“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

20 July 2011

KISAH HIDUP DSAI - misteri




Email dari Ceruk Tok Kun – Anwar Ibrahim banyak menerbitkan karya-karya buku yang mengangkat idea pemikirannya seperti Asia Renaisance, walaupun ada di antara buku tersebut ditulis oleh pihak lain.

Umum harus mengetahui dan bertanya kenapa Anwar tidak pernah mengangkat salasilah diri dan keluarganya untuk menjadi tatapan dan perbincangan umum tidak seperti pemimpin-pemimpin lain yang banyak menceritakan mengenai salasilah keturunan dan latar belakang keluarga.

Dalam Islam, salasilah keturunan merupakan satu aspek yang penting kepada seseorang pemimpin, sekiranya seseorang itu datang dari keluarga yang baik sebagaimana ciri yang ada pada pemimpin Islam, nescaya organisasi yang dipimpin akan bergerak baik.

Hari ini, cuba kita perhatikan apa yang berlaku kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) , satu persatu masalah timbul dari ahli akar umbinya hinggalah kepada pemimpin agungnya Anwar Ibrahim.

Kenapa situasi itu berlaku kepada parti tersebut , sedangkan usianya masih diperingkat seawal jagung berbanding parti lain di Malaysia.

Adakah ia berpunca dari Anwar Ibrahim sendiri ?

Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, status Anwar sebenarnya boleh dipertikai.

Mak Yan dikatakan bukan bonda sebenar kepada Anwar Ibrahim sebaliknya hanya merupakan mak tiri sahaja, kerana Anwar dikatakan mempunyai ibu dari keturunan Cina hasil hubungan Datuk Ibrahim dan seorang perempuan Cina.

Kalau diperhatikan pendapat sumber ini ada logiknya kerana Anwar pernah mengunakan faktor kematian Mak Yan untuk meraih simpati penyokongnya, ditokok ditambah pelbagai elemen pihak lain menganiayai diri dan Mak Yan.

Sehingga Zulkifli Nordin pernah mengunakan suara latarnya untuk menerbitkan bahan propaganda sentimen simpati kematian Mak Yan sewaktu itu sebagai kaedah untuk meraih sokongan rakyat, Zulkifli Nordin harus menceritakan kembali kepada umum apa kisah sebenar disebalik peranannya sewaktu itu.

Secara logik sebagai anak yang baik, kita sendiri sudah tentu tidak sanggup mempergunakan ibu kita untuk kepentingan sendiri, namun sebaliknya berlaku kepada manusia bernama Anwar, dia peduli apa hal tersebut, agenda peribadi lagi penting kerana barangkali dia tau bahawa Mak Yan bukanlah ibu kandungnya.

Status Anwar tersebut diperkukuhkan lagi dengan pelakuannya yang suka melanggan perempuan-perempuan muda terutama dari Cina, aksi seks beliau dengan China Doll yang terbongkar menjadi bukti, sewaktu beliau berada dalam Kabinet Kerajaan beliau menjadikan Datuk Nalakarupan seorang Bos Syarikat Judi sebagai teman karib dan membekalkan perempuan kepadanya.

Isterinya Wan Azizah juga mempunyai iras muka Cina. Cuba perhatikan gambar Azizah semasa muda.

Pelakuan buruk Anwar bukan setakat itu kerana dirinya juga sanggup melakukan hubungan abnormal dengan puluhan mungkin ratusan lelaki muda yang dikenalinya.

Jika tidak ada mengapa musuh politik menjadikan itu sebagai sasaran untuk menjatuhkan dirinya, kata orang pokok bergoyang sudah tentu ada angin yang datang, dan secara kebetulan muncul watak lelaki gay Sukma Darmawan suatu ketika dahulu yang amat rapat dengannya dan kini wujud pula Saiful Bukhari lelaki muda yang pernah dinodai Anwar Ibrahim.

Bukankah ini membuktikan sahsiah Anwar sendiri sebenarnya adalah tidak baik.

Hari ini, demi meneruskan legasi politiknya Anwar sanggup menjadi pelacur kepada kaum Cina untuk meraih kekuasaaan, keharmornian perkongsian kuasa semua kaum oleh kerajaan sedia ada cuba dirosakkan Anwar.

Anwar lebih sanggup melantik peguamnya terdiri daripada kesemua bukan Islam, sekiranya dahulu ada peguam bernama Zainur Zakaria, Raja Aziz Idrus dan Sulaiman Abdullah, tetapi kini nama tersebut diganti dengan nama-nama yang langsung tidak ada perkaitan dengan bau Islam, apakah maksud kesemua ini?

Sehingga hari ini Malaysia merupakan negara tunggal di kelompok Asia Tenggara yang belum pernah diperintah oleh imigran Cina selain Brunei, di Thailand, Thaksin Shinawatra yang merupakan imigran Cina pernah menjadi Perdana Menteri selama dua penggal sebelum digulingkan tentera.

Begitu juga di Indonesia, Gus Dur yang dikenali juga sebagai Bapa Pluralisme Agama juga merupakan seorang Cina dari sukku Hakka, dan hari ini di Indonesia komuniti Cina amat berterima kasih kepadanya kerana banyak memberi ruang kepada masyarakat Cina atau dikenali dengan masyarakat Tiongkok menyambut perayaan Cuti Tahun Baru China. (rujuk buku Bermula 1 Legasi atau Berakhir tulisan Musli Oli dan Dr.Kadir jaafar, April 2001).

Hubungan Anwar dengan pemimpin ASEAN berketurunan Cina tersebut secara kebetulan atau tidak adalah amat rapat.

Mungkin juga Anwar menggunakan sentimen Cina untuk menarik sokongan kaum Cina di Malaysia.

Cory Aqunio yang pernah menjadi Presiden Filipina pada tahun 1985 juga merupakan imigran Cina di Filipina, secara kebetulan atau persamaan slogan yang dilaungkan Aquino juga adalah “People Power” untuk meraih sokongan rakyat menumbangkan kerajaan sedia ada sewaktu itu.

Harus juga diingatkan Anwar juga pernah mencadangkan dilakukan kajian mengenai Islam dan Confucius sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Di Malaysia hari ini, Anwar Ibrahim juga berada di dalam lingkaran sama dan atas sebab itulah beliau terkehadapan dalam memperjuangkan isu pluralisme dan perkara berkaitan dengan komuniti tersebut sehingga sanggup mengenepikan akidah bangsa sendiri.

Kes Anwar ini kalau kita perhatikan seakan sama dengan perancangan yang dilakukan oleh Yahudi untuk membentuk pemimpin Islam berbaur Yahudi seperti Kamal Atarturk di Turki yang boleh menumbangkan kerajaan Uthmaniyah.

Dari seorang berstatus anak luar nikah, Kamal akhirnya diangkat sebagai Presiden Turki pertama dan memisahkan Islam dari kehidupan seharian masyarakat Turki.



Chegubard

Atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin juga merupakan salah seorang keluarga Anwar apabila mengahwini anak saudara Anwar, Zarerah Hanim Md Zaki. Zarerah anak adik Anwar, Rehan Ibrahim yang berkahwin dengan arwah Pak Lang Zaki.

Jika melihat petunjuk Chegubard, dia walaupun kaum kerabat Anwar tetapi nampaknya tidak gemar dengan cara Anwar mengemudikan PKR.

Kenapa Anwar pinggirkan Chegubard, sedangkan pemuda itu berkahwin dengan anak saudaranya ?

Ada yang tidak kena dengan keluarga Anwar ?

Paling misteri, Khairuddin Abu Hassan anak saudara arwah Sulaiman Palestin dan mendakwa sepupu Anwar Ibrahim pernah membawa pesan Arwah Sulaiman Palestin bahawa halang kerakusan cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

Anwar Ibrahim kunjungi arwah Sulaiman Palestin. Khairuddin Abu Hassan (bertanda bulat)
Khairuddin Abu Hassan mendakwa Wan Azizah pernah dua kali meminta cerai daripada Anwar Ibrahim.

Khairuddin dalam ceramahnya di Jelutong petang semalam mendakwa, kali pertama Wan Azizah meminta cerai daripada suaminya itu ialah pada tahun 1994 dan kali kedua pula pada tahun bulan September 1997 setelah mengetahui `latar belakang sebenar’ Anwar.

Khairuddin dalam ceramahnya turut mendakwa Wan Azizah pernah dipukul oleh Anwar apabila meminta cerai kali kedua menyebabkan dia melarikan diri dari rumah selama 10 hari, Klik di sini

Berdasarkan keterangan di atas, dapat dirumuskan, Mokhtar, Rani (arwah), Idrus, Marzuki, Rehan, Rosli, dan seorang lagi perempuan adalah anak Pak Ibrahim dengan Mak Yam.

Farizon satu-satunya anak tunggal Pak Ibrahim dengan isteri muda. Sukma Darmawan pula anak angkat yang tiada pertalian keluarga dengan Pak Ibrahim.

Anwar pula anak Pak Ibrahim dengan isteri yang mana ?

Sukma Darmawan

Dato’ Eskay Shazryl Abdullah, rakan baik Anwar sejak tahun 1996 pun turut mencurigai peranan Sukma Darmawan.

Eskay mendakwa ketika Anwar kehilangan wang itu, bekas Timbalan Perdana Menteri itu mengajaknya ke rumah kediaman rasmi kerajaan di 47, Jalan Damansara untuk melihat tempat wang itu disimpan dan hilang.

Ketika di rumah tersebut, Eskay terlihat Sukma Darmawan di dalam sebuah bilik bersebelahan dengan bilik tidur Anwar.

“Saya tanya dia, siapa tu ? “… Anwar menjawab, “Oh itu adik angkat saya…” tambah Eskay yang mendakwa beliau curiga kenapa bukan anak-anak Anwar yang tinggal di bilik sebelahnya, sebaliknya, seorang lelaki dewasa yang ‘lembut’ itu untuk diberi bilik betul-betul di sebelah bilik tuan rumah.

Apa istimewa lelaki itu ?

“You like him ?” tanya Anwar. “Please, I am straight” kata Eskay dan menurutnya, Anwar juga segera menepuk tangan ke dadanya dan berkata, ‘I pun straight tau….

“Selepas itu, Anwar seolah-olah mahu buktikan bahawa dia memang straight dan ajak saya pergi berhibur…” itulah penjelasan Eskay bagi menceritakan bagaimana Anwar sering memintanya ikut serta dan kemudiannya menjadi pengatur perempuan-perempuan untuk Anwar.

“Macam (peranan) Dato’ Nalla”, kata Eskay. “Tetapi Nalla pun ada sekatan, saya tidak…” tambah Eskay yang merupakan bekas sport therapist bagi pasukan Jimnastik Sukan Olimpik Amerika Syarikat dan kelab American Football ternama, Dallas Cowboys.Klik di sini

6 comments:

  1. Sememangnya Anwar ini memang anak luar nikah.Bapaknya Ibrahim bekerja sebagai Hospital Assistant di Hospital Sungai Bakap berzina dengan seorang nyonya Assistant Nurse hingga dapat Anwar.Nyonya ini masih ada di Singapore,dan Anwar pula dapat seorang anak haram dengan bini Azmin hidong penyet.Dah dua kali haram,juga buat kerja-karja haram liwat dan zina..Manakala Wan Azizah tu anak Korea diserahkan semasa Wan Ismail bekerja di Singapore.

    ReplyDelete
  2. Hanya Allah yg tahu..apa kata kita ajak rakyat beragama islam sembahyang hajatr minta Allah bagi rahmat pd pemimpin yg betul dan laknat pd yg salah.Anjurkan seluruh negara ,tanpa mengira parti...sama semuanya asalkan islam.

    ReplyDelete
  3. Apa kata lepas sembahyang jumaat kita buat sembahyang hajat tak kiralah masjid umno ko,pas ko,pkr ko ,Bn ko...kita wat sembahyang hajat minta Allah memberi rahmat pd negara,melaknat pemimpin yg mungkar @ menginsafkannya dan membalas perbuatan pefitnah secara cash.

    ReplyDelete
  4. BENCI LIHAT SUASANA POLITIK SEKARANG..FITNAH MENFITNAH,LUCAH MELUCAHI,TV DJADIKAN ALAT PROPANGANDA...ANAK2 NAK TGK TV PN TAK BAGUS.MENGAPIKAN PERKAUMAN TANPA SEDAR BAIK PEMERINTAH DAN PEMBANGKANG.MAKIN MAJU MAKIN HEBAT PERMAINAN.

    ReplyDelete
  5. PATUTLA PERANGAI ANWAR MACAM HARAM, ANAK HARAM RUPANYA. HARAM JADAH PUNYA ORANGLA.

    ReplyDelete
  6. ORG2 YG MENGAKU ISLAM DAN BERIMAN TERUTAMA YG DI DALAM PARTI ADA NAMA ISLAM ITU WAJIB BERMOHON DIBERI PETUNJUK. BULAN RAMADHAN YG DAH TAK LAMA LG INI ADAKAH SOLAT HAJAT AGAR YG BENAR DIBENARKAN DAN YG SALAH DISALAHKAN.................ADA BERANI NUAR?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...