNO dan membabitkannya dengan ‘muzakarah’ membuatkan saya tertanya2 mengenai respon luar biasanya itu. Dan saya mengambil keputusan untuk menghubungi beberapa sumber yang rapat dengan pemimpin PAS di Kedah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...