“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi
There was an error in this gadget

31 December 2011

Gempar habis. Nurul PM Malaysia ganti Najib. Apa rahsianya?



Memang bijak. memang hebat. Itulah permainan politik gila cuba ditonjolkan. Raih undi simpati kerana mereka tahu Anwar akan ke penjara. Mereka mencipta lakon layar terbaik. Anwar hanya berehat sekejap di penjara, hanya untuk sementara sebab dia masih lagi menjadi "Tuan Penasihat" kepada PM dan kerajaan. Ha ha...



Nanti akan keluar segera dari penjara macam polong untuk balas dendam.. Rancangan Soros mesti diteruskan. Itulah kuncinya.

“Saya perkenalkan, bakal Perdana Menteri Malaysia, Nurul Izzah Anwar....” kata Dr Abdul Aziz Bari ketika memperkenalkan anggota Parlimen Lembah Pantai dalam satu diskusi khas di Kelab Shah Alam malam tadi. Pengumuman dan cara pengenalan itu telah mengejutkan hadirin yang memenuhi dewan utama kelab itu malam tadi di majlis “Dr Dzul in person: A Night to remember” yang dituanrumahkan oleh Dr Dzulkefly Ahmad, anggota Parlimen Kuala Selangor.

Pengumuman bersahaja Dr Aziz Bari telah disambut dengan tepukan gemuruh para hadirin yang terdiri dari pelbagai peringkat masyarakat itu. Selain Nurul, turut menjadi penal bersama Dzulkefly adalah Tony Pua, anggota Parlimen Petaling Jaya Utara. Turut berada di meja utama adalah Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Dr Ambiga Sreenevasan dan lain-lain personaliti yang hebat-hebat.

Kenyataan Aziz Bari, Profesor Undang-Undang Perlembagaan, yang sedang dalam proses untuk meninggalkan Universiti Islam Antarabangsa ini dibuat ketika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menunggu keputusan perbicaraannya yang dijadualkan 9 Januari ini.

Ia nampak sepintas lalu dan mungkin untuk menyakat Nurul Izzah sahaja, tetapi option ini sememangnya dibincangkan secara meluas andaikata Anwar dipenjarakan 9 Januari ini. Kenyataan sepintas lalu ini nampak memberikan kesan kepada Nurul Izzah sendiri di atas pentas di Kelab Shah Alam yang hebat itu.

Pada 17 Disember lalu, Raja Petra Kamarudin dalam Malaysia Today juga menulis hal ini. “Ramai yang tidak bercakap lagi soal Anwar dipenjara atau tidak tetapi siapa yang akan mengambil alih jawatan pemimpin pembangkang, Pakatan Rakyat bila Anwar masuk penjara. Ada yang sudah bercakap bahawa Nurul Izzah adalah calon yang paling sesuai. Sudah tentu, ada yang berkata, Nurul Izzah hanya 31, masih terlalu muda. Tetapi semasa umur 30, Alexander the Great sudah menakluk hampir separuh dunia,” tulis Raja Petra.

Sebelum itu, pada 15 Disember lalu, seorang blogger, Hussein Abdul Hamid melalui blognya, steadyaku47 juga menembak perkara yang sama. Namun Hussein meletak Nurul Izzah sebagai Timbalan Perdana Menteri dahulu manakala pemimpin PAS diberikan jawatan PM. Bagi Hussein, “Yes she is not ready. Yes she is inexperienced. Yes she has no business thinking that she can helm PKR and take the post of DPM at the same time – but this I know.” (Betul dia tidak bersedia, Benar dia tidak berpengalaman. Benar dia tidak terfikir untuk memimpin PKR dan memegang jawatan TPM pada masa yang sama...semua ini saya tahu).

Semua ini datang ketika Anwar sedang menghadapi hukuman penjara jika kes beliau kalah 9 Januari ini. Ketika ini, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah Presiden PKR. Namun, beliau tidak akan bertanding dalam PRU-13 ini kerana beliau tidak boleh berbuat demikian selepas meletakkan jawatan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh untuk memberikan laluan kepada Anwar.

Timbalan Presiden PKR adalah Azmin Ali, anggota Parlimen Gombak. Namun kenyataan Azmin beliau akan merobohkan penjara bagi membebaskan Anwar jika dipenjara sedikit merosakkan imej beliau. Mungkin maksud Azmin akan membuat usaha terbaik untuk membebaskan Anwar.

Nurul Izzah adalah naib presiden PKR paling kanan ekoran kejayaan beliau mendapat undi tertinggi dalam pemilihan parti yang lalu. Dengan kedudukan beliau sebagai anak sulung Anwar akan memudahkan keadaan. Selain mendapat sokongan ramai di dalam PKR dan Pakatan, Anwar sudah tentu perlukan seorang yang ada hubungan dengan beliau untuk meneruskan perjuangan beliau.

Kini Aziz Bari telah meletupkan hal ini di depan umum. Bola sudah mula bergolek, namun ke manakah arahnya, belum tahu lagi. “The people know that Nurrul is the real deal… she just needs time to grow into the job. And time she has,” tulis Hussein Hamid. (Orang ramai tahu, Nurul adalah pilihan yang tepat... dia hanya perlukan masa untuk jawatan itu dan dia ada masa itu).
~sabahkini




Nurul Izzah calon PM?

MELAKA 30 Dis. – Pembangkang akan menonjolkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar sebagai calon Perdana Menteri yang baru jika mereka berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Mendedahkan perkara tersebut Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, itu adalah taktik terbaru yang dirancang oleh pakatan pembangkang untuk meraih simpati rakyat.

“Perkara ini telah dipersetujui oleh Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat dan mereka juga telah menubuhkan Majlis Penasihat Perdana Menteri yang dianggotai oleh semua pemimpin tertinggi dari DAP, Pas dan PKR.

“Taktik baru ini mereka tonjolkan seolah-olah mereka sudah yakin Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga bapa Nurul Izzah akan didapati bersalah dalam perbicaraan kes liwat yang akan diputuskan pada 9 Januari ini.

“Dengan mencalonkan Nurul Izzah, pembangkang yakin rakyat terutama golongan muda pasti akan simpati terhadap bapanya yang kini menghadapi kes liwat,” katanya.

Beliau ditemui Utusan Malaysia selepas menghadiri majlis perjumpaan Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti Tabika dan Taska Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Yayasan Melaka hari ini.

Mengulas lanjut Zulkifli berkata, pemimpin pembangkang melihat penampilan Anwar yang dikaitkan dengan kes liwat tidak memungkinkan mereka untuk meraih sokongan rakyat seterusnya memenangi pilihan raya kali ini.

“Saya diberitahu pemimpin tertinggi pembangkang tidak bersetuju untuk menyandarkan harapan kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail begitu juga Timbalan Presiden, Azmin Ali,” ujarnya.

Justeru katanya, pemilihan Nurul Izzah dilihat adalah pilihan tepat untuk meraih simpati rakyat bagi memastikan pembangkang menang pada pilihan raya nanti. ~UtusanOnline

30 December 2011

Demi pengaruh Mereka mula berdusta, siapa yang berbohong?



Majid Aqsa


Huru Hara dalam Cawan yang memalukan

Amat memalukan jika seorang tua yang sekian lama di puji puja sebagai idola bangsa dan agama, malah ada yang mengangkatnya setaraf wali Allah melakukan pembohongan. Semoga berita ini tidak benar. Wawancara di TV3 jelas menunjukkan Nik Aziz memperakui Dr Hassan Ali sudah memohon maaf atas ketelanjurannya. Bagaimanapun disisi lain, Dr Hassan membuat kenyataan sebaliknya. Timbul pelbagai tanggapan, siapa sebenarnya yang berbohong? Nik Aziz atau Dr Hassan Ali?

Apa telah jadi dengan PAS sejak bersyarikat dengan Anwar Ibrahim? Adakah ia didorong oleh cara tindakan yang dipelopori Anwar, iaitu menghalalkan cara demi kemenangan? Jalan manakah yang mereka sedang lalui? Kemungkinan ini akan menggoncang keyakinan ahli terhadap pimpinan ulama PAS. Kita bakal mendengar penjelasan menarik berkaitan dengannya sedikit hari lagi.

Semakin bercelaru dan membingungkan pengikutnya. Ditokok pula salah faham segelintir pengikut PAS dan PKR terutama anak muda yang jahil dalam agama membuat tafsiran bahawa Anwar Ibrahim itu adalah Imam Mahadi.  Salah faham ini berpangkal dari ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Badrul Amin. Video ceramah tersebut tersebar luas di internet.

Anak muda ini begitu taksub mengiyakan sangkaan tersebut kerana isi ceramah berkenaan menunjukkan seolah Anwar ini pejuang akhir zaman yang akan membebaskan Baitul Maqdis dari Yahudi. Tidak disebut di sana sama ada Anwar itu Imam Mahadi atau Pemuda Bani Tamim. Melalui ceramah yang disulam dengan riwayat yang berkaitan dengannya memberi satu tafsiran yang mengelirukan. Adakah ia disengajakan?

Melalui ketaksuban anak muda ini, ia akan memberi makna bahawa sesiapa yang mengikut Anwar, mereka adalah orang yang berada di jalan yang benar. Secara tidak langsung ia memuncakkan semangat para penyokongnya untuk mati syahid melawan pemerintah yang zalim. Adakah ia ada kaitan dengan muslihat propaganda 901? Nampak kewajarannya.

Sekiranya Anwar memberi pengakuan, pasti ia akan jatuh tersembam di arena politik. Walau bagaimanapun Ustaz Badrul sudah tersalah langkah. Bagaimanakah caranya jika dia mahu menarik balik hujahannya itu? Ini tentu memberi tamparan besar kepada beliau yang sudah diiktiraf sebagai seorang ulama PKR yang terkenal.

Dulu Nik Aziz diangkat setaraf nabi, kini Anwar pula dijulang sebagai pemimpin akhir zaman. Agama dipermainkan sesuka hati. Hanya untuk mendapat pengaruh disamping mengerah pejuang jalanan melakukan demonstrasi.

Sebagai orang Islam, tentunya ramai yang kecewa dengan tindakan mereka. Lim Kit Siang tentu ketawa berdekah dekah, Karpal Singh juga akan sakit perut terkekeh-kekeh bila mendengarnya. Dalam hati mereka berdua akan terlintas "Apasal bodoh sangat Melayu ini!".


1. Kes Nik Aziz dan Dr Hassan
Siapa yang berbohong? Nik Aziz atau Dr Hassan Ali.

Hasan Nafi Minta Maaf disiarlan oleh laman mstar



PETALING JAYA: Bekas Pesuruhajaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali pada Khamis menafikan beliau memohon maaf kepada pucuk pimpinan PAS mengenai kritikannya terhadap parti itu sebelum ini pada pertemuan di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR 10, Kota Baru, Kelantan, kelmarin.

Penafian tersebut sekaligus menolak kenyataan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa Hasan memohon maaf kepada pucuk pimpinan parti di atas keterlanjurannya.

Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia membidas laporan portal rasmi PAS, Harakahdaily mengenai perkara itu.

"Soal saya turun ke Kota Baru untuk memohon maaf kepada pucuk pimpinan seperti dilaporkan oleh Harakahdaily dan dipetik oleh kebanyakan saluran media adalah tidak benar sama sekali.

"Saya terkilan dengan laporan Harakahdaily itu walaupun lidah rasmi parti kerap kali diingatkan supaya tidak memutarbelit fakta yang boleh menimbulkan keraguan dan perpecahan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut Hasan, beliau dan bekas Timbalan Naib Presiden, Nasharudin Mat Isa dijemput menghadiri satu majlis mahabbah bersama Nik Aziz, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Beliau berkata, majlis tersebut menyentuh hala tuju parti, persediaan Pilihan Raya Umum Ke-13 dan perjalanan harakah sebagai lidah rasmi parti.

"Kami memberikan penjelasan, pandangan dan input untuk diberikan perhatian oleh pucuk pimpinan parti demi mengukuhkan perjalanan parti dan sokongan rakyat terhadapnya," katanya.

Sementara itu, Hasan turut menzahirkan rasa terharu terhadap penghargaan yang ditunjukkan oleh pucuk pimpinan parti terhadap beliau dalam memperjuangkan Islam di negara ini.- mstar





2. Kes ceramah Ustaz Badrul

Transkrip ceramah Dr Badrul Amin mengenai Anwar itu:

"kalau ini berlaku sedara, kalau ini berlaku sedara bermakna pembebasan al aqsa sudah hampir"

"kita hanya perlukan satu lagi syarat untuk bebaskan al aqsa"

"apadia? perlu ada seorang pemimpin yang mampu menyatukan umat islam!! paling tidak menyatukan dunia arab"

"sudah adakah pemimpin itu tuan-tuan?"

"dimana agak agak?"

"apakah muamar gaddafi? tidak salah,...itu koboi tua sudah tak boleh pakai."

"apakah apakah ahmadinejab di iran? dia syiah tak boleh jugak"

"apakah turki yang akan lead, akan memimpin dunia islam waktu itu? tidak, zaman turki sudah terlepas sudah berlalu, ya akhi"

"saudara penah dgar tak hadis nabi saw tentang kebangkitan islam di akhir zaman nanti datang dari belah mana?"

"dari belah mana? timur.."

"timur itu dimana, bukan di timor leste!"

"timur itu our region, ini ini timur"

"tapi banyak negara di timur ini"

"apakah di indonesia? bukan"

"singapore? oo jauh"

"brunei? lambat sangat"

"aaa thailand, filipina atau kalau tanya saya?"

"saya kata dia ada di?di malaysia."

"sudah adakah pemimpin itu saudara?"

"tanya saya, saya kata dia sudah ada."

"pemimpin itu sedang disiapkan"

"dia sedang melalui series of trials ujian"

"dia sedang di uji"

"satu peringkat ke satu peringkat"

"ya kalau calang calang org menerima ujian itu sudah tentu lama binasa"

"tetapi, dia seorang yang kuat..makin di uji dia makin kuat!"


"dan sekarang ujianya peringkat akhir.."

"ujian kepada pemimpin itu di peringkat akhir, saudara"

"insyallah kalau lepas ujian ini dia akan bangkit memimpin umat"

"dan waktu itu insyallah kita akan meraikan pembebasan al aqsa..pemimpin itu sekarang ini menjadi penasihat kepada beberapa buah negara arab"

"leading arab countries bukan negara arab yang miskin miskin"

"negara arab kaya kaya saudi dubai emirates abu dhabi ya"

"dia menjadi penasihat kepada beberapa buah negara arab"

"dia juga dihormati dibarat dan ditimur"

"dia boleh bercakap soal islam di pentas antarabangsa"

"orang hormat pendirianya" "orang hormat ketegasannya''

"dan orang hormat prinsip agamanya"

"tidak lain tidak bukan"
#


Bijak bermain dengan kata-kata. Apa tujuan sebenar Ustaz Badrul, tiada siapa yang tahu, Apa yang menghairankan beliau membuat penafian segera di dalam laman facebooknya:

"Saya menafikan sekeras-kerasnya kenyataan yang tersebar dalam beberapa laman web kononnya saya menamakan Anwar Ibrahim sbg Imam Mahdi. Saya tidak pernah sekalipun menyebut nama Imam Mahdi dalam ceramah-ceramah saya. Saya hanya menyebut potensi Anwar sebagai pemimpin dari Timur yang mampu menyatukan Dunia Arab sekaligus membebaskan Al-Aqsa."

Ia terjadi ekoran dari kritikan pedas dari Dr Asri, katanya "dulu pemimpin Al Arqam, Ashaari Muhamad pun pernah dakwa dia pemimpin yang dijanjikan tuhan menyebabkan fanatik dan merosakkan pengikut."

"Elakkan dakwaan seperti itu, banyak kesannya," kata beliau dalam akuan twitternya @realdrmaza.

Asri sebelum itu mengulas dakwaan Badrul Amin, katanya "Saya rasa pemujaan Dr Badrul Amin terhadap DSAI melebihi batas yang patut. Ia sudah ke peringkat yang bahaya. Harap dibetulkan, " tulisnya sambil tweet url video tersebut.

Kita tunggu apa pula reaksi JAKIM selepas ini. 

29 December 2011

Masa berubah, perangai pun berubah - ludah jatuh atas mata

kesian, tengah sakit.. kan elok perbetul apa 
yang patut sebelum pergi

Pesanan khas untuk ustat Jijan

Nah ini dia perjuangan Islam negara berkebajikan.... selamatkan Islam dari noda UMNO kono. Perjuangan tahi minyak! Masa belum perintah boleh lah sembang, sekarang dah ada kuasa, sendiri timbang lah! Taulah macam mana cerita.

Itulah manusia hipokrit kata orang putih, ngata orang sesedap mulut tak timbang tara, rasuah lah, zalim lah, perkauman lah, ... tah macam2 lagi malas nak sebut. Bila jadi menteri besar, aiiihh semua ok, tak salah semua boleh, sampai tanah wakaf pun nak belasah. Ada akal kah? Atau akal dah kena sontot DAP? PKR pun tumpang sekaki... haha

Mengaji Mesir pun bukan makna pandai semua, tambah pula tengok duit cina DAP tu longgok depan mata.. naik kelabu biji mata, terliur juga haha... kena pujuk sikit, dah kira jadi.. Nak tanya sikit, mana pi segala semangat nak daulatkan hukum Allah? Nak jaga amanah konon, surau kecil tupun tak pandai jaga. Buat masjid jangan harap lah.

Ya lah masa dulu jual air lior bukan kena keluar belanja. Itu tak betul, ini tak betul. Baru jaga negeri Kedah dah lintang pukang. Macam mana nak jadi PM? Dulu kata UMNO tak islamik, hehehe tak apalah depa tak mengaji mesir macang hang.

Ni nak habaq kat hang, aku pernah mengaji dengan hang masa baru balik dari mesir dulu, kira2 hang ni ustat aku jugak lah. Kira hang bukan orang lain... tapi... dalam soal ni aku tak boleh tolak ansor.

Dulu PAS perjuangkan Islam, aku sokong penuh. Sepenuh jiwa. Biar bankrap pun tak apa. Tapi lepas PAS berkucupan mesra dengan parti yang aku benci, parti cina babi..harbi tu. aku tak boleh terima lagi. Kalu hang nak tau Cina DAP tu komunis laknat yang bunuh orang Melayu dulu. Kalau tak percaya pi lah siasat. Satu lagi PAS telah "diguna pakai" oleh parti haprak parti mangkok hayon PKR tu... Bukan hang tak tau, dia tu (tokey dialah - kira tokey hang jugak) buat maksiat dalam gelap, pakai jubah waktu siang... mesti hang tau punya... jangan mohong la.

Hangpa bukan nak tolong bangsa ni. nak perbaiki agama ni. Hangpa nak lelong lagi ada la. Tak pa bila hangpa balik ke pangkal jalan nanti dan tendang DAP, aku timbang balik la... sama ada nak balik ke dak.

Aku bukan sokong UMNO, Jangan silap paham. Kalau UMNO tu jahat. PKR dua kali jahat tau.

Ingatlah.... Selagi PAS berdakapan penoh stim dengan DAP, minta maaplah ustat. Bye bye

p/s harap Melayu makin cerdik, sebelum jadi cengkerik. 

- Bekas Penyokong Tegar PAS.




Ni aku songlap dari blog kawan (dukeof umno)... hehe 

PERHATIAN KEPADA SELURUH UMAT ISLAM..!!! PENTING..!!!



Perhatian kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia, khususnya yang berada di negeri Kedah. Berikut adalah sebuah program jihad untuk kepentingan Islam dan tiada kena mengena dengan politik.

Dijemput kepada semua umat Islam untuk hadir dan mengimarahkan seruan jihad ini. InsyaAllah, hak dan kepentingan umat Islam di Kedah akan terpelihara sekiranya kita memohon kepadaNya beramai-ramai. InsyaAllah dan tolong war-warkan...

Program

MUNAJAT PERDANA SELAMATKAN MADRASAH SALIHIAH akan diadakan seperti berikut:




Tarikh : 31hb Disember 2011

Waktu : 12tgh - 5ptg

Tempat : Madrasah Salihiah, Kanchut, Jalan Tambang Badak, Alor Setar, Kedah


Pengisian Program.

1. Solat Zohor dan Solat Hajat Berjemaah

2. Tazkirah khas "kemuliaan berjihad" - Ustaz Fathul Bahri Mat Jahaya

3. Alunan Marhaban dan Selawat Nabi oleh Anak Yatim

4. Kenduri Rakyat

5. Kempen mengumpul tandatangan tanda sokongan terhadap Madrasah Salihiah

6 Ceramah Khas oleh YB Zulkefli Nordin/YB Hasan Ali.

Seluruh Muslimin/Muslimat dijemput hadir beramai-ramai.

Siapa dok Alor Setar tu jangan lupa pergi, nanti mati esok kena tanya nak jawab macam mana. Ustat Jijan bukan boleh tolong, lagi pun ni memang kerja dia pun...PAS jahanamkan segalanya yang ada berkaitan sejarah Islam Kedah. Minta Sultan masuk campur, biar padan muka Jijan sekor ni. 

.

27 December 2011

Rancangan Sulit R9/1 Terbongkar - Saifuddin Gelabah, Anwar Resah

eksploitasi siswa


Saifuddin

Setelah blogger BN mendedahkan bukti sahih niat Anwar mengumpul dan merancangkan Huru Hara di KL pada 9/1/12 nanti, terjadilah kegemparan hebat dalam kem PKR. Anwar resah dan marah bagaimana rahsia ini boleh terbongkar.

Bimbangkan pasukan keselamatan mengambil tindakan menyekat kehadiran mereka di mahkamah nanti, Saifuddin membuat tohmahan bahawa arahan untuk berkumpul dan melakukan sabotaj bukan dari arahan Anwar. Seperti biasa nadanya tetap sama. UMNO yang memfitnah. Semua fitnah adalah dari UMNO.

Andaikata pihak keselamatan bersedia dan membuat siasatan serius, pastinya perancangan dahsyat ini akan musnah sebelum dapat dilaksana. Ini yang amat ditakuti Anwar. Biar, benarkan pengikutnya berhimpun dulu atas semangat aman, katanya. Dalam pada itu dapatkah mereka menahan solidariti yang kurang ajar itu  dari melakukan perkara gila? 

Jika dihalang dan merampas bahan menyebabkan kekacauan seperti bom petrol atau banner menghasut dan sebagainya tentulah rancangan mereka akan gagal. Namun semua orang sudah tahu apa yang ada dalam kepala Anwar.

Nak tanya sikit, apa gunanya poster ni? Semata tunjuk sokongan? Bohong tetap bohong..


Surat SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL, SETIAUSAHA AGUNG, PARTI KEADILAN RAKYAT kepada semua ahli PKR.

Telah sampai kepada pengetahuan saya bahawa terdapat mesej-mesej pesanan ringkas (SMS) yang sedang disebarkan kepada orang ramai yang kandungannya menyebut bahawa Setiausaha Agung Parti KEADILAN Rakyat telah mengeluarkan suatu surat pekeliling meminta semua anggota KEADILAN untuk berkumpul pada 9 Januari 2012 ini di Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur dan mengajak untuk mencetuskan huru-hara di Kuala Lumpur.

Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa terdapat arahan seperti ini, yang saya yakin merupakan satu lagi fitnah jahat UMNO yang sememangnya sedang semakin gentar dengan kebangkitan rakyat menentang kezaliman dan kekejaman mereka yang terus rakus merompak dan menyeleweng harta rakyat dan negara.

Wajar dinyatakan juga bahawa sifat jahat memfitnah, membohong dan menyebarkan berita palsu serta usaha memporak-perandakan keamanan rakyat Malaysia kini telah menjadi semakin sebati dan lumrah dalam setiap nafas dan gerak nyawa UMNO.

Saya seterusnya meminta orang ramai, anggota KEADILAN dan penyokong-penyokong gerakan reformasi yang akan keluar beramai-ramai pada 9 Januari nanti bagi menunjukkan sokongan kepada Ketua Umum KEADILAN, Dato’ Seri Anwar Ibrahim supaya berhimpun secara aman dan mematuhi arahan petugas-petugas serta tidak terpengaruh dan terjebak dengan tindakan provokatif golongan yang tidak bertanggungjawab pada hari berkenaan.

Sekian, terima kasih.


SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT

27 DISEMBER 2011


Orang yang mendustai perintah Allah ini sedang membakar semangat pengikutnya agar besedia mati katak di jalanraya, jom REVOLUSIIII.

26 December 2011

901 Bebas Anwar - diatur Soros?







Pembebasan Anwar Ibrahim
Itu sememangnya didoakan oleh orang PKR dan PAS dengan harapan matlamat mereka memenangi PRU13 akan menjadi kenyataan. Dalam diam DAP mengatur strategi sendiri. Dirahsiakan dari pengetahuan rakan-rakannya. Mereka dengan rakus mencuba menjadi dominan dalam pakatan di luar pengetahuan PAS.


Betulkah Anwar akan dibebaskan untuk menghalang demonstrasi besar-besaran oleh solidariti , suhakam, suaram, AMK dan kumpulan reformasi pada 9 Jan. 2012 nanti? Mahkamah mungkin dipergunakan sebagai jalan keluar yang mudah oleh Anwar. Lebih mudah jika hakim menerima tawaran dari ejen Soros. Bukankah begitu?

Jika tidak, segala jentera untuk mulakan rusuhan telah disiapkan. Walaupun tujuan nampak seperti menuntut pembebasan Anwar, namun ia bukan tujuan sebenar. Mereka berlindung di sebalik isu. Ada matlamat lain yang sukar dibaca oleh orang awam. Andai tidak dilakukan sekarang, rusuhan pasti akan dilakukan juga nanti jika PR tewas dalam pilihanraya. Rusuh tetap rusuh, dan jika boleh ia akan meningkat menjadi protes besar-besaran atau kekacauan awam. .

Anwar dipergunakan sebagai objek untuk mengobarkan perasaan tidak puas hati dan memberi gambaran kerajaan sekarang jahat dan zalim. Mereka sanggup melupakan segala jasa kerajaan sebelum ini. Kenapa? Mereka mahu Malaysia mengikut jejak Libya dan Syria. Tidak mustahil juga Anwar akan dibunuh dalam huruhara nanti untuk menuduh ejen kerajaan yang melakukannya. Apa sahaja boleh berlaku. PR telah terikat untuk menurut telunjuk Soros dan ejennya.

Matlamatnya ialah huruhara.... Tukar kerajaan... Proksi sebagai peneraju kerajaan..

Hmmmm   .... disebalik itu semua... halang kebangkitan Islam dari timur...


Singapura akan menjadi platfom terbaik untuk para perisik dan ejen CIA atau MOSSAD dan M16 melakukan sabotaj merancakkan lagi gelombang panas yang mula wujud. Kenapa Singapura terlibat?


Pertama, Singapura adalah rakan baik Israel.
Kedua, PAP adalah induk DAP. Perjuangan DAP adalah perjuangan PAP juga.
Ketiga, Singapura memang memandang hina Melayu dan Islam. Ia telah sekian lama termaklum.

Sementara PKR sibuk mengaturkan revolusi, demonstrasi, siri sabotaj dan provokasi, DAP lebih banyak mendiamkan diri. DAP dilihat tidak mahu terlibat dalam kekecohan anjuran PKR. Apakah sebabnya?

Sendirinya ia memberi makna hanya orang Melayu yang suka membuat huru hara. Kaum Cina mencintai kedamaian dan lebih layak menjadi pemerintah. Mereka akan dilindungi oleh pertubuhan antara bangsa termasuk PBB. Keburukan orang Melayu dan Islam akan terserlah dengan nyata di mata dunia. Apakah Melayu akan diperintah oleh DAP selepas ini? Masanya akan tiba Melayu menggigit jari menyesal kerana gagal mempergunakan akal.

Jika ditinjau dari tindak tanduk mereka, DAP sepatutnya dihalang dari terus wujud di negara ini. Mahukah PAS dan PKR menerimanya? Jawapannya ialah "Mustahil". PAS dan PKR seperti telah tersyihir, tidak dapat memahami strategi rahsia DAP itu..

Ingat DAP ingatlah komunis.
Ingat PAP ingatlah Zionis.

Sehebat-hebat PAS tertipu juga dengan Zionis Peranakan, Soros dan Komunis.

25 December 2011

Sentuhan Tangan Keramat Anwar Kacirkan PAS dan Goyah Islam

 
tangan keramat


Apa yang berlaku hari ini sebahagian besarnya disebabkan satu keajaiban tangan manusia yang dilabelkan sebagai "anugerah tuhan". Manusia bijak dan pernah digelar sebagai politikus paling "genius" oleh beberapa penganalisis politik dunia. Dia dianggap tokoh hebat Asia. Ia juga dinobatkan sebagai Sukarno Malaysia dan banyak lagi gelaran hebat yang tertampal ke wajahnya.

Masa berlalu. Semua itu telah mula melupus. Seolah roda sedang berpusing ke arah bertentangan. Satu persatu pula perlakuan buruknya dibongkar oleh penganalisis asing dan juga dari anak watan. Namun menerusi kebijakannya dia berjaya menutup setiap ruang yang boleh menyebarkan berita negatif ini. Adalah aneh bila para penyokongnya bermatian menolak apa sahaja bukti diketengahkan. 

Anwar pintar memutar isu, segalanya di halakan kepada UMNO. Semua itu fitnah dari UMNO. Sering dikatakan UMNO takut kepadanya dan sedang berusaha dengan apa sahaja cara untuk meranapkan peluangnya memerintah negara. Bijak sungguh dia merekayasa  sehingga para penyokongnya terpaku terpesona menerima rekayasa itu sebagai realiti. 

Dia mampu mengalih setiap isu besar yang boleh menggugat reputasinya. Targetnya menjatuhkan maruah UMNO hampir berjaya. Setiap keburukan mengenai dirinya jika muncul dengan sendirinya dianggap "konspirsi tajaan UMNO". Mudah. Para penyokong kuatnya hanya perlu sapukan sedikit bedak di sana siri. Terlihatlah keburukan UMNO setiap kali terbongkar rahsia buruknya. Mind set pengikutnya telah disiapkan dengan sempurna.

Benarkah dia seorang genius politik Melayu? Kita lihat pula bagaiman dia berjaya menyalurkan pengaruh ke dalam parti Islam PAS. Hari ini sebahagian besar dari ahli PAS mula menjadikan Anwar sebagai pahlawan dalam perjuangan menjatuhkan UMNO, yang juga musuh PAS sejak zaman berzaman. 

Perkara yang paling aneh ialah bagaimana dia berjaya mengubah PAS dari sebuah parti bertunjang Islam beralih arah menuju sekular. Bagaimana cara dia mengaturkan orang-orangnya yang mana sebahagian besarnya dari ABIM menyerap masuk untuk menguasai PAS. Golongan professional juga mengambil kesempatan menjadi wakil rakyat PAS, kini mereka semakin menonjol mengatasi kumpulan ulama. Orang Anwar dan golongan professional ini mula mempengaruhi peminpin PAS liberal bersekutu dalam satu kelompok baru untuk menghadapi kumpulan ulama.

Inilah kumpulan yang digelar "ardogan" iaitu kumpulan Islam sekular mencontohi pemimpin Turki. Mereka bergerak aktif memecah belahkan PAS dari dalam. Apabila ahli kumpulan ini menguasai kepimpinan, berlakulah sesuatu yang tidak dijangka. Kumpulan yang digelar kumpulan pro Anwar ini menentang sesiapa sahaja yang cuba berbaik dengan musuh Anwar. Hari ini pemimpin tertinggi PAS terpaksa mengikut rentak dan kehendak kumpulan ini.

Perbezaan perjuangan dan pandangan kedua kumpulan iaitu pro ulama dan pro Anwar semakin ketara. Kes terbaru ialah pertelingkahan Dr Hassan dan Mustafa bermula dari kes murtad di DUMC. Itu adalah gambaran tenatnya sengketa dalaman PAS walau cuba disembunyikan.

Kita kembali kepada kisah sebelumnya. Siapa yang mampu membuatkan Haji Hadi berpelukan dengan Lim Kit Siang selain dari Anwar Ibrahim? Satu perkara yang amat mustahil satu masa dahulu.

Hebatnya Anwar dalam memecahkan Melayu. UMNO berpecah kepada PKR dan kemudian PKR berpecah lagi mewujudkan KITA dan sekumpulan kecil BEBAS. PAS juga bakal mengalaminya sedikit hari lagi. Melayu akan berpecah menjadi kumpulan-kumpulan kecil bersaing sesama sendiri. Berperang sesama sendiri. Kerosakan akan berlaku di mana sahaja dia (Anwar) berada. Malangnya ia mengakibatkan kemusnahan Islam di Malaysia. 

Lebih aneh lagi, ketika Melayu berpecah belah, kaum pendatang pula semakin bersatu di bawah DAP. Penyokong PKR dan PAS masih tegar menolak fakta ini walaupun buktinya amat nyata. Kenapa sukar sangat orang Melayu mahu percaya?

Tiada siapa percaya kemelut yang terjadi dalam PAS sekarang ini juga adalah dari sentuhan tangan Anwar Ibrahim. 

Apa makna Revolusi Kambing?
Talkin untuk PAS!

PAS sedang menunggu masa untuk diltalkinkan. Islam yang mereka lacurkan untuk kepentingan politik dan menipu rakyat selama ini bakal menjadi senjata makan tuan. Bala Tuhan sedang menimpa parti ini. Selama ini mereka permainkan ayat-ayat suci Al Qur`an sebagai slogan mereka menipu rakyat, mereka persenda dosa dan pahala, mereka permainkan syurga dan neraka dan akhirnya hari ini dosa mereka terhadap agama, bangsa dan Negara sedang dihitung satu persatu.

Sebagai parti PAS trerlalu banyak dosanya pada rakyat negara ini dan sebagai pemimpin, kepimpinan PAS terlalu banyak menjadi punca masyarakat Melayui Islam berpecah belah. Kepimpinan PAS terlalu banyak memperlekehkan agama, menganjurkan sembahyang dua imam, pernah mencerca UMNO yang berkongsi kuasa dengan MCA serta MIC diibaratkan seperti memasak daging kawah dan di dalamnya ada dua ketul daging babi dan menuduh sesiapa sahaja yang tidak menyokong PAS mereka adalah kafir dan tidak mencium bau syurga. Ungkapan ini tidak mudah dilupakan.

Kegilaan PAS ini memakan diri. Dulu mereka tuduh UMNO tapi hari ini mereka turut bersepakat dengan DAP, Cina yang lebih laknat daripada MCA. Dulu mereka menuduh BN secular dan hanya mereka sahaja yang berjuang untuk mendaulatkan Islam tapi hari ini mereka buang dasar perjuangan Islam mereka, buang hudud mereka dan hanya muncul dt saat hampir pilihanraya semata-mata, Membangun Bersama Islam akhirnya menjadi kosmetik yang sepatutnya cantik tetapi menjadikan perjuangan PAS lebih buruk dan hodoh dari sebelumnya. - BACA SETERUSNYA


24 December 2011

Jihad menentang DAP selamatkan Islam dari serangan Kristian




Salam uantuk semua

Matlamat kita sekarang ini bukan untuk memihak sesiapa terutama kepada kerajaan atau khasnya UMNO. Kalau itu yang masih bersarang dalam minda kita, ia menunjukkan kita belum matang dalam dunia siasah demokrasi Iblis ini. Kita harus bijak. Harus berani memikirkan di luar kotak kebiasaan. Kita harus membuka minda menjadi manusia waras supaya boleh melihat semuanya dengan terang dan jelas.

Perjuangan kita harus tidak lekang dari perjuangan Islam walau apa saja bentuknya. Masalah yang kita hadapi hari ini bukan perkara kecil. Mengapa Melayu sukar bersatu hati sebagaimana kaum Cina? Ada agenda musuh Islam yang amat teratur dan sukar dijejak. Ini adalah ibu fitnah (bukan fitnah kecilan yang disuarakan UMNO, PKR dan PAS) yang bakal akan membunuh roh Islam di hati setiap muslimin dalam diam.

Saya tidak berniat mengutuk jauh sekali menghina mana-mana individu tetapi kita wajar menganalisa setiap bukti yang muncul di depan mata. Mungkin kelihatan benar pada masa ini keadaan memaksa kita untuk berjuang memberi kemenangan kepada UMNO. Tolong jangan berprejudis. Kita harus akur UMNO sedang menghadapi masa sukar setelah hidup selesa sejak merdeka. Memang benar sebahagian dari masalah ini adalah disebabkan perbuatan segelintir ahli UMNO yang rakus dan tamak. Bukan kita tdak tahu. Kita harus akui UMNO walaupun tidak begitu Islamik, mereka tidak bertindak menzalimi dan mengancam kehidupan orang Melayu dan Islam. Jauhi sangka buruk.

Mereka bukanlah golongan yang menjual nama Allah. Meraka tidak melelong agama dengan harga yang murah. Mereka juga tidak restui pemurtadan, dan hingga hari ini hanya merekalah yang bertungkus lumus memastikan peruntukan undang-undang anti murtad di kuat kuasakan. Kita jangan lupa jasa mereka walau kita tahu sebilangan ahli mereka adalah orang fasik.

Satu kelebihan UMNO yang tidak ada pada PAS dan PKR ialah lebijaksanaan menghadapi keadaan kritis. UMNO mampu mendominasi kaum lain dan yang bukan Islam dengan baik. Itu sudah mencukupi untuk kita hidup tenteram dan membolehkan dakwah dapat diteruskan walaupun perlahan. UMNO juga berjaya memperoleh restu para Sultan dan Raja-raja Melayu mempertahankan bangsa ini dari ditindas oleh rakyat mendatang yang kini menguasai ekonomi negara. Sendirinya agama Islam akan terbela walaupun tidak sebagus yang dihajati oleh PAS.

Saya tidak fikir PKR bersedia berkompromi dengan PAS dalam memertabatkan Islam di negara ini. DAP tentulah lebih jauh kerana DAP hanya berjuang untuk memertabatkan Kristian sebagai agama rasmi. Jika tidak berjaya, cukuplah menafikan Islam sebagai agama rasmi atau tiada sebarang agama rasmi di Malaysia. Itu perjuangan DAP. Menghairankan bagaimana PAS masih boleh berfikir DAP akan membantu mereka?

Mereka hanya berkhayal, lebih kepada hasrat menumbangkan BN. Itu sahaja kesamaannya. namun Islam pula dimangsakan. Dalam niat menjatuhkan kerajaan, sebenarnya mereka mempunyai mimpi yang jauh bertentangan. PAS dan DAP umpama air dan api. Mustahil PAS dapat mendominasi DAP jika dilihat dari keadaan semasa. Jauh sekali mencontohi UMNO yang mampu mendominasi MIC dan MCA. Kita harus ingat faktor ini mengapa kita perlu menjauhi Pakatan Rakyat.

Dalam keadaan sekarang, kita perlu membantu UMNO dalam apa cara jua agar PR tidak mempunyai peluang untuk berkuasa. Kita harus lihat siapa PKR sebenarnya. Mereka adalah pemberontak UMNO yang lari bersama idola mereka Anwar Ibrahin. PKR masih memakai baju UMNO kerana mereka adalah serpihan dari UMNO juga. Mempunyai daya fikir dan perangai sebagaimana orang UMNO juga, kelebihan (kalau nak kata kelebihan) mereka ialah lebih agresif dan brutal. Jika mereka menguasai kerajaan nanti, Belum tentu mereka akan bebas dari rasuah, salah guna kuasa dan wujudkan kroni, walaupun sekarang ini isu tersebut dijadikan slogan menentang pemerintah.. Dibimbangi mereka menjadi perompak yang lebih bejad dari UMNO tambahan pula disokong oleh chauvinis DAP yang amat rakus itu.

Semua ini berpunca dari sifat irihati, dendam dan dengki. Kebijaksanaan Anwar bermain sandiwara dan mampu memukau audien menjadikan perjuangan mereka nampak berasas. Bantuan dari Yahudi antarabangsa yang menguasai sumber berita dunia juga banyak membantu. Yang malang ialah bangsa Melayu yang telah sekian lama berkorban dan mengalah. Apabila Islam sedang dihina dan cuba diranapkan, masihkah lagi kita berdiam diri?

Kita harus perhatikan niat sebenar DAP kerana meraka adalah anak didik PAP. Asas perjuangan DAP adalah dari Lee Kuan Yew yang menubuhkan PAP sebelum Singapura berpisah dari Malaysia. Perhati dengan waras supaya kita dapat menelah dengan baik apa yang sebenarnya mereka hajatkan. Sebahagian besar pemimpin mereka beragama kristian yang amat nyata memusuhi Islam. Bijak bermain wayang dengan tidak menyatakan nama kristian mereka walhal mereka amat rapat dengan gereja. Dengan tidak menzahirkan kekristianan mereka, mereka berjaya mengelabui mata orang Melayu terutama penyokong PAS. Mereka terus menerus menipu dan bermuslihat memperbodohkan orang Melayu.

Orang Melayu sepatutnya lebih bijak dan tidak lagi diperbodohkan. Kita sanggup menolak ketuanan Melayu, sesuatu pusaka dari jenerasi terdahulu. Padahal Cina terus perjuangkan ketuanan Cina. Telah hidup cara kecinaan sejak sekian lama. Anak-anak mereka dihantar ke sekolah Cina dan diasuh supaya teruskan budaya Cina sampai bila-bila. Mereka tidak pernah berubah. Melayu membuang perjuangan ketuanan Melayu bermakkna kita ketepikan Raja-raja Melayu yang sekian lama menjaga agama Islam dalam negara ini. Adakah ia sesuatu yang wajar?

Apa yang PAS dan PKR fikir mengenai cina DAP ini sesuatu yang memusykilkan saya. Apakah mereka langsung tidak tahu niat DAP ini? Atau buat-buat tidak tahu hanya kerana dendam dan irihati? Mereka sanggup menggalas biawak hidup dan pada masa yang sama membenci bangsa seagama mereka. Siapakah puncanya. Siapakah penghasutnya. Pembaca boleh fikirkan sendiri.

PAS telah diserapi ejen Anwar, itu adalah kenyataannya. Liberalisma sedang bekembang segar dalam PAS dibawa oleh ejen-ejen ini. Kini sedang berusaha menguasai PAS sepenuhnya. Ada yang telah dapat mengesan  fenomena ini, kumpulan yang dinamakan ardogan ini akan segera bertindak menyingkirkan mereka. Pemimpin pro ulama tersingkir secara perlahan-lahan.

Anwar mempunyai ejen yang hebat dalam PAS melalui jaringan ABIM nya dan juga kumpulan professional Islam Liberal yang anti UMNO. Sementara itu Anwar sendiri adalah ejen Soros. Anwar hanya mampu menguasai PAS tetapi tidak DAP. Malah DAP pula yang bijak memerangkap Anwar dalam pelbagai situasi. Perangkap terbaik ialah rahsia Anwar dalam kes sodomnya itu dimana presiden DAP menjadi ketua peguambelanya. Secara luarannya Anwar kelihatan sebagai Ketua PR, dibelakangnya ada tali ghaib menunjukkan arah yang mesti Anwar ikuti.

Anwar pula hidup bagaikan seorang jutawan, dari manakah sumber pendapatannya? Adakah bekas TPM,dan ahli parlimen mempunyai wang jutaan ringgit? Bagaimana orang PAS terlepas pandang? Tidak mustahil pula mereka juga mendapat peruntukan dari kebaikan hati Anwar.

Hati-hati dengan DAP. Mereka anti Melayu dan anti Islam.

DAP hanya bermain wayang disebalik tabir mengharapkan PAS dan PKR membantu mereka menguasai politik Malaysia dengan berselindung di belakang Anwar atau sesiapa sahaja yang bersedia menjadi alat mereka. Mereka berjaya praktikkannya di Perak suatu masa dahulu. Nasib baik BN dapat merampasnya kembali. Di Selangor mereka jugalah yang sebenarnya yang berkuasa walaupun PKR memperolehi lebih banyak kerusi. Melayu tewas lagi. Apabila Hassan Ali bangun menentang ketuanan DAP, beliau diancam untuk digugurkan.

DAP dan para pejuangnya dilatih dengan baik oleh Lee Kuan Yew salah seorang Yahadut Mizrah (rujuk Umat Terakhir) seorang dari elit Illuminati zionis Lee bloodline (dibongkar oleh Mistisfiles). Ingatlah Lee Kuan Yew adalah watak sebenar disebalik perancangan teratur menjatuhkan Islam dari hati orang Melayu. Matlamatnya merampas Malaysia dari orang Melayu. Melayu hanya dapat ditewaskan bila pegangan agamanya Islam hilang dari hati mereka. Untuk itu satu tindakan menggalak pemuda pemudi melayan nafsu, banyak pusat maksiat dan hiburan wujud dengan rancak di Selangor dan Pulau Pinang.

Lee Kuan Yew amat berhajat menjadi PM Malaysia sejak dahulu lagi, PAP juga turut merancang dalam diam, DAP hanyalah ejen pelaksana.

Majoriti ahli DAP terutama para pemimpinnya beragama kristian dan menjadi mubaligh gereja secara diam, misi mereka berkait rapat dengan apa yang telah diatur oleh Jesuit Black Paus. Berusaha sedaya upaya mengkristiankan orang Melayu. Meruntuhkan syahadah mereka. Manusia yang rela menjadi ahli DAP paling mudah dimurtadkan. Kini kumpulan Liberalisma pula bakal dimurtadkan melalui cabang sullit kristian.dalam PKR. Siasat siapakah Liz Wong.

Soros pula mahu kuasai Malaysia untuk kepentingan Yahudi sedunia sebagaimana yang berlaku di Iraq, Libya dan Mesir. Anwar dan beberapa kerat ahli politik telah berjaya dilantik sebagai proksi.

Inilah isu terselindung yang sukar dikesan atau gagal diperhatikan. Setelah kita selamat dari semua racun ini, dan Islam terselamat dari manusia syaitan yang bernaung di sebalik perikatan luciferian ini, kita akan fokus kembali kepada kejahatan dalaman UMNO dan kakitangan kerajaan. Kita bongkar pula siapa ejen Soros yang ada dalam UMNO dan bagaimana dia berkerjasama dengan Yahudi Amerika. Kita tidak akan berdiam diri.

Sambil itu kita bantu perbaiki segala kepincangan agar Islam kembali di martabatkan oleh pemerintah. Itulah hikmah dari semua ini. Perkasakan kembali PAS supaya kembali kepada dasarnya. Kita bantu PAS mendesak UMNO memperbaiki diri atau kalau boleh, ambil alih kuasa dari UMNO secara kompromi sebagai langkah menjadikan Islam terus unggul di bumi emas ini.

Cuba kaitkan agenda mereka dengan pergerakan sosialis dan komunis. Banyak persamaannya walaupun dalam kesamaran.

Semoga bermenfaat



Kempen Bebas Anwar 901 - revolusi dirancang sempena angka 13?

Apa ada pada angka? Tetapi ada sebilngan dari penduduk dunia begitu mementingkannya. Kehadiran sngka 13 menjadi sesuatu perkara yang menarik. Peristiwa Reformasi 1998 di Dataran Merdeka terjadi13 tahun lalu. Tarikh 9 Januari 2012 melibatkan nombor 9112 (9 + 1 + 1 + 2  hasilnya  ialah 13). Huru hara 1969 berlaku pada 13 haribulan Mei. Mungkin ini semua adalah secara kebetulan apabila pilihan rata kali ini adalah yang ke 13. Kabbalah meresapi pemikiran peneraju PR? Adakah ia mendapat arahan dari bossnya Soros? Apapun hanya Melayu sahaja menjadi pelakun utama.  


Apa kata penyokong PAS tentang Anwar? Kita boleh belajar menilai mentaliti dan cara kefahaman mereka terhadap isu politik tanah air. Bukan semuanya brutal. Cuma kekuatan mereka terletak kepada ketaatan penuh kepada PAS. Ada juga yang berwatak kasar, sama juga dalam kem UMNO.

Mereka melahirkan rasa pelik bila Ketua AMK PKR membuat kempen untuk membebaskan Anuar padahal ia belum didapati bersalah, belum di tahan atau dipenjarakan. Nak bebas apa? Lagi pun kata mereka, kalau bersalah sekali pun masih ada peluang buat rayuan. Katanya Karpal Singh memang pakar bermain putar betit (tangguh-tangguh), silap-silap lagi 5 tahun pun belum tentu selesai. Betul ke? Saya kurang arif dalam hal perundangan.

Jujur pula mamat PAS ini menulis. Tak ada kata-kata kesat dilontarkan 

Seronok juga baca tulisan mamat PAS ini. Dapatlah difahami apa yang ada dalam minda mereka. Dalam pada itu, pemuda PAS juga melahirkan rasa geram dan menyampah terhadap PKR. 

Mereka hanya ingin menumpang peluang bersama PKR dan DAP. Itu sahaja. Kira-kira macam rakan kongsi sajalah! Tak lebih dari itu. Semua berpura-pura macam dalam lakonan.


Dalam tempoh selesainya rayuan, kata mereka apa sahaja boleh berlaku. Anwar akan jadi PM bila PR menang PRU13 nanti dan kes tersebut tentu akan dibuang oleh Anwar. Jadi untuk apa pula kempen tersebut? Satu pertanyaan yang menarik. Tentu ada benda lain dalam kepala peneraju PR tersebut. Fikir-fikirlah kewajarannya.

Kita boleh fikir satu perkara, kempen ini boleh menjadi "test power" sambil menarik perhatian pengundi. Ia juga boleh jadi petunjuk sejauh mana pengaruh Anwar dalam politik negara. Dalam pada itu, tentu ada lagi agenda lain tersepadu secara sembunyi di dalamnya.

Adakah ia sengaja diwujudkan untuk memberi kejutan kepada pemerintah? Mempromosikan kekuatan pengaruhnya dalam menguasai pengikut-pengikutnya untuk dinilai oleh tuannya di USA? Memprovok kerajaan (keselamatan) untuk cetuskan tindakan liar polis? Membuka laluan untuk BERSIH 3.0? ... ect...ect.

Apapun pasti ia berkaitan dengan PRU nanti. Kita harus ingat taktik BERSIH 1.0 pada 2008 menghasilkan kejayan luar biasa, memihak mereka dalam PRU12 lalu.

Apa yang menakutkan ialah niatnya masih utuh untuk anjurkan revolusi di negara ini. Mahasiswa diangkat sebagai pemankin. Apakah sudah sampai masanya Malaysia mengikut jejak Arab spring? 

UMNO kena berhati hati, jangan ambil mudah. Soros tentu sudah sediakan peruntukan besar dan ajar Anwar apa yang perlu dilakukan untuk menjadi PM menggantikan Najib..Kalau Anwar berkuasa, semuanya akan digadai kepada Soros. Musnah Islam kerana mereka akan melantik DAP sebagai penasihat. Mamat PAS ini juga akan tergaru-garu kepala yang tak gatal.

Inilah yang tak dapat mamat ini fikirkan.


Baca petikan tulisan dalam blog mamat PAS ini.


Jaguh PKR - Hebatkah pemuda ini?

Ana pun tak faham dengan Pemuda PKR ni, keputusan belum dapat, apapun belum tahu – dia sudah buat kempen Bebas Anwar 901. Masuk pun belum nak bebas macamana? Salah pun belum tentu. Ana dapatkan nasihat ramai teman-teman loyar, depa kata belum tentu lekat. Belum tentu. Kaedah simpan air mani Polis pun tak berapa nak betul. Orang simpan dalam peti ais. Dia simpan dalam kabinet besi. Tak sejuk. Sperm boleh meninggal. Kata loyar kat luar lah..
Tapi ada dua tiga orang loyar yang kata kes akan lekat. Anwar gagal buktikan keraguan yang munasabah. Saksi alibi yang dijanjikan oleh Anwar tak dibawa ke mahkamah. Sumpah pun tak buat.
Ana malas nak borak dengan loyar ni. Susah nak faham. Depa punya bahasa tinggi. Tapi bagus, semua muda-muda dan kaya-kaya. Ramai yang masuk PAS. Mereka ini semua aset parti kita. Jangan lupa.
Pada ana, Pemuda PKR kena buat rilek sahaja dulu. Jangan gabra. Tenang.
Pertama, kita mesti tunggu keputusan. Belum sampai tahap rayu lagi. Mesti boleh rayu. Kalau rayu, kena dengan stail Karpal PuSingh, mahunya lagi 6 tahun baru selesai. Lama lagi tu. Anwar sempat jadi PM. Terus buang kes. Abis citer.
Kempen Bebas Anwar 901 Dilancar
Dalam pada itu Shamsul memberitahu berkaitan dengan keputusan fitnah II Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan diketahui pada 9 Januari tahun hadapan beliau secara hari ini melancarkan kempen secara maya di laman ‘Twitter’ bagi menghimpunkan seramai yang mungkin terhadap kes tersebut.
“Saya juga hari ini telah memulakan kempen #BebasAnwar901 yang dilakukan secara maya di laman twitter.
“Kita ingin mengumpulkan seramai yang mungkin mereka yang membantah usaha kerajaan ingin memenjarakan Anwar berkenaan dengan kes tersebut, yang mana kita lihat segala percaturan untuk memasukan beliau ke dalam penjara sudah dirancang dari awal lagi.
Secara maya. Ingat ajak berhimpun lagi. Penat lah kita.
Masalah dengan PKR ni, bila perlu orang berhimpun – depa ajak kita. Bila dia dapat kuasa – dia tinggal kita. Mangkuk hayun sungguh.
Kita harap Anwar lepaslah. Jangan pi sungai buloh. Pening kita.
.http://penyokongpas.wordpress.com/

Persedian Tersusun

Gerakan mereka dah bermula. Lihat twitter http://twitter.com/#!/BebasAnwar901

Sedikit isi kandungan twitt .....

Suara Rakyat Suara Keramat! INGAT: 9 JAN 2012, 8 PAGI, MAHKAMAH JALAN DUTA. Tunggu arahan berikutnya. Rakyat Hakim Negara! Tolong RT. SEBAR

Buat seluruh rakyat Malaysia yg cintakan keadilan & kedamaian. Ayuh bersolidariti buat Anwar Ibrahim, 9 Jan 2012, 8am, Mahkamah Jln Duta. RT

Mereka boleh ugut, takutkan, dan guna segala macam undang2 untuk menyekat kemaraan rakyat. Namun tiada apa yang dapat menyekat amarah rakyat






Nasrudin bin Hassan
Perjuangan PAS tdk pernah berubah sebaliknya yg berubah ialah pendekatan & penampilan dgn gaya yg kontemporary. Ahli mesti fhm maqasid #fb


Mohamed Azmin Ali
Puluhan ribu rakyat berhimpun di Taman Senangan, Teluk Air Tawar, Penang mendengar amanat DSAI, YB Kit Siang, Mat Sabu, CM Guan Eng. #fb



Anwar Ibrahim
RT @nsurendrann: Thousands at ceramah at Pdg Serai, despite massive sabotage attemptslockerz.com/s/165923902




Nga Kor Ming 倪可敏
2011年全球天灾灾难导致人类损失3500亿,可是大马十年洗黑钱却损失愈一万亿。这算不算大马能?Malaysia boleh ?!


@mdnajmi
Muhd Najmi Samsudin

9 Januari 2012 - anak muda ke jalan raya! @anwaribrahim@shamsuliskandar @SU_AMK@AMKSelangor @Jonah_Khairul@Azmizam @niknazmi@Amir_Shari


Mereka telah bersedia... hati-hati revolusi bermula 9Hb Jabuari 2012


Nasib Anwar...
Bisik- Bisik Awang Selamat

KEPUTUSAN kes Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sama ada dibebaskan atau disabitkan kesalahan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, akan diketahui 9 Januari ini.

Tarikh itu nanti pasti menjadi perhatian ramai. Kes perbicaraan liwat tersebut merupakan yang pertama seumpamanya di dunia melibatkan pemimpin pembangkang.

Pada tahun 2000, Anwar pernah dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati bersalah meliwat bekas pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar.

Dua kali dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan meliwat, juga merupakan rekod.

Anwar yang selama ini mendabik dada memperjuangkan keadilan dan kebebasan, turut mengejutkan semua apabila memilih memberikan keterangan membela diri di dalam kandang tertuduh tanpa mengangkat sumpah. Ia sekali gus ‘menyelamatkan’ beliau daripada disoal balas oleh pasukan pendakwaan.

Perbicaraan tersebut turut mencatat sejarah kerana mengambil masa yang panjang ekoran pelbagai permohonan difailkan oleh Anwar sehingga berpuluh-puluh kali penangguhan.

Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008 dan hanya selepas dua tahun tujuh bulan, barulah perbicaraan sebenar bermula iaitu pada 3 Februari 2010. Seingat Awang, tiada kes lain di tanah air ini yang begitu mencabar sebagaimana perbicaraan Anwar. Sehingga hari ini, beliau juga masih enggan bersumpah laknat di dalam masjid bagi menafikan pembabitan dalam kes liwat itu walaupun Saiful telah berbuat demikian.

Pada masa yang sama, Anwar terus menjadi tumpuan kontroversi kerana dikaitkan dengan rakaman video seks bersama pelacur selain isu-isu integriti. Bukti-bukti kesahihan video telah disahkan oleh pakar-pakar termasuk dari Amerika Syarikat (AS), Korea Selatan dan polis. Kini Ketua Pembangkang itu sudah dianggap sebagai liabiliti. Belum pernah dalam sejarah di mana-mana negara, ada Ketua Pembangkang yang paling bermasalah terutama dari segi akhlak dan moral. Dalam menanti penentuan 9 Januari ini, Awang mendapat tahu, PKR yang dipimpin oleh Anwar sudah mengatur gerakan, daripada yang bertujuan meraih simpati hinggalah kepada tindakan lebih menggemparkan.

Seperti menjangkakan Anwar akan didapati bersalah, Angkatan Muda Keadilan parti itu mula melancarkan Kempen Bebas Anwar 901 secara maya di laman twitter.

Khabarnya, ada banyak rancangan lagi. Demonstrasi jalanan, salah satu pilihan sebagaimana ketika kes liwat pertamanya dulu. Itu belum menyentuh kata dua Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang mahu merobohkan penjara jika bosnya dipenjarakan.

Anwar sendiri sanggup melakukan apa sahaja bagi menyelamatkan dirinya. Jika didapati bersalah dan dipenjarakan, Awang percaya simpati kepadanya tidak lagi seperti dahulu. Rakyat sudah kenal siapa Anwar. Angkara nafsu peribadi tidak boleh dijatuhkan beban kepada rakyat. Anwar tahu segala risikonya kali ini. Maka ini penentuan terbesar bagi hidup dan karier politiknya, yang tidak mungkin beliau pasrah begitu sahaja. Ia memungkinkan pelan luar jangkaan. Kita nantikan apa kejutannya. - UOL
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERKINI Posts

Blog Archive