“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi
There was an error in this gadget

24 December 2012

OOOOOOOrait



OOOOOOOrait, pasal undi, apa pun ooorrait. Macam mana nak upkan hudud??

UMNO sahaja ikut amalan kapir kata ulamak PAS, betul ke >\????

PAS parti ISLAM >\??? PKR pula parti apa >\???

Bunyi macam nunafik jer!!! Jom tengok ~~





BERSALAM ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN SECARA BERSENTUH KULIT ADALAH HARAM DALAM ISLAM...

Apa pun, saya percaya Nizar Jamaluddin (PAS) dan Anwar Ibrahim (PKR) terpaksa bersalam dengan penyokong wanita mereka kerana tak sampai hati menolak tangan yang dihulurkan untuk bersalam, takut menjatuhkan air muka wanita tersebut di khalayak ramai. Situasi yang sama yang terpaksa dihadapi pemimpin UMNO tapi sering dikutuk PAS...

Hanya Presiden Iran saja yang berani tolak huluran tangan wanita untuk bersalam walaupun dikhalayak ramai. Pemimpin UMNO dan PAS, kerana mereka Melayu dan ada perasaan malu alah Melayu, tak mampu berbuat seperti apa yang dibuat Presiden Iran yang berbangsa Parsi, bangsa yang terkenal tegas tanpa malu alah yang melampau..

http://bcblue.files.wordpress.com/2010/07/ahmadinejad_not_shaking_hand_with_woman.jpg?w=780
-----------------------------------------------------
Parti (Islam?) Se Malaysia (PAS) pun kata macam tu. Betul lah tu kata PAS, memang lelaki dan perempuan bukan muhrim haram bersalam bersentuh kulit satu sama lain mengikut Islam..

Habis tu apa pasal pemimpin PAS dalam gambar ini boleh pula bersalam dengan perempuan bukan muhrim secara bersentuh kulit??

Ini satu lagi gambar dia bersalam sentuh kulit dengan perempuan bukan muhrim: (http://4.bp.blogspot.com/_Ghp-eG4Mlg0/TOuNt6IHSsI/AAAAAAAAADk/EMS6syqd50s/s320/nizar.jpg)..

Dan ini pula gambar Anwar Ibrahim bersalam bersentuh kulit dengan perempuan bukan muhrim: (http://3.bp.blogspot.com/-eUlDYQa2q2M/TpbLxPkJ5EI/AAAAAAAAAgI/f1B86cECg3g/s1600/ANWAR_SALAM.png)..

Dan ini pula, seperti biasa, PAS mengutuk pemimpin UMNO kerana melakukan perbuatan yang sama, yakni bersalam bersentuh kulit antara lelaki dan perempuan bukan muhrim, dari laman web PAS Putrajaya:

( http://www.pasputrajaya.com/2012/12/bolehkah-perempuan-salam-dgn-lelaki.html)

Sebenarnya bersalam lelaki dan perempuan bukan muhrim secara bersentuh kulit ni haram, baik dilakukan pemimpin UMNO, PAS atau PKR atau sesiapa saja lelaki dan perempuan Muslim..

Tapi kenapa PAS hanya hentam pemimpin UMNO yang buat benda ini tapi senyap bila pemimpin PAS dan PR sendiri yang buat?

Kenapa PAS ada double standard?

Kenapa PAS ada dua versi Islam, ia itu Islam untuk PAS/PR dan Islam untuk UMNO? Hari ini dalam semua kehiduoan beragama di Malaysia, PAS apply dua standard: satu untuk dirinya dan sekutu PR nya dan satu lagi untuk UMNO. Sesuatu yang salah dalam Islam hanya menjadi salah jika orang UMNO yang lakukan tapi tak menjadi salah kalau orang PAS, PKR dan DAP yang lakukan..

PAS ini terlalu mengamalkan double standard dan dua versi Islam satu untuknya dan sekutunya dan satu lagi untuk UMNO, maka orang tak boleh terima Hudud yang dibawa PAS kerana orang anggap itu Hudud PAS dan bukan Hudud Islam..


KESIAN PAS. SEJAK KAWIN CAMPOR NGAN NUAR DAN DAP, SUDAH JADI LINTANG PUKANG. MELENTING PULA BILA DITUDUH MUNAFIK. 

BILA LUDAH KE LANGIT...... AKHIRNYA HINGGAP DI MANA??? Alahai, maluuuunya.

Liberalisma .....  ???? 


06 December 2012

Agenda Kristian Untuk Malaysia Terbongkar

Melayu oh Melayu. Kerja jahat DAP + PKR kini berhasil  dan mula melangkah semakin laju ke arah menjadikan negara ini negara kristian. Anda terkedu??? Mahukan bukti ??

Nafilah selagi boleh nafi. Ingatlah betapa dahsyatnya permainan mereka memperdaya Melayu/Islam kerana perpecah belah yang wujud masa kini. PKR menjadi agen penting meliberalkan Melayu/Islam yang bakal beralih menjadi penganut kristian satu masa nanti. PAS yang ikut diperdaya masih mahu mengelak dari dibabitkan.


arkitek


Kristianisasi sememangnya agenda DAP dengan pertolongan PKR. PAS di "diam"kan atau di "kuarantin"kan bagi menghalang bantahan umat Islam bangun menentang. Kini hanya UMNO bersaorangan terkial2 mencari tonik ajaib untuk mengatasinya. Inilah yang terjadi bila orang Islam asyik ketagih candu politik. Nasib baik ada JATI yang terserpih dari PAS itu. Tetapi sampai bila? UMNO juga bimbang akan hilang kuasa jika bertindak agresif. Tetapi jika PAS hancur, mungkin keadaan akan membantu... Semoga ada pertolongan.

Cukuplah, anda ditipu mentah2 oleh Anwar Bin Ibrahim yang mempunyai agenda tersembunyi sebagai munafik unggul Melayu. Soros telah mengaturkan agar Melayu menjadi kristian atau bersimpati dengan agenda kristianisasi. Itulah fungsi PR sebenarnya disebalik nama berjuang menegakkan keadilan. Berhentilah dan jauhilah manusia ini atau anda bakal dipersoal di akhirat kelak.

Kesah Di Jerusalem Disember 2012

Kembara Universiti Kehidupan Ke 10 ke al-Aqsa bermula dari 26 November hingga 3 Disember 2012.

Seperti biasa, hari pertama kami sampai ke Jerusalem, kami akan masuk ke dalam hotel, berehat sebentar dan kami akan terus ke masjid al-Aqsa untuk mendirikan solat Maghrib dan Isyak di al-Aqsa.

Pulang waktu Isyak, kami akan makan malam di kafe hotel.

Mahmood, pemandu pelancong yang biasa dengan saya mencuit bahu saya dan mengajak saya ke satu sudut.

“Muhammad, mari sini” katanya.

“Kenapa?” tanya saya agak kehairanan kenana wajahnya agak serius, nada suaranya, agak perlahan seolah-olah ada rahsia yang ingin dibisikan pada saya.

“Tinggal bersama kamu di hotel ini satu rombongan dari Malaysia” terang Mahmood.

“Oh ye ke!” saya agak gembira mendengar berita itu.

“Tapi mereka rombongan Kristian” kata Mahmood lagi.

“Ye ke, ah, di sinikan banyak tempat penting buat Kristian, tentu mereka nak ziarah” kata saya.

“Sepanjang perjalanan dari border Jordan-Israel, mereka memang mengutuk Islam dan sangat tidak puas hati dengan orang Islam di Malaysia, mereka memang anti Islam” Mahmood Menambah.

“Mereka tak tahu aku Islam, mereka ingat aku Kristian” Mahmood semakin rancak berbual dengan saya di satu sudut di bahagian tangga.

“Memang bukan Islam di mana-mana pun tak suka Islam” kata saya tenang.

“Tak, mereka ini lain, mereka memang anti Islam di Malaysia” terang Mahmood bersungguh-sungguh.

Perbualan malam pertama itu habis dengan rasa tidak puas hati Mahmood terhadap rombongan Kristian dari Malaysia ini.

Selama berhari-hari kami di hotel yang sama, berselisih di dewan makan, memang rombongan ini tidak menegur kami sedangkan mereka dari Malaysia, duduk di Malaysia.

Tidak ada sepatah pun bahasa Melayu yang keluar dari mulut mereka sedangkan kami saling mengetahui, sama-sama dari Malaysia.

Ada juga kami ingin menegur sapa, tetapi tidak di jawab atau jawapan yang sangat dingin.

Saya tidak tahu, apakah tujuan mereka datang, sama ada untuk lawatan atau ada apa-apa persidangan Kristian yang mereka hadiri.

Saya tidak mengambil perhatian apa yang berlalu walaupun pada tiap-tiap malam, Mahmood akan menceritakan pada saya mengenai ketidak puasan hati mereka pada Islam di Malaysia.

Mahmood memarahi saya…

“Apa dah jadi pada kamu orang Islam di Malaysia hingga hilang sensitviti dalam mempertahankan hak kamu?”
Apa yang mampu saya jawab hanyalah…

“berpecah, dan ramai yang berpecah…”

Jawapan yang sangat tidak bersemangat dan seolah-oleh maksudnya, “apa nak jadi, jadilah…”

Ya, kurang rasa sensitiviti….

Allah ingin menunjukkan pada saya sesuatu terhadap jawapan di atas……

1 Disember 2012 jam 8.30 pagi, hari terakhir kami di Palestin…


Biasanya hari terakhir saya akan membawa jemaah semua ke Mount Of Olive (Jabal Zaitun), Pemandangan al-Aqsa dari atas bukit ini terlalu cantik terutama pada waktu pagi, ketika memancarnya cahaya matahari dari arah timur, ia menyerlahkan lagi warna emas Dome Of Rock.

Bas yang kami naiki pada pagi ini adalah bas yang dinaiki oleh rombongan Kristian dari Malaysia sehari sebelumnya.

Seorang jemaah menghampiri saya dengan membawa beberapa helaian kertas yang terdapat di dalam bas ini.

Saya menatap kertas yang diberikan pada saya. Mata saya tertumpu pada tulisannya dan ia menjadikan jantung saya berdegup kencang, mungkin seperti degupan jantung Mahmood sejak seminggu lalu.

Tulisan itu berbunyi..

Decree For Malaysia“We decree and declare that Malaysia will be a “Rainbow Nation” in seding missonaries to bring the gospel to the surrounding nations as well as be the gateway to open its doors to outside missionaries to preach the gospel here..”

Ini agenda Kristian di Malaysia, inilah yang cuba Mahmood ceritakan pada saya sejak semingga lalu.

Ketika di Malaysia, saya selalu mendengar tentang agenda pendakyah Kristian, dan setiap kali berita itu keluar saya cuba untuk tidak mempercayainya kerana masih bersangka baik pada mereka.

Lebih-lebih lagi, ada sahaja golongan ahli politik yang memberikan komen popular yang menafikan fakta ini.

Kalau ada orang yang cuba bawa fakta ini, orang itu akan dicap sebagai penipu dan pembohong.

Hal ini menjadikan ramai orang Islam kita merasa berada di zon selesa kerana mempercayai ahli politik yang punyai kepentingan.

Bagi pendakyah pula, mereka memang berada di zon paling bagus kerana usaha dan perancangan mereka di nafikan sendiri oleh orang Islam. Mereka boleh buat apa sahaja kerana orang Islam sangat tidak sensitif, malahan ada yang membela perbuatan mereka.

Ada beberapa perkara yang saya ingin tekankan:-

1. Bagi pendakyah Kristian, jangan pandang rendah kemampuan pendakwah Islam yang tidak berkepentingan di Malaysia. Kami para pendakwah dan orang-orang yang ikhlas akan tetap mempertahankan kedaulatan Islam di Malaysia sama ada menang atau kami mati di dalam usaha ini.

2. Malaysia bukan milik orang politik yang ada kepentingan yang menyokong tindakan kamu kerana harapkan sokongan, Malaysia di dokong oleh ramai pejuang agama Islam, bangsa muslim dan tanah air umat Islam. Kalau orang politik sibuk dengan perpecahan mereka, maka perjuangan itu tetap dibahu oleh umat Islam dari bidang lain.

3. Bagi umat Islam di Malaysia, ini bukan gimik popular, saya bukan ahli politik yang inginkan popular, Biarkan ahli politik bergaduh sesama mereka, yang boleh kita damaikan, kita damaikan atau sedarkan dengan apa cara sekalipun. Perpecahan ini satu yang sangat merugikan. Orang Kristian berbincang hingga ke luar negara merancang untuk mengkristiankan Malaysia, kita hanya menafikan dan hilang sensitiviti.

4. Bagi sahabat-sahabat dari Jabatan Agama Islam, anjurkanlah banyak program-program untuk menjaga dan mengawal umat Islam di Malaysia, bahagian zakat jangan berbangga dengan jumlah kutipan, tetapi usahakan untuk kepentingan umat Islam melalui lapan asnaf seperti yang disebut dalam al-Quran.

5. Bagi semua penguatkuasa agama. Jangan percaya dengan zon selesa yang dibisikkan dan penafian yang dicanangkan oleh orang berkepentingan. Jalankan pemantauan dan penguatkuasaan menurut enakmen yang telah diputuskan.

6. Bagi orang kaya, tolong infak harta untuk menganjurkan program-program keagamaan, semoga Allah sentiasa bersama anda sekelian.

7. Bagi sekelian yang membaca, kita umat Islam terlau beriya-iya ingin menjaga hati orang bukan Islam, adakah orang bukan Islam menghormati dan menjaga sensitiviti kita? Jalankanlah tugasan masing-masing di dalam ruang lingkup kemampuan anda semua, semoga Allah membantu usaha kita.

Semoga pendedahan ini memberi inspirasi pada saya untuk terus membahu Islam, yang ingin bersama mari, yang mahu mencebek dan tidak percaya silakan, yang mahu berfikir, renungkan dan yang mahu mendokan, doakan semua umat Islam di Malaysia agar terpelihara dari agenda global orang kafir.

“Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

6 Disember 2012 jam 1.15 pagi


Patah sayap bertongkat paruh, memperjuangkan dan mempertahakan Islam akan tetap menjadi keutamaan di dalam hidupku, biar berputih tulang, jangan berputih mata…

al-Fatihah untuk seluruh pejuang Islam terdahulu, tuan-tuan guru kita terdahulu dah pahlawan Islam Nusantara yang telah mendahului kita di dalam tugasan mereka. Hari ini tugasan itu diwariskan pada kita, semoga kita dapat menyambungnya, amin…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERKINI Posts