“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi
There was an error in this gadget

25 November 2012

Jatuhkan Ulama, Kuasai PAS : PERMAINAN ANU** melalui PARASIT




RAHSIA PAS yg DISEMBUNYIKAN parasit


Selagi mana kepimpinan PAS mestilah ulama, maka selama itu Parasit tidak akan boleh menguasai PAS. Ulama mestilah dijatuhkan terlebih dahulu, imej ulama mesti dirobekkan terlebih awal, kemudian syarat ulama di dalam majlis syura mesti dihapuskan, maka pada masa itu barulah parasit boleh kuasai PAS.

Hari ini parasit luaran dan pinggiran PAS sudah terserlah. Terakhir ini bermula dari Ayatollah Asri Zainal Abidin, seorang tunggangan parasit diluar parti, disambung pula oleh Ustaz Hasrizal Jamil, (seorang yang menghayati islam lebih menggunakan akal berbanding dengan nas) juga mula telah menyerang ulama di dalam PAS. Seorang orang luar PAS (Ayatollah Asri) dan seorang berada dipinggiran PAS (Hasrizal).

Apa yang ingin saya kongsi, usaha nak jatuhkan ulama bukan hari ini. Sejak daripada parasit mula memasuki PAS setelah reformasi iaitu akhir 1999 dan awal 2000an. Pada masa itu sudah bermula usaha mengcalarkan ulama khususnya sewaktu cubaan menjatuhkan Al-Marhum Ustaz Hassan Syukri. Pada waktu ini, usaha ini dalam skala kecil yang diusahakan oleh individu parasit yang masih berbaki di dalam parti dan selebihnya berada di dalam PKR dan UMNO.

Setelah parasit tiada ruang dan peluang di dalam UMNO dan PKR, maka mereka telah beramai-ramai berhijrah ke dalam PAS pada tahun 2004. Maka bermula pada tahun 2005, usaha merosakkan imej ulama lebih giat kerana mereka memahami bahawa, dengan syarat ulama sebagai ahli majlis syura dan presiden, maka selama itulah mereka tidak mampu kuasai pucuk pimpinan PAS, sebab mereka tiada ulama. Kalau adapun, ulama yang berpendidikan barat di Mesir, iaitu Mujahid Yusof Rawa yang menuntut di American University di Kaherah, sebuah Universiti Orientalis di negara Arab.

Pada bulan November 2006, satu usul telah dibawa ke mesyuarat PAS pusat untuk membuang syarat ulama untuk kelayakan ahli majlis syura. usul ini di sokong oleh 11 orang ahli AJK PAS Pusat dan bakinya tidak bersetuju, menjadikan usul itu akhirnya ditolak.

Setelah ditolak, maka cubaan kedua ialah menafsirkan semula siapa ulama? Maka adalah seorang dua parasit yang mula bercakap seperti mahathir, Doktor yang boleh baca quran juga ulama, engineering yang boleh baca quran juga ulama. Tetapi cubaan ini juga telah diketepikan kerana semua tahu apa dan siapa ulama, maka tak perlukan kepada penafsiran baru.

Setelah usaha dalaman ini gagal, maka bermula pada tahun 2007, maka mula timbul isu ulama vs profesional. maka bermulalah era perbandingan, pengkategorian dan pengasingan antara ulama dan profesional, walhal ulama itu sendiri adalah satu profesion dan ulama adalah profesional. Sama seperti yahudi memecahkan auz dan khazraj dengan mewujudkan jurang dengan mewujudkan pengkategorian seperti ini.

Muktamar 2009 adalah pentas Penilaian parasit adakah dengan penglabelan dan pengkategorian itu boleh menjatuhkan ulama? Jawapan masih tidak mampu kerana pemilihan itu menyaksikan Ustaz Nasharudin Mat Isa mengalahkan Hussam dengan undian 480 undi berbanding 261 undi. Maka parasit sedar bahawa, front fighting mereka tak boleh jatuhkan ulama.

Bagi persiapan muktamar pemilihan 2011 menyaksikan seni yang lain, iaitu tanpa menyentuh ulama vs professional tetapi mula mengkritik ulama sebagai lembab, tidak pandai mentadbir, tidak boleh ditegur dan sebagainya. Maka "character assassination" melalui blogger-blogger parasit dan penggerak-penggerak dalaman seperti Group I laknatullah alaihim (jika mereka sedar tapi terus melakukan kerja jahat tersebut) seperti Zainul Faqar yang digerakkan oleh beberapa pimpinan seperti Ustaz Mat Husin Pasir Puteh, Dr. Hatta Ramly, Dr. Dzul dan beberapa orang yang lain.

Blogger-blogger bodoh seperti Wan Ji, Hasrizal Jamil, termasuk Ayatollah Asri dan lain-lain mula dihasut oleh penggerak-penggerak parasit parti dengan enggagement, buat baik, puji 'enta hebat' dan lain-lain seterusnya diceritakan kepada mereka dari masa ke semasa keburukan-keburukan ulama-ulama di dalam PAS. Dalam masa yang sama cuba dipuji tokoh-tokoh politik bodoh sekalipun ikhlas seperti mahfuz omar dan lain-lain untuk diangkat menggantikan ulama. Termasuk Mat Sabu sendiri yang dikedepankan bagi menjatuhkan ulama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERKINI Posts