“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi
There was an error in this gadget

22 February 2010

Egyptian artifacts - modern helicopters, tanks, and other high-tech machines



Dark Mission: Interview with Richard Hoagland


By Wes Penre, February 10, 2010


Wes Penre, February 10, 2010: There is a very interesting interview where Richard Hoagland is interviewed by Project Camelot. He is talking about (among other things) his view on 2012. A fascinating part is when he mentions the Egyptian artifacts, where you clearly can see modern helicopters, tanks, and other high-tech machines (from an old Egyptian standpoint), created thousands of years ago (see picture above).
Hoagland suggests that Pharaoh Seti I (~1290 BC to 1279 BC) had access to secret knowledge from his past, from Atlantis, and how memories of this technology was preserved in Egyptian art. This could very well be true, but what about if Seti I and his high priests could actually look into the future?
Atlantis, allegedly, was a lot about time travel, and if that knowledge was carried on via secret societies through Egypt into modern days, that knowledge may still be available. Perhaps preserving the mummies of the Pharaohs was a way of preserving their DNA for future use. All these initiated priests and rulers of old Egypt knew they would incarnate over and over, and DNA and bloodline was/is important.
Although Hoagland may be correct, I just want the reader to expand their thinking a little further and ponder the possibility that the machines pictured in the artifact could be a peak into the future from Seti I’s perspective. If so, these pictures could not have been interpreted until now, in our time, when these machines actually exist exactly the way their are portrayed.

21 February 2010

Terlepas Pandang


"Lalu saya pada petang Jumaat yang lalu – 19/2/2010 pergi semula kerumahnya.Beliau dikenali dengan nama Pok Teh Enggong saja. Dia tidak terkenal dikampung tersebut, dia adalah orang biasa, berkebun getah macam orang lain juga.


Dia pernah dianggap gila suatu masa dahulu oleh orang-orang kampungnya kerana dia selalu memberitakan hal-hal yang pelik, boleh menyebut ayat suci Al-Quran beserta dengan tafsir dan huraian sekali walaupun tidak pernah bersekolah apa lagi membaca atau menulis rumi atau jawi. Beliau tidak pernah mengamalkan mana-mana Tareqat, 


Cuma amalan diperingkat awalnya ialah banyak membaca surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas sahaja. Selepas itu beliau lebih sebati dengan zikir khafi membunyikan sebutan Allah di dalam hati sehingga kini."
(SANGTAWAL)  


Saya petikkan apa yang di tulis oleh rakan saya Sangtawal Sakranta, seorang bloger yang konsisten serta rajin menukilkan hal berkaitan agama bangsa dan negara... juga aspek aspek sains moden.  Ucapan tahniah kepada beliau.


Apa yang cuba saya paparkan disini ialah sesuatu yang luar biasa dianugerahkah Allah swt kepada "guru" beliau iaitu Pok Teh.


Pokoknya, tiada mustahil bagi Allah untuk menganugerahkan sesuatu yang istimewa kepada hambaNya.  Walaupun hanya seorang petani atau penoreh gerah yang tidak pernah bersekolah.  


Kita dapat lihat disini ada satu pelajaran yang boleh kita ambil dari penceritaan pengalaman saudara Sangtawal Sakranta tersebut.  Bagi saya walaupun bersahaja dan kelihatan mudah, namun itulah satu rahsia yang ramai manusia terlepas pandang.  


Ramai yang bersangka hanya dengan belajar agama hingga ke negara Arab seperti Mesir, Syria atau Arab Saudi ataupun berguru thariqat dengan guru-guru terkenal baharu akan mendapat "Ilmu Luar Biasa".  Disini wujud kekeliruan. Tidak salah belajar tinggi-tinggi, ia memang dituntut oleh agama.  Mencari ilmu itu fardhu ain.  Cuma yang hendak diperkatakan ialah pendekatannya.


Pertamanya, saya tandakan ialah perenggan satu diatas, iaitu perkataan TERKENAL.  Inilah sesuatu kata kunci yang terpenting untuk mencapai keredhaan Allah atau pun akan terus menerus kehilangan arah.  Sifat suka popular atau terkenal inilah menjadi penyebab kenapa sesaorang itu gagal dalam perjalanan agamanya, walaupun tinggi pengajiannya dan ramai anak muridnya.


Kenapa sifat ini (suka dikenal orang) dianggap menyesatkan?  Ia adalah jelmaan sifat angkuh sombong, membesarkan diri, suka dipuji, riak, ujub , sam'ah, dan inilah yang diajar oleh Iblis laknatullah kepada manusia.   Nampak tak perkaitan antara sifat ini dengan tipudaya Iblis dan Syaitan.   Sebenarnya sifat ini amat buruk pada pandangan Allah kerana ia boleh menyebabkan manusia itu jatuh "syirik" serta merosakkan amal.  Keikhlasannya akan terhakis.  Walau banyak mana amal dilakukan, ia akan jadi sia-sia.


Amal yang ikhlas sahaja akan sampai kepangkuan Allah swt. Bersesuaian pula dengan amalan memperbanyak membaca surah alIkhlas. Saya tandakan pada perenggan ke 3 di atas.   Surah alFatihah pula adalah ummulQuran.  Banyak rahsia alFatihah ini dan ia juga adalah kunci kepada rahsia manusia itu sendiri.  Kita boleh rujuk dalam banyak kitab dan buku yang khusus mengenai kelebihan surah alFatihah ini.


Akhirnya dengan sifat tidak mahu terkenal, amalan berterusan walaupun sedikit telah menaikkan martabat sesaorang itu di sisi Allah.  Maka Allah menganugerahkan kejernihan hati dan nur kalbun sehingga ia terus hidup di dalam diri (zikir khafi).  Itulah yang dimaksudkan sebagai "rezeki yang tidak terhingga (bi ghairi hisab)".


Seterusnya wujudlah karomah, boleh menyebut dan mentafsir ayat suci dengan fasih dan tepat.  Ia adalah perkara yang mencarik adat.


Kelihatan amat mudah dan ringkas.  Bukankah Islam itu "mudah", kenapa perlu kita payahkan?  Masalahnya sukar benar kita hendak membuang sifat sombong dan suka membesarkan diri itu.  Telah menjadi kebiasaan kita pula, seringkali menafikan bahawa kita ini "sombong" dengan berbagai alasan. Nah disini sudah jelas, kita tahu kenapa kita gagal dalam perjalanan hakiki menuju kepada Allah swt. Cuba saudara renungkan dengan ikhlas hati adakah saudara termasuk golongan manusia yang menyombong diri?


Semoga kita dapat mengambil iktibar dan pedoman daripada peristiwa ini.


sila baca artikel penuh beliau..... klik

07 February 2010

Kaum Aad?


>> SEP 20, 2008

Recent gas exploration activity in the south east region of the Arabian desert uncovered a skeletal remains of a human of phenomenal size. This region of the Arabian desert 'Rab-Ul-Khalee'. The discovery was made by the Aramco Exploration team. As God states in the Quran that He had created people of phenomenal size the like of which He has not created since. These were the people of Aad where Prophet Hud was sent. Later these people, who were given all the power, turned against God and the Prophet and transgressed beyond all boundaries set by God. As a result they were destroyed.


Ulema's of Saudi Arabia believe these to be the remains of the people of Aad. Saudi Military has secured the whole area and no one is allowed to enter except the ARAMCO personnel. It has been kept in secrecy, but a military helicopter took some pictures from the air and one of the pictures leaked out into the internet in Saudi Arabia. See the attachment and note the size of the two men standing in the picture in comparison to the size of the skeleton !!



TERJEMAHAN:

Baru-baru ini kegiatan eksplorasi gas di wilayah tenggara padang pasir Arab mendedahkan penemuan kerangka manusia saiz "fenomenal". Kawasan penemuan ini ialah di gurun Arab 'Rab-Ul-Khalee'. Penemuan ini dibuat oleh pasukan Eksplorasi Aramco. Sebagaimana Allah menyatakan dalam alQuran bahawa Dia telah mencipta manusia daripada saiz "fenomenal " sejenisnya yang Dia tidak diciptakan sebelumnya. Ini adalah kaum  Aad dimana Nabi Hud telah dihantar. Kemudian orang-orang ini, yang telah diberi kelebihan, berbalik melawan Allah dan Nabi dan melampaui semua batasan yang ditetapkan oleh Allah. Akibatnya mereka dihancurkan.

Ulamak dari Arab Saudi percaya bahawa ini adalah peninggalan kaum Aad.  Pehak tentera Saudi telah mennutup seluruh wilayah dan tidak ada seorang pun yang dibenarkan masuk kecuali kakitangan ARAMCO. Kes ini telah di tutup daripada pengetahuan ramai, tetapi sebuah helikopter tentera telah berjaya mengambil beberapa gambar dari udara dan salah satu foto yang bocor ke internet di Arab Saudi. Lihat lampiran, saiz dua laki-laki berdiri di gambar berbanding dengan saiz rangka!!

tambahan maklumat dari blog "sebuah kehidupan"



Aktiviti eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab baru-baru ini menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut "Penempatan kosong" (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration.

Sebegaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan manusia bersaiz besar. Mereka adalah kaum 'Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran. Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya.

Kemudian, setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka dari umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka, mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman, mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini penemuan ini adalah kaum 'Ad dari zaman Nabi Hud tersebut.

Demi keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini dan tak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai eksplorasi Aramco.

Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini adalah 'super impose'. Ini adalah cubaan penafian dari pihak yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia hasil dari evolusi monyet dan beruk. Jadi apa pilihan kamu?
a




















Penemuan Arkeologi di Kota Iram

Pada awal tahun 1990 muncul keratan akhbar dalam beberapa surat khabar yang terkemuka di dunia yang menyatakan "Kota Legenda Arabia yang Hilang Telah Ditemui", "Kota Legenda Arabia Ditemukan", "Ubar, Atlantis di Padang Pasir." Yang membuat penemuan arkeologi ini lebih menarik adalah kenyataan bahawa bandar ini juga disebut dalam Al-Quran. Ramai orang, yang sejak dahulu beranggapan bahawa kaum 'Ad sebagai-mana diceritakan dalam Al Quran hanyalah sebuah legenda atau beranggapan bahawa lokasi mereka tidak akan pernah ditemui, tidak dapat menyembunyikan kehairanan mereka atas penemuan ini. Penemuan bandar ini, yang hanya disebutkan dalam cerita lisan Suku Badwi, membangkitkan minat dan rasa ingin tahu yang sangat mendalam.


Nicholas Clapp, seorang arkeolog amatur yang menemui kota legenda yang disebutkan dalam Al Quran ini. Sebagai seorang Arabophile dan pembuat filem dokumentari berkualiti, Clapp telah menjumpai sebuah buku yang sangat menarik selama penelitiannya tentang sejarah Arab. Buku ini berjudul Arabia Felix yang ditulis oleh seorang peneliti Inggeris bernama Bertram Thomas pada tahun 1932. Arabia Felix adalah wakil Rom untuk bahagian selatan semenanjung Arabia yang sekarang ini merangkumi Yaman dan sebahagian besar Oman. Bangsa Yunani menyebut daerah ini "Eudaimon Arabia". Sarjana Arab abad pada pertengahan menyebutnya sebagai "Al-Yaman As-Sa'idah" 20.

Semua nama tersebut bermaksud "Arabia yang Beruntung ", kerana orang-orang yang hidup di daerah tersebut di masa lalu dikenali sebagai orang-orang yang paling beruntung pada zamannya. Jadi apakah yang untung itu?

Keberuntungan mereka sebahagian berkaitan dengan kawasan mereka yang strategik menjadi perantara dalam perdagangan rempah ratus antara India dengan tempat-tempat di utara semenanjung Arab. Di samping itu, orang-orang yang berdiam di daerah ini menghasilkan dan mengedarkan "frankincense" sejenis getah wangi dari pokok langka. Kerana sangat disukai oleh masyarakat kuno, tanaman ini digunakan sebagai dupa dalam berbagai upacara keagamaan. Pada saat itu, tanaman tersebut sekurang-kurangnya sama berharganya dengan emas.

Thomas memaparkan tentang suku-suku yang "beruntung" ini dengan panjang lebar dan menyatakan bahawa ia telah menemui jejak sebuah bandar purba yang dibina oleh salah satu dari suku-suku ini. Itulah bandar yang dikenali suku Badwi dengan sebutan "Ubar". Pada salah satu perjalanannya ke daerah tersebut, orang-orang Badwi yang hidup di padang pasir itu menunjukkan pusat-pusat usang dan menyatakan bahawa pusat-pusat tersebut mengarah ke bandar kuno Ubar. Thomas, yang sangat berminat dengan perkara ini dan mahu mengkaji lebih dalam lagi.

Clapp, setelah mengkaji tulisan Thomas, yakin akan kewujudan bandar yang hilang tersebut. Tanpa banyak membuang masa, beliau memulakan penelitiannya. Clapp membuktikan kewujudan Ubar dengan dua cara. Perta-ma, ia menemukan pusat-pusat yang menurut suku Badwi benar-benar ada. Ia meminta NASA (Badan Luar Angkasa Nasional Amerika Syarikat) untuk menyediakan foto satelit daerah tersebut. Selepas rundingan yang panjang, beliau berjaya memujuk pihak yang berkuasa untuk memotret daerah tersebut.

Clapp meneruskan mempelajari pelbagai manuskrip dan peta kuno di perpustakan Huntington di California. Tujuannya adalah untuk menemukan peta dari daerah tesebut. Setelah melalui penelitian singkat, ia menemukannya. Yang ditemuinya adalah sebuah peta yang dilukis oleh Ptolomeus, ahli geografi Yunani-Mesir pada tahun 200 M. Pada peta ini ditunjukkan lokasi sebuah bandar tua yang ditemui di daerah tersebut dan jalan-jalan yang menuju ke kota tersebut.

Sementara itu, beliau menerima khabar bahawa NASA telah melakukan pemotretan. Dalam foto-foto tersebut, beberapa pusat kafilah dapat di lihat, suatu hal yang sulit untuk dicari dengan mata kasar, tetapi boleh dilihat sebagai satu kesatuan dari luar angkasa. Dengan membandingkan foto-foto ini dengan peta tua yang di tangannya, akhirnya Clapp menjumpai kesimpulan yang ia cari: pusat-pusat dalam peta tua sesuai dengan pusat-pusat dalam gambar yang diambil dengan satelit. Tujuan akhir dari jejak-jejak ini adalah sebuah tapak yang luas yang ditengarai dahulunya merupakan sebuah bandar.

Akhirnya, lokasi bandar legenda yang menjadi subjek cerita-cerita lisan suku Badwi dijumpai. Tidak berapa lama kemudian, penggalian bermula dan peninggalan dari sebuah bandar mulai tampak di bawah gurun pasir. Demikianlah, bandar yang hilang ini disebut sebagai "Ubar, Atlantis di Padang Pasir".

Lalu, apakah yang membuktikan bandar ini sebagai bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran?
Begitu runtuhan-runtuhan mula digali, diketahui bahawa bandar yang hancur ini adalah milik kaum 'Ad dan berupa tiang-tiang Iram yang disebutkan dalam Al Quran, kerana di antara pelbagai struktur yang di-gali terdapat menara-menara yang secara khusus disebutkan dalam Al-Quran . Dr. Zarins, seorang ahli pasukan kajian yang memimpin penggalian mengatakan bahawa kerana menara-menara itu disebut sebagai bentuk khas bandar 'Ubar, dan kerana Iram disebut mempunyai menara-menara atau tiang-tiang, maka itulah bukti terkuat setakat ini, bahawa tapak yang mereka gali adalah Iram, bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran:Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum 'Ad, (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain. (QS. Al-Fajr, 89: 6-8)

05 February 2010

999


Nampaknya usaha FOM telah menghasilkan sesuatu yang luar biasa, ia menjadi perhatian agen-agen musuh menghalang perkembangannya  Di akhir zaman ini tidak mudah bagi manusia menyampaikan "kebenaran" .  Akibat dari usaha para pendusta menyebar luaskan  "kepalsuan" dan mengusahakan supaya ia menjadi keutamaan dalam kehidupan.  Kepalsuan ada di mana-mana dan tanpa kita sedari kita semua telah dipengaruh dengannya setiap saat.  Sebagai menghargai perjuangan mereka (FOM),   terutamana sahabat seperjuangan eFairy, saya siarkan salah satu artikel menarik dari kumpulan ini untuk dihayati.

GOG and  MAGOG
YAKJUD dan MAKJUD


Tafsiran munasabah ialah keseluruhan musuh dan kaum zalim di dalam Al-Quran adalah manusia biasa. Oleh itu penerangan alternatif lebih munasabah ialah berdasarkan tafsiran melalui buku An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World. Rujukan dan pemahaman tambahan boleh diperolehi daripada buku SÅ«rah al-Kahf and the Modern Age.

Di bawah ini adalah kesimpulan buku termasuk keterangan Al-Quran, Hadis, serta rujukan-rujukan lainnya. Anda boleh merujuk buku dan membuat kajian bagi mendapatkan keterangan terperinci,  di http://www.imranhosein.org/ .


Persoalan: Samada tembok menyekat YAKJUD DAN MAKJUD telah terbuka
Tembok menyekat kaum YAKJUD DAN MAKJUD telah lama terbuka apabila orang Yahudi kembali ke Bait al-Maqdis (Jerusalem) dan membentuk negara Israel pada tahun 1948. Allah swt telah memberi keterangan di bawah bagi menjelaskan kepulangan Yahudi ke Bait al-Maqdis:
“…Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali hingga apabila terbuka tembok yang menyekat YAKJUD DAN MAKJUD, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi...”; al-Anbiyaa’:95-96

“Penduduk” dimaksudkan ialah orang Yahudi,
“negeri” adalah Bait al-Maqdis,
“YAKJUD DAN MAKJUD” adalah Yahudi (Khazar), dan
“meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi” bermaksud YAKJUD DAN MAKJUD menguasai dan menjajah keseluruhan aspek kuasa-kuasa pemerintahan dunia.

Allah swt malahan menyatakan “mustahil” bagi orang Yahudi untuk pulang ke Bait al-Maqdis, kecuali setelah tembok menyekat YAKJUD DAN MAKJUD terbuka dan mereka telah berkuasa. Orang Yahudi telah lama pulang ke negeri Bait al-Maqdis dan membentuk negara Israel pada tahun 1948. Oleh itu apakah penjelasan kepulangan mereka ke Bait al-Maqdis?



Ini bermaksud tembok telah terbuka dan YAKJUD DAN MAKJUD telah lama menguasai pemerintahan. Orang Yahudi dikembalikan melalu agenda puak Khazar, iaitu Yahudi Zionis yang menguasai dunia hari ini dan digambarkan di dalam Surah al-Kahfi sebagai kaum YAKJUD DAN MAKJUD. Mereka malahan boleh dianggap menguasai dunia hari ini kerana tiada negara yang mampu menghalang mereka daripada menghancurkan Palestine.

Fakta kedua menyokong dakwaan tembok YAKJUD DAN MAKJUD telah lama terbuka ialah berdasarkan keterangan Allah swt di bawah:
“…Maka mereka… tidak dapat menebuknya…”; al-Kahfi:97

Ayat menyatakan mereka tidak dapat “menebuk” tembok tersebut. Beribu-ribu tahun Allah swt memelihara tembok tersebut, dan tiada satu makhluk pun di seluruh alam ini mampu “menebuk” tembok kecuali dengan keizinan Allah swt, iaitu apabila Allah swt mengizinkan YAKJUD DAN MAKJUD dilepaskan.

Sebaliknya telah disebutkan dalam Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim bahawa Nabi saw bersabda:
“Telah mulai terbuka hari ini dari dinding YAKJUD DAN MAKJUD sebesar (lubang) ini.” Rasulullah membuat lingkaran dengan dua jarinya, ibu jari dan jari telunjuk. (HR. Al-Bukhari dari Zainab bintu Jahsyin radhiyallahu ‘anha).

Apakah maksud hadis apabila dibaca bersama ayat 97 surah al-Kahfi yang menyatakan YAKJUD DAN MAKJUD  “tidak dapat menebuknya”? Ini membuktikan Allah swt telah melepaskan mereka kerana fakta tembok berlubang membuktikan mereka telah berjaya menebuk tembok. Tembok tidak akan berlubang jika tidak boleh ditebuk!

Oleh itu fakta tembok berlubang membuktikan YAKJUD DAN MAKJUD dilepaskan semasa zaman kehidupan Rasulullah saw di Madinah, iaitu selepas Allah swt menukarkan kiblah ke arah Kabbah pada Rejab 2 AH (624 AD). Meraka yang masih berpegang YAKJUD DAN MAKJUD dilepaskan selepas Dajjal akan terus menerus menunggu sehinggalah bumi ini hancur dan kiamat, dan YAKJUD DAN MAKJUD tetap tidak kunjung tiba. Sepatutnya mereka memikirkan kembali kepercayaan mereka yang bercanggah dengan Al-Quran dan bertanya diri sendiri jawapan bagi persoalan di bawah:

(a) penjelasan kepulangan orang Yahudi ke Bait al-Maqdis dan membentuk negara Israel pada tahun 1948 (al-Anbiyaa’:95-96), dan

(b) Rasulullah saw menyatakan tembok telah berlubang, iaitu telah berjaya ditebuk (al-Kahfi:97).

(c) Kenapa terdapat ketepatan fakta yang sempurna menghubungkan Al-Quran dengan sejarah Yahudi Khazar? Sedarilah tipu daya itu teorinya tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah, manakala kebenaran itu sebenarnya lebih terang dan tetap tidak berubah-ubah.

Yahudi telah kembali ke Bait al-Maqdis namun adakah anda melihat mana-mana raksasa Yakjud dan Makjud berkeliaran dengan banyak? Sudah tentu tidak kerana Yakjud & Makjud adalah manusia. Allah memberikan petunjuk mengenali Yakjud & Makjud. Ini dijelaskan di dalam Surah al-Kahfi:
“…kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain. Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan. Mereka berkata: “wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjud dan Makjud sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?” Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh. Bawalah kepadaku ketul-ketul besi”; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: “Tiuplah dengan alat-alat kamu” sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: “Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya”. Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya. (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”…”; al-Kahfi:92-98

1. Tembok buatan manusia hanya untuk manusia.
“…tembok di antara kami dengan mereka...”; al-Kahfi:97

Mereka yang meminta pertolongan adalah manusia, dan bagi memisahkan antara manusia dengan manusia (kaum Yakjud & Makjud). Oleh itu dan jika mereka jin, kenapa perlu ada tembok atau perlu memanjat dan menebuk tembok? Bukankah mereka boleh terus berjalan menembusi tembok yang diperbuat oleh manusia? Ini kerana jin dan malaikat tidak dapat dihalang kerana dapat menembusi tembok dibuat manusia.

2. Perbuatan melakukan kerosakan atau “fasad” ke atas manusia.

“…sesungguhnya kaum Yakjud dan Makjud sentiasa melakukan kerosakan di bumi...”; al-Kahfi:94
“…Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi...”; al-Maa’idah:33

Kerosakan atau “fasad” ialah perbuatan sesama manusia, dan surah al-Kahfi menyatakan kerosakan dilakukan kepada manusia. Manusia mempunyai kebebasan membuat pilihan dan boleh dipertanggung-jawabkan ke atas fasad dilakukan. Jin mempunyai kebebasan membuat pilihan tetapi makhluk ghaib tidak dapat dikenalpasti sebagai makhluk melakukan fasad.


3. Yakjud & Maljud daripada keturunan manusia.

Dari Abu Said Al-Khudri ra bahawa Rasulullah saw bersabda. “Allah berkata, ‘Wahai Adam, berdirilah dan keluarkan penghuni neraka.’ Adam berkata, ‘Labbaik, wa sa’daik, segala kebaikan berada dalam kekuasaan-Mu. Ya Tuhan, bagaimana penghuni neraka tersebut? Allah menjawab, “Dari setiap seribu terdapat sembilan ratus sembilan puluh sembilan.” … Abu Said mengatakan bahawa mereka berkata, “Siapakah di antara kita yang termasuk orang tersebut?” Rasulullah menjawab. “Sembilan ratus sembilan puluh sembilan Yakjud dan Makjud, sedangkan dari kalian hanya satu” (HR Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Yakjud dan Makjud daripada keturunan manusia, iaitu daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh bernama Yafis dan berhijrah ke utara, iaitu ke Eropah dan Selatan Rusia selepas banjir kering. Keturunan Sam berlegar di sekitar bumi Kanaan lalu membentuk bangsa Arab dan sekitarnya. Keturunan Ham pula berhijrah ke Afrika lalu membentuk bangsa Afrika.

Oleh itu sekiranya seseorang itu berketurunan nabi, beliau semestinya manusia dan malahan boleh dianggap berketurunan mulia dan baik-baik. Oleh itu, tidak munasbah menyatakan Yakjud dan Makjud makhluk ghaib (jin?) tetapi berketurunan nabi-nabi.


4. Yakjud & Makjud dimasukkan ke dalam neraka

“…telah tetap hukuman seksa dariKu: “Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia…”; as-Sajdah:13
Yakjud & Makjud adalah makhluk boleh dihisab untuk ke neraka atau syurga. Namun mereka dimasukkan ke dalam neraka. Terdapat dua penghuni neraka, iaitu jin atau manusia. Yakjud & Makjud berketurunan Nabi Adam as dan oleh itu mereka bukan jin. Ini membuktikan mereka manusia seperti kita.

Terdapat pelbagai keterangan lain dan anda boleh merujuk buku An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World untuk mendapatkan keterangan penuh berserta gambaran peta dan gunung tersebut.

kredit to Mr Smile (http://bestweh.heavenforum.com/) dan Imran R Hosein
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERKINI Posts