“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

18 December 2011

Anak-anak Komunis, Anwar mulakan langkah pertama huruharakan negara.

PROVOKASI anjuran Pakaran Rakyat untuk menimbulkan persengketaan dan permusuhan. Gerak kerja ala gestapo ini telah dijangka, malah akan menjadi lebih hebat selepas ini menjelang hari akhir Anwar hidup bebas. Satu usaha dilakukan sebagai permulaan mencetus suasana genting dan membangkitkan perasaan berani dikalangan pengikutnya.

Bendera yang tertera gambar presiden UMNO yang juga Perdana Menteri telah diturunkan dari tiang bendera di PWTC. Ia diganti dengan satu bendera lain untuk menghina Najib selaku Perdana Menteri. Ada laungan mendesak Najib meletak jawatan.

Mengapa mereka begitu berani? Anak-anak muda dipergunakan untuk melaksanakan kerja jahat ini. Apa yang anak-anak muda ini tahu? Ya, satu bukti mind control pemimpin PR terhadap pelajar Universiti telah menjadi. Satu siasatan wajar dilakukan untuk mengenal pasti siapa mereka semua dan kenapa mereka lakukannya. Saya kira ini juga satu jenayah terancang, perbuatan khianat bagi menimbulkan sengketa. Akan berlakukah peperangan fizikal antara UMNO dan PKR ini?

Siapa dalang?

Anda kenalkah siapa mereka semua? Hanya seorang sahaja dewasa dan berwajah selamba, yang lain seperti budak-budak sekolah berwajah cemas dengan mata meliar kerisauan... ketakutan? Takut-takut berani.

mungkah dia orangnya bersama pelajar?

Budak-budak ini (solidariti?) sebenarnya tidak akan berani melakukan sabotaj ini, kecuali ada sesaorang yang berdiri dibelakang mereka. Siapakah dia? Aziz Bari atau AMK atau IKD? Siapapun mereka, ia tentu ada kaitan dengan 9 Januari nanti. Tiupan semangat untuk rusuhan jalanan menghalang pemenjaraan Anwar.


Anwar semakin nekad.




Bendera di Ibu Pejabat UMNO telah diturunkan oleh sekumpulan pelajar. Mereka rupanya lebih berminat melakukan penentangan kepada kerajaan berbanding dengan belajar.  Kelembutan dan tolak ansur  pemerintah telah membuatkan mereka lebih berani melakukan kerja gila. Budak-budak ini masih belum kenal dan merasai kesusahan hidup, dengan angkuhnya menjadi anjing peliharaan penjenayah menghuruharakan negara. Sesuatu yang amat memalukan orang Melayu.

didikan anwar?

Kalau dilihat dari apa yang terpampang didahi para mahasiswa yang tiada maruah ini, jelas mereka memakai lilit kepala bertulis "BEBAS". Kononnya berjuang untuk solidariti dan kebebasan mahasiswa. Nak bebas macam mana lagi? Nampaknya mereka bijak mengatur strategi. Ia digunakan untuk mengelabui niat sebenar. Apa makna yang terselindung? Itulah permulaan kempen untuk perarakan dan huru hara menjelang 9 Januari nanti. Untuk gerakan bebaskan Anwar. Pastinya semakin hari akan semakin ganas jika polis dan pasukan keselamatan membiarkan sahaja penjenayah yang menceroboh bangunan UMNO.

Saifuddin mererima memorandum dengan senyuman 
lihat yang lainnya, wajah takut dan cemas

Jelas bahawa ia sememangnya dirancang. Apa yang menarik ialah bagaimana Saifuddin Abdullah terlibat sama, kenapa dia diserahkan memorandum ? Sebenarnya ia bukanlah bertujuan hanya mengkritik AUKU yang berada dibawah tanggungjawab Saifuddin. Ia hanya gimik. Saifuddin pula ke depan menyambut para pelajar itu. Satu kebetulan? Semakin hari semakin jelas permainan Saifuddin. Adakah Saifuddin juga ada kaitan dengan perjuangan untuk bebaskan  Anwar? Sebelum ini ada desas desus mengatakan Saifuddin ini adalah orang Anwar yang berada dalam kem UMNO.

pelakon tambahan?

Ada maklumat mengatakan Aziz Bari yang meninggalkan UIA telah mengerah anak didiknya melakukan kerja gila ini. Tetapi tidak mustahil ia adalah kerja pegawai tertinggi PKR.

Soros telah mengajar Anwar bagaimana memulakan revolusi untuk merampas kuasa.. Dia nekad. Dari masuk penjara atas sebab liwat, lebih baik mencuba huruharakan negara. Dia akan menjadi hero kepada pemberontak ala Libya. Bukan begitu?

Kemarahan UMNO memang ditagih. Pergaduhan besar akan diharapkan, mungkin juga samseng professional telah diupah untuk keruhkan lagi kerajaan. USA akan kata Malaysia melakukan kezaliman terhadap rakyatnya sendiri.  Jika ada pertumpahan darah, ia menjadi satu kelebihan. Tak tumpah dengan apa yang berlaku di Mesir, Libya, Yaman dan Syria. Anda boleh nampak?

Menjelang 9 Januari akan berlaku pelbagai tindakan provokasi dan akhirnya perarakan demonstrasi besar-besaran pada tarih tersebut. Huru hara dan penggulingan kerajaan Najib atas desakan PBB.

Kita tunggu apa kata Najib, apa kata Hishamuddin, apa kata Khairi Jamaluddin.

Kita akan lihat sejauh mana kebijakan Najib selesaikannya setelah maruah dirinya UMNO dan kerajaan dicabar. Andai tindakan keras dilakukan, pasti akan disusuli tindakan yang lebih hebat dari mereka. Sebaliknya bila berlembut, Najib akan dinilai sebagai pengecut dan sekaligus mengecewakan penyokongnya.

Apa akan berlaku pula selepas ini?

Berita dari KLpost.com
KUALA LUMPUR, 17 Dis —Kumpulan mahasiswa yang terdiri gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) bergerak menuju ke bangunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dari Masjid Jamek dengan membawa sepanduk antaranya bertulis “Mahasiswa Bukan Robot, Mansuhkan AUKU, Bebaskan Mahasiswa Berpartisan dalam Politik”. Mereka kemudiannya duduk di atas jalan raya di Jalan Sultan Ismail berhadapan bangunan Suhakam sambil diawasi kira-kira 15 anggota polis berpakaian uniform. Kumpulan mahasiswa ini turut melaungkan “hidup-hidup, mahasiswa, hidup-hidup kebebasan, mansuhkan AUKU sambil diselang-selikan dengan ucapan daripada wakil-wakil persatuan mahasiswa daripada institusi pengajian tinggi seluruh negara.

Setelah kira-kira 30 minit berdemonstrasi di kawasan pejabat Suhakam, kumpulan mahasiswa kemudiannya bergerak ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk mengadakan demonstrasi dan menyerahkan memorandum kepada Umno.

Peserta Demo dilihat menurunkan bendera Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak yang berada ditiang hadapan pejabat UMNO Pusat disini. Peserta kemudiannya menaikkan bendera Soladitari Mahasiswa Malaysia bagi menggantikan bendera Najib Razak.


"Setelah kira-kira 30 minit berdemonstrasi di kawasan pejabat Suhakam, kumpulan mahasiswa kemudiannya bergerak ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk mengadakan demonstrasi dan menyerahkan memorandum kepada Umno".

Pelik kan? Kenapa serah memo kepada UMNO bukannya kerajaan atau BN?  UMNO sengaja dijadikan sasaran. UMNO yang dicari. Muslihat dalam terang, mencabar kesabaran UMNO.

4 comments:

  1. Saifuddin Timbalan Menteri ini fikir dia lebih besar daripada UMNO, dan lebih besar daripada orang Melayu. Dia bukan sahaja adek kembar al-Juburi, malah adik kembar segala musuh Melayu.

    ReplyDelete
  2. Selepas ini pasti BAJUMERAH yg diterajui oleh AGEN lain akan bersuara atau protes. Kita saksikan.

    MD

    ReplyDelete
  3. Terima kasih MataDua, Saya sependapat dengan anda. Baju merah juga dibawah kawalan proksi .... Begitulah cara mereka lahirkan kekacaauan.

    ReplyDelete
  4. pembangkang dgn kerajaan sama je,nak tanya sokong umno ke?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive