“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

22 July 2011

Kemelut ABIM dan kesongsangan perjuangan







Assalamualaikum warahmatullah,

Saudara Pimpinan Terhormat, Sempena Muktamar Abim (dan seminar), elok kita muhasabah sikit. ABIM wujud dah setengah abad. Didirikan oleh idealisme nak daulatkan Islam, nak tegakkan al-Quran, Sunnah, Ijma dan Qiyas.

Tapi sekarang Abim sibuk nak tegakkan fahaman sekular, pluralism agama dan ajaran sesat anutan Anwar pula.

Sepatutnya Abim sibuk bina ilmu dan rijal!.

Berapa ramai produk Abim yang boleh dijadikan rujukan masyarakat ?; Jadi pemimpin berkualiti ? Berjaya dalam politik ?; Mahir dalam al-Quran, Ulum al-Quran, al-Sunnah, Hadith, ilmu Hadith, Fiqh, Usul Fiqh, Usuludin-Akidah, akhlak, politik dan sebagainya.

Dari dulu sampai sekarang sibuk nak daulatkan Anwar. Macam Arqam dengan Ashari. Malang.

Mari Muhasabah

Dulu Abim musuhi UMNO sebab Anwar tak nak UMNO. Bila dia masuk UMNO, Abim sokong UMNO. Bila dia musuhi UMNO semula, Abim pun ikut.

Dulu Abim kata UMNO bapak sekular dan toghut, sekarang ABIM sokong pulak datuk sekular dan toghot.

Bukankah PKR tu lebih sekular dan toghot dari UMNO ?.

Anwar kata, dia tak nak Syariat. Abim tak nak juga? Tengok pelaksanaan dan nasib undang-undang Islam di Pulau Pinang dan Selangor. Lihat ucapan-ucapannya di youtube.

Saudara terhormat,

ABIM nak buat program Siyasah Syar‘iyyah (SS). Kami dah ikuti program SS tahun lepas. Tak ada kesan sikit pun dalam pemikiran pemimpin ABIM. Tahun ni buat lagi. Tujuannya nak jaga Anwar, bukan nak jaga Islam.

Dari segi awlawiyat, kita kena bincang bagaimana nak mantapkan ilmu dan tarbiyah ahli, nak lahirkan rijal al-dakwah yang tulin, nak lahirkan pemikir umat yang serius, nak mantapkan akidah dengan berbincang isu akidah seperti kesesatan Syiah, liberalisme, pluralisme dan sebagainya.

Panggil ahlinya yang benar-benar mahir bercakap hal ini; isu kedudukan Islam dan orang Melayu – bagi ahli kita faham betul-betul; isu Perlembagaan- bagi ahli kita mahir dalam isu Perlembagaan ni; faham gerakan pemurtadan betul-betul dan sensitif tentang Kristianisasi dan macam-macam lagi.

Gerakan Abim bukan nak jaga sorang, tapi umat.

Penyelewengan Dalam KBI

Tahun lepas SS pasal ekonomi. Bincanglah yang realistik, pasal KBI. Macam mana nak majukan KBI. Jangan hanya pandai kritik kerajaan UMNO tak pandai, tak betul, nepotisme dan lain-lain.

Tengok dalam KBI. Buat muhasabah. Lihat perancangan dan pencapaiannya; ada tak salah guna kuasa, penyelewengan, konflik kepentingan dan lain-lain. Semuanya ada!.

Kami tak nak dedahkan saja. Malu kat orang ramai perangai orang dakwah. Pernah pegawai kanan KBI dua tahun dulu, mintak seorang luar labur RM 2 juta untuk KBI.

Minta lah kat Anwar. Minta dia tolong bisnes KBI-Abim. Selangor dan Pulau Pinang banyak peluang niaga. Sekarang dia dah rujuk balik kat Abim. Dia tolong Kamarudin Jaafar, Azmin, Idris Jusi, Nazri Dollah dan lain-lain, apa yang mereka tolong Abim?.

Demokrasi Dalam ABIM

Mau kami dedah?

Tahun ni ABIM buat program pasal demokrasi pula. Ada demokrasi dalam Abim?.

Yusri sepatutnya secara automatik jadi ahli syura sebab dia bekas Presiden, tapi tidak. Cikgu Sidik Baba ahli syura, tapi tak dipanggil mesyuarat.

PENGASAS Abim seperti Sanusi Junid, Zakaria Hashim, Ustaz Osman Bakar, Perak, Ahmad Ismail, Haji Ismail Mina, Kamaruddin Md Nor dan ramai lagi, sudah tak ada dalam senarai Abim.

Ini bukan salah saudara-saudara. Saudara-saudara hanya jadi pak turut Anwar-Sidik-Idris saja. Merekalah yang berkuasa penuh.

Anda kena muhasabah. Abim bukan milik mereka. Mereka sudah ada WADAH. Apa nak kacau Abim lagi. Wadah tu pun hidup kerana Abim.

Sidik-Idris takut berdepan dengan mereka ni.

Demokrasi? Dalam program pengkisahan Abim baru-baru ini, ramai dari mereka yang tak dijemput. Kenapa? Mereka tu lah yang banyak jasa kepada Abim berbanding Anwar-Sidik-Idris.

Apa lebihnya Anwar dari mereka itu?.

Abim macam temukut tepi gantang masa Anwar berkuasa dulu. Tapi sekarang dia himpit Abim macam nak gila.

Anda kena ingat baik-baik. Dulu Abim marah kat Arqam pasal akidah rosak. Sekarang Abim sokong pula akidah rosak.

Anwar tu macam Ashari Arqam. Akidah rosak. Ya, ini bukan kehendak Abim, tapi kehendak Sidik. Gelap atas gelap !.

Betullah orang kata, ‘Abim benar-benar kuda kayu Anwar-Sidik’.

Demokrasi Dalam PKR

Dalam PKR pun tak ada demokrasi. Nak cakap pasal demokrasi macam mana. Dia cakap pasal demokrasi kerana nak elak dari kena penjara, pasal liwatnya. Kalau dia kena penjara, dia akan kata, tak ada demokrasi!.

Yang dia dilepaskan dulu tu, apa ? Kata Dr Halim Muhammady dalam kertas kerja Maqasidnya, Sayyidina Abu Bakar ra, ‘bakar orang liwat’ dan Sayyidina Ali ra pula, ‘lempar dari tempat tinggi’.

Zaman ni pulak, kita pakai dua-dua – lempar dari tempat tinggi kemudian bakar lagi!.

Dr.Mohd Nur Manuty tu pun tak layak cakap pasal demokrasi. Dia kalah dalam pemilihan Ketua PKR Perak kepada Mustafa Kamil, tapi Anwar lantik dia jadi ketua. Dia terima.

Di Johor, Anuar Saleh kalahkan Jui Meng. Tapi atas nama ‘demokrasi’, Jui Meng dilantik oleh Anwar jadi ketua PKR di Johor.

Di Sabah pun serupa. Tipu undi. Tak percaya tanya anak-anak Anwar.

Pemimpin PKR yang tak pernah masuk Abim pun nampak. Komen mereka: ‘lebih teruk dari SPR!. Macam ketam suruh anak berjalan betul’.

Cuba fikir, kalau negeri ni tak demokratik, bolehkah Wadah, ABIM, PKR dan parti pembangkang lain boleh ada macam sekarang?

Ikhwan Muslimin, Refah Partisi, Nahdah, Masyumi, diharamkan!

Bolehkah Presiden ABIM, Dr.Shaharudin, Prof. Ridhwan Othman, Prof. Aziz Bari dan lain-lain dapat mengajar di IPTA?

Dan bolehkah Hashim Kamali dan Osman Bakar yang pro Anwar tu, dapat jadi CEO dan Timbalan CEO di IAIS?

Bolehkah kolej KDH milik Dr Sidik Fadhil mendapat lesen dan sijilnya diiktiraf pula oleh Kementerian Pengajian Tinggi, jika tidak ada demokrasi?.

Bolehkah pula Suara Keadilan, Harakah dan Risalah Abim memuatkan tulisan yang pertikaikan mereka?.

Terbukti, Anwar-Manuty tak ada langsung ciri-ciri demokrasi, walau pada paras paling rendah.

Dulu, Anwar perlekeh keputusan syura ABIM Pusat berkaitan dengan kemasukannya ke dalam UMNO dan baru-baru ini pulak, dia perlekeh syura Abim Kedah, kerana tak nak lepas Mat Kasim jadi calon PKR dalam PRU 12 lalu.

Demokrasi? Buta sangatkah Wadah-Abim sampai tak dapat tengok dalam terang.

Majlis Syura Kuda Kayu Sidik

Dalam ABIM ada demokrasi? Bekas pemimpin tertinggi ABIM tahun 80-90 an berkomentar: Ustaz Sidik seorang saja yang berkuasa. Majlis syura kuda kayu Sidik.

Siapa putuskan serah IPI dan Kompleks ABIM-PLA, Sg Ramal kepada Ust Sidik dijadikan KDH?. Pernahkah ABIM atau syuranya panggil pengasas ABIM (Sidik bukan pengasas ABIM) dan ahli-ahli yang banyak memberi sumbangan membina kompleks ABIM, untuk dapat fikiran?

Mereka tak berani nak berdepan dengan orang macam ini, takut kalah hujah. Anwar pernah merungut kepada orang ABIM: dia (Sidik) jadikan harta ABIM sebagai harta dia!.

Kata seorang bekas pimpinan kanan Pusat : mereka mencuri harta Abim. Bukankah kompleks PLA-ABIM itu tegak atas doa, derma, titik peluh dan air mata ahli?.

Atas nama demokrasi, harta ABIM jadi milik kelompok tertentu dalam sekelip mata !.

Abim kena transperens. Cari auditor bebas buat audit harta benda ABIM. Ahli nak tahu. Kena amanah. Dah 30 tahun ABIM ujud masih jadi pelarian lagi. Tak ada pejabat tetap. Tak ada pusat latihan. Di mana amanah?

Di mana demokrasi ? Orang buat salah nampak, ketua sendiri buat salah, tidak mengapa. Para Demokrat Wadah-Abim kata, Siyasah Syar‘iyyah, dapat membina dan menyuburkan demokrasi.

Siyasah Syar‘iyyah-demokrasi Wadah-Abimlah menyebabkan harta Abim hilang.

Akhlak Anwar

Objektif seminar ni hendak kesan pelaksanaan demokrasi di Malaysia. Terlalu besar. Mula dalam lingkungan yang kecil dulu. Dalam Abim-PKR. Cuba ABIM-Wadah buat penyelidikan tentang status-indeks demokrasi dalam PKR, kemudian keluarkan keputusannya. Tunjuk kepada Anwar. Apa dia nak kata.

Dia akan kata: Anta semua tak reti politik. Politik tu tipu. Kita kena tipulah, itulah maqasid. Anta semua tak belajar habis. Ustaz Md Nur sorang yang tau, sebab tu, bila dia kalah, ana lantik dia, dia terima.

Pasal moral Anwar, Wadah-ABIM pertahan mati-mati. Tak tengokkah dalam youtube, dia menari dengan wanita Cina dan Melayu dan menari masa pilihan raya kecil di khalayak. Abim setuju?

Saya yakin Abim tak setuju, tapi terpaksa setuju. Wadah-ABIM dah tengok video seks Anwar? Ramai pemimpin PAS dah tengok. Mereka percaya pelakunya Anwar!.

Anwar sendiri perleceh empat saksi dan terima bukti moden dalam kes zina. Tapi dalam kes seksnya, dia nak 4 saksi pula. Baca buku IKD ‘Hukum Barat Pun Islam’ m/s 30.

Peliknya, untuk orang boleh, untuk dia tak boleh! Abim tak boleh fikir?

Abim dah jumpa orang yang dakwa ia diliwat Anwar?.

Dalam kes Antatuya, Abim percaya bulat-bulat Najib terlibat. Percaya pasal Anwar cerita. Anwar pulak percaya kepada si Hindu Bala tu.

Hasan Banna, ketika datang seorang mengadu bergaduh, dia minta nak jumpa lawan pengadu tu. Itu baru betul-betul adil.

Dalam isu liwat Anwar, Abim tolak mentah-mentah. Bukan nak selidik dan kaji. Bahkan pulak buat program qazaf rata ceruk, nak justify perlakuan Anwar.

Tak puas lagi, terbit buku pulak. Abim persoal keislaman dan keimanan pengadu. Kata Ustaz Hashim Yahya, Saiful tu fasik. Dah jumpa Saiful?

Anwar tu macam mana pula? Akidah dia pluralisme agama. Kata Harusani, boleh murtad.

Dah minta Anwar tunjuk jam Omega? Orang kata tertinggal dan jumpa di tempat pelacur. Sampai sekarang Anwar tak dapat tunjuk jam tu.

Tak baca sirah? Nabi saw beri tahu Sahabat, wanita yang Baginda sedang cakap tu ialah isterinya. Itu bukti untuk tolak fitnah. Anwar tak dapat tunjuk jam tu, apa maknanya? Abim tak boleh fikir?.

Kalau Saiful tu fasik tak boleh dipercayai, Si Hindu Bala tu apa pulak? Percaya pulak. Kalau buta mata tak mengapa, jangan buta akal dan hati.

Mana demokrasi? Mana keadilan?

Double Standard

Untuk maklumat anda, ABIM Johor dulu, pernah hantar surat kepada ABIM Pusat, minta jangan lantik Idris Jusi jadi ahli syura kerana masalah moral dalam perniagaan masa dia jadi cikgu dulu. Tanya dia. Sampai sekarang dia jadi ahli syura!.

Ketika kawan-kawan Anwar sibuk buat program nak bebas Anwar dari penjara, dia pulak sibuk jadi pengurus kempen Mat Taib bertanding Naib Presiden UMNO.

Malam perjumpaan dengan Anwar, dia dakwa sentiasa bersama Anwar. Bila diajak aktif dalam Parti Keadilan Nasional (PKR sekarang) dia tolak dengan alasan: aku orang berniaga!.

Dia juga ada minta projek dengan MB Perak sekarang, padahal dia kata dia setia kepada Anwar. Ini kualiti ahli syura?

Ustaz Siddik Kritik Anwar

Ustaz Sidik Fadhil pernah kata dalam perjumpaan dengan pimpinan PAS: ‘ana kenal makhluk ini (Anwar), makhluk dua alam’. Dia juga pernah kata kepada Ustaz Mohd Nur Manuty: apa murni lagi Anwar ini?

Dan kepada seorang kawan yang lain pula, Ustaz Sidik kata: ‘(Anwar) rosak lagi merosakkan’.

Tentang sikap Anwar dalam hal permurtadan, kata Sidik kepada seorang bekas aktivis PKR: ‘jembalang apa pulak yang masuk dalam tubuh Anwar ni’.

Pada satu waktu yang lama dulu, Ustaz Sidik pernah berkata kepada seorang teman IKD: ‘sampai bila, kita nak ikut Anwar?. Tapi baru-baru ni pulak, dia kata: ‘pencerahan melalui Anwar’.

Ust Sidik jujur, bila ditanya oleh seorang kawan lamanya mengenai sikap politiknya, katanya:muqallibal qulub, maksudnya hati bolak balik.

Prof. Dr. Mohd Nor Nawawi berkomentar kepada banyak kawan satu masa dulu: ‘lebih baik ana tak masuk politik (PKR), kerana akan lebih respek kepada Bro Anwar’ (sebab bila bergelumang dengan politik PKR dia nampak kekotoran Anwar dan hilang respeknya – tapi kini dia bergelumang balik).

Dan jangan lupa, ketika grup ABIM kalah dalam pemilihan PKR di Kemaman, Anwar masih dalam penjara, syura ABIM buat keputusan, tarik sokongan kepada PKR. Komen Anwar kepada seorang kawan rapatnya: ‘depa mesyuarat sama-sama depa!’.

Yayasan Kristian – Soros

Kami dapat tau, nak jayakan seminar ini, Wadah-ABIM minta derma. Kami cadangkan Wadah-ABIM, minta derma dari Konrad Adenauer, Yayasan Soros dan beberapa yayasan Yahudi lain di Amerika. Mereka pemurah dan banyak duit.

Anwar ada hubungan baik dengan mereka. Kalau Anwar boleh tolong IKD-IKDAS dengan duit yayasan-yayasan ini, pasti Anwar boleh tolong Abim, lagi pun program ni nak tolong dia jugak.

Dalam brosur disebut Qaradawi. Dia bukan dalam Tanzim mana-mana gerakan dakwah. Banyak fatwanya bercanggah dengan Islam. Dia menghalalkan makan sembelihan orang bukan Islam. Sebab itu Anwar makan sembelihan Majusi di China. Tanya Anwar.

Disebut, objektif program ini, nak mendidik masyarakat tentang kemampuan Islam. Buatlah program didik pemimpin dulu seperti Anwar, Ustaz Md Nur, Azmin, Nurul Izzah, Nizar, KJ-groupAtaturk, pimpinan Wadah dan Abim, supaya mereka benar-benar yakin kemampuan Islam.

Persepsi Jahat Kepada Melayu-Islam

Ust Md Nur pun tak yakin dengan Islam, sebab tu dia jadi Ketua Pemantapan Agama umemantapkan semua agama syirik!.

Sewajibnya, dia buat program ajak musyrikun tu, Tian Chua, Kit Siang, Karpal dan lain-lain, masuk Islam, bukan buat program nak jadikan mereka tu lagi kuat dan tegar syiriknya. Aduhaiii aktivis Islam Wadah.

Mantapkan akidah, syari‘at, akhlak dalam diri pemimpin dulu, supaya ada amanah, malu, tak tipu, tak bohong, tidak berfaham syirik dan lain-lain.

Seminar juga nak bincang keharmonian kaum. Memang baik. Kenapa dijemput Melayu saja, tak jemput Cina, India, Singh sama? Melayu kah punca tak harmoni kaum?.

Inilah persepsi jahat Wadah-ABIM terhadap Melayu. Sebab itu dibuat program khas untuk Melayu. Kalau berani, buatlah program khas macam ni kepada Kit Siang, Singh, Bian Baru, Nair, Ronie, Ely Wong, Ambiga dan segala musyrikun tu, cerita kat mereka, merekalah sebenarnya punca segala kejahatan di Malaysia ni.

Tuntut yang bukan hak mereka. Hak Melayu pun mereka kebas. Apa Anwar-Abim-Wadah buat? Nak buat apa? Cina tauke Genting dah bagi pompuan kat Anwar jadi pasangan menari, apa nak kata lagi. Setujulah. Tengok youtube.

Cina ni bangsa yang tak sedar diri. Beri betis nak paha!.

Gadai Agama

Abim jangan terikut-ikut cara Anwar. Dia sudah gadai agamanya untuk sebuah kerusi yang bakal reput.

Dialah yang kata Lina Joy bebas murtad; dialah yang desak kerajaan lepaskan Bible dalam bahasa Melayu; dialah yang perjuangkan supaya orang bukan Islam boleh kongsi guna kalimah Allah Yang Maha Suci itu.

Siapa yang provoke orang Melayu kalau bukan si Anwar ini ? Bila Melayu bangkit pertahankan yang hak, dia tuduh Melayu-Islam tak harmonilah, sempitlah, jumudlah dan sebagainya.

Dialah punca sebenarnya masyarakat tidak harmoni. Ini terbukti. Dia dah buat. Abim kena peka dan fikir. Dia dah berjaya pecah-belah Abim, dah rosakkan PAS dan sekarang nak hancurkan Melayu dan Islam seluruhnya pula.

ABIM tak boleh baca? Buatlah program perbetulkan pemikiran Wadah-Abim-PKR. Jangan salahkan Melayu.

Cukuplah. Cukup. Bebaskan dari cengkaman Anwar-Sidik.

Kembalilah kepada Islam!.

Good Governance and Transperancy

ABIM perlu buat program ajar orang bukan Islam supaya mereka benar-benar faham yang Islam tu sumber manhaj hidup untuk semua manusia; untuk solidariti, keadilan sosial dan kedewasaan berpolitik dan menjamin kegemilangan manusia dan kemanusiaan.

Ia memberi kebebasan dan menghormati prinsip kebebasan komprehensif seperti yang tercatat dalam Piagam Madinah yang unggul itu.

Islam dah sempurna, tidak perlu lagi ideologi lain menempel. Huraikan kepada yang bukan Islam itu, Islam yang sebenar bukan Islam versi Anwar. Beri tahu kedudukan dan hak mereka yang sebenar berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Minta yayasan Yahudi-Kristian yang sponsor IKD tu, sponsor program macam ni. Kalau mereka mahu sponsor, amat bertuahlah dan kami tabik kat Wadah-Abim (bukan tabik kat bangkai Beng Hock yang bunuh diri tu macam Anwar, Azmin, Salahudin PAS – ada dalamyoutube. Sidik pun bela Beng Hock walupun dia tak tabik macam mereka ni. Amati tulisan dia).

Buat program Siyasah Syari‘ah kepada musyrikun tu. Demokrasi yang diperjuangkan Wadah-ABIM ini, nak bela dan junjung Anwar saja. Anda adalah alat untuk mengesahkan diktatortotaliter Anwar. Ada kuasa tanpa akhlak dan kawalan Syari‘at.

Ia bermula dengan satu pemikiran dan fahaman Liberalisme yang membuka luas pintu kejahatan – kerosakan akhlak dan hukum hakam dan memonopoli kuasa secara mutlak seperti dalam kes penentuan pemilihan dua ketua parti yang disebut sebelum ini.

Maka undang-undang tubuh parti PKR yang sepatutnya sebagai pengawal, tidak diendahkannya. Anda yang dikenali sebagai orang dakwah sepatutnya rasa malu kepada Zaid Ibrahim, yang Anwar tuduh dia macam-macam buat maksiat, lebih peka dengan isu transperansi, walaupun anda dah buat program Good Governance and Transperancy, tapi anda tetap tak nampak.

Bukalah matamu sedikit. Lihat dunia luar anda.

Demokrasi Islam yang Anwar bawa ini, terlalu amat jijik dibandingkan dengan mana-mana diktator, kerana dia berhujah atas nama Siyasah Syar‘iyyah Islam dan kebebasan mutlak. Ini ada kaitan dengan penolakan mabda’ kebebasan seperti dalam Syari‘at.

Demokrasi yang anda anuti ialah Demokrasi Mazhab Anwar yang asas demokrasinya ialah hawa nafsu, yang memberi legitimasi bagi penyelewengan-penyelewengan ‘aqidah sebab Anwar adalah seorang Pluralis.

Program Wadah-Abim ini, tiada kaitan langsung dengan Siyasah Syari‘ah. Bagaimana boleh ada Siyasah Syari‘ah sedangkan undang-undang tubuh PKR tidak Syar‘ie. Abim bela parti paling sekular di Malaysia, PKR.

PKR Parti Islam ?

Siapa kata PKR parti Islam? Anwar sendiri tak mengaku, ABIM pulak mengaku!

Nizom Islam ialah nak bina kuasa dan digunakan untuk jaga hak-hak manusia dalam batas Syari‘at, bertujuan menjamin hurumat manusia yang merangkumi ‘aqidah, jiwa-ruh, maruah dan harta; dan juga keselesaan hidup seperti yang terkandung dalam al-Qur’an, Sunnah dan Ijma‘. Jadi, Islam adalah nizom yang sempurna.

Anda tak berjuang nak daulatkan Islam seperti yang dicakap selama ini, tapi berjuang nak daulatkan Anwar.

Nak jayakan ini, kena ada hisbah iaitu mekanisme memperbaiki keadaan pemimpin dan masyarakat dan membersihkanya dari kemungkaran.

Bolehkah Wadah-Abim menjadi sebahagian dari mekanisme hizbah untuk mengawal perjalanan hidup Anwar seperti mana anda mahu mengawal penyelewengan lawan politik Anwar? Anwar mahukah perkara ini?.

Anwar cakap pasal leadership and change. Berubah ke mana?. Dari Islam kepada Jahiliyah? Itu yang berlaku pada dia. Standard moral, hukum, ‘akidah dan syari‘at dia ialah Barat-Yahudi.

Dia nak Abim-PKPIM berubah macam dia. Tak cakap pasal Islam lagi. Tengok siapa sahabat dia. Semua Yahudi. Dia kawan dengan orang agama setakat nak tutup pekong busuk dia saja. Abim kena teliti. Dia tak berhak cakap sebagai pemimpin gerakan Islam. Parti dia tu sekular totok!.

Saudara terhormat,

Anda semua tidak bersalah. Anda kena cari jalan keluar dari cengkaman Anwar-Sidik. Abim tak perlu Wadah, Wadah yang perlu Abim. Kembalikan Abim sebagai gerakan yang independen dan non partisan yang bercakap atas kebenaran.

Dakwah kita mencabar sekarang. Ummat menunggu pimpinan yang solih!. Anda sebahagian dari rangkaiannya.

Selamat bermuktamar!

*Dari Azizi Mokhtar yang dihantar kepada AIDC (aidceditor@yahoo.com)

ABIM GESA AMBIL TINDAKAN TEGAS PENYIARAN BAHAN LUCAH DI MEDIA MASSA


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengutuk tindakan penyebaran video seks bahan lucah secara terbuka menerusi laman web video Youtube (video) dan akhbar tempatan. Sesungguhnya perbuatan serta tindakan ini sangat keji dan menunjukkan betapa rendahnya nilai moral dalam masyarakat Malaysia. Penyiaran ini bertentangan sama sekali dengan ketetapan serta prosiding yang telah ditetapkan oleh undang-undang negara, di samping secara langsung mencabar autoriti pihak berkuasa yang berkenaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Di samping itu, ABIM juga menilai penyiaran video ini akan meninggalkan kesan yang negatif terhadap pembentukan tatasusila serta moral masyarakat di negara ini. Kegiatan ini jika tidak diambil tindakan akan menjadi "prisidion" bahawa penyebaran bahan lucah adalah suatu yang sah dan tidak melanggar undang-undang negara. Perkara sedemikian rupa tidak pernah berlaku sepanjang catitan sejarah politik Malaysia. Ini sekaligus membangkitkan persoalan kepada kita ; apakah norma-norma sedemikian ingin kita tonjolkan dan hidangkan kepada generasi muda dan masyarakat dalam dan luar negara sebagai satu keperluan kepada usaha pembangunan negara ini?

Secara prinsipnya ABIM sangat kecewa terhadap penyebaran ini kerana menambahkan satu lagi episod duka dan hitam dalam sejarah negara kita. Sedang masyarakat berbicara dan berbahas usaha membenteras gejala sosial di dalam masyarakat, pada masa yang sama kita membuka ruang kepada percambahan perbincangan perkara tak bermoral dari sudut penyebarannya.

ABIM juga ingin menegaskan kepentingan nilai, prinsip dan etika kewartawanan dan penyiaran yang harus dijunjung di kalangan pengamal media kerana mereka memikul tanggungjawab sosial yang sangat berat. Keutuhan prinsip Rukun negara bagi menjaga "Kesopanan dan kesusilaan" perlu diterjemah di dalam tindakan segenap masyarakat malah ia berkait juga dengan "Kedaulatan undang-undang" sebagai elemen pembangunan negara.

Sehubungan dengan itu, ABIM menggesa PDRM supaya mempercepatkan proses siasatan mengenai penyebaran video seks tersebut, di samping mengenal pasti individu yang terlibat untuk dibicarakan menerusi pengadilan yang telah ditetapkan dengan segera. ABIM ingin menegaskan menolak sebarang provokasi untuk mengaibkan peribadi seseorang memandangkan perbuatan tersebut adalah haram dan bertentangan sama sekali dengan ajaran Islam.
"Menegakkan Kebenaran Dan Keadilan"

Dr. Muhamad Razak Idris,
Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Pemimpin Islam Libral mengunxi ABIM


Opsss
DAH AGAK !! kesihan Melayu !@!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...