“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

14 August 2015

kisah SUAMI ROSMAH (RM)



EDISI AMBECOW.
RESOLUSI SIAPA YANG ARAH BUNUH ALTANTUYA DIPERSIDANGAN UMNO???


AHMAD Baharom Creation


EDISI AMBECOW.

RESOLUSI SIAPA YANG ARAH BUNUH ALTANTUYA DIPERSIDANGAN UMNO???

Apabila Suami Rosmah merayu-rayu

Ketika tulisan ini digarap, Suami Rosmah iaitu suami kepada Rosmah Mansor sedang kepanasan. Suami Rosmah yang juga presiden parti United Malays National Organisation sedang diserang oleh ahli parti sendiri. Suami Rosmah ini sedang terkepung oleh perbuatan sendiri.

Serangan Umno Pagoh minggu lalu ke atas suami Rosmah amat-amat difahami. Ketua parti Ketuanan Melayu bahagian Pagoh ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri.

Pastilah warga Pagoh marah kerana anak watan Pagoh telah ditendang keluar dari menjadi menteri kabinet. Justeru, mesyuarat bahagian Pagoh telah digunakan untuk menyerang suami Rosmah n mempertahankan Tan Sri Muhyiddin.

Perkara yang sama juga berlaku dalam mesyuarat bahagian Kluang, malah lebih memeranjatkan. Bukan sahaja kepimpinan suami Rosmah telah dipertikaikan, satu cawangan United Malaya National Organisation Kluang telah meluluskan ketetapan yang meledakkan suasana. Cawangan ini mengajukan resolusi: Siapa beri arahan bunuh Altantuya?

Untuk pertama kalinya satu cawangan United Malays National Organisation secara rasmi telah membawa resolusi berhubung isu Altantuya ke dalam mesyuarat resmi parti. Nama Altantuya ini bersabit rapat dengan suami Rosmah. Mengikut akuan bersumpah PI Bala yang pertama, Altantuya adalah penyedap Suami Rosmah.

Mengajukan resolusi Altantuya bukanlah tindakan mencari pasal. Bahagian ini menimbulkan isu Altantuya ini secara sedar sebagai senjata ampuh untuk menyerang suami Rosmah. Ini satu serangan berbisa dari penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Apakah resolusi Altantuya ini akan sampai ke persidangan agung parti ketuanan Melayu? Kita lihat dan tunggu. Apa yang jelas, suami Rosmah kini kepanasan.

Minggu lalu rakyat Malaysia terbaca berita bagaimana suami Rosmah turut dimalukan secara terbuka di Pasir Gudang, Johor.

Tendangan dari Johor

MB Johor Khaled Nordin selaku tuan rumah dalam ucapan pembukaan tanpa segan silu telah menyatakan bahawa suami Rosmah yang juga presiden parti, yang juga perdana menteri, tidak ada jemputan rasmi untuk datang bertandang ke Pasir Gudang.

Suami Rosmah mengikut kata Khaled Nordin telah menjemput dirinya sendiri. Ini satu ucapan yang amat jobo. Ucapan sedemikian bukan lagi satu tamparan tetapi jelas satu tendangan dari Bangsa Johor terhadap suami Rosmah.

Dari klip video mesyuarat Pasir Gudang kelihatan suami Rosmah berapi-api menjual propaganda BR1M. Sayangnya ahli parti dalam dewan tidak ambil pot. Luka bertambah sakit apabila suami Rosmah melaung bertanya “hendak BR1M lagi atau tidak?”, tiba-tiba ramai yang menjawab “tidak”.

Walaupun dimalukan dengan laungan “tidak” ini, suami Rosmah tetap cuba berpolitik dengan menerangkan bahawa ada lagi kes yang lebih besar dari kes 1MDB, seperti kes syarikat penerbangan MAS.

Tetapi suami Rosmah enggan membuka kesah ini untuk menjaga parti. Tiba-tiba terdengar laungan dari dalam dewan: “Buka... Buka... Bukalah pekung”.

Di Pasir Gudang, pada awalnya suami Rosmah diumumkan akan mengadakan sidang akhbar . Tetapi selesai memberi ucapan suami Rosmah telah lari keluar dewan tanpa meneguk air. Sidang akhbar dibatalkan kerana suami Rosmah cabut lari.

Semua ini bukan fitnah pembangkang. Semua ini bukan fitnah dari Wall Street Journal. Semua ini bukan fitnah dari portal Sarawak Report. Tidak ada agenda Yahudi di sini. Ini adalah fakta dan babak politik yang telah berlaku. Semua ini adalah serangan ahli parti United Malays National Organisation terhadap Suami Rosmah.

Apa yang sedang berlaku sekarang bukan satu pekara yang baru. Ini adalah sambungan dan rentetan dari beberapa babak yang terdahulu. Pemain utama ialah Tun Dr Mahathir Mohamad bekas PM Malaysia.

Hasrat Tun Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir mahu suami Rosmah mengundur diri dari menjadi PM. Mengikut logik Tun Dr Mahathir, jika suami Rosmah terus menjadi PM dan memimpin United Malays National Organisation maka parti ini akan kalah dalam PRU14.

Prestasi dan keupayaan suami Rosmah telah diukur oleh Mahathir dalam PRU13. Terbukti dalam PRU13 suami Rosmah kehilangan lebih banyak kerusi berbanding dengan Abdulah Badawi yang terkenal dengan tidurnya.

Tun Dr Mahathir Mohamad sedar jika United Malays National Organisation kalah dalam PRU14 maka malapetaka akan sampai. suami Rosmah dan konco-konconya pasti akan ditangkap untuk didakwa.

Sebelum Muhyiddin dan Shafie Afdal digugur dari kabinet ada dua lembaga sedang menyiasat kes 1MDB. Jawatankuasa Parlimen dan SPRM membuat siasatan secara rapi. Umum mengetahui bahawa tali jerutan siasatan ini semakin rapat ke leher suami Rosmah.

Beberapa sosok penting yang bersangkutan dalam SRC International (anak syarikat 1MDB) telah hilang melarikan diri. Yang lain telah memberikan keterangan. Hakikatnya SPRM telah mendapat bahan bukti yang diperlukan.

Ini menunjukkan bahaw, Pejabat Peguam Negara telah bersedia untuk mendakwa suami Rosmah atas dakwaan pecah amanah kerana duit dari syarikat kerajaan masuk ke dalam akaun peribadi Suami Rosmah. Khalas. Period.

Jangan silap faham – memang betul ada RM2.6 bilion masuk ke dalam akaun suami Rosmah. Ini duit dari luar negara. Agak susah untuk dicari salasilahnya.

Apa yang sedang disiasat ialah dakwaan duit jutaan ringgit dari Syarikat SRC International – anak syarikat 1MDB – masuk ke akaun suami Rosmah.

Suami Rosmah serang balas

Justeru pegawai dari syarikat ini lari menghilangkan diri. Dua di antara pegawai SRC International dikehendaki oleh Bank Negara. Mereka lari untuk menyelamatkan suami Rosmah.

Sebelum surat dakwaan Peguam Negara sampai ke tangan suami Rosmah, dengan licik suami Rosmah telah menyerang balas. Rombakan Kabinet dilakukan, jawatankuasa kira-kira wang negara Parlimen disabotaj dan SPRM diganggu-gugat. Peguam Negara dipaksa bersara. Pengarah SPRM dicutikan ke Amerika.

Dengan sekelip mata suami Rosmah selamat. Apakah betul suami Rosmah selamat? Apakah bangkai rasuah 1MDB dapat ditutup?

Surat dakwaan ke atas suami Rosmah dari pejabat Peguam Negara tiba-tiba bocor. Dengan pantas suami Rosmah berkata ini surat dakwaan palsu.

Yang menjadi lawaknya, ada pula ahli majlis tertinggi parti ketuanan Melayu menuduh semua yang berlaku ini adalah rancangan Yahudi. Ini kerana Sarawak Report berpusat di London dan Wall Street Journal di New York.

Tidak cukup dengan menyerang Yahudi, lembaga SPRM pula diserang. Pegawai SPRM ditangkap, ditukar dan diugut. Semua ini dilakukan dengan niat agar siasatan ke atas suami Rosmah dihentikan.

Sayang seribu kali sayang, semua ini tidak meredakan serangan terhadap suami Rosmah. Facebook, Twitter, portal berita dan blog terus menyerang. Lawak jenaka terhadap suami Rosmah makin menjadi-jadi dalam alam siber.

Akhirnya media baru berjaya memunculkan satu persepsi bahawa Suami Rosmah suami Rosmah tidak boleh lagi dipercayai. Suami Rosmah ini sedang membawa malapetaka kepada Malaysia.

Malaysia sedang menuju ke arah negara gagal jika Rosmah dan suaminya terus berkuasa. Persepsi ini menular luas.

Rayuan Suami Rosmah

Laporan berita mesyuarat bahagian parti Ketuanan Melayu yang sedang berjalan memperkukuhkan lagi persepsi ini. Pegawai-pegawai kerajaan mula melihat bahawa parti United Malays National Organisation ini semakin lumpuh dan wajib diganti. Orang-orang kampung mula bersembang kosong tentang Rosmah dan suaminya.

Suami Rosmah sedar akan bahaya persepsi ini. Justeru minggu lalu dalam mesyuarat bahagian Bandar Tun Razak, si Suami Rosmah ini merayu agar ‘pejuang siber’ parti ketuanan Melayu bangun menyerang mempertahankan presiden parti.

Suami Rosmah ini bermimpi dan berharap ahli-ahli partinya akan mengikut perangai ahli dan penyokong pembangkang yang terus menerus mempertahankan Anwar Ibrahim dalam apa sahaja keadaan.

Apabila suami Rosmah merayu dan bermimpi seperti ini maka umum melihat ini sebagai tanda-tanda bahawa nafas suami Rosmah semakin sesak. Hari-hari akhir semakin dekat.

Pada tahap ini, persepsi yang diwujudkan melalui ruang siber telah merebak dan mempengaruhi golongan perniagaan. Nilai ringgit berbanding dengan dolar semakin susut. Di sempadan Siam dan di Kota Jakarta, pengurup wang mula enggan menerima ringgit. Mereka tidak mahu rugi kerana nilai tukaran ringgit terus merudum.

Dalam masa yang sama di Bursa Saham Kuala Lumpur saban hari nilai saham jatuh beberapa mata. Semua ini memperkuatkan lagi persepsi bahawa suami Rosmah tidak ada pilihan melainkan berundur.

Lalu timbul soalan untuk Suami Rosmah:

Suami Rosmah telah menerangkan kepada rakyat Malaysia bahawa duit sebanyak 700 juta dolar bersamaan RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadinya itu sebenarnya adalah wang derma.

RM (Rosmah Mansor) bersama beberapa muka penting
dalam bisniss emdibi. Agak2 siapa sebenarnya yang jadi 
pengurus syarikat multi billion ni?


Ya ampun ya maulana – jika duit ini duit derma kenapa tidak diumumkan pada hari pertama berita ini meledak dalam Wall Street Journal? Kenapa baru sekarang hendak diterangkan?

Ya ampun ya maulana – jika duit RM2.6 bilion ini wang derma kenapa pula Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal ditendang keluar dari kabinet?

~ Copy n Paste ~

12 June 2015

Demi selamatkan rahsia 1MDB Najib hancurkan perjuangan Tun M


Penasihat baru selain APCO


Yahaya Ismail said:

Zionisme. Kononnya ada pegawai APCO, sebuah syarikat gergasi yang dikuasai Zionis bertaraf antarabangsa, pernah dilantik Najib sebagai consultant perhubungan awam. Bila didedah oleh berbagai pihak Najib dikatakan membatalkan APCO. Tapi dua orang bekas pegawai APCO dikatakan dilantik oleh Najib sebagai consultantnya/ Matsalleh itu juga pro Zionis. 

Selain dari itu kononnya ada seorang matsalleh lagi dilantik Najib sebagai consultant juga. Orang British ini dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Tony Blair, mantan PM, Britain, yang menjadi anjing Bush dan pro Zionis.

Tanya Najib mengapakah dia melantik consultant asing yang ada hubungan dengan Zionis? Bukankah Zionisme itu musuh Islam? Bukankah negara Malaysia ini negara Islam? 

Consultan matsalleh yang pro Zionis ini memang mahu hancurkan Tun M kerana Tun M begitu lantang mengecam kerajaan Bush dan Zionis. Yayasan Global Tun M pernah mengadakan persidangan antarabangsa menghukum Bush dan Tony Blair sebagai penjenayah perang. 

Sekarang puak Zionis ini menggunakan Najib yang anti Tun M untuk membantu Najib hancurkan perjuangan Tun M yang anti US dan Zionis itu.

Nah, tanya Najib apakah dia sanggup bersekomgkomg dengan Zionis untuk menentang gerakan rakyat yang menyokong Tun M? Bukankah Najib sudah menjadi talibarut Zionis? 

Segala serangan terhadap Tun M melalui media perdana dan TV3 dikatakan adalah atas arahan puak Zionis dan juga cina Lim Kok Weng yang dilantik Najib sebagai consultantnya juga. 

Alat zionis hancurkan Malaysia.. atas bantuan Najib


Nampak sekali Najib tidak yakin dengan consultant Melayu untuk memapahnya. Dia sanggup bayar berjuta ringgit kepada golongan Zionis dan Cina kerana agenda Najib dengan geng Zionis dan Cina itu sama saja - hancurkan Tun M yang membawa aspirasi rakyat Malaysia yang mahu Najib meletak jawatan secara terhormat. 

Apakah Najib:"nothing to hide" pada rakyat Malaysia atau dia punya banyak "to hide" dari pengetahuan rakyat khasnya ahli-ahli UMNO sendiri.


23 April 2015

Kecewa Jambatan Bengkok - Tun M




Tulisan Terbaru Tun M Di Dalam Blog Che Det.

(Terjemahan ke Bahasa Melayu Oleh Mohd Hanizam Yunus a.k.a Bluee Oocean)

1. Ramai yang percaya saya begitu marah apabila jambatan bengkok tidak di bina sehingga meminta Najib untuk meletak kan jawatan.

2. Saya bukan lah seorang yang tidak rasional. Memang saya kecewa terutama apabila Najib terpaksa merayu kepada PM Singapura untuk membina jambatan tersebut dan kemudian rayuan tersebut di tolak. Amat memalukan apabila kita tidak berani membina jambatan di negara kita sendiri tanpa terlebih dahulu memohon kebenaran dari Singapura.

3. Episod yang memalukan ini tidak cukup bagi saya untuk meminta Najib meletak kan jawatan. Najib adalah anak kepada Tun Razak, orang yang bertanggungjawab melonjak kan saya sehingga menjadi Perdana Menteri. Dan di sebabkan itu dan di sebabkan Najib menunjukan prestasi yang baik semasa saya menjadi Perdana Menteri, maka saya mahukan Najib menjadi Perdana Menteri. Dan rakyat tahu saya berusaha keras untuk menjadikan Najib Perdana Menteri dengan memberi tekanan kepada Abdullah untuk melantik beliau sebagai TPM supaya dia boleh menjadi PM selepas Abdullah.

4. Tetapi Najib setelah menjadi PM gagal di dalam banyak perkara. Selain dari jambatan bengkok dia juga pada awal nya tidak meneruskan pembinaan landasan berkembar dari JB ke Padang Besar yang telah di persetujui tetapi di gugurkan oleh Abdullah. Dengan cuma RM14 billion kedua projek tersebut sepatut nya boleh di siapkan pada tahun 2010. Terdesak dengan permintaan, beliau akhirnya meneruskan pembinaan landasan berkembar tetapi dengan kos nya yang bertambah sebanyak RM12 billion lagi. Kita kehilangan banyak wang.

5. Kemudian beliau mula melantik budak budak tingkat empat nya termasuk beberapa kakitangan berbangsa British untuk menasihatkan beliau bagaimana untuk mentadbir negara ini. Dan mereka berbelanja lebih dari RM7 billion untuk mengaji penasihat penasihat dari negara asing tersebut. Kita telah merdeka sejak tahun 1957 dan mengusir penasihat penasihat British. Kita berjaya tanpa mereka. Najib seolah olah tidak percaya pada keupayaan rakyat Malaysia untuk membangunkan negara.

6. Tanpa menghiraukan EPU dan jabatan kerajaan yang lain dia menubuhkan sebuah agensi bagi merancang pembangunan negara ini. Agensi tersebut di ketuai bukan oleh penjawat awam dan gaji yang di bayar jauh melebihi gaji yang di bayar kepada kakitangan kerajaan.

7. Kakitangan kerajaan tidak gembira. Pada masa lampau mereka bersendirian merubah negara ini dari sebuah negara sedang membangun ke sebuah negara berpendapatan sederhana. Tetapi sekarang perkhidmatan, kepakaran dan pengalaman mereka tidak lagi di perlukan.

8. Mereka sentiasa setia kepada kerajaan BN. Tetapi sekarang ramai tidak lagi menyokong kerajaan. Malah setelah bersara ada yang menyertai pembangkang dan menjadi calon mereka di dalam pihanraya.

9. Akibat dari peranan yang di beri kepada agensi baru tersebut maka polisi kerajaan pun berubah. Agensi tersebut memberitahu Najib bahawa penolakan Abdullah pada tahun 2008 adalah berpunca dari kaum cina yang tidak menyukai Dasar Ekonomi Baru. Maka untuk menang Najib haruslah mengetepikan DEB dan lebih menyokong kaum Cina dan India.

10. Dia mengurangkan tempat bagi bumiputera di dalam Universiti kerajaan walaupun di dalam universiti swasta, jumlah pelajar bumiputera tidak sampai 10%. Kontraktor dan perniagaan kecil bumiputera tidak lagi mendapat perhatian kerajaan. Ramai terpaksa menghentikan perniagaan mereka.

11. Walaupun tidak di terjemahkan secara langsung, Najib tanpa kita sedari telah memperkenalkan slogan Malaysian Malaysia pembangkang dengan mengelar nya 1 Malaysia.

12. Tunduk kepada kemahuan pembangkang,beliau telah memansuhkan ISA dan membebaskan penjenayah penjenayah di bawah Kediaman Terhad. Kadar jenayah meningkat mendadak.

13. Beliau kemudian mula memberi wang kepada rakyat, bukan sahaja kepada individu berpendapatan RM3000 kebawah tetapi juga kepada persatuan persatuan dan sektor korporat. Berbillion di belanjakan.

14. Perhimpunan demi perhimpunan di adakan. Penganjur di arahkan untuk mengumpulkan 10,000 peserta. Mereka di beri makanan, elaun dan kenderaan untuk ke tapak perhimpunan di mana mereka di berikan sepanduk yang tertera ayat “Saya Sayang PM’. Lagu 1M4U (Saya untuk Anda) di gubah dan di nyanyikan malah pada perarakan hari merdeka.

15. Tetapi di sebalik semua itu kaum Cina masih enggan menyokong Najib. Mereka beramai ramai menyokong pembangkang dan prestasi beliau pada PRU ke 13 lebih teruk dari Abdullah.

16. Orang Melayu juga tidak menyokong Najib. Selangor yang di ketuai beliau kalah lebih teruk berbanding tahun 2008. Melayu yang menyokong BN hanya lah sebab mereka takut Anwar akan melantik Kit Siang sebagai TPM.

17. Namun di sebalik semua itu saya terus menyokong Najib. Di dalam beberapa pertemuan dengan beliau, saya beritahu bahawa strategi yang di gunakan beliau adalah salah tetapi pendapat saya tidak di hiraukan. Sebelum pilihanraya 2013 saya pernah memberitahu beliau bahawa jika prestasi beliau lebih teruk dari Abdullah maka beliau harus lah meletak kan jawatan.

18. Tetapi apabila beliau gagal saya memberitahu rakyat supaya terus menyokong beliau. Di sebalik apa pun yang berlaku saya bersedia untuk menyaksikan beliau terus kekal mengetuai BN pada PRU ke 14.

19. Tetapi hari ini dengan segala kontroversi yang melanda, saya yakin BN akan tewas jika masih di terajui oleh beliau.

20. Ada pelbagai perkara berkenaan perwatakan peribadi nya yang pada pendapat saya tidak betul. Tetapi saya bersedia untuk memandang ke tempat lain termasuk lah kehidupan mewah dan keterlaluan beliau beserta isteri.

21. Tetapi apabila beliau tidak boleh menjelaskan kemana hilang nya berbillion Ringgit dan penglibatan beliau dengan individu individu yang meragukan di dalam pengurusan 1MDB, maka saya merasakan beliau tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri bagi negara ini.

22. Di dalam blog saya yang akan datang, saya akan menjelaskan bagaimana berbillion ringgit hilang di bawah Najib.

Semakin jelas cetusan rasa Tun M bahawa dia amat sayang kepada bangsa dan negara. Tidak timbul soal dia merosakkan reputasi DSNR jauh sekali mahu menjatuhkannya. Apa yang dia bangkitkan ialah DSNR semakun lemah dan merugikan bangsa Melayu. 

Dan lagi kita dapat lihat idea Tun M masih relevan ...


TUN DR MAHATHIR jelas seorang pemimpin yang mempunyai visi masa depan yang cemerlang. Visi bagaimana Malaysia dengan menggunakan kelebihan yang ada menjadi lebih mampu bersaing dengan jiran-jirannya di pasaran global. Sesungguhnnya Malaysia memang memiliki kelebihan yang banyak berbanding dengan Singapura , jiran terdekatnnya. Namun Singapura telah mengambil kesempatan daripada kelemahan Malaysia untuk menjadikan kedudukan kita terperuk .

Di tambah dengan kelemahan para pemimpin kita yang banyak tunduk kepada kehendak Singapura. Pembinaan jambatan bengkok mampu untuk menyelesaikan banyak masalah di Selat Teberau. Sesungguhnya Tambak Johor yang dibina pada tahun 1924 oleh pihak British itu telah ketinggalan zaman dan amat tidak sesuai lagi dengan tuntutan semasa. Itu disedari oleh Singapura. Namun kerana langkah-langkah strategik yang lebih menguntungkan Singapura ia dianggap merugikan Singapura dalam persaingannya dengan Malaysia .

Visi Tun M yang sangat bijaksana itu tidak dilaksanakan atau lebih tepat digagalkan oleh para pengganti yang beliau lantik sendiri ke tampuk kuasa. PM Abdullah Badawi membatalkan rancangan membina jambatan bengkok itu.Akibatnya kerajaan terpaksa membayar ganti rugi kepada kontrektor yang telah pun dilantik. Begitu juga dengan PM Najib mendiamkannya atas alasan Singapura tidak setuju. Tun Dr M menyatakan adalah amat memalukan Malaysia apabila tunduk kepada tekanan Singapura.

@@@

Sudahlah mendapat bekalan air dari negara ini, kini mereka menggunakan kemudahan ini untuk mengugut, Atas alasan paip bekalan air tersebut Singapura berpura2 tidak mempersetujui cadangan Malaysia. Padahal mereka ingin menggunakannya sebagai tawar menawar untuk mendapat sesuatu yang lebih besar, sesuatu yang sukar kita terima seperti pembekalan pasir dan laluan jet tentera mereka. 

Dari sini kita dapat melihat kejahatan Singapura dan secara tidak langsung kita juga dapat melihat kelemahan pemimpin kita. Mampukah PM kita melakarkan tekanan kepada Singapura yang selama ini tidak pernah sensitif menjaga keharmunian hubungan? Mereka adalah Yahudi timur? Hanya Tun M sahaja yang berani menyanggah mereka. 

###

ARKIB : 27/06/2010

Sultan mahu jambatan ganti Tambak Johor

JOHOR BAHRU 26 Jun - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini mahu Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan semula rancangan asal pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor.

Sultan Ibrahim bertitah, usaha menaik taraf Tambak Johor dengan membina jambatan tersebut amat penting bagi institusi Kesultanan Johor dan sentiasa ditunggu-tunggu oleh rakyat negeri ini sejak dahulu.

"Saya yakin seluruh rakyat Johor berasa gembira dengan terbinanya bangunan JB Sentral yang serba lengkap dan indah ini, namun masih terdapat kekurangan dan kecacatannya apabila komponen utamanya iaitu jambatan masih belum dilaksanakan hingga hari ini.

"Sekali lagi, saya ingin menyeru kerajaan Persekutuan agar dapat mempertimbangkan rancangan asal pembinaan jambatan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Johor," titah baginda.




24 March 2015

GST - ramai kena sekolah balik..

pinjam artikel tunfaisal, macan bagus jer...



Pelik bila Ku Li tak faham GST dan Laporan Ekonomi



Agak pelik apabila seorang `backbencher' tidak faham dasar kerajaan dan laporan ekonomi. Ada dua kemungkinan, pertama sama ada dia tidak pergi atau malas mendengar taklimat atau dia tidak memahami langsung kandungan taklimat.


Mustahil seorang Ahli Parlimen BN, tidak memahami kebaikan GST terhadap rakyat dan ekonomi negara. Saya yakin semua Ahli Parlimen BN telah memahaminya kerana mereka bertanggung jawab untuk menjelaskan kepada rakyat yang memilih mereka di kawasan Parlimen masing-masing. Tidak pelik jika rakyat Gua Musang tidak memahami GST, kedudukan ekonomi negara dan pelbagai dasar lain serta bantuan-bantuan kerajaan di dalam Bajet 2015, jika ahli Parlimen mereka sendiri, Tengku Razaleigh Hamzah tidak memahaminya.


Dalam satu pertemuan dengan Ahli Parlimen Kota Tinggi, YB Datuk Noorehsanuddin Mohd Harun Narrashid, saya dapat melihat bahawa bukan sahaja mempunyai kefahaman yang begitu jelas mengenai GST, malah dapat menjelaskan GST dalam bahas yang mudah difahami oleh rakyat kebanyakan. Sudah tentu dasar-dasar kerajaan dan pelbagai isu semasa dapat dijelaskan dengan lebih baik jika BN mempunyai lebih ramai wakil rakyat seperti ini.


Sebagai `backbencher', Ku Li sewajarlahnya memahami tujuan utama pelaksanaan GST adalah untuk menambah baik sistem percukaian negara dengan menggantikan SST yang terlalu banyak kelemahan dan tidak dapat dipertahankan lagi.


Salah satu ciri utama GST adalah elemen cukai tidak lagi menjadi sebahagian daripada kos sesuatu barangan dan perkhidmatan. Dengan itu, kos barangan dan perkhidmatan akan menjadi lebih murah dan rakyat tidak lagi dibebani dengan harga yang lebih tinggi akibat cukai berganda dan bertindih.


Ciri GST yang telus pula membolehkan kerajaan mengenal pasti kegiatan mengambil untung yang berlebihan oleh peniaga dan boleh melindungi rakyat dengan lebih mudah melalui Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan.


GST juga lebih adil kepada peniaga yang jujur kerana, tanpa elemen cukai dalam kos, kos pengeluaran peniaga lebih rendah dan ini membolehkan harga barangan dan perkhidmatan mereka menjadi lebih kompetitif.


GST cuma `zalim' kepada peniaga yang tamak, tidak jujur, menipu dan terlibat dalam perniagaan yang tidak berdaftar, haram dan meragukan. GST mengakibatkan peniaga dalam kategori ini tidak lagi boleh menipu rakyat dengan mengambil keuntungan melampau. GST juga mengakibatkan mereka tidak lagi boleh menipu kerajaan dengan mengelak cukai, menipu pengisytiharan harga barangan yang diimport dan dihasilkan, mengutip cukai tetapi tidak menyerahkan kepada kerajaan dan menjalankan perniagaan-perniagaan haram dan meragukan.




Adakah ia lebih baik kepada ekonomi negara? Ya, kerana apabila peniaga yang tamak, tidak jujur, menipu dan terlibat dalam perniagaan yang tidak berdaftar, haram dan meragukan tidak lagi dapat mengelakkan cukai, sudah tentu hasil yang dikutip lebih baik berbanding di bawah SST ketika ini.


Siapakah yang hendak dilindungi oleh Ku Li? Rakyat atau peniaga yang tamak dan menipu ini?


Ku Li juga bercakap seolah-olah ekonomi negara sedang mengalami krisis yang maha hebat. Sekali lagi, amat menghairankan apabila Ahli Parlimen BN sendiri seolah-olah tidak menyedari kewujudan dan tidak membaca laporan ekonomi yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dan penilaian oleh IMF baru-baru ini.


Mungkin Ku Li tidak sedar laporan BNM menyebut:-


1. Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan yang lebih kukuh sebanyak 6.0% pada tahun 2014 (2013: 4.7%), didorong oleh kekuatan yang berterusan dalam permintaan domestik swasta dan disokong oleh peningkatan dalam prestasi perdagangan luar.


2. Kadar pengangguran menurun kepada 2.9%.


3. Lebihan akaun semasa melebar berbanding tahun sebelumnya manakala tahap rizab antarabangsa kekal tinggi dan lebih daripada mencukupi untuk memenuhi kewajipan jangka pendek dan menyediakan penampan yang mencukupi terhadap kejutan luaran.


4. Jumlah aset BNM berjumlah RM427.6 bilion dengan keuntungan bersih sebanyak RM6.4 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2014. BNM mengisytiharkan dividen sebanyak RM3.0 bilion kepada Kerajaan bagi tahun 2014


Ku Li juga mungkin tidak membaca laporan Lembaga Eksekutif Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada 13 Februari, 2015, yang menyimpulkan Perkara IV Rundingan 1 dengan Malaysia antaranya seperti berikut:-


1. Ekonomi yang pelbagai di Malaysia terus menunjukkan prestasi yang baik pada tahun 2014. Pertumbuhan pesat kepada 5.9 peratus, disokong oleh permintaan domestik swasta yang kukuh dan pemulihan dalam eksport. Kos elektrik yang rendah membantu membendung inflasi kepada 3.1 peratus walaupun selepas penghapusan subsidi bahan api dan kenaikan tarif elektrik. Trend pelaburan kekal meningkat, mencapai 26.8 peratus daripada KDNK pada tahun 2014, didorong oleh keadaan kewangan yang akomodatif dan perbelanjaan awam yang berterusan ke atas infrastruktur.


2. Penyatuan fiskal adalah tepat pada masanya, dengan kadar yang sesuai, dan kekal di landasan yang betul. Kerajaan baru-baru ini menyemak semula bajet persekutuan yang menyebabkan sedikit perubahan pada siling defisit bajet, kepada 3.2 peratus daripada 3.0 peratus KDNK, dalam tindak balas yang tepat dan pragmatik kepada penurunan harga minyak mentah antarabangsa yang mendadak baru-baru ini. Mereka mengambil tindakan fiskal yang berani pada tahun 2014, meneruskan gerakan beberapa tahun lagi bagi mengurangkan subsidi yang tinggi dan tidak tersasar.


Mengenai soal hutang negara pula, seperti yang telah berulang kali diulas bahawa hutang negara masih berada di dalam keadaan terkawal, iaitu di bawah paras 55% KDNK. Jumlah bayaran khidmat hutang dalam Bajet 2015 kekal stabil pada kadar 9 - 10.3% daripada jumlah hasil pendapatan negara.








Manakala mengenai soal Hutang Domestik, statistik BNM pada tahun 2013 menunjukkan bahawa ia meningkat akibat krisis kewangan global. Sebahagian besar Hutang Domestik ini disumbangkan oleh rakyat Malaysia, terutamanya disebabkan oleh pembelian hartanah (52%), baik untuk kediaman (44%) dan bukan kediaman (8%), pembelian kenderaan (18%), hutang peribadi (17%), pembelian saham (6%), kad kredit (4%) dan lain-lain hutang (3%).






Dalam hal ini bukannya BNM langsung tidak mengambil sebarang langkah untuk mengawalnya. Antara langkah yang diambil oleh BNM adalah dengan mengeluarkan Garis Panduan Amalan Pembiayaan Bertanggungjawab yang menetapkan kelayakan permohonan pinjaman bank perlu berdasarkan pendapatan bersih dan bukan lagi pendapatan kasar pemohon. BNM juga mengehadkan tempoh pembiayaan pinjaman kenderaan dan pembelian rumah.


Di bawah garis panduan tanggungjawab pembiayaan ini, permohonan pemohon juga dinilai berdasarkan potongan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan cukai serta mengambil kira semua tanggungan hutang semasa melibatkan segmen runcit seperti pembiayaan kediaman, kenderaan, kad kredit dan kad caj, pinjaman peribadi termasuk kemudahan overdraf dan pembiayaan bagi pembelian sekuriti kecuali pembiayaan margin saham.


Nampaknya banyak perkara yang tidak diketahui oleh Ku Li dan menjelaskan kenapa Ku Li sudah tidak lagi relevan.


Bagi penulis sendiri, Ku Li bukanlah politikus yang penulis hormati kerana beberapa sebab, antaranya, pertama penulis tidak nampak pencapaiannya yang hebat sebagai Menteri Kewangan suatu ketika dulu, kedua, Skandal BMF berlaku pada zaman Ku Li menjadi Menteri Kewangan, ketiga, dalam melaksanakan agenda Bumiputera, Ku Li tidak setanding Tun Daim Zainuddin yang lebih menonjol dalam melahirkan ramai jutawawan Bumiputera dan mempertingkatkan agenda Bumiputera, keempat, sikap tidak dapat menerima kekalahan (sore loser) dalam pemilihan parti dan perbuatan khianat penyokongnya telah mengakibatkan pendaftaran UMNO dibatalkan, kelima, tindak tanduk dan disiplinnya sebagai wakil rakyat BN dalam isu Wang Minyak Kelantan, penglibatannya dalam video klip `Undilah' dan perbualan twitternya dengan Lim Kit Siang sebelum PRU-13.

15 February 2015

Kalaulah saya aniaya Anwar, tidak payah tunggu saya mati. Di dunia saya dah masuk neraka.


Kuala Lumpur – Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berani melafazkan sumpah di masjid atau di tanah suci Mekah berhubung kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau percaya ketua pembangkang itu sememangnya bersalah.

Bercakap dalam satu temubual eksklusif dengan Mingguan Malaysia, beliau yang mengetuai pendakwaan kes tersebut menafikan menganiayai Anwar semasa mengemukakan petisyen rayuan supaya Ketua Umum PKR itu disabitkan hukuman mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan 3 tahun lalu.

Berikut adalah wawancara penuh beliau bersama akhbar Mingguan Malaysia:

TAN SRI DR. MUHAMMAD SHAFEE ABDULLAH

MUKADIMAH : KES Liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bermula sejak 2008 telah menemui noktahnya pada 10 Februari lalu apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan Ketua Pembangkang itu bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Namun, pelbagai teori konspirasi dan tuduhan yang mengatakan Anwar tidak bersalah, sebaliknya dianiaya oleh “orang jahat” masih dicanang oleh pembangkang bagi meraih simpati dan mengelirukan rakyat. Bagi menjawab tuduhan-tuduhan yang masih berlegar itu, wartawan Mingguan Malaysia, AZMAN ANUAR, AMIRUDDIN HARUN dan AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI telah mewancara TAN SRI DR. MUHAMMAD SHAFEE ABDULLAH yang dilantik mengetuai pendakwaan kes itu pada peringkat Mahkamah Rayuan sehingga ke peringkat rayuan di Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lalu.

Menurut beliau, keterangan terhadap Anwar dalam kes ini terlalu kuat untuk membuktikan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bersalah sehingga tidak seorang pun daripada 14 orang peguam Anwar berani mempertikaikan fakta kes tersebut.

“Saya berani bersumpah di masjid atau di Mekah bahawa apabila saya buat rayuan kes ini, saya dengan jujur percaya Anwar salah,” katanya.

Selepas 10 Februari lalu, Tan Sri berkata secara profesional berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dan berpendapat bahawa keadilan akhirnya ditegakkan. Bagaimana pula secara peribadi?

MUHAMMAD SHAFEE: Dari segi peribadi, saya tidak ada isu langsung sebab itu satu tugas yang diberikan kepada saya oleh Peguam Negara. Jadi saya laksanakan. Kalau ada pun dari segi peribadi, hanya berkenaan sama ada saya sendiri percaya dengan kesalahan Anwar sebelum saya membuat tugas rasmi tersebut. Sebab, kalau saya sendiri tidak percaya dan saya rasa dia dianiayakan, saya tidak akan buat kes itu. Tetapi saya percaya apabila saya lihat rekod rayuan tersebut. Hari pertama saya dapat (rekod rayuan), saya sudah baca sampai pagi sebab saya hendak tahu dengan jelas. Tidak ada langsung keraguan bagi saya yang Anwar salah. Saya terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi melepaskan Anwar dan sebab asas hanyalah berkenaan dengan beg plastik.

Jadi, Mahkamah Rayuan kata kalau itu sahaja sebabnya, sebab itu tidak bagus kerana kita ada banyak kes keadaan yang sama. Ada kotak yang hancur tetapi di dalam kotak itu ada bahan bukti yang termeterai dalam plastik-plastik berasingan tetapi mahkamah terima asalkan boleh buktikan benda itu tidak tercemar. Semasa ahli kimia terima, dia kata sampel-sampel itu tidak tercemar dan masih lagi sempurna. Satu lagi perkara yang ketara ialah apabila ahli kimia periksa, dia dapat profil asid deoksiribonukleik (DNA) “Lelaki Y”. Empat-empat itu dapat “Lelaki Y”. Kalau kita bandingkan standard dalam dunia, negara kita dikatakan mempunyai keperluan yang paling tinggi sekali. Kita minta 16 bacaan sepadan.

Dalam tubuh kita, DNA kita ini, berjuta-juta dan trilion lokus (tempat) yang kita ada. Cap jari kita pun berjuta-juta dan trilion lokus. Macam-macam punya berlainan tetapi kita perlukan 16 sahaja. Kalau 16 bacaan sepadan jari kita dengan cap jari, itulah orangnya. Kebarangkaliannya ialah satu bersamaan dengan beberapa quadrilion, bukan trilion. Ertinya mustahil orang lain yang ada sama cap jari termasuk dengan dia (Anwar) ini. Tidak ada jari orang lain yang sama bacaan dengan bacaan yang kita kata 16 tadi.

Sebab negara kita, ada undang-undang yang tidak wajibkan DNA diberi secara sukarela oleh orang yang kena tuduh seperti Anwar. Negara-negara lain diwajibkan. Kalau tidak beri, akan jadi kesalahan undang-undang. Oleh sebab itu, Anwar ambil kesempatan tidak mahu beri langsung DNA. Kalau dia tidak salah, apa yang dia takut tetapi itu hak dia. Apabila dia ditangkap, DNA Saiful sudah hantar kepada ahli kimia dan ahli kimia sudah tahu keputusan tetapi kita tidak tahu siapa “Lelaki Y”. Apabila Anwar ditempatkan di dalam lokap, dia diberi tuala Good Morning, berus gigi dan ubat gigi. Dia sendiri bawa masuk satu botol minuman. Isterinya beri dia dua helai tuala yang bersaiz medium.

Apabila dia bangun pagi itu, dia sudah gunakan berus gigi dan ada pengawal yang dengar dia memberus gigi. Air itu juga habis dia minum tetapi botol dia tinggalkan. Dia tinggal ubat gigi, berus gigi dan tuala Good Morning. Yang ini dihantar kepada ahli kimia yang lain. Ahli kimia yang pertama itu namanya Dr. Seah Lay Hong. Ahli kimia kedua yang pakar DNA ini namanya Nor Aidora Saedon. Dia memeriksa DNA tanpa tahu menahu siapa punya DNA, tetapi dia diberitahu lokus yang sama untuk buat perbandingan. Apabila dia periksa, dia pun kata “Lelaki Y” tetapi tidak tahu profil DNA “Lelaki Y” yang itu dan yang ini, sama atau tidak. Apabila Nor Aidora bandingkan, 100 peratus sepadan. Habis cerita. Begitulah betapa kukuhnya kes ini.

Dalam kenyataan Tan Sri tentang ”Anwar Ibrahim Verdict”, kenapa Tan Sri mengharapkan rakyat Malaysia di dalam dan luar negara membaca fakta secara teliti dalam penghakiman sebelum membuat kesimpulan?

MUHAMMAD SHAFEE: Oleh sebab kes kita ini amat kuat. Keterangan terhadap Anwar ini terlalu kuat. Kita tidak boleh pertikai. Tak boleh hendak kata apa-apa pun berkenaan dengan fakta ini. Kalau saya jadi peguam bela dia pun, saya pening kepala sebab keterangan memang kuat. Jadi, oleh sebab keterangan itu kuat, kita berani kata sila masuk, kita tengok keterangan itu. Jangan cerita benda-benda lain. Konspirasilah, itulah dan inilah, semua itu cerita politik untuk propaganda. Kalau kita hendak tahu orang ini dianiayakan atau tidak, kita tengok fakta kes. Mereka tidak berani masuk fakta kes. Saya tidak pernah dengar sekalipun dalam mahkamah dari Mahkamah Tinggi hingga Mahkamah Persekutuan yang Anwar kata itu bukan DNA dia. Apa yang dia pertikaikan ialah cara DNA itu dikaji, cara analisis itu semua dia kata teknik salah.

Apabila dia beri keterangan dari kandang tertuduh (dock), bukan kandang saksi, jadi dia tidak boleh disoal balas. Jadi, dia penakutlah dan ada yang dia nak sembunyi. Selalunya keterangan dari dock ini, orang-orang yang lemah fikiran dan otaknya tidak pandai. Mungkin orang terlalu muda atau ada cacat sedikit cara pemikirannya. Anwar bukan sebegitu. Anwar cakap lancar, bijak fikiran dan orang yang petah. Pasal apa dia tidak masuk dalam kandang saksi. Walhal subjek, Saiful ini tujuh hari disoal balas dan Saiful sekali pun tidak tersilap dari segi beri keterangan. Jadi, mahkamah jelas. Anwar main sandiwara banyak sangat.

Anwar dan penyokong beliau masih anggap ini merupakan konspirasi politik dan bukan kisah aduan “serangan seksual” majikan ke atas pekerjanya. Apa komen Tan Sri?

MUHAMMAD SHAFEE: Kalau konspirasi politik, ini bukan baru bermula. Ia bermula daripada kes liwat pertama. Kalau begitu konspirasi, orang yang harus masuk dalam konspirasi ini ialah Karpal Singh juga sebab dia timbulkan perkara ini dalam tahun 1997, setahun sebelum Anwar dibuang kerja. Kita hendak tanya Anwar, konspirasi itu apa maksudnya? Apakah konspirasi untuk kenakan dia atas perkara memang dia lakukan atau konspirasi kenakan dia atas perkara dia tak pernah lakukan. Kalau dia lakukan, kalau orang kata kita perlu siasat dan kenakan dia, itu bukan konspirasi yang salah di sisi undang-undang. Polis pun pakat kalau hendak siasat kes tetapi itu konspirasi yang tidak ada maksud membuat kesalahan undang-undang, sebab itu hak polis untuk siasat termasuk kes liwat kedua ini.

Orang tanya kenapa Saiful pergi jumpa Datuk Seri Najib Tun Razak dua hari sebelum dia kena liwat pada 26 Jun 2008. Menurut Saiful, dia sudah hilang akal berkenaan kepada siapa dia hendak laporkan kerana ini Anwar, Ketua Pembangkang. Dahulu pun, Anwar menang kes itu. Apabila Saiful datang jumpa, Najib terus katakan tidak boleh dan nasihatkan Saiful jumpa Ketua Polis Negara (KPN) pada masa itu. Najib beritahu Saiful perkara ini amat sensitif dan tidak mahu orang buat tuduhan.Apabila Saiful hubungi KPN, beliau pula minta Saiful jangan telefon dia lagi kerana ingat Saiful main-main. Jadi, Saiful serba salah. Apabila perkara 26 Jun 2008 berlaku, Saiful letak jawatan kerana tidak sanggup diliwat lagi sebab sembilan kali dia kena. Saiful kata dia tidak rela tetapi terpaksa menyerah kerana dominasi Anwar terlampau kuat. Hari itu, Saiful kata tidak mahu tetapi Anwar marah dia dan minta dia masuk ke dalam bilik.

Kita hendak tanya di mana kita boleh dapat air mani Anwar? Bukan dia simpan dalam bank. Bukan hanya air mani tetapi air mani itu ada sperma. Dalam kes ini, oleh sebab antara 48 hingga 56 jam, ekor sperma sudah putus sebab proses pembusukan sudah berlaku tetapi tidak begitu ketara. Sebab itu ekor sperma itu tidak ada. Ahli kimia kata proses pembusukan itu tidak mencemarkan. Dia mendapat DNA daripada kepala sperma. Apabila dia pecahkan tiap-tiap kepala, dia ekstrak DNA. Itu yang 16 bacaan menunjukkan Anwar.

Walaupun dengan bukti-bukti kukuh ini, penyokong Anwar masih tidak percaya insiden liwat ini benar-benar berlaku tetapi masih menganggap satu konspirasi.

MUHAMMAD SHAFEE: Dalam mahkamah, peguam Anwar sendiri tidak kata itu bukan dia punya DNA. Jadi, apa yang penyokong-penyokong bising. Peguam dia 14 orang, tidak pernah seorang pun kata itu bukan dia. Hanya mereka mempertikaikan proses analisis. Itu sahaja. Kalau proses analisis itu, macam mana dapat 16 daripada 16 bacaan.

Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengatakan hukuman penjara lima tahun itu ialah pengorbanan Anwar untuk rakyat Malaysia. Tidakkah ini mengelirukan rakyat?

MUHAMMAD SHAFEE: Mana ada pengorbanan. Kalau pengorbanan, dia mengaku salahlah. Yang itu baru kita kata korban. Ini dipaksa masuk dalam penjara sebab didapati bersalah sebab dia bohong daripada awal. Awal-awal lagi dia kata pembelaan dia ialah alibi. Sebanyak 13 nama dia beri masuk tetapi seorang pun dia tak panggil sebab daripada awal lagi dia hendak tipu. Dia hendak kata dia bukan di apartment itu tetapi di apartment sebelah. Akhirnya apabila kita tunjuk kamera litar tertutup (CCTV), dia sudah terpegun. Alibi dia semua habis terbang. Saya pun hendak tengok dia panggil Wan Azizah untuk apa. Dalam keterangan dari kandang pun dia tidak kata alibi. Jadi, alibi kira lesap terus.

Anak perempuan Nurul Izzah ada bertanya kepada Anwar, “Atuk, kenapa mereka cakap pasal penjara?” Anwar cakap kepada cucunya, “Orang jahat nak sumbat atuk dalam penjara.” Komen Tan Sri?

MUHAMMAD SHAFEE: Saya rasa kalau dia kata orang jahat, bukan sahaja mahkamah, dia maksudkan ada konspirasi dengan kerajaan, menteri-menteri, Perdana Menteri, Pendakwa Raya dan polis pun termasuk. Kita tengok konspirasi ini. Ada satu kes di India melibatkan Sushil Sharma yang dipanggil sebagai kes pembunuhan Tandoor. Dia orang politik di Delhi, Ketua Pemuda Parti Kongres, seorang yang berpengaruh. Dia bergaduh dan menembak mati isterinya. Dia bawa mayat perempuan itu ke restorannya dan dimasukkan dalam tandoor untuk dibakar bagi hancur tetapi badan manusia bau kuat.

Polis pun tengok dan nampak ada kaki dan jari tetapi badan hampir hancur. Itu pun DNA ahli politik ini dipertikaikan. Dia kata konspirasi daripada polis, ahli kimia, kerajaan dan macam-macam lagi untuk jatuhkan karier politiknya, sama seperti Anwar tetapi semua bahan bukti ini sudah diperolehi. Dia pun buat alibi tetapi tidak pakai alibi tetapi dia lari dari tempat itu. Dia pun beri keterangan dari dock, macam Anwar 100 peratus.

Kalau konspirasi, mesti ada konspirasi daripada Saiful, kerajaan dan mungkin Kabinet, polis dan empat doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Tetapi yang doktor ini menarik. Pada 28 Jun 2008, Saiful pergi ke Hospital Tawakal dahulu tetapi diberitahu hospital itu beroperasi sampai tengah hari dan tidak ada doktor.

Baru dia pergi ke Hospital Pusrawi dan jumpa dengan doktor dari Myanmar yang mahkamah kata tidak jujur. Memang dia mengaku dia buat itu semua silap. Benda yang dia tidak pernah tulis dalam rekod, selepas tiga minggu baru dia tulis untuk menyokong Anwar. Dia yang kata Saiful kena pergi HKL sebab di situ tidak ada forensik.

Apabila sampai HKL 3.30 petang, akhirnya Saiful diperiksa pukul 9.30 malam. Kamu fikirlah kalau ada konspirasi, takkan mereka tidak aturkan untuk permudahkan. Selain itu, ahli kimia pun kena masuk konspirasi. Dua ahli kimia; seorang Cina dan seorang Melayu. Doktor pun ada satu Cina dan tiga Melayu. Selepas itu pegawai penyiasat, timbalan pendakwa raya yang awal dan saya pun mesti ada dalam konspirasi dan hakim pun mesti konspirasi, tetapi hakim pertama buang kes. Mana ada konspirasi.

Kes jenayah ini, semua dikatakan konspirasi, sebaliknya apabila kes sivil yang banyak mereka menang tidak pula dikatakan konspirasi?

MUHAMMAD SHAFEE: Hakim yang dia maki hamun di Mahkamah Tinggi, hakim itu yang bebaskan dia. Apabila hakim itu bebaskan dia, dia kata keadilan ditegakkan. Cuba tengok dalam kes liwat satu, Anwar dilepaskan oleh Mahkamah Persekutuan. Mereka ada baca penghakiman tentang Anwar. Dalam itu, dia kata macam-macam pasal Anwar. Seorang peguam Anwar masa itu, Christopher Fernando muncul di televisyen dan menyatakan ini hari paling istimewa bagi badan kehakiman sebab buang kes ini. Selepas itu, mereka baca keputusan dengan terperinci. Hakim kata, walaupun Anwar dilepaskan atas dasar teknikal, ada bukti-bukti menunjukkan dia homoseksual. Ada aktiviti itu berlaku di Tivoli Villa.

Pada 2014, mereka cuba buat satu permohonan di Mahkamah Persekutuan untuk buangkan kenyataan-kenyataan berkenaan yang hakim Mahkamah Persekutuan dahulu kata, tetapi hakim Mahkamah Persekutuan yang baharu kata tidak boleh kerana ini dapatan fakta daripada mahkamah. Dia kata, kita kekalkan sebab ada dasar dan sebab kukuh kenapa dapatan fakta itu dibuat. Jadi, ia jadi lebih konkrit.

Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong menyatakan Ketua Pembangkang sepatutnya lebih wajar didakwa mengikut Seksyen 377C iaitu bagi kesalahan lebih berat yang akan mendedahkan Anwar kepada hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun. Soalnya, kenapa pasukan Pendakwa Raya memilih untuk mendakwa Anwar di bawah Seksyen 337B yang tidak menetapkan tempoh penjara minimum?

MUHAMMAD SHAFEE: Dalam kes 377C, kita harus tunjukkan dengan begitu jelas yang tidak ada kerelaan dia dan dibuat dengan paksaan. Jadi, Peguam Negara mungkin kata kenapa hendak pergi melalui jalan itu kerana kesalahan itu memang kesalahan, sama ada dengan kerelaan Saiful atau tidak. Hukuman maksimum penjara 20 tahun juga.

Kalau Anwar kena 377C, hukuman penjara minimum lima tahun. Kalau minimum lima tahun, dia mesti terpaksa kena penjara tujuh atau lapan tahun. Lagi satu, dia kena rotan. Orang lebih 50 tahun tidak boleh dirotan kecuali kes 377C sebab kes itu serius. Mungkin sebab itu Peguam Negara tidak mahu kontroversi sangat sebab Anwar sudah berumur dekat 70 tahun. Dia patut berterima kasih kepada Peguam Negara.

Datuk S. Ambiga menyatakan dia kecewa kerana Tan Sri “menyerang” Anwar apabila mengeluarkan kenyataan menghina Anwar selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara selama lima tahun bagi pertuduhan liwat. Tan Sri juga didakwa melanggar hak asasi manusia apabila “menyerang” Anwar yang tidak boleh mempertahankan diri. Komen Tan Sri?

MUHAMMAD SHAFEE: Saya hanya keluarkan kenyataan sebab mula-mula Christopher Leong kata ini bukan pendakwaan tetapi penganiayaan. Sebagai Presiden Majlis Peguam, dia tidak boleh bercakap macam itu. Ertinya apa? Mahkamah buat aniaya, saya buat aniaya dan polis semua buat aniaya. Takkan saya tidak ada hak asasi saya sebagai Pendakwa Raya untuk menegakkan apa yang saya buat itu betul. Saya hanya menjawab. Dia yang buka pekung dulu.

Kemudian Ambiga masuk buat cerita Barisan Nasional (BN) salah langkah untuk mempenjara Anwar. Adakah mahkamah itu sebahagian BN? Sepatutnya Ambiga didakwa menghina mahkamah kerana dia menyabitkan mahkamah seolah-olah sebahagian BN. Saya cadangkan Peguam Negara ambil tindakan. Kalau perkara-perkara begini dikeluarkan, takkan kita tidak boleh jawab? Kalau kita tidak jawab, rakyat masih percaya.

Bagaimana dengan status Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh? Adakah ia akan terbatal selepas tempoh 14 hari daripada tarikh sabitan dan hukuman? Tempoh itu mungkin lebih panjang sekiranya Anwar mengemukakan petisyen bagi mendapatkan pengampunan Yang di-Pertuan Agong?

MUHAMMAD SHAFEE: Anwar ada 14 hari untuk kemukakan rayuan pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong. Tetapi yang peliknya, kalau kita hendak minta ampun, kita mesti kata kita salah dan minta ampun. Boleh kita kata kita tak salah tetapi kita hendak minta ampun. Kedua, ini bermaksud dalam 14 hari itu dia masih lagi Ahli Parlimen. Selepas 14 hari itu pun dia masih lagi ahli Parlimen. Sebab badan Parlimen kena bersidang dan membuat keputusan berdasarkan kes ini, dia harus disingkirkan, barulah keahlian hilang. Ini berdasarkan kes Ahli Parlimen daripada DAP, Fan Yew Teng pada 1975.

Sistem kehakiman dan mahkamah kita pada mata dunia sudah teruk sebab diburuk-burukkan dan dihentam. Bagaimana hendak memulihkannya?

MUHAMMAD SHAFEE: Apabila mahkamah buat keputusan setiap kes, hakim mesti tulis alasan penghakiman. Alasan penghakiman itu akan menunjukkan cara perjalanan otak hakim tersebut. Kalau tersalah tulis atau tersalah penghakiman, ia akan tertera dalam tulisan tersebut. Orang boleh baca. Jadi, standard alasan penghakiman mesti dipertingkat. Jadi, bukan sahaja kita tahu bahawa kita buat penghakiman yang baik tetapi orang juga harus tahu dengan membaca alasan yang kita buat keputusan yang baik. Jadi, penghakiman berlaku dan penyaksi penghakiman dilakukan juga mesti ada. Itu dalam bahasa Inggeris kata “not only justice must be done but justice must be seen to be done”. Sebab baru ada keyakinan.

Cara kita kendali dalam mahkamah pun mesti baik termasuk etika dan cara kita dengar. Saya percaya orang Melayu paling bagus sebagai hakim. Kita sabar dan tidak mudah hilang sabar. Bukan kita hendak jadi rasis tetapi peguam bangsa lain pun kata Melayu lebih bagus sebab kita sabar. Kalaulah saya aniaya Anwar, tidak payah tunggu saya mati masuk neraka. Di sini, di dunia saya dah masuk neraka. Kalau tidak jadi kepada saya, mungkin jadi kepada anak atau keluarga saya. Saya berani bersumpah di masjid atau di Mekah bahawa apabila saya buat rayuan kes ini, saya dengan jujur percaya Anwar salah.

07 August 2014

Anwar Ibrahim "zalim"

PKR Semakin merapu, dah jadi Parti Anak Bini.. 





Majlis Syura Ulama Pas memutuskan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak boleh digugurkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor selagi beliau tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkannya disingkirkan.

Pendirian itu dibuat selepas majlis berkenaan bermesyuarat semalam berasaskan kepada hukum syarak dengan meletakkan kepentingan rakyat yang perlu didahulukan melebihi kepentingan individu dan parti.

Jelas majlis itu, jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak bersama yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen pakatan pembangkang untuk meneruskan Tan Sri Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua selepas Pilihan Raya Umum ke-13


PRESIDEN Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro-Barisan Nasional, Zulkarnain Mahdar (dua dari kanan) pada prapelancaran peringkat Sabah 'Kami Anti Kronisma dan Nepotisma' di Kota Kinabalu, Sabah, semalam. - UTUSAN/Azrul Edham Mohd. Aminuddin

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Pas terutama daripada kalangan pemimpin ulama ternyata sudah membulat tekad untuk menghalang permainan politik kotor Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada jawatan Menteri Besar Selangor.

Malah Pas menerusi Ahli Jawatankuasa Pusatnya, Nasruddin Hassan secara terbuka melabelkan tindakan Ketua Pembangkang sebagai satu bentuk kezaliman yang mengaibkan dan seterusnya menegaskan, menjadi kewajipan parti itu untuk membela Abdul Khalid.

Bekas Ketua Pemuda Pas Pusat itu juga tidak berselindung tentang penentangannya apabila tampil menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melancarkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (Gerak) 2.0 bagi menggagalkan niat serong Anwar.

Kenyataan keras itu adalah yang pertama keluar daripada mulut pemimpin Pas sejak krisis politik di Selangor bermula dan dipercayai ada kaitan dengan serangan terbaharu Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap Abdul Khalid menerusi Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

"Apa skandal dan salah laku beliau yang memaksa Abdul Khalid perlu dipecat dari PKR lalu digugurkan sebagai Menteri Besar Selangor? Apakah perkara ini mahu dilihat hanya perkara dalaman PKR dan rakyat tidak perlu bangkit untuk membela Abdul Khalid?

"Jika Anwar yang disingkir oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dari kerusi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 menyaksikan kebangkitan Pas yang dipimpin bekas Presiden, Datuk Fadzil Noor melalui Gerak pada waktu itu.

"Saya kira, andai Abdul Khalid disingkir oleh Anwar dari kerusi Menteri Besar, sewajarnya Pas yang dipimpin tuan guru Abdul Hadi bangkit membela Abdul Khalid yang dizalimi dan diaibkan melalui Gerak 2.0," kata Nasruddin menerusi Facebooknya hari ini.

Krisis politik di Selangor yang berpunca daripada Anwar, hanya kerana mahu menjatuhkan Abdul Khalid menyebabkan pentadbiran negeri terkaya di Malaysia itu berada dalam keadaan tidak menentu tetapi semua itu langsung tidak dihiraukan Ketua Pembangkang.

Sebaliknya, apa yang menjadi keutamaan Anwar ialah menabalkan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu walaupun jika keadaan itu menyebabkan rakyat terpaksa berdepan dengan pilihan raya negeri.

Dalam pada itu, Nasruddin mempersoal sikap pemimpin PKR yang menuduh tindakan Dr. Mahathir menyingkir Anwar pada tahun 1998 sebagai suatu kezaliman dan fitnah tetapi mengapa apabila tindakan serupa dibuat ke atas Abdul Khalid, rakyat tidak boleh bangkit menentang.

"Anwar dipecat atas tuduhan skandal liwat. Rakyat bangkit dan membela. Mereka tak anggap itu masalah UMNO dan kini berlaku pergolakan di Selangor yang menyaksikan Abdul Khalid diperlakukan dengan tindakan serupa, apakah rakyat tidak boleh bangkit membela," soalnya.

UTUSAN ONLINE
utusan.com.my

26 April 2014

BLOG DR MAHATHIR DISEKAT gara2 MH370



[Admin] Artikel mengenai MH370 yang ditulis Dr Mahathir semalam. Ini terjemahan dalam bahasa Melayu.

Blog rasmi Tun Dr Mahathir -chedet . cc tidak dapat diakses buat masa ini. Kami sedang berusaha untuk mengenalpasti punca masalah. 



[Artikel asal dalam Bahasa Inggeris yang ditulis dalam blog rasmi Tun Dr Mahathir - chedet semalam dan hari ini telah disekat kerana mungkin terlalu lantang da... See More

[Artikel asal dalam Bahasa Inggeris yang ditulis dalam blog rasmi Tun Dr Mahathir - chedet semalam dan hari ini telah disekat kerana mungkin terlalu lantang dan bercakap benar mengenai apa yang berlaku kepada pesawat Malaysia Airlines yang hilang - MH370]

MH 370
oleh Che Det

1. Saya berasa kecewa apabila pekerja MAS dikepung di Beijing oleh ahli keluarga penumpang MH370 yang hilang. Saya juga terkilan kerana mereka menyalahkan pihak yang salah. Kehilangan pesawat ini adalah disebabkan oleh pembuat pesawat Boeing itu sendiri.

2. Mengapakah Boeing mereka pesawat yang begitu lemah dan mudah dilumpuhkan? Dalam keadaan yang sepatutnya, kru pesawat termasuk juruterbang, pembantu juruterbang boleh berhubung dengan KLIA. Walaupun ada kemungkinan juruterbang tidak mahu menghubungi KLIA, tetapi pembantu juruterbang sudah tentu sekali ada keazaman untuk memaklumkan stesyen operasi di darat sekiranya pesawat tidak terbang mengikuti jalan udara yang sepatutnya.

3. Jika sekiranya penumpang tidak perasan apa-apa yang di luar kebiasaan sekali pun, sudah tentu kru kabin, dan pembantu juruterbang dapat mengesannya. Mereka semua amat terlatih untuk berhadapan dengan kes-kes kecemasan.. jika tidak serta merta sekalipun.. setidak-tidaknya kemudian.

4. Tetapi apa yang berlaku, nampaknya tiada sesiapa pun di dalam kabin yang mencuba (maklumkan keanehan/keganjilan yang berlaku). Andainya juruterbang yang dengan sengaja mematikan system keselamatan, sudah tentu ia memerlukan sedikit masa dan usaha. Pembantu juruterbang pula sudah pasti perasan kelakuan aneh juruterbang dan setidak-tidaknya berbuat sesuatu untuk menghalang. Adakah pembantu juruterbang telah turut ‘dilumpuhkan’ (oleh siapa?), Adakah kesemua kru pesawat juga telah ‘dilumpuhkan’ (oleh siapa juga)?

5. Kesemua pesawat penumpang sepatutnya boleh dikesan, walaupun menggunakan teknologi biasa seperti telefon bimbit. Saya boleh lakukannya melalui telefon. Jika ia mendarat, saya boleh lihat status pendaratannya. Saya juga boleh memperoleh maklumat mengenai mana-mana pesawat di mana jua – siapa pembuatnya, model apa, kepunyaan siapa.. ke mana dan dari mana ia terbang dan destinasinya.

6. Saya yakin dan percaya terdapat peralatan di dalam pesawat yang membolehkan ia dikesan – mungkin GPS.

7. Peralatan kamera canggih yang terpasang pada satelit-risikan (di angkasa) yang dikendali oleh beberapa buah kuasa besar dunia sebenarnya mampu mengambil gambar manusia (di atas muka bumi) dan sekaligus mengenalpasti identity manusia terbabit. Sudah semestinya kamera seperti ini lebih daripada mampu untuk mengesan objek sebesar 63 meter (pesawat Boeing)

8. Kali ini, pesawat MH370 telah hilang secara mutlak. Saya jangkakan di dalam telefon bimbit semua orang, ia juga telah hilang. Peralatan keselamatan di atas pesawat telah dimatikan. Malah, sistem keselamatan lapisan kedua dan ketiga (back-up) juga telah dilumpuhkan.

9. Pesawat MH370 ini dibina oleh Boeing. Oleh itu, Boeing patut menjelaskan bagaimanakah segala sistem keselamatan dan pengesan pesawat canggih ini boleh dimatikan, dalam erti kata lain.. gagal. Ini menjurus kepada rumusan samada teknologi Boeing sangat teruk, atau ia tidak selamat. Saya tidak akan terbang menaiki pesawat Boeing , sekiranya Boeing tidak mampu menjelaskan isu terbabit.

10. Sistem penerbangan kawalan jauh (drone) sekarang amat maju dan berkuasa. Apakah benar Boeing telah memasang sistem kawalan jauh ke atas pesawatnya bagi mengelak aktiviti rampasan dan keganasan? Jika benar.. maka kenapa ia tidak dikawal bagi membolehkan MH370 mendarat dengan selamat? Adakah tidak mustahil bagi pihak ke-tiga (selain Boeing dan MAS) mengambilalih kapal terbang dan mengawalnya dari jauh?

11. Apabila pesawat terhempas.. biarpun di atas tanah, mahupun di laut.. sudah pati ada bangkai pesawat ataupun tompokan minya. Sehingga tarikh ini, tiada satu pun yang menjadi bukti terhempasnya pesawat. Persoalannya, bolehkah pesawat terhempas/tenggelam dengan begitu sempurna sehinga tiada kesan apa sekali pun?

12. Bolehkah kita percaya pesawat ini (MH370) jatuh dengan begitu tenang sekali di dalam lautan ganas (Laut Hindi) dan tenggelam dengan begitu mudah ke dalam lautan? (tanpa meninggalkan sebarang petunjuk)

13. Sudah menjadi amalan kebiasaan, apabila pesawat terhempas, sepasukan pakar akan tiba ke lokasi dengan segera untuk mencari punca terhempasnya peawat. Boeing dan pihak berkuasa SEPATUTNYA berusaha mencari kapal terbang tersebut. TETAPI Boeing langsung tidak menunjukkan minat mencari, dan sebenarnya seperti langsung tidak menolong proses pencarian.

14. Syarikat penerbangan nasional MAS telah mengendalikan pelbagai pesawat dan ada rekod yang cemerlang. Juruterbang MAS juga amat terlatih. Jika sekiranya juruterbang ingin membunuh diri sekalipun, sudah tentu pembantu juruterbang dan kru kabin tidak akan membenarkannya berbuat demikian (demi keselamatan penumpang). Tetapi kali ini, ada kemungkinan kesemua kru penerbangan sudah ‘dilumpuhkan’ sama sekali (melalui cara yang tidak kita ketahui)

15. Boeing perlu menjawab kesemua persoalan ini. Boeing mesti membuktikan kesemua kemungkinan mengapa sistem komunikasi boleh dimatikan. Boeing patut menanggung tanggungjawab kerana membina sebuah pesawat yang boleh tiba-tiba hilang begitu sahaja secara total di tengah-tengah udara.

16. MAS tidak bersalah. MAS terlah menerbangkan pesawat untuk menjalankan tugas. Tetapi pesawat Boeing tersebut telah bekelakuan luar dari kebiasaan. SIapa yang harus bertanggungjawab? Sudah tentu bukan MAS, tapi pastinya pembuat kapal terbang tersebut.. iaitu Boeing Aircraft Corporation

[Tun Mahathir bercakap benar, sesuatu yang kita memang fikirkan selama ini. Kami bersama Tun Mahathir!]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...